EPISOD 23
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
"Dan, akak memang bertuah sangat-sangat jumpa Along sebagai teman hidup."
"Hmm? Kenapa lagi?" Barulah Tiara berani membuka mulut untuk bertanya kepada Aireen.
Aireen tersenyum. Kemudian dia menyambung ucapannya.
"Along tu seorang abang yang sangat sayangkan semua adik-adik dia. Reen ni pun kalau mama dengan abah sibuk, Along je lah tempat Reen nak manja. Ye lah beza umur Reen dengan Along pun jauh, 10 tahun. Along memang seorang yang matang selalu sangat melayan karenah Reen."
Aireen tersenyum sendiri memikirkan sikap Izzat yang tak pernah memarahi adik-adiknya walaupun hakikatnya memang mereka bersalah dalam sesuatu perkara.
"Erm...Reen memang rapat ke dengan abang Iz tu?"
"Ye! Rapat sangat...dia selalu tolong Reen kalau ada salah yang Reen buat sama ada sengaja ataupun tak sengaja...ha! Ada sekali tu, masa tu Reen umur 5 tahun, Along pula masa tu dah 15 tahun..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Along! Along! Jom main!" Aireen yang baru berusia 5 tahun mengajak Izzat bermain bersamanya.
"Hmm? Main apa dik, dah pukul 3 pagi ni..." Izzat yang sedang lena tidur tersedar kerana dikejutkan oleh Aireen.
"Alah! Nak main juga! Nak main!" Aireen masih lagi berdegil nak mengajak Izzat bermain bersama.
Ditarik tangan abangnya untuk bangun dari tidur.
"Hmm...ye kejap Along bangun..." Akhirnya Izzat mengalah dan perlahan-lahan bangun dari baring dan menggosok matanya untuk hilangkan mengantuk.
"Adik nak main apa ni?" Tanya Izzat yang masih dalam keadaan mengantuk tapi masih juga mahu melayan si adik.
"Hehehe main kejar-kejar! Along jadi!" Aireen terus melarikan diri dari dikejar oleh Izzat.
Izzat yang melihatnya pun takkan nak diam kan? Dah dia ajak, layan je lah. Terus dikejarnya Aireen dari tingkat atas sampailah ke tingkat bawah.
"Werk! Along tak dapat kejar! Werk!" Aireen memandang ke arah Izzat sambil menjelir lidah.
"Huh...penat Along dibuatnya. Lajunya adik lari." Kata Izzat sambil berlari dengan perlahan.
Kalau diikutkan, boleh je dia nak kejar Aireen sebab dia berlari bukannya laju pun, terkedek-kedek je berlarinya.
Tapi sengaja je dia perlahankan lariannya sebab nak bagi Aireen menang.
"Along ni lambatlah! Kejar lagi! Kejar lagi! Yeay!" Seronok sungguh Aireen bermain kejar-kejar dengan Izzat.
Prang!
Izzat terdengar bunyi sesuatu pecah di ruang tamu.
Izzat pun berlari ke ruang tamu untuk melihat apa benda yang pecah.
Rupa-rupanya Aireen terlanggar pasu meja yang ada pasu bunga kaca hiasan diatasnya sampai jatuh pecah pasu tu.
Manakala Aireen pula berdiri di tepi dengan air mata yang bertakung. Budak-budak bila dah jadi macam tu apa lagi dia nak buat? Nangis lah.
Tapi tidak untuk Aireen.
"Shhh. Adik jangan nangis, ikut Along.." Izzat dengan pantas mendiamkan Aireen sebelum dia menangis.
"Hisk....tapi adik dah buat salah..." Aireen teresak-esak dengan perlahan.
"Tak, tak, bukan adik yang salah...pasu ni ha, tiba-tiba ada dekat sini. Jahatlah pasu ni!" Izzat berpura-pura memarahi pasu yang dah pecah berderai tu.
Nak salahkan budak tu pun mana boleh! Dia budak kecil je, 5 tahun pula tu. Jadi tak boleh nak salahkan dia.
Aireen berhenti menangis cuma air mata sahajalah yang masih bertakung. Izzat segera mengelak air mata yang masih bersisa.
"Dah! Jangan nangis lagi...bukan adik yang salah-"
Click
Lampu ruang tamu rumah tiba-tiba terbuka dan terpapar lah wajah Tuan Hisyam dan Puan Reyhana.
"Bunyi apa yang pecah tadi tu?" Tanya Puan Reyhana dengan tegas.
Aireen yang mendengar suara Puan Reyhana macam nak marah tu terus bersembunyi di belakang Izzat.
"Err tak ada mama, t-tadi Iz ajak adik teman pergi minum air. Masa nak naik ke bilik tiba-tiba Iz terlanggar pasu kaca ni. Iz terlupa nak buka lampu. Maaf ye mama.." kata Izzat cuba menyembunyikan hal yang sebenar.
"Kenapa tak buka lampu Iz! Kan dah pecah barang-barang tu-" baru saja Puan Reyhana nak memarahi Izzat, Tuan Hisyam terus mencelah.
"Sudah! Jangan bising malam-malam buta ni. Nanti pasu tu saya gantilah dengan yang lagi cantik." Ujar Tuan Hisyam menenangkan Puan Reyhana.
Bukannya dia tak tahu kalau isteri dia tu dah marah, susah nak berhenti. Lebih baik dia ambil langkah bijak.
Puan Reyhana memandang tajam ke arah Tuan Hisyam.
"Awak ni kan tak habis-habis sebelahkan anak-anak!"
"Memanglah saya sebelahkan, dah dia anak saya. Kalau anak jiran sebelah dah lama abang biar je." Balas Tuan Hisyam dengan selamba berjaya buat Puan Reyhana diam.
"Iz, bawa adik masuk tidur. Pasu tu nanti esok pagi abah bersihkan." Arah Tuan Hisyam dengan tenang dan cool sahaja.
"Erm...b-baik abah." Balas Izzat tergagap-gagap. Takut juga dia dengan ibunya walaupun ada Tuan Hisyam bersama.
"Adik, jom masuk bilik." Izzat segera menarik tangan Aireen untuk naik ke bilik meninggalkan Tuan Hisyam dan Puan Reyhana.
Di dalam bilik, Aireen hanya mendiamkan diri dan tidak berkata-kata.
Diam saja, Izzat yang memandang pun pelik. Selalunya banyak mulut, ada je nak ajak bercakap.
"Along...adik minta maaf..." Aireen tiba-tiba bersuara setelah beberapa minit diam.
"Hmm? Kenapa?"
"Bukan Along yang buat kenapa Along tak cakap adik yang buat?" Tanya Aireen dengan wajah polos dan sedihnya itu.
Izzat tersenyum melihat wajah adiknya yang comel itu. Terus dicubit pipi gebu Aireen.
"Haih budak comel ni! Along buat macam tu, sebab Along tahu yang semua tu bukan salah adik. Along tahu adik memang tak sengaja. Dah! Jangan sedih, Along tak ada apa-apa pun." Jelas Izzat sambil mengukir senyuman di wajah Aireen dengan jarinya.
"Ha! Barulah manis adik Along sorang ni! Senyum selalu. Mari tidur, esok Along belanja aiskrim nak?"
"Aiskrim! Nak! Yeay! Sayang Along!" Aireen lantas berbaring dan memeluk Izzat yang sedang membetulkan selimut.
"Good night sweetie..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Macam tu lah kak, betapa Along sanggup kata yang pasu tu pecah disebabkan dia. Sedangkan Reen yang langgar pasu tu. Heheh adoi menggamit kenangan betul." Aireen selesai menceritakan kenangan itu kepada Tiara dengan ketawa kecil.
'Tak sangka pula aku, Iz tu sanggup buat sampai macam tu sekali. Kagum aku dengan dia...baik rupanya dia tu...'
"Sedangkan Reen pun dia sanggup lindungi sampai macam tu, inikan pula akak yang bakal jadi isteri dia nanti. Lagilah dia akan jaga dengan baik." Tambah Aireen sambil mengusap tapak tangan Tiara.
Tak tahu reaksi apa yang nak diberikan oleh Tiara. Gembira, teruja, terharu semuanya ada.
Barulah dia tahu perangai sebenar lelaki yang bernama Izzat Johan Rafizi. Mungkin sebab inilah kenapa tuhan menjodohkan Tiara bersama dengan Izzat.
"Terima kasih banyak-banyak Reen sebab dah jelaskan semua ni pada akak. Lepas ni senanglah sikit Tiara nak memahami perasaan abang Iz."
"Yang paling penting, akak jagalah Along baik-baik. Akak takkan rasa rugi walaupun sikit kalau bersama dengan dia. Malahan akak akan rasa bertuah, nikmat, gembira, terharu dan semua yang sewaktu dengannya." Aireen mengelipkan sebelah mata pada Tiara.
"Jadi, Reen bagi akak green light ke ni?"
"Mestilah! Jangan kata green light, blue light, oren light semuanya Reen boleh bagi asalkan akak kahwin dengan Along. Reen setuju!" Aireen lantas memeluk Tiara.
Seronok nak dapat kakak ipar yang penyayang macam ni. Tak nampak pula sifat dingin yang diceritakan oleh Along tadi? Agaknya Along main-main je kot.
"Dah jom tidur. Akak dah mengantuk ni." Ajak Tiara setelah melihat jam yang dah menghampiri pukul 12:35 malam.
"Jom!"
Mereka berdua pun naik ke katil masing-masing. Oh lupa katil bilik Aireen ni memang besar, queen size. Jadi boleh tidur 2 sampai 4 orang kalau bersaiz macam Tiara.
Lampu bilik pun ditutup.
Sementara di luar pintu. Kelihatan Izzat sedang tersenyum bangga. Dia dah dengar semua cerita yang disampaikan oleh adiknya itu.
"Heheh! Adik dah bagi green light. Mudahlah urusan aku. Mantap!" Izzat pun beredar semula ke bilik tidurnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro