EPISOD 30
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
"Dan pada masa tu lah cinta mula berputik dalam hati saya dan juga dia." Cerita Izzat dengan penuh perasaan sambil tersengih mengenangkan kisah cinta clichenya itu.
"Jadi awak dengan dia mula bercintalah masa tu?"
"Yep, masa tu semuanya manis. Orang cakap kalau kentut depan muka pun bau wangilah!"
Tiara ketawa terbahak-bahak kerana jenaka yang dibuat Izzat.
"Hahaha! Aduhai macam-macam lah awak ni. Habis tu, apa yang....menyebabkan korang berdua...break up?" Soal Tiara serba salah.
Wajah yang ceria tadi bertukar sedih.
"Huh...tapi itulah, semuanya manis pada awal perhubungan saja. Memang kitaorang suka sama suka pada masa tu. Lepas setahun, kitaorang pun bertunang."
"Saya ingatkan masa tu lepas bertunang, hubungan kitaorang akan semakin erat. Tapi...dia berubah sekelip mata je. Dari bertudung jadi tak bertudung, daripada baik hati terus bertukar jadi sombong dan angkuh..."
"Masa tu pula keluarga kitaorang ada masalah kewangan. Abah dah bersara awal jadi mata pencarian tak ada. Saya pula masa tu belum ada kerja tetap. Jadi kewangan tak berapa nak stabil."
"Mulanya saya ingatkan kitaorang boleh kekal bahagia sampailah satu hari tu....sehari sebelum tarikh perkahwinan kitaorang...."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"We need to talk Iz." Nadra membawa Izzat ke tasik yang indah menjadi tempat rekreasi keluarga yang selalu mereka datang.
"Ada apa Nad nak jumpa dengan saya ni? Nak ajak kahwin ke?" Izzat menyakat Nadra dengan gurauan yang selalu dia gunakan setiap kali berjumpa.
Biasanya dia gelak, kali ni....dia serius sangat. Tak ada senyuman sikit pun di wajahnya.
"Hmm? Kenapa awak masam je ni? Kita kan dah nak kahwin esok? Persiapan majlis semuanya dah siap, kenapa awak macam tak gembira je ni? Ada masalah ke?" Soal Izzat bertubi-tubi kerana risau jika Nadra ada apa-apa masalah.
"I nak kita putus." Singkat, padat tapi mampu membuatkan hati seseorang merasa terluka.
"A-apa? Saya salah dengar kan? A-awak tipu kan?" Tadi yang bercakapnya lancar siap boleh bergurau, hilang terus semua tu.
"I tak bergurau! Kira bagus I beritahu You sehari sebelum majlis. Kalau I lari masa majlis, keluarga You juga yang akan malu." Balas Nadra dengan angkuh dan sombong.
Berlawanan sangat dengan sikap Nadra pada pertemuan pertama dulu.
"Awak...kenapa awak berubah sampai macam ni sekali. Sampai hati awak...saya berkorban apa saja untuk awak. Bila susah saya sentiasa bersama dengan awak...tapi kenapa bila saya susah awak nak tinggalkan saya macam ni?"
"Oh, jadi sekarang ni You nak mengungkit pula lah! Zaman sekarang ni kalau nak hidup, kena ada duit. Bila You tak ada duit, untuk apa I bersama dengan awak. Tak ada guna!"
Air mata yang bertakung di mata Izzat akhirnya tumpah jua. Hujan dengan sangat lebat tiba-tiba turun bagai menangisi nasib yang dihadapi oleh pemuda malang ini.
"Sampai hati awak..."
"I akan bertolak ke Australia esok. Jangan ingat I tak bagitau You...anggaplah kita tak pernah kenal. Saya pergi dulu."
Nadra pun beredar dari situ meninggalkan Izzat yang sedang menangis, menangisi nasib diri yang ditimpa malang.
"Kenapa...awak buat saya macam ni Nadra...segalanya saya berikan kepada awak....Ya Allah! Kenapa nasib aku macam ni! YA ALLAH!!" Izzat menjerit sepuas-puasnya meluahkan perasaan yang terpendam di hatinya itu.
Hancur sudah hatinya. Tiada lagi rasa cinta yang tinggal. Semuanya ibarat hancur musnah tiada bersisa.
Izzat akhirnya berjalan perlahan-lahan...meninggalkan kawasan yang telah menjadi saksi hancurnya cinta sang pemuda...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Astaghfirullahal'azim..." Izzat beristighfar sebentar bagi menghilangkan rasa pedih di hatinya akibat peristiwa yang berlaku itu.
"Itulah kali terakhir saya berjumpa dengan dia. 6 tahun dia hilangkan diri. Susah saya nak lupakan dia. Tapi sekarang, bila saya dah nak bahagia bersama awak....dia kembali dengan rasa tak bersalahnya cuba nak bersama semula dengan saya...."
"Kesiannya awak..." Tiara mengelap air mata yang mengalir menggunakan tisu.
"Mungkin awak selalu dengar cerita yang perempuan selalu dikecewakan oleh lelaki...tapi kali ni berlawanan. Hahaha, saya pula yang dikecewakan oleh seorang perempuan. Kelakar tak?" Izzat ketawa hambar bagi menghilangkan rasa sedih yang terbuku di hati.
"Sudah cukup...jangan cakap macam tu lagi. Sekarang, barulah saya rasa bertuah kerana telah berjumpa dengan lelaki yang ikhlas macam awak...sejujurnya, susah nak jumpa lelaki macam awak lagi sekarang." Tiara mengusap-usap bahu Izzat bagi memberi sokongan emosi kepada dia.
"Saya tak suka berjanji, tapi insyaallah saya akan cuba bahagiakan awak sepertimana sepasang suami isteri yang dah lama bersama..." Ujar Izzat sambil memegang tangan Tiara yang berada di bahu dengan erat.
"Tapi yang paling penting! Saya dah move on! Biarlah apa nak jadi dekat dia, kalau dia cuba nak apa-apakan rumah tangga kita, siaplah dia!" Kata Izzat dengan nada yang berubah kembali menjadi seorang yang ceria.
"Ye ye je. Entah-entah nanti awak balik pada dia-"
"Jangan cakap macam tu. Saya tak suka. Bila saya dah sayangkan seseorang, saya akan tetap sayangkan dia dan sanggup berkorban apa saja termasuklah nyawa saya sendiri." Kata Izzat dengan yakin.
"Baiklah Encik Izzat, saya percayakan kata-kata awak tu."
"Ok! Habis cerita! Nampaknya awak kenalah bancuh air yang baru."
"Aik kenapa pula?"
"Sebab air yang awak bancuh tu saya dah habis minum hahaha!" Izzat menunjukkan teko dan cawan yang dah kosong.
Ini effect bercerita lah ni. Habis air teh o yang dibancuh Tiara.
"Ish! Awak ni! Dah kena buat sekali lagi. Aduhai!" Tiara membawa teko dan cawan itu ke untuk membancuh semula air.
"Hehehe, siapa suruh saya cerita. Kan dah merana diri. Saya naik atas dulu. Apa-apa hal kalau perempuan tu meroyan ke, panggil je saya."
"Hahaha! Ada je lah awak ni. Ye nanti saya panggil!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Terima kasih Auntie sebab sediakan minuman tadi. Buat susah je." Nadra bangun untuk meminta diri setelah hampir dua jam di rumah Tuan Hisyam.
"Ish tak susah pun. Lain kali, kalau nak datang beritahu je. Nanti Auntie masak pula masakan yang sedap-sedap."
"Wah! Ok Auntie Nad balik dulu ye. Assalamualaikum." Nadra pun masuk ke dalam kereta dan terus pulang ke rumah.
"Mama, masuk kejap. Izz ada benda nak cakap sikit ni." Panggil Izzat dari pintu rumah.
"Apa dia Izz?" Puan Reyhana mengambil tempat di sofa ruang tamu.
"Izz tak nak perempuan tu datang lagi ke rumah ni. Izz tak suka." Ujar Izzat serius dengan ucapannya sebentar tadi.
"Izz, sampai bila nak macam ni? Tak puas lagi ke berdendam dengan dia?"
"Mama takkan faham. Hati Izz terluka, hancur dan sebab dialah Izz pernah fikir yang perempuan semuanya sama macam dia!"
"Yang dah berlalu tu, kita lupakanlah. Jangan kita nak ungkit lagi. Lagipun Izz, berdendam takkan selesaikan masalah."
"Izz tak pernah dendam, Izz cuma tak sudi dan tak suka dia datang ke sini. Mama jangan nak benarkan dia datang sini lagi ye!" Bantah Izzat dengan lantang. Dia memang betul-betul tak suka dengan kehadiran Nadra ke rumah ini.
Izzat masih ralat dengan sikap mamanya yang terlalu mudah nak maafkan orang. Tetapi sekali dia dah benci, dia akan benci orang tu dengan bersungguh-sungguh.
"Izz! Ini bukan rumah Izz! Ini rumah keluarga kita. Mama berhak menentukan siapa yang boleh datang ataupun tak boleh datang ke rumah ni!"
"Dan Izz juga berhak untuk tak benarkan perempuan tak guna tu datang ke sini!"
"Izz! Jangan melawan cakap mama!" Puan Reyhana meninggikan sedikit suaranya kerana mendengar bantahan Izzat tadi.
"Ok! Kalau mama tetap dengan keputusan mama, Izz akan cari rumah sendiri dan pindah je sana dengan secepat mungkin dengan isteri Izz. Izz tak nak kehadiran perempuan tak guna tu akan merosakkan rumah tangga kitaorang yang baru je nak dibina ni!"
Izzat tidak mahu berbincang dengan Puan Reyhana lagi. Dia membawa langkah dirinya naik je tingkat atas menghiraukan panggilan Puan Reyhana.
"Izz, nak pergi mana tu! Izz! Haish..." Puan Reyhana mendudukkan dirinya semula sambil berfikir dengan pertengkaran yang dihadapinya sebentar tadi.
"Itulah awak, saya dah pesan dulu...kalau nak buat sesuatu pastikan fikir dulu. Sekarang, apa dah jadi?" Nasihat Tuan Hisyam yang dah mendengar tentang pertengkaran mereka berdua tadi lantas mendudukkan dirinya di sebelah Puan Reyhana.
"Abang diam! Ini hal antara saya dan anak saya, abang jangan nak masuk campur." Puan Reyhana menghiraukan nasihat Tuan Hisyam dan kemudian turut sama pergi meninggalkan ruang tamu menuju ke bilik.
"Aduh...anak baru je nak merasa bahagia, sekarang nak kena hadapi dugaan yang datang..." keluh Tuan Hisyam dengan tangannya meraup mukanya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro