EPISOD 31
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
3 bulan sudah berlalu, pertengkaran yang berlaku dulu itu telah dilupakan. Tapi keputusan Izzat untuk berpindah ke rumah baharu tetap muktamad.
Dan setelah 3 bulan, barulah mereka berjaya mendapatkan sebuah rumah dua tingkat untuk dijual. Urusan penjualan rumah telah selesai dan sekarang mereka dalam proses untuk berpindah.
Hari ini, telah tiba masanya untuk mereka berdua berpindah ke rumah baharu.
"Izz, ingat tau. Bila sampai dekat sana nanti telefon mama." Puan Reyhana mengulangi semula peringatan yang sama dia cakap pada malam semalam.
Sampai Izzat pun terpaksa menjawab jawapan yang sama sejak dari semalam.
"Ye mama, Izz janji Izz call mama. Ini dah kali ke 109 mama ingatkan Izz tau." Izzat tertawa kecil apabila melihat wajah Puan Reyhana yang cemas itu.
Ibu mana je tak cemas kan. Anak dia yang dah lama duduk sekali kena pindah jauh dari ibunya.
Jauh pun taklah jauh sangat, tapi masih juga jauh, faham tak? Kalau tak faham, macam biasalah... buat-buat faham.
"Mama bukannya apa, risaukan kamu. Nanti bila dah sampai sana-"
"Ye! Dia akan call awak! Haish berapa kali nak cakap? Diaorang berdua ni pun serba salah nak pergi tau." Tuan Hisyam lantas memotong percakapan Puan Reyhana.
Risau sangat dekat anaknya yang sorang tu. Padahal lupa, ada lagi tiga orang anak yang nak kena risaukan.
"Izz, yang paling penting jaga diri kamu dengan isteri kamu ni. Kalau rasa nak jenguk ke sini, abah dengan mama sentiasa ada dekat rumah ni."
"insya-Allah abah. Terima kasih banyak-banyak sebab banyak bagi nasihat pada Izz." Izzat pun menyalam tangan Tuan Hisyam sebelum memeluk tubuhnya.
"Tiara, nanti tolong jagakan Izz ye. Mama tau Tiara mampu untuk jaga dia dengan baik. Jaga makan minum dia." Pesan Puan Reyhana dengan air mata yang bertakung di kelopak matanya.
"Ye mama, janganlah sedih. Nanti saya dengan Izz akan selalu balik ke sini."
"Hana, diaorang ni nak pindah rumah je pun. Bukannya nak pergi berperang. Lagipun Putrajaya dengan Shah Alam bukannya jauh mana. Nanti senang-senang kita lah datang ke sana. Apa susah." Tuan Hisyam menenangkan Puan Reyhana di samping memberi cadangan bernas.
"Ye tak ye juga bang. Ok lah jaga diri elok-elok." Kesedihan Puan Reyhana terus hilang.
Izzat beralih pula pada adik kembarnya dan juga adik perempuannya.
"Along jaga kak Tiara ni elok-elok. Kalau Reen dapat tahu yang Along ada buat benda tak elok di belakang kak Tiara, siap!" Aireen memberikan amaran sambil menyalam tangan Izzat.
"Pandai eh kamu nak bagi amaran macam tu dekat Along. Luqman, Fahmi, Along dah tak tinggal dekat sini lagi dah. Jadi tugas korang berdua pula lah jaga adik dengan mama dan abah. Jangan kecewakan harapan Along."
"Baiklah! Itu semua perkara kecil je! Kami berdua boleh handle lah!" Balas Luqman dan Fahmi dengan bersemangat.
"Baiklah, kami berdua pergi dulu. Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam..." Balas mereka kepada pasangan suami dan isteri itu.
Izzat dan Tiara pun masuk ke dalam kereta. Mereka melambaikan tangan buat kali terakhir dan kereta Izzat pun meluncur keluar dari kawasan rumah Tuan Hisyam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Awak...besarnya rumah ni! Rumah kita ke ni?" Soal Tiara tidak percaya dengan apa yang dipandang.
Rumah semi-d dua tingkat. Dengan laman rumah yang agak luas, agak besar untuk dua orang tinggal di rumah itu.
"Yep, inilah rumah baru kita! Saya memang suka beli rumah besar. Nanti kalau ada anak senanglah tak payah nak pindah randah lagi.." kata Izzat dengan senyum nakalnya.
Seram pulak Tiara rasa.
"Err...ok jom lah kita kemas apa-apa yang patut."
"Eh tak payah dah. Semuanya dah siap, perabot apa semua tu dah siap ada dekat dalam. Cuma kena letak pakaian dalam almari je dan settle!"
"Wow! Seronoknya! Jom lah awak! Jom!" Tiara dengan terujanya menarik tangan Izzat untuk membawanya melihat-lihat ke kawasan rumah.
"Haa...dekat situ rupanya korang punya rumah...lepas ni mudahlah kerja aku nak hancurkan hubungan korang...." Kedengaran suara seseorang sedang memerhati dari jauh dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
"Hello bos, saya dah dapatkan alamat tempat tinggal baru diaorang. Bos jangan risau...lepas ni, akan lagi mudah kitaorang buat kerja."
"Bagus! Jangan lupa kau laksanakan apa yang aku suruh tu. Kalau kau tak buat, tak ada upah untuk kau."
"Baik bos, semua ditanggung beres.." Dia pun meletakkan panggilan telefonnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seminggu selepas itu...
"Awak...kena ke awak pergi kerja ni?" Soal Tiara dengan perasaan serba salah.
"Kenalah, lagipun cuti saya dah habis. Nanti banyak pula masalah yang timbul dekat pejabat tu. Awak jangan memandai-mandai nak pergi kerja ye, saya dah bagi awak cuti sebulan penuh."
"Ish! Mana adil macam ni! Awak boleh pergi kerja, kenapa saya nak kena cuti panjang lagi ni?"
"Ye lah...saya nak juga balik tengahari atau malam nanti awak masakkan makanan untuk saya. Lagipun masakan awak kan sedap....boleh gila tau kalau sekali tak makan." Ujar Izzat sambil mengelus lembut pipi Tiara yang mukanya dah masam.
Mana tak masam muka, kalau dah suami pergi kerja dia pula kena duduk santai dekat rumah.
"Janganlah masam sangat muka tu. Nanti dah tak cantik isteri tercinta saya ni."
"Ye lah! Tapi lepas sebulan nanti, jangan bagi saya cuti lagi. Kalau tak, saya tak nak masak untuk awak!" Ugut Tiara sambil tangannya membetulkan tali leher Izzat yang kelihatan senget.
"Hahaha! Ye lah awak, saya dah lambat ni. Saya pergi dulu ye, Assalamualaikum!" Izzat kemudian mencium dahi Tiara dan terus keluar dari rumah untuk ke tempat kerja dengan menaiki kereta.
"Waalaikumsalam..." Tiara terdiam sekejap kerana diberikan ciuman di dahi tadi. Berasa seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan jantungnya berdegup dengan sangat kencang.
Macam nak tercabut jantung.
"Auch! Seronok pula dapat ciuman free hari ni! HAHAHA!" Tiara kemudian masuk ke dalam rumah dan menutup pintu sambil hatinya seronok memikirkan tentang suami tercintanya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Izzat masih lagi merenung ke arah bingkai gambar yang ada di meja kerjanya.
Gambar apa lagi, gambar perkahwinan dia lah.
"Huh....kenapalah aku tak sedar isteri aku secantik ini...jangan risau Tiara, saya akan cuba buat awak rasa bahagia dengan saya dan takkan rasa sakit lagi dengan perasaan cinta awak yang dulu."
"Hoi, pengantin baru! Amboi seronoknya tengok bingkai gambar tu." Tegur Alif yang tengah berdiri di muka pintu sambil tersengih.
"Terkejut aku, kau datang sorang je ke ni?"
"Tak lah, aku datang dengan budak ni." Alif kemudian beralih ke tepi sikit dan memberi laluan untuk Faizul masuk ke dalam.
"Hei guys! What's up?" Faizul dengan langkah keyakinannya duduk di kerusi yang berada di dalam pejabat Izzat.
"Saka luar negara dah melekat dekat kau ke Zul? Ingat ni Australia ke apa?" Izzat memberi perlian yang sinis membuatkan Faizul tergelak.
"Hahaha! Rileks lah bro, kenapa nak marah ni? Amboi, sejak dah jadi suami orang ni. Bukan main tegas lagi kau ye?"
"Janganlah cakap macam tu Zul, Izz ni sekarang kan dah jadi CEO syarikat. Kenalah ada ketegasan sikit. Tambah pula dengan dia dah kahwin sekarang. Makin lain lah perangai dia." Bidas Alif sambil menuju ke belakang Izzat menepuk bahunya.
"Korang berdua ni tak ada kerja ke? Hari tu kan dah datang rumah."
"Alahai, saja nak menjenguk kawan baik. Aku mana ada kerja, sekarang ni agensi rahsia tak pakai khidmat hacker sangat dah. Tapi gaji still jalan! Zul ni pula tengah tunggu hospital tempat dia akan bekerja nanti panggil dia bertugas." Terang Alif panjang lebar kemudian dipotong oleh Faizul.
"So dengan erti kata lain, yes. Kitaorang tak ada kerja sekarang. Noktah." Faizul menamatkan penjelasan dan duduk di kerusi dengan kaki sebelah terangkat.
"Alah Izz, janganlah marah. Kitaorang ni bukannya selalu ada masa terluang pun. Nanti bila dah masing-masing sibuk, tak ada lagi dah nak berjumpa selalu. Tambah lagi, korang berdua dah kahwin. Lepak sorang je lah aku lepas ni...." Kata Faizul dengan melipat kedua belah tangannya dengan reaksi muka yang sedih.
Izzat menundukkan kepalanya. "HAHAHA! Itulah kau, padan muka. Dulu selalu sangat ejek kitaorang lambat kahwinlah apa lah. Sekarang, mendapatlah!"
"Kann Izz, dulu bukan main lagi cakap kitaorang ni bakal bujang sampai tua. Sekarang, kau yang yang tengah jadi bujang tua. Izz dah kahwin, aku ni pula dah ada anak dua. Kau bila lagi? HAHAHAH!" Tambah Alif pula dengan ketawa terbahak-bahak.
Sekali sekala kenakan kawan sendiri apa salahkan?
"Ye lah! Salah aku lah semua ni berlaku. Biarlah aku sorang-sorang, tak ada kawan. Biarkan!" Faizul memalingkan wajahnya ke belakang tidak mahu memandang mereka berdua.
Alif dan Izzat berpandangan sesama sendiri. Kemudian menjelirkan lidah. Hehehe!
"Alah Zul kawanku! Janganlah merajuk. Kau tu bakal doktor tau. Janganlah nak mengada-ngada sangat. Mana ada bakal doktor perangai budak-budak macam ni. HAHAHAHA!" Kata Alif dan Izzat serentak, ketawa pun serentak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro