EPISOD 34
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
Sementara di rumah Tuan Hisyam, mereka masih lagi berperang mulut.
"Awak tak fikir ke apa akibat yang akan datang daripada mulut awak yang lancang tadi tu?"
"Bagi saya tu bukan akibat tapi lebih kepada kelebihan. Bila Izz ceraikan perempuan tu, saya akan kahwinkan dia dengan Nadra."
"Tak...abang tak izinkan."
"Ini keputusan saya, abang tak layak nak masuk campur-"
"AKU CAKAP AKU TAK IZINKAN!" Jerkah Tuan Hisyam sehingga seisi rumah mampu mendengarinya.
Aireen, Fahmi dan Luqman yang sedang mendengar dari jauh pun turut sama terkejut mendengar jerkahan Tuan Hisyam.
Nampaknya amarah Tuan Hisyam tak dapat nak ditahan lagi.
"Astaghfirullahal'azim....awak tak boleh buat macam ni. Ini melibatkan masa depan anak dan menantu kita..." Tuan Hisyam menarik nafas dan beristighfar beberapa kali untuk mengawal rasa marahnya.
"Awak cuba fikir, apa yang keluarga Tiara akan anggap kita nanti. Hubungan keluarga antara kita dah lama terjalin, jangan disebabkan perbuatan awak ni...akan hancurnya hubungan persahabatan dan kekeluargaan yang kita dah jalinkan selama ni."
"Awak tak fikir ke, apa yang Alina dengan Reza akan cakap nanti. Mereka akan kecewa tau tak..." Sambung Tuan Hisyam lagi sebelum dia mendudukkan dirinya dan membuang cermin matanya sebelum memicit kepalanya yang terasa sakit.
"Saya tak kira! Abang nak tahu tak, perempuan tu bukannya baik sangat pun. Dia kahwin dengan Izz sebab nak rampas harta dia!"
"Mana awak tahu ni? Awak ada nampak ke Tiara buat macam tu?"
"Ye saya memang tak nampak! Tapi ada orang yang dah bagitau saya perangai sebenar Tiara tu. Dia bukannya orang yang baik bang!"
"Cakap orang dengan apa yang kita nampak tak sama Reyhana! Lagipun kita tak tahu sama ada apa yang orang tu cakap betul ataupun tidak. Kalau tak betul, nanti jadi fitnah macam mana. Dosa fitnah lagi besar dari dosa membunuh Hana..." Bantah Tuan Hisyam dengan lantang.
"Saya tak pedulilah apa abang nak cakap, yang pastinya saya akan tetap suruh Izz ceraikan perempuan tu. Saya tak kira!" Kata Puan Reyhana muktamad. Kedegilannya memang tidak dapat dihalang.
Tuan Hisyam yang terlalu marah akhirnya bangkit dan melangkah keluar dari rumah.
"Mama...apa yang mama buat ni salah." Tegur Aireen yang keluar dari belakang dinding setelah mendengar isi pertengkaran mak dan ayahnya tadi.
"Kamu diam Reen! Kamu tu masih muda, tak faham lagi pasal hidup ni. Jangan nak masuk campur hal orang tua."
"Tapi mama, Luq dengan Fahmi pun tak setuju dengan apa yang mama buat ni. Perbuatan ni salah, memisahkan antara dua hati yang bersatu tu berdosa mama." Sahut Luqman bersama dengan Fahmi.
"Ah! Korang semua anak beranak sama je. Aku tau apa yang aku buat, jadi korang semua tak payah nak masuk campurlah!" Tengking Puan Reyhana sebelum dia meluru naik ke tingkat atas dengan membawa beg tangannya.
Kemudian terdengar pintu bilik terhempas dengan kuat.
Aireen terduduk dengan air mata yang tertahan.
"Abang...kenapa mama berubah sampai macam tu..." Aireen sangat terkejut kerana Puan Reyhana berubah dengan begitu drastik sekali.
"Abang pun tak tahu." Balas Luqman.
"Adik sabar ye, mungkin mama pun tak ada niat nak marah macam tu. Mama banyak fikir lah tu." Kata Fahmi sambil merenung sayu ke arah Aireen yang sedang bersedih.
Aireen memang sedih. Dia kalau boleh tidak mahu apa-apa terjadi pada rumah tangga abangnya. Dia tidak mahu mereka berpisah.
"Kita doakan semoga semuanya berjalan lancar. Dan mama akan ubah fikiran." Tambah Luqman sambil mengusap bahu Aireen dengan lembut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ting! Tong!
"Assalamualaikum!" Bunyi loceng itu disertakan dengan suara seseorang memberi salam dari luar rumah.
Izzat pun membukakan pintu dan tersembul lah wajah Faizul, Alif bersama dengan isterinya.
"Kitaorang baru dapat tahu apa yang jadi." Ujar Alif setelah mereka dipelawa untuk masuk ke dalam.
"Macam mana korang tahu? Aku tak ada cerita apa-apa pun?"
"Erm...actually, Uncle Hisyam ada datang ke rumah jumpa dengan abah aku malam tadi. Katanya dia bertengkar dengan Auntie Hana dekat rumah. Dia datang nak minta pendapat. Dekat situlah kitaorang dapat tahu yang Auntie Hana ada suruh kau..." Aulia sengaja memberhentikan ucapannya.
Kerana dia tidak mahu ayat itu disebut kerana kata-kata itu juga merupakan satu doa.
"Ya Allah malu aku...sampai korang pun tahu ni."
"Lia, awak pergi naik atas tengokkan Tiara. Saya dengan Zul nak berbual dengan Izz kejap." Arah Alif disertai dengan anggukan oleh Aulia. Dia pun pergi ke bilik Tiara tanpa banyak soal.
Macam mana diaorang tahu rumah Izzat? Mudah, diaorang dah pernah datang beberapa kali dulu. Itu yang diaorang ingat.
Ok berbalik pada situasi semula.
"Izz, kita ni dah kawan lama. Kenapa kau nak malu? Kau dah lupa ke, masalah kau adalah masalah kami juga."
"Ha'ah, takkanlah kitaorang nak biarkan kau hadap masalah ni seorang diri kot. Kami ni masih ada hati perut tau." Sahut Faizul menyokong hujah Alif.
"Thanks korang...aku tak tahu nak balas jasa macam mana. Besar sangat jasa korang ni."
"Dah jangan nak sedih-sedih. Sekarang ni kitaorang nak tahu dengan lebih detail apa yang dah jadi sebenarnya." Alif meminta Izzat untuk menerangkan semula apa yang dah jadi kelmarin.
Maka Izzat pun menceritakan semula bagaimana kedatangan maknya ke rumah meminta dia untuk menceraikan Tiara.
Setelah selesai menceritakan semuanya, Alif menongkat dagu. Kelihatan sedang berfikir sesuatu.
"Hmm, aku syak...ada sesuatu yang dah buat mama kau berubah. Takkanlah tiba-tiba sangat dia nak bangkitkan soal tu sedangkan sebelum ni dia baik dengan Tiara." Kata Alif memberikan pendapatnya.
"Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi aku setuju dengan pendapat Alif. Mana mungkin mak kau yang awal-awal lagi plan nak jodohkan kau dengan Tiara....tiba-tiba nak kau ceraikan Tiara. Something fishy..." Balas Faizul yang turut bersetuju.
"Aku rasa aku tahu kerja siapa!" Izzat bangkit dengan nafas laju. Menahan amarah.
"Siapa?" Tanya Alif dan Faizul serentak.
"Nadra, bekas tunang aku..."
"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Alif meminta penjelasan dari Izzat.
"Sebelum ni, dia balik dari luar negara nak aku get back balik dengan dia. Tapi lepas dia tahu aku nak kahwin, takkanlah dia tak jealous? Mesti dia ada cakap sesuatu dengan mama aku dan dia mesti ada plan sesuatu..."
"Hmm...masuk akal, aku sebenarnya terfikir lagi. Dia ada rakan subahat tak Izz? Sebab aku kenal perempuan tu, dia tak adalah bijak sangat nak rancang sesuatu. Dia tu hanya nak duit je." Soal Alif dengan rasa curiga.
Dia memang kenal dengan Nadra, Izzat pernah kenalkan Nadra dengan Alif semasa mereka bertunang.
Dan masa Alif dapat tahu yang Izzat dah putus dengan Nadra, dia berusaha untuk mencari tahu siapa diri Nadra yang sebenar.
Mata duitan.
"Sebenarnya ada...Faliq."
"Hah? Siapa Faliq?" Tanya Faizul tidak mengenali siapa Faliq itu.
"Dia tu pula lelaki yang sukakan Tiara. Dia pernah minta Tiara terima dia sebagai teman hidup, tapi kena tolak. Aku tau dia berdendam dengan aku." Ujar Izzat sambil menumbuk meja kopi itu dengan kuat.
Alif dan Faizul terkejut kerana melihat riak wajah Izzat yang marah. Mereka belum pernah melihat Izzat semarah ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Aku sedih Tiara! Aku rasa dikhianati. Sanggup dia buat aku macam ni..." Balas Tiara dengan rasa emosi.
"Sabar beb, aku faham perasaan kau. Tapi apa jadi sekalipun, jangan pernah lupa tanggungjawab kau sebagai seorang isteri."
"Aku tahu Lia aku tahu. Cuma...aku terkilan dengan mak mertua aku. Dulu, dia yang rancang nak jodohkan aku dengan Izz. Memanglah aku tak setuju dulu, tapi sekarang ni bila aku dah mula sayangkan Izz...tiba-tiba dia nak Izz ceraikan aku. Apa semua tu..." Air mata Tiara mengalir sekali lagi kerana dia tidak dapat menahan perasaan kecewa.
"Aku tahu Tiara, tapi sekarang lebih baik kau bertenang. Kau kena banyak berdoa biar Allah lembutkan hati mak mertua kau tu dan ubah fikiran dia semula. Sebenarnya...aku sendiri pun tak sangka Auntie Hana akan cakap macam tu..."
"Dan aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Kenapa Auntie Hana buat keputusan melulu macam ni. Mesti ada sesuatu dah jadi." Tambah Aulia dengan perasaan curiga.
"M-maksud kau?"
"Ada orang lain yang cuba sabotaj hubungan korang berdua. Ada orang yang nak hancurkan rumah tangga kau Tiara. Kau ada terfikirkan sesiapa tak?" Soal Aulia umpama seorang penyiasat peribadi.
Macam suami dia tadi.
"Hmm tak ada- Nadra! Dia tu bekas tunang Izz. Tapi...aku tak beranilah nak tuduh, nanti jadi fitnah dosa..."
"Tak apalah, nanti aku ceritakan dekat suami aku. Biar dia dengan kawan dia siasatkan."
"Tak apa ke Lia? Tak kantoi ke?"
"Kau jangan risau, diaorang tu pernah jadi Secret agent. Taulah diaorang nak siasat macam mana." Kata Aulia tersengih-sengih macam kerang busuk membuatkan Tiara tergelak.
"Haha! Jangan tenung aku macam tu, seram tau tak."
"Saja nak buat kelakar sikit. Barulah muka kau yang masam macam asam jawa tu jadi manis macam gula-gula."
"Ada-ada je lah kau ni Lia!" Tiara mencubit paha Aulia dengan kasar.
"Adoi! Kau ni kasar still tak hilang kan. Pedih woi!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro