Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 2

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~~~

Sambungan......

Tengahari itu, Izzat dengan muka yang masam turun ke tingkat bawah pejabat untuk waktu makan tengahari.

Nak tahu apa yang jadi tadi? Alhamdulillah dia tak kena pecat, cuma dia mendapat 'ganjaran' yang sangat bernas dari Tuan Aziz.

Iaitu makian dari beliau. Tu tak cukup, lepas keluar dari bilik Tuan Aziz. Bertemu pula dengan Alif. Teruk dia diperli.

"Nyah~ apa cerita nyah? Best kena maki dengan Tuan Aziz?" Kata Alif mengajuk perbuatan Izzat pagi tadi.

"Ish! Apa kau ni! Dah lah tu perli aku. Kang aku merajuk, susah kau nak pujuk." Balas Izzat berpaling ke belakang.

"HAHAHA! Kau merajuk? Ha merajuklah kau dekat situ. Tak payah makan, aku baru je ingat nak belanja-"

"Sorry lah Alif aku main-main je tadi. Kau nak belanja kan? Jom, jom!" Pantas sahaja Izzat meminta maaf kepada Alif seolah-olah dia tak buat salah apa pun.

Berbulu je Alif melihat Izzat. Tadi bukan main cakap nak merajuklah apa lah. Sekali cakap nak belanja, laju je!

"Heh, tau tak apa. Merajuklah lagi lain kali." Cakap tak serupa bikin, itulah dia Izzat.

"Heheh" Izzat tersengih. Malu lah tu. Ingat nak merajuk, sekali tak jadi.

"Memang nak kena kahwin dah si Iz ni. Ingat kita ni bini dia ke nak merajuk bagai dengan kita? Aduhai." Bebel Alif seorang diri di belakang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di kedai makan...

Semasa mereka sedang menjamu selera. Izzat membuka cerita yang ingin dia sampaikan.

"Alif, aku rasa....aku nak berhenti kerja lah."

"Uhuk! Uhuk! Hah, apa dia? Berhenti kerja?" Tersedak Alif bila mendengar perkataan berhenti kerja. Mujur tak arwah.

"Ye, aku nak berhenti kerja. Aku sebenarnya nak mulakan hidup aku sebagai orang biasa je. Tak nak lah kerja dekat agensi perisikan ni lagi. Jadi orang pejabat je pula tu. Baik aku buka syarikat sendiri. Ha!" Jelas Izzat dengan impiannya yang telah lama dirancang.

Ternganga mulut Alif mendengar penjelasan Izzat.

"Fuyyo! First time kau jadi bijak macam ni! Bagus! HAHAHA!" Alif tertawa sambil menepuk bahu Izzat. Sempat perli dalam diam tu.

"Kau ni perli ke puji ni?"

"Dua-dua. HAHAHAH!"

"Kurang ajar! Kau nak ke aku send gambar ni dekat Aulia?" Balas Izzat sinis sambil menunjukkan gambar Alif dengan seorang perempuan.

By the way Aulia tu isteri Alif. Garang woo!

"Ceh! Tu kan gambar adik perempuan kau si Reen. Kau ingat dia nak percaya ke?"

"Ok! Kalau aku edit macam ni?" Izzat menunjukkan satu lagi gambar yang sama tapi dah diedit.

"Mak aih! Apahal ketara sangat ni! Aku tak bercium pun dengan adik kau, apahal kau edit sampai macam ni sekali woi!" Kata Alif cemas melihat gambar itu.

Gila kau tak cemas! Mau gambar tu dihantar dekat isteri dia, tak ke patah riuk tulang Alif masa dia balik rumah nanti.

"Haha! Tau tak apa. Tapi sebab kau kawan je aku delete gambar ni." Izzat lantas menekan butang delete pada gambar itu.

Alif menarik nafas. Ok memang amaran Izzat tak boleh bawa main-main.

"Makanlah kau! Aku dah belanja kan. Tak payahlah nak ambil hati sangat. Lagipun kau gurau dengan aku boleh, takkan lah aku tak boleh nak gurau dengan kau kot."

"Hahaha, aku pun bergurau dengan kau juga tadi. Salah ke?" Balas Izzat memperoleh kemenangan dalam debat kecil antara mereka berdua.

Alif hanya diam tidak mahu membalas lagi.

Mereka pun meneruskan makan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Rumah Tuan Hisyam...

"Terima kasih lah sebab datang rumah aku Lina." Kata Puan Reyhana sambil menghidangkan air kepada Puan Alina.

"Eh sama-sama Hana. Kita pun dah lama sangat tak jumpa. Sejak aku dan suami aku sibuk dekat Dubai uruskan bisnes korporat dekat sana."

"Alhamdulillah, murah rezeki kau Lina. Tak sia-sia aku suruh kau pikat si Reza tu ye."

"Alhamdulillah jodoh, dan bukan aku yang try abang Reza tu. Dia yang pikat aku ada lah haha!" Puan Alina ketawa kecil bila teringat semula kisah cinta dia bersama suaminya semasa muda dulu.

Puan Reyhana lah yang mencadangkan Tuan Reza menjadi jodoh Puan Alina.

Pada mulanya tidak mahu, tapi lama-lama jadi rindu! Dan mereka pun bahagia sehingga sekarang.

"Eh! Terlanjur kita berborak, mana abang Hisyam? Tak nampak pun dia." Soal Puan Alina tidak melihat kelibat Tuan Hisyam.

"Oh abang Hisyam tak ada dekat rumah. Dia pergi dusun dia dekat kampung luar dari bandar. Petang karang balik lah dia."

"Oh, tapi selalu ke dia ke sana?"

"Tak lah selalu, sebulan sekali pergilah dia. Dekat sana dah ada pekerja nanti diaorang akan uruskan. Sudah jangan borak pasal benda formal tu! Sekarang ni aku nak tanya kau." Puan Reyhana mengubah topik kerana malas mahu berborak tentang hal kerja suaminya itu.

"Kau datang dengan siapa Lina? Takkan seorang je? Mana Reza?" Soal Puan Reyhana semula setelah Puan Alina menghirup air teh yang dibuat.

"Abang Reza tu sibuk kerja Hana, mana ada masa nak temankan aku. Aku datang dengan anak perempuan lah."

"Anak perempuan kau yang bongsu tu? Sihat ke dia?"

"Alhamdulillah dia memang sihat. Baru je habis belajar dekat UK sana. Sekarang ni dia dah balik sini kerja dekat syarikat papa dia." Jelas Puan Alina lagi.

"Oh kerja besar tu. Mana dia? Aku tak nampak pun."

"Tiara! Mari lah sini Auntie Hana nak jumpa dengan kamu ni!" Puan Alina memanggil tuan punya badan yang dari tadi menunggu di luar.

"Lah dah kenapa pula duduk dekat luar tu! Maaflah Hana, anak aku ni memang pemalu sikit."

"Ye mama Tiara datang ni." Si pemilik suara berjalan dengan langkah yang sopan kemudian menyalam tangan Puan Reyhana.

"Hana, kenalkan inilah dia anak perempuan aku. Tiara Alisya."

"Auntie apa khabar? Sihat?" Tiara bertanya khabar kepada Puan Reyhana.

"Alhamdulillah Auntie sihat. Amboi Lina, kau tak cakap pun ada anak perempuan sopan santun dan cantik! Beruntung kau ye Lina."

"Alhamdulillah rezeki aku Hana." Balas Puan Alina sedikit bangga bila ajak perempuannya dipuji.

"Erm....Auntie, Tiara pergi ke depan dulu ye." Tiara segera bangkit dan berlalu ke hadapan.

"Tiara, ish budak ni! Maafkan aku lagi sekali Hana. Tiara tu orangnya memang macam tu."

"Eh tak apa lah! Lagipun sopan santun dan hormat orang tua Tiara tu. Erm....dia dah ada orang yang berkenan ke?" Puan Reyhana merendahkan sedikit nada suaranya supaya Tiara tidak mendengar.

"Hmm....sebenarnya memanglah kau nampak Tiara tu pemalu. Tapi masalahnya dia tu orangnya dingin! Sikit je silap mesti ada yang nak dimarah. Sebelum dah berapa lelaki dah break dengan dia....." Balas Puan Alina sedikit sedih.

Ye lah siapa je tak sedih kalau anaknya masih lagi belum bertemu jodoh.

"Lah ye ke? Hmm....kebetulan! Aku ada seorang anak teruna, kau ingat tak dengan Iz?"

"Izzat? Anak sulung kau tu?"

"Ye, apa kata kita jodohkan mereka berdua?" Puan Reyhana memberi cadangan pada Puan Alina.

"Tapi, nak ke si budak Tiara dengan Izzat tu. Dia tu jenis tak nak dekat dengan lelaki. Takut nanti menangis tak berlagu si Izzat tu."

"Alah kau janganlah risau! Izzat tu orangnya jenis tak reti makan hati. Kita cuba je dulu. Kalau diaorang tak serasi, tak apa lah." Balas Puan Reyhana.

"Dan kalau ada rezeki, berbesan lah kita. Hahaha!" Puan Alina dan Puan Reyhana tertawa dengan riang mendengar gurauan itu.

Nampaknya mereka berdua ada perancangan nak menjodohkan Izzat dan Tiara. Tapi berjaya ke?




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro