Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 25

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~

Sambungan...

Kini...telah tiba masanya...

Majlis perkahwinan Izzat dan Tiara... telah pun tiba!

Persiapan telah dibuat dengan sangat rapi. Kesemua kenalan rapat sama ada sahabat handai ataupun ahli keluarga telah dijemput datang ke majlis.

Di rumah, Alif sedang membetulkan pakaian yang dipakai oleh Izzat. Baju Melayu berwarna putih berseri dengan kain samping berwarna perak.

Nampak sungguh hensem!

"Wah! Tak sangka nak jadi laki orang dah member aku yang sorang ni." Ujar Alif sambil membetulkan kain samping Izzat.

"Biasalah bro! Ini Izzat lah! Ingat kau je yang boleh kahwin?" Ujar Izzat dengan penuh bangga.

Amboi, bangga sangat ni. Berbulu je telinga Alif dengar.

"Berlagak. Sekarang bolehlah kau nak sembang. Nanti dekat bawah, time nak akad nikah nanti tau lah kau!" Sengaja Alif nak menyakat sahabatnya tu.

Apa dia ingat ni macam main kahwin-kahwin masa kecil dulu ke? Setiap hari bertukar jodoh. Tak adanya!

Mendengar usikan Alif menjadikan Izzat sedikit gugup. Tetapi cuba disorok dengan wajahnya yang acah cool itu.

Tidak mahu menjadi bahan usikan lagi, Izzat cuba mengalih topik.

"Mana bini dengan anak-anak kau?" Satu soalan yang ringkas tapi mampu mengalihkan perhatian Alif.

"Lia tu pagi-pagi lagi dah gerak pergi rumah bakal isteri tercinta kau. Kebetulan pula Tiara ada minta Lia jadi pengapit dia. Anak-anak aku, bapak mertua aku tolong jagakan. Nanti takut diorang meragam masa majlis, susah nanti." Terang Alif panjang lebar.

"Kenapa tak bawa diaorang sekali? Aduh, miss lah peluang aku nak gomol budak comel dua orang tu!" Izzat mengembungkan pipinya seolah-olah sedang merajuk.

Dan itu mengundang reaksi geli dari Alif.

"Boleh kau buat perangai senonoh sikit tak Iz? Ini majlis kahwin kau tau! Kejap lagi dah nak akad nikah, tolong jangan bawa keluar perangai budak tak cukup umur kau tu dekat sini. Nak muntah aku tengok!" Sembur Alif bertubi-tubi.

Padanlah muka, nak sangat buat merajuk. Nak merajuk tak kena tempat.

"Ye lah, ye lah! Ni bila nak settle aku punya dandanan kau? Aku dah naik rimas pakai baju melayu lama-lama." Dan soalan tu dibalas dengan angin kipas saja.

Malas Alif nak berlawan mulut lagi dengan Izzat. Kalau dilayan, akibatnya tertunda terus lah majlis nikah si Iz ni.

Jadi daripada jadi perang mulut, baik dia diam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rumah Tuan Reza...

"Wah! Kau nampak cantiklah Tiara!" Puji Aulia kerana terpegun dengan rupa paras Tiara yang sangat cantik.

"Betul cakap kak Lia. Cantiknya!" Sahut Aireen memuji penampilan Tiara yang nampak sangat cantik!

Lagi-lagi setelah Tiara mengenakan busana pengantin pilihan dia sendiri. Masyaallah! Terpercik iman sesiapa yang memandangnya.

"Ye ke? Entah-entah kau saja je cakap benda ni dekat aku sebab nak cover je.." Tiara kurang percaya dengan apa yang Aulia cakapkan tu.

"Eh minah ni! Aku bercakap benda yang betul. Kau pun kenal aku dah lama kan. Aku ni kalau benda tu memang dah cantik, aku cakap cantik. Cuma kalau...rupa dia tu kurang sikit, aku diam sudahlah. Tak nak lah menyinggung perasaan orang." Balas Aulia panjang lebar sambil tersengih yang anoyying.

"Ok, thanks sebab puji aku." Ujar Tiara dengan senyum manis. Aish! Cair!

"Ha tau tak apa! Contoh kalau rupa kau buruk, aku diamkan je."

"Tu cakap aku buruk pula dah! Merajuk ah macam ni!" Tiara memalingkan mukanya ke belakang.

Macam mana Aulia, isteri Alif boleh kenal dengan Tiara dah lama? Sebabnya mereka berdua tu pernah belajar di universiti yang sama di UK sana.

Cumanya Aulia buat keputusan untuk tamatkan pengajiannya awal dan pulang ke Malaysia tiga tahun lebih awal dari Tiara. Jadi terputus contact lah sekejap.

Tapi bila dapat tahu je yang Tiara ada hubungan dengan Izzat, teman baik suaminya itu, masing-masing happy lah dapat reunion balik.

"Tak! Aku tak cakap kau buruk, itu contoh je. Alah janganlah marah Tiara... perangai kau still tak berubah. Sikit-sikit merajuk, sebab tu lah aku suka kawan dengan kau." Aulia memujuk hati Tiara yang nampak macam nak merajuk.

"Kalau kau tak tau perangai aku, kau tak nak kawanlah dengan aku?"

Aulia menepuk dahi. Boleh tahan juga mulut Tiara ni. Soalan dia je dah boleh buat orang tersentak kejap.

Aireen pula sudah terbongkok-bongkok kerana penat ketawa. Bakal kakak iparnya ini banyak karenah sungguh.

"Ish! Apa pula macam tu! Kita kan memang dah kawan lama. Nanti, kita pergilah melancong sama-sama macam yang kita buat dulu. Nak?"

"Habis, bakal laki aku tu nak letak dekat mana? Peti ais? Kalau aku ikut kau lah, memang lupa teruslah dekat laki sendiri Aulia oi." Aulia tertawa mendengar keluhan Tiara.

Daripada dulu sampailah sekarang, sifat polos tu masih lagi tak hilang dari Tiara.

"Hahaha! Sudah jangan buat lawak, masa dah tak banyak ni, akad nikah muka pukul 2 petang. Sekarang dah 1:45, tak lama dah ni." Aulia melihat ke arah jam tangannya untuk melihat waktu.

Sebelum mereka sampai ke sana lewat, baik mereka bergegas ke sana dulu. Tak adalah kelam kabut nanti.

"Tiara! Kau dah siap ke belum? Cepat, mama dengan papa dah standby dalam kereta tu!" Laila mengetuk pintu bilik Tiara sambil bersuara dengan kuat.

"Iye kejap lah! Aduh potong ah orang nak posing depan cermin kejap."

"Sudahlah tu Tiara! Jom cepat!" Sesudah selesai sentuhan terakhir pada make up Tiara, mereka bergegas bertolak ke tempat majlis akad nikah akan berlangsung iaitu di rumah Tuan Hisyam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Pengantin perempuan dah sampai?" Tok kadi yang sedang duduk bersila di atas lantai bertanyakan tentang bakal pengantin.

"Ada tok, semuanya hampir siap." Balas Tuan Reza a.k.a bapa si pengantin perempuan.

Tiara yang ketika sedang duduk di atas pelamin bersama Puan Alina tiba-tiba berasa gugup.

"Tiara, kenapa ni?" Tegur Puan Alina yang perasan akan riak wajah anaknya yang nampak resah gelisah.

"Hmm, Tiara takutlah mama. Betul ke apa yang Tiara buat ni?"

Puan Alina tersengih, dia tahu anaknya itu dalam fasa nervous yang amat sangat.

"Tiara, mama yakin apa yang kamu buat sekarang memang betul. Dan mama jamin, Iz adalah jodoh yang paling terbaik untuk kamu. Tak apa, benda ni sekejap je. Lepas je akad nikah, ada majlis persandingan. Lepas habis semua tu, maka korang dah jadi suami isteri." Ucap Puan Alina panjang lebar.

Dan mujurlah Tiara merasa lega dengan apa yang Puan Alina cakap. Kalau tak lega juga, tak tahulah mungkin kena renjis dengan air yasin kot baru tenang sikit.

"Terima kasih mama. Tenang sikit rasa hati ni."

"Sama-sama. Tu, bakal pengantin lelaki dah sampai. Senyum sikit." Puan Alina mengemaskan tudung Tiara dan juga mengukirkan senyuman pada wajah Tiara dengan jari supaya nampak manis.

Sementara Tiara sedang duduk manis di atas pelamin. Izzat yang baru turun bersama dengan Alif tidak lepas memandang Tiara.

Terlupa sudah dia dengan adat orang melayu. Mata tu asyik pandang je Tiara tak lepas.

Macam mana Izzat boleh tak pandang wajah dia? Cantik siot!

Tiara dihias bagaikan seorang puteri yang berhijab. Dengan senyum manisnya membuatkan hati Izzat terasa nak meletup.

Berbeza sangat dengan solekan harian Tiara ketika berada di rumah atau di luar. Semuanya hampir natural tak ada make up, cumanya kecantikan tu masih ada.

Tapi bila disolek begini, ya Allah. Terasa indah sungguh ciptaan tuhan, monolog Izzat.

Sampaikan orang-orang yang duduk di situ pun perasan Izzat sedang merenung ke arah Tiara.

Lalu adalah suara yang berbunyi..

"Along! Kot ye pun seronok nak kahwin, jangan ler pandang pengantin perempuan macam nak makan." Boleh agak dah siapa yang bersuara begitu.

Semestinya pasangan kembar tu lah! Luqman dengan Fahmi. Dua orang tu tak habis-habis nak menyakat si Izzat.

Mentang-mentang lah ni majlis kahwin si abang, tak dapatlah dia nak marah. Maka makin lihatlah dua beradik tu menyakat Izzat.

'Ei sabar je lah along dengan korang dua ni...' tak ada apa yang boleh Izzat buat selain dia senyum meleret untuk cover rasa malunya itu.

Terlepas tawa dari orang sekeliling. Nakal sangat dua beradik ni, sampaikan Tiara pun berusaha menundukkan kepala menahan malu dengan ketawa.

"Maaflah ye tok. Tak anak-anak saya ni memang banyak sikit karenahnya." Ujar Tuan Hisyam pada tok kadi yang turut juga ketawa.

"Haha tak apa Tuan, sekali sekala perlu juga lawak dalam situasi macam ni. Kalau serius saja tak boleh juga kan?" Jawapan tok kadi itu disertai dengan anggukan dari orang sekeliling.

"Jadi bolehlah kita mulakan ye?" Tok kadi melontarkan soalan setelah melihat Izzat telah duduk dengan selesa.

"Boleh tok boleh." Bukan Izzat yang menjawab tapi orang lain yang tolong jawabkan.

Mikrofon diberikan kepada tok kadi dan khutbah nikah dibacakan.

Suasana ketika itu senyap sunyi kerana semua orang khusyuk mendengar isi khutbah yang disampaikan oleh tok kadi tentang  nasihat perkahwinan.

Habis saja khutbah disampaikan, tok kadi menghulurkan tangan kanan lalu disambut oleh Izzat dengan gementar.

Dapat tok kadi rasakan tangan Izzat sejuk. Budak ni tengah gementar...begitu fikir tok kadi.

"Nak, rileks. Jangan gelabah, benda ni sekejap saja." Bisik tok kadi dengan nada perlahan membuatkan Izzat kembali semangat.

"Baik tok. Saya dah sedia." Sahut Izzat semangat.

Suasana kembali senyap. Dengan lafaz bismillah,

"Izzat Johan Rafizi bin Aryan Hisyam?"

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Tiara Alisha binti Khairul Reza dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai." Tangan kanan Izzat digoncang.

"Saya...."

Para hadirin gelisah menanti kalimat yang akan diucapkan Izzat. Berharap semuanya akan lancar dan takkan ada silap.

Terutamanya para ibu bapa. Lagilah nervous!

"Saya terima nikahnya Tiara Alisha binti Khairul Reza dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai!"

"Alhamdulillah." Tok kadi mengucapkan syukur.

Kemudian terdengarlah sahutan kesyukuran dari semua hadirin dan juga ibu bapa Izzat dan Tiara.

Laila, Aulia dan juga Puan Alina antara orang pertama merangkul Tiara diiringi air mata.

Bukanlah air mata kesedihan melainkan air mata kegembiraan.

Akhirnya anak mereka selamat menjadi suami dan isteri. Inilah momen yang mereka nantikan.

Selesai sahaja doa selamat dibacakan dan diaminkan, sejadah dihampar pada sudut ruang tamu rumah yang agak luas untuk pengantin lelaki menyempurnakan solat syukur sebanyak dua rakaat.

Selesai solat, Izzat datang ke arah Tiara. Sebuah kotak kecil dihulurkan oleh Puan Reyhana. Kotak kecil itu dibuka dan terpapar lah sebentuk cincin bertatahkan berlian berkilauan.

Cincin itu disarungkan pada jari kecil Tiara dan kucupan lembut dihadiahkan.

Selamat sudah Tiara Alisha bergelar isteri kepada Izzat Johan Rafizi. Momen ini akan tersimpan di dalam hati untuk selamanya...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro