Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 27

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

Puan Reyhana kelihatan sedang sibuk memilih rantai emas mana yang dia berkenan.

Memang happy sangatlah tu. Mana tak happy, suami tercinta bagi pelepasan am. Tak payah masak, keluar je pergi berseronok untuk sehari. Duit semua ditanggung.

Siapa je tak seronok kan!

Tengah-tengah seronok pilih, muncul pula dua orang wanita duduk di sebelah Puan Reyhana.

"Hai Hana, seronok nampak. Sampai aku yang duduk sebelah ni pun kau dah tak nampak ke?"

Puan Reyhana memalingkan wajah je sebelah. Riak wajahnya langsung berubah bila dia melihat Puan Amanda bersama dengan Nadra yang menegurnya tadi.

"Hmph, memang patut pun aku tak nampak kau. Lagi-lagi anak kesayangan kau tu. Tak apalah tauke, simpan je emas ni. Aku tak berkenan dah." Puan Reyhana meletakkan semula rantai emas yang sedang dibelek dan terus bingkas berdiri untuk beredar.

"Hana! Nanti dulu. Aku nak berbaik dengan kau, takkanlah kau masih lagi berdendam dengan anak aku ni?"

"Tak berdendam kau cakap? Hati aku ni dah benci dan cukup jijik dengan anak kau ni, tiba-tiba je lari hilangkan diri bertahun-tahun. Lepastu sekarang muncul balik nak baik semula dengan keluarga aku? Memang tak lah!"

Sebelum Puan Reyhana melangkah pergi, sempat dia melihat ke arah Nadra.

"Ha, dan kau Nadra. Tak perlulah nak terkejar-kejarkan anak aku lagi. Untuk pengetahuan kau, dia sekarang dah berkahwin dengan orang yang lebih BAIK berbanding kau!" Puan Reyhana pun beredar dari situ dengan langkah kaki yang laju.

'Sial kau orang tua, tak apa. Kau tengok nanti macam mana aku rampas semula anak kau, Iz...' dendam yang terbuku dalam hati Nadra semakin meluap-luap mendengar ayat serangan Puan Reyhana tadi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Good morning sayang!"

"Morning. Awak ni boleh tak jangan nak sergah-sergah macam ni. Terkejut tau tak!"

Suami dia ni memang suka sergah orang ke macam mana? Pagi tadi masa bangun tidur bukannya nak kejut elok-elok.

Ada ke patut Izzat pergi pakai topeng gorila yang entah mana dia dapat tu pergi buat jumpscare dekat depan muka Tiara.

Member pun dah terkejut, diterajang lah si Izzat sampai tersungkur ke lantai.

Ingatkan serik dah, rupanya tak serik lagi!

"Saya nak ceriakan isteri tercinta saya ni saja. Biar muka jadi ceria sikit. Kalau tak, asyik-asyik tak nak senyum, masam. Tak cantik."

"Ei tengoklah tu! Cakap kita tak cantik pula, merajuklah macam ni!"

"Alahh jangan merajuk! Abang gurau je. Dah mari turun sarapan, mama dengan abah dah tunggu tu." Izzat menukar topik dan terus menarik tangan Tiara turun ke bawah.

Kalau nak layan merajuk Tiara, memang tak makanlah diaorang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Geram betul aku tengok muka perempuan tu! Pagi-pagi lagi dah buat aku naik angin." Rungut Puan Reyhana sambil melihat ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan.

Baru saja dia nak melintas, seorang lelaki yang menaiki motor melaju ke arah Puan Reyhana.

"Auntie!"

Brak!

Nadra menolak Puan Reyhana ke sekaligus berjaya mengelak dari beg tangannya disambar oleh peragut tu.

Tetapi akibatnya mereka berdua terjatuh lah.

"Aduh...tak guna punya peragut! Hampir lagi beg tangan aku nak diragutnya!" Puan Reyhana mengibas-ngibas kain tudungnya kerana habis kena habuk tanah.

Sudah je dia membetulkan tudungnya, baru dia perasan sesuatu.

"Eh, Nadra!" Puan Reyhana melihat Nadra tidak sedarkan diri di sebelahnya.

Dengan secepat kilat Puan Reyhana memapah Nadra membawanya terus ke klinik yang berdekatan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Good morning abah!" Ucap Izzat dengan penuh ceria dan bersemangat kepada Tuan Hisyam.

"Morning, amboi lambatnya korang berdua bangun. Pukul 11 baru bangun eh. Macam mana malam tadi? Ok?" Tanya Tuan Hisyam dengan senyum sinis.

"Eh mestilah ok abah! Menantu kesayangan abah ni pemalu rupanya. Ingatkan selama ni dingin sedingin ais."

"Hahaha! Ada-ada je lah kamu ni Iz. Marilah duduk, sarapan sekali."

"Mana mama? Bukan biasanya dia ke paling awal bangun dalam rumah ni?"

"Hmm abah bagi masa terluang sikit dekat mama kamu tu. Katanya nak pergi shopping kejap. Awal-awal pagi lagi dah keluar rumah. Tengahari kejap lagi baliklah tu." Balas Tuan Hisyam sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

Izzat dan Tiara pun duduk bersama di meja makan. Tiara menolong mencedok nasi goreng ke dalam pinggan Izzat. Tugas biasa sebagai seorang isteri.

"Tiara, sekarang ni Tiara dah jadi isteri kepada Iz. Abah harap kamu boleh menjadi isteri yang terbaik untuk Iz ye."

"Insyaallah, saya akan cuba menjadi isteri yang baik untuk Iz. Terima kasih abah." Ujar Tiara terharu dengan sikap bapa mertuanya itu.

"Alhamdulillah. Iz, lepas ni apa perancangan kamu? Nak tinggal di sini ke ataupun kamu dah ada rumah sendiri?"

"Oh untuk rumah tu sebenarnya Iz dah merancang nak beli rumah. Tapi setakat sekarang, mungkin kitaorang akan tinggal di sini dulu. Tiara macam mana? Ada cadangan?" Izzat dengan pantas bertanya pendapat kepada Tiara.

Tak mahulah dia seorang je yang buat keputusan sendiri sampai isteri sendiri rasa tak selesa.

"Erm...saya setuju je. Lagipun orang dekat rumah ni semuanya baik dengan saya, takkanlah saya nak tolak tinggal disini kan."

"Alhamdulillah baguslah kalau awak cakap macam tu." Lega sikit hati Izzat bila Tiara setuju je dengan rancangan dia.

"Oh tak apa, abah memang tak kisah kamu nak tinggal dekat mana sekalipun. Tapi lebih bagus ada rumah sendiri, barulah privasi lebih terjaga ye idok?" Kata Tuan Hisyam sambil tersenyum sinis.

"Ni abah nak keluar kejap, korang berdua ber sweet lah dulu dekat rumah ye." Tuan Hisyam dengan pantas membasuh pinggannya dan terus mencapai kunci kereta.

Dalam sekelip mata mereka berdua kesunyian. Tiada orang dalam rumah itu. Hehehe...

"Sayang, tak ada orang dalam rumah ni. Jom kita-"

"Jom apa? Awak jangan nak gatal sangat ye. Saya tonyoh muka kasar awak tu dengan pinggan kotor ni kang." Ancam Tiara sambil menjauhkan diri dari Izzat.

Nampaknya tahap kegatalan dah semakin meningkat. Baik dia melarikan diri sebelum bala tentera datang menyerang.

"Lari!"

"Hei Tiara! Nak kemana tu, awak jangan lari!"

Orang baru nak sweet charity dengan isteri sendiri dah dia lari pula.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Sakit lagi tak kaki tu?"

"Hmm...kurang dah sikit Auntie."

"Kenapa susah payah nak selamatkan Auntie tadi? Sedangkan kamu tau yang Auntie bencikan kamu?" Soal Puan Reyhana dingin kepada Nadra.

Mereka berdua baru saja pulang dari klinik kerana kecederaan ringan yang dialami Nadra.

"Nad sebenarnya nak minta maaf dengan Auntie....hidup saya tak tenang selagi saya tak dapat kemaafan dari Auntie. Lagipun...saya dah berubah, saya dah tak macam dulu lagi." Terang Nadra dengan senyum palsu.

Puan Reyhana mendiamkan diri, mendengar dengan jelas penjelasan dari Nadra.

"Tapi...kalau Auntie tak nak maafkan Nad tak apalah, mungkin ini dah memang takdir saya. Assalamualaikum Auntie-"

Belum sempat Nadra beredar, tangannya dipegang oleh Puan Reyhana.

"Nanti dulu nak, Auntie....maafkan kamu. Dah sekarang ni mari Auntie hantarkan kamu balik." Balas Puan Reyhana dengan penuh simpati dan tidak sanggup untuk menolak kemaafan dari Nadra.

Puan Reyhana merasakan yang Nadra juga seorang manusia biasa, sentiasa buat kesalahan. Jadi tidak salah kalau dia memaafkannya.

Tanpa sedar, Nadra tersenyum sinis. Puas dengan hasil penipuannya hari ini.

'Tertipu juga kau rupanya orang tua. Ingatkan kau dah cukup bijak, haha! Tunggulah Iz, tak lama lagi...You milik I...hahaha!'






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro