EPISOD 24
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
"Termenung panjang nampak. Teringat Tiara ke?" Tuan Hisyam masuk ke bilik Izzat dan duduk di atas katil.
Sebab Tuan Hisyam masuk ke bilik tu sebab nampak bukan main leka lagi Izzat memandang ke arah tingkap memerhati pemandangan luar rumah yang mendamaikan tu.
"Abah rupanya...tak lah, tengah fikirkan sesuatu je." Izzat kembali memandang ke arah halaman rumah yang agak luas itu.
"Ah, tu rupanya. Anak abah tengah fikirkan apa? Sampai begini seriusnya. Selalunya Iz yang abah kenal orangnya bising, gila-gila, hahaha!" Terselit gurauan dalam pertanyaan Tuan Hisyam berjaya buat Izzat tersenyum simpul.
"Ish abah ni, ada je benda nak attack Iz."
"Apa pula? Itu kan fakta, HAHAHA!" Lagi besar ketawa Tuan Hisyam melihat anaknya memuncungkan bibirnya.
"Abah! Tak...sebenarnya...Iz ada terjumpa dengan...Nad. Dia dah datang balik."
Tersentap jantung Tuan Hisyam mendengar perkataan 'dia dah datang balik'. Perempuan tu lagi? Aduh semak ah.
"Nad? Maksud kamu Nadra Imanie?"
"Ye lah abah! Siapa ke lagi Nad yang Iz kenal."
"Dekat mana yang kamu jumpa dia?" Tuan Hisyam bertanya dengan lebih lanjut. Bekas anggota polis kan.
"Dekat pejabat Iz dia datang. Entah manalah dia dapat alamat pejabat Iz sedangkan Iz tak ada pula share dekat sesiapa." Berkerut muka Izzat berfikir siapalah yang pandai-pandai share lokasi tempat kerjanya itu.
"Eh tapi tak peliklah kan, syarikat kamu kan dah tersenarai dalam 10 syarikat kaya di Malaysia. Siapa je yang tak tahu betul tak?" Tuan Hisyam menjelaskan logik di sebalik penjelasannya.
"Ye tak ye lah abah. Terlupa pula, tapi...Iz risaulah. Nanti macam mana kalau Nad datang balik ke sana."
"Iz kena anggap...ini semua adalah ujian dan dugaan untuk kamu. Elakkan je lah dari jumpa dengan dia. Kamu kena ingat, kamu dah nak kahwin tau. Kena pandai berdikari." Nasihat Tuan Hisyam menepuk bahu Izzat perlahan.
"Baik abah, terima kasih."
"Sama-sama kasih. Dah pergi tidur, esok nak kerja kan?" Tuan Hisyam kemudian membaringkan Izzat dan menyelimutkan dia.
"Good night abah."
"Good night." Tuan Hisyam mematikan lampu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ini di pejabat, Izzat asyik termenung je. Kalau tak ada kerja dia akan termenung. Tak ceria macam selalu.
Tiara yang kadang-kadang lalu depan bilik dia pun tak ditegur. Kalau tak ditegur tu maksudnya ada sesuatu yang tak kena. Sebab Izzat suka tegur orang.
"Bos, bos, bos?" Tiga kali Tiara memanggil Izzat dengan panggilan bos.
Sebab kalau dia panggil dengan nama, itu akan buat Tiara rasa tak hormat kepada Izzat. Jadi dia bertekad hari ini, dia akan panggil dengan gelaran bos.
"Bosku! Bos!" Tiara memanggil dengan kuat membuatkan Izzat tersentak.
"Ha, ye Tiara?"
"Bos ni dah kenapa? Termenung je macam orang putus cinta, nak kata putus cinta takkan kot?" Amboi, sinis sungguh Tiara punya gurauan ni.
"Tak adalah! Mana ada saya putus cinta. Adalah hal duniawi yang saya fikirkan. Tapi tak penting pun!"
"Hmm kalau dah bos cakap macam tu tak apalah, tapi kalau ada masalah, ceritakanlah pada saya."
Tengok, panggilan diri pun dah berubah. Dari 'aku' dah jadi 'saya'. Tekad sungguh Tiara punya perubahan.
"Ye, ye baiklah Cik Tiara Alisya! Ops saya lupa, petang nanti kita pergi tengok baju pengantin. Mama awak dah tetapkan kedai mana yang kita nak kena pergi."
Terlopong mulut Tiara apabila mendengar Izzat berkata begitu. Mama dengan papa ni nujum pak belalang ke apa? Macam tau je yang anak dia ni merancang nak tempah baju pengantin.
Tahu-tahu dah siap tempah semua. Tinggal nak pergi tengok je.
"Kejap bos, nanti dulu. Saiz baju tu muat ke dengan saya dan juga bos nanti?" Tanya Tiara musykil.
"Itu awak jangan risaulah. Mama awak dah ikut saiz awak siap-siap. Diorang pun dah tanya saiz saya berapa, jadi senanglah. Kejap lagi pergi test baju, kalau tak kena nanti kita suruh ubah lah." Terang Izzat sambil mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi seseorang.
"Hello Assalamualaikum, Alif. Wedding planner yang aku suruh carikan tu dah ada ke belum? Dah ada? Alhamdulillah! Ok apa-apa hal nanti aku call kau balik. Assalamualaikum."
"Wedding planner pun awak jangan risau. Saya dah orderkan siap-siap." Tambah Izzat setelah dia menyimpan semula telefon ke dalam poket.
Makin ternganga mulut si Tiara. Kalau semua dah siap, dia nak kena buat apa? Takkan sekadar bersanding je? Jenuh macam ni.
"Awak janganlah buat muka terkejut beruk macam tu. Saya kalau boleh memang nak awak rileks je sepanjang majlis nanti. Kalau tolong pun, mesra dengan tetamu yang datang. Tu je." Izzat tak mahulah disebabkan Tiara pengantin, dia rasa terbeban kerana banyak benda yang perlu dia buat.
Jadi Izzat mudahkan lah urusan Tiara. Tak nak Tiara peningkan kepala nak fikir pasal majlis perkahwinan nanti. Biar dia saja yang risau tentang lafaz akad nikah nanti.
"Baiknya bos! Untunglah bos jadi bakal suami saya. HEHEHEH!" Tiara tertawa mengejek yang sangat pelik.
Ha! Itu satu lagi perangai Tiara yang pelik tapi sorang pun tak pernah tahu. Kalau boleh gelak tu...nak pecah bangunan.
"HAHAHA! Awak memang suka gelak macam tu ke? HAHAHAAH!" Izzat ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya.
Tiara tersengih dan tertunduk malu. Apa lagi yang dia nak cakap, memang pun kadang-kadang dia suka gelak macam tu. Malu woi!
"Err heheh, saya balik pejabat saya semula ye bos. Bye! Ops, lupa. Bos ada meeting dengan wakil dari syarikat makanan tentang pemberian makanan kepada orang yang tak berkemampuan-"
"Dan itu adalah meeting terakhir sebelum saya dan awak bercuti panjang." Izzat menyambung ucapan Tiara.
"Yes. Itu yang saya nak cakap tadi. Itu saja, saya pergi dulu bos." Tiara pun beredar semula ke pejabatnya.
"Huh...Iz sikit je lagi kerja yang kau nak kena selesaikan...lepas tu cuti panjang. Yeay!" Izzat mengangkat tangannya sambil menjerit kegembiraan.
Untunglah kan jadi bos. Boleh cuti panjang. Tapi! Hal pejabat kena juga ambil tahu.
Itulah dia Izzat Johan Rafizi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di butik pengantin...
"Ya Allah! Cantiknya baju-baju ni semua!" Kata Tiara separuh menjerit.
Tak tahulah apa nak kata, semua baju pengantin, gaun pengantin dan barang hiasan untuk pengantin semuanya cantik belaka.
"Mestilah cantik! Ini kedai yang paling bagus untuk cari barang-barang dan baju pengantin di KL ni. Lepas mama awak sebut nama kedai ni, terus saya research. Itu yang saya banyak tahu tentang kedai ni." Terang Izzat dengan cekap dan bangga.
Mestilah bangga! Biasanya kalau bab-bab barang pengantin ni, orang perempuan yang banyak tahu. Ini terbalik, lelaki pula yang lebih tahu dari perempuan.
"Amboi bos, bukan main-"
"Apa pula bos? Panggil je lah nama saya. Ini kan luar dari kerja, panggil macam je biasa."
"Ha ye lah, Iz aku ingat-"
"Aip, 'aku' tu buang, kekalkan 'saya'. Kata nak jadi isteri saya kan.." Iz membetulkan semula panggilan yang digunakan oleh Tiara tu.
Sejak bila pula Tiara blur sampai ke tahap ni sekali. Biasanya dia paling cepat sekali menyerang orang bila tersalah sana sini.
"Y-ye lah! Cantik baju-baju ni Iz. Aku- Tak! S-saya suka..." Merah muka Tiara menahan malu kerana perkataan 'saya'.
Tiara fikir, panggilan dekat pejabat tak adalah malu sangat sebab itu memang prinsip untuk hormat dengan bos.
Tapi bila dekat luar macam ni, malu sey! Rasa macam nak tekup muka dekat bantal dan menjerit sepuasnya.
"Hmm, memang cantik. Sekarang ni, saya awak pilihkan pasangan baju pengantin untuk kita nanti! Akak, tolong bawakan baju-baju yang Auntie Lina suruh sediakan tu."
Izzat mengarahkan staf-staf kedai pengantin itu untuk membawa berbagai jenis pilihan set baju pengantin.
Bermacam warna yang ada. Ye lah 5 jenis kot. Banyak woo baju tu.
"Lepas satu-satu surprise abang bagi dekat saya, ini satu lagi surprise yang abang bagi. Banyaknya!" Tiara menekup mulutnya kerana terharu dengan pengorbanan Izzat.
Macam-macam yang dia buat untuk memenangi hati Tiara.
Cuma masa dulu, dia buta. Dia terlalu lalai kerana hanyut dalam lembah kekecewaan...sampai dia tak nampak orang yang banyak menggembirakan dia.
Tapi sekarang, hati dia dah tak sekeras dulu. Dia dah mampu menerima apa yang ada di depan mata.
Buat apa nak dilepaskan permata yang ada di depan mata betul tak?
"Jadi, tema apa yang awak nak pilih?" Soal Izzat sekali lagi sambil menatap wajah Tiara yang nampak susah nak buat pilihan..
"Hmm...saya pilih...."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro