Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 37

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

Pang!

"Anak tak tahu malu, anak tak guna! Aku besarkan kau dari kecil, bagi makan pakai dekat kau, ini yang kau balas dekat aku!" Segala kata-kata cacian dihamburkan kepada Aireen.

Petang itu, Puan Reyhana betul-betul mengamuk selepas dia melihat gambar anak perempuannya itu sedang bertemu dengan seorang lelaki. Dia pulang dalam keadaan yang teramat marah.

Pipi Aireen ditampar dengan kuat disertakan dengan renungan tajam yang mampu untuk menembusi langit.

Boleh pecah pengukur suhu kalau diukur pada Puan Reyhana.

"Ampun mama! Ampun! Reen janji tak buat lagi." Aireen melutut di kaki Puan Reyhana meminta maaf dan merayu untuk dimaafkan.

"Pantang keturunan aku, berdua-duaan dengan lelaki kau tahu tak!"

Pang!

Satu lagi tamparan singgah ke muka Aireen menyebabkan dia terduduk di lantai.

Air mata keluar dengan sangat laju seperti air paip mengalir ke pipi Aireen.

Dia sedih, kecewa dengan mamanya sendiri. Memang dia tahu yang wanita itu agak tegas dengannya dan ahli keluarga lain, tapi tak pernah dia lihat Puan Reyhana semarah ini.

"Ampunkan Reen mama...tolong ampunkan Reen." Rayu Aireen lagi. Kaki Puan Reyhana diraih dan dipeluk dengan erat.

"Kau dah memalukan aku! Tahu tak berapa malunya aku bila orang luar yang tunjukkan gambar kau berduaan dengan lelaki lain! APA NAK JADI KAU AIREEN SOFEA!" Puan Reyhana melayangkan tangannya mahu menampar muka Aireen.

Hampir saja tangan itu tersentuh di pipi Aireen, satu tangan menghentikan perbuatan Puan Reyhana.

"Hana, sudahlah tu! Awak ni dah kenapa? Dah gila ya!" Tuan Hisyam menepis tangan Puan Reyhana dan segera meraih tangan Aireen untuk menarik dia bangun.

Tuan Hisyam baru saja pulang ke rumah dan dia mendengar suara nyaring seperti orang sedang bergaduh. Dia pun memeriksa ke ruang tamu dan dia melihat Puan Reyhana dan Aireen sedang bertengkar.

Aireen pantas memeluk belakang Tuan Hisyam kerana terlalu takut dengan mamanya. Habis tudung Aireen hampir tercabut kerana dibelasah oleh Puan Reyhana.

"Abang tanya anak kesayangan abang ni sendiri, apa yang dia dah buat! Ni abang tengok sendiri gambar ni!" Puan Reyhana memberikan telefon yang berisi gambar tadi kepada Tuan Hisyam dengan kasar.

Tuan Hisyam meneliti gambar itu. Kemudian dia menarik nafas panjang.

"Astaghfirullahal'azim Hana...disebabkan gambar ni saja awak sanggup nak pukul budak ni? Mana pergi sifat kemanusiaan awak ni Hana?" Tuan Hisyam mengucap panjang. Ralat sungguh dia dengan perangai Puan Reyhana.

Cepat sungguh nak jatuh hukum. Bukti pun belum cukup.

"Abang ni buta ke apa, tak nampak ke dalam gambar tu budak tak guna ni berdua-duaan dengan lelaki!" Kata Puan Reyhana dengan perasaan geram dengan Tuan Hisyam kerana masih membela Aireen.

"Hana, gambar ni tak nampak curiga apa pun. Dalam gambar ni, tak nampak pun diaorang buat perkara tak elok. Lagipun, ada awak tanya dekat Reen kenapa dia jumpa dengan lelaki ni?"

Soalan Tuan Hisyam tu berjaya mendiamkan Puan Reyhana. Dia kehilangan kata-kata untuk membalasnya. Memang betul pun, dia bertindak tanpa bertanya dulu tentang perkara ini.

Melihat Puan Reyhana mendiamkan diri, Tuan Hisyam lantas berkata,

"Hana, jangan sesuka hati menuduh anak sendiri. Walaupun awak yang lahirkan dia, itu tak bermakna awak boleh belasah dia macam ni. Dia pun manusia juga, ada hati dan perasaan. Bukannya patung kayu yang tak ada sebarang perasaan pun." Nasihat Tuan Hisyam dengan nada lembut kepada isteri tercintanya itu.

"Sekarang ni, awak pergi mandi. Ambik wudhuk pergi solat, biar saya tanya dekat adik pasal gambar ni." Ujar Tuan Hisyam akhirnya berjaya meleraikan pertengkaran. Dan 'adik' tu merujuk pada Aireen.

Tanpa banyak kata, Puan Reyhana terus berlalu pergi dari ruang tamu meninggalkan Tuan Hisyam dan Aireen yang masih menangis.

"Adik, sudah tu jangan menangis lagi. Adik pergi mandi, ambil wudhuk solat asar. Adik dah solat ke belum ni?"

Aireen menggelengkan kepala.

"Ha tak apa, pergi solat asar. Malam nanti abah nak bincang dengan adik sekejap." Lembut saja nada Tuan Hisyam menyuruh Aireen. Berbeza dengan Puan Reyhana tadi.

Tanpa tunggu lagi, terus Aireen berlari naik ke biliknya. Nampak macam sedih lagi. Kesian...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Awak, tak bosan ke tengok cerita ni?" Soal Izzat sambil menguap kerana bosan dengan drama Korea yang ditonton oleh mereka berdua.

Memandangkan hari cuti, jadi mereka berdua meluangkan masa bersama-sama di rumah. Nak pergi bercuti, singkat sangat masanya, jadi diaorang duduk rumah je lah.

"Tak, saya suka apa cerita ni. Awak tak suka ke Kdrama ni?"

"Entahlah, macam bosan je. Saya tengok tak ada benda menarik pun, scene romantik yang membosankan dan hero yang terlampau hensem. Meluat."

Haih laki aku ni, susah betul jenis tak layan drama Korea ni. Tiara mencebik.

"Hei, hensem lah hero dia! Sebab tu saya suka tengok."

"Amboi, dia saja ke hensem? Habis suami awak ni, tak hensem ke?" Soal Izzat berasa cemburu dengan Tiara.

Dengan aku tak pernah pula dia kata aku ni hensem ke apa. Hero drama Korea yang putih pucat macam hantu ni pula dia cakap hensem gila. Tak boleh jadi ni!

"Tak, muka macam kayu." Balas Tiara selamba.

Izzat yang sedang menyandar di sofa terus duduk tegak sambil memandang ke arah Tiara.

"Apa ni awak, dengan hero pucat macam hantu ni awak cakap hensem. Saya ni punya berkarisma siap dengan pakej badan fit awak samakan saya dengan kayu? Merajuklah macam ni!" Izzat menoleh ke tepi bertentangan dengan Tiara dan melipatkan tangannya seperti sedang merajuk.

"Alah awak ni...janganlah merajuk, nanti dah tak hensem muka awak tu." Tiara memujuk Izzat semula.

Tak sanggup nak tengok suami dia tu merajuk. Nanti betul-betul buruk pula muka dia.

"Ye ke saya hensem? Tadi cakap saya macam kayu."

"Iye, awak hensem sangat. Tadi tu saya gurau je lah!" Balas Tiara dengan nada seperti tidak sanggup.

Tapi dalam hati Tiaramemang berkata yang Izzat tu hensem pun. Tapi fahamlah Tiara ni macam mana, shy shy cat sangat...

"Betul ke ni?"

"Betul!"

"Yeay! Saya hensem! Sayang awak!" Izzat terus memeluk Tiara dengan erat.

Tiara tercengang, tiba-tiba je suami sendiri peluk tanpa amaran. Merah padam sekejap muka dia.

Ting!

"E-eh siapa mesej tu awak?" Tanya Tiara mengalihkan bicara lantas Izzat melonggarkan pelukannya.

Rupa-rupanya ada mesej yang masuk dari telefon Izzat.

"Hmm? Entahlah, kejap saya check." Izzat mengeluarkan telefonnya dan memeriksa mesej apa yang masuk.

Kacau betullah! Baru je nak mesra dengan isteri sendiri. Potonglah!

"Astaghfirullahal'azim..." Terkejut Izzat selepas membaca pesanan whatsapp dari Luqman, adiknya itu.

"Kenapa ni awak? Siapa yang mesej?" Soal Tiara melihat wajah Izzat berkerut seribu.

"Luqman mesej saya, dia cakap Reen kena marah dengan mama sebab berdua-duaan dengan lelaki."

"Macam mana pula mama boleh tahu? Takkanlah Aireen saja nak beritahu mama kot?"

"Tak mungkin Tiara, mesti ada seseorang yang bagitau dekat dia. Dan orang tu mesti nak burukkan hubungan mama dengan anak-anak..." Kata Izzat dengan wajah yang berkerut.

"Siapa awak?" Soal Tiara sengaja mahu bertanya walaupun dia dah boleh agak siapa orangnya.

"Nadra... perempuan ni memang nak kena. Saya kena pergi rumah mama malam ni. Awak nak ikut tak?"

"Tak apalah awak, saya duduk rumah je. Lagipun selepas apa yang berlaku, saya tak bersedia nak berdepan dengan mama.."

"Baiklah kalau awak dah cakap macam tu....yakin ni? Tak rindu dengan saya ke nanti..." Izzat sengaja menaikkan kening dengan senyuman nakalnya.

"Tak ada maknanya nak rindu! Meluat!" Tiara sengaja berkata begitu dan dia terus melarikan diri dari disoal dengan lebih dalam dan perkara lain pula akan berlaku nanti.

"Sayang...takkanlah tak rindu dengan saya? Sayang! Alah...mesti nak cover malu tu. Tak nak mengaku rindulah dengan suami dia yang hensem ni hahaha!" Izzat pun terus mendudukkan dirinya di depan televisyen dan sambung menonton rancangan yang tadi tertunda.

'Kau memang dah melampau Nadra...makin hari aku biar makin naik kepala ye...apa niat kau sebenarnya baik dengan mama...'







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro