EPISOD 18
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
Dan malam itu berakhir dengan sangat tak cliche kerana Tiara perlu mengheret tubuh badan Izzat daripada tingkat 2 sampailah masuk ke dalam kereta.
Satu kerja pula nak kena mengusung mamat ni masuk kereta pula. Dah lah berat macam anak gajah, entah makan apa pun tak tahu. Nak kata gemuk, kurus je! Begitulah bebel Tiara di dalam hati.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Iz! Iz! Woi bangunlah!" Puas dah Alif mengejutkan Izzat tapi tak juga berjaya.
Macam mana Alif tiba-tiba boleh ada di situ? Kebetulan dia dan juga isterinya sedang makan disitu. Ternampak pula Tiara tengah mengheret tubuh badan Izzat.
Itulah puncanya.
"Ish! Ada juga aku simbah dengan air juga dia ni." Alif dengan kesalnya berkata begitu. Ni pengsan ke tidur mati?
Dah lah tak sedar, siap berdengkur pula.
"Lia, tolong abang kejap." Panggil Alif kepada isterinya, Aulia yang sedang memerhati bersama Tiara.
"Nak saya tolong apa?"
"Lia tolong tumbuk kejap muka mamat ni. Entah pengsan je tidur mati ni! Penumbuk sayang kan kuat, mesti bangun punyalah." Suruh Alif.
"Haih ye lah." Aulia berjalan ke arah Izzat yang sedang terbaring di atas kerusi itu dan kemudian bersiap sedia nak tumbuk mukanya.
Sikit sahaja lagi penumbuk itu nak sampai ke muka, terus Izzat membuka matanya.
"Nanti! Huh! Huh! Aku mimpi ngeri siot tadi. Aku mimpi ada naga nak makan aku, gila ah!" Balas Izzat dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Naga apa bendanya! Berani kau samakan bini aku dengan naga. Dasar!" Balas Alif marah dengan Izzat. Ada ke patut isterinya yang cantik menawan tu disamakan dengan naga?
"Dah sabar abang, jangan marah. Member baru je sedar tu." Balas Aulia sambil menggosok-gosok bahu Alif untuk menenangkan dia.
"Oh ye ke? Heheh sorry- adoi!" Kepala Izzat dipukul oleh Tiara.
"Kau ni kenapa Iz? Buat malu dekat orang je lah!" Soal Tiara dengan perasaan tak puas hati.
Malu tau tak! Nak kena heret mamat tu dari tingkat atas turun tingkat bawah dengan pandangan orang ramai lagi.
Mengundang marah betul!
"Janganlah marah, saya cuma terkejut je. Tiba-tiba je awak sweet bukan main dengan saya tadi. Lepas tu terus rasa nak pitam dan....sampailah sekarang." Jelas Izzat dengan tersengih-sengih seperti orang tak bersalah.
Rasa nak tampar pun ada juga.
"Tapi sorry lah Alif, terpaksa pula susahkan kau sekarang." Kata Izzat kepada Alif dengan rasa bersalah kerana telah menyusahkan dia.
"Tak susahkan pun. Memang dah kebetulan aku dengan Lia ni keluar makan dekat sini. Tup, tup, terserempak dengan Tiara ni ha tengah heret kau keluar. Itu je sebenarnya."
"Oh, mana anak kembar kau? Tak nampak pula aku." Tanya Izzat merujuk kepada anak kembar Alif yang dah berusia dua tahun.
"Abah aku tolong jagakan kejap. Kitaorang memang rancang nak keluar dating malam ni. Asyik-asyik sibuk dengan kerja dan anak je. Sekali sekala keluar dating apa salahnya kan." Balas Aulia yang dari tadi hanya diam dan memerhati.
"Untung korang berdua, bahagia suami isteri. Jealous pula aku tengok." Balas Izzat dengan bibir yang sudah naik muncungnya.
"Dah tua bangka pun nak merajuk bagai! Senang je jalan penyelesaiannya. Kalau kau jealous dengan kitaorang, kau kahwinlah cepat-cepat! Lagipun aku tengok Tiara ni memang serasi sangat dengan kau."
Ting! Wajah Tiara kembali merah seperti tomato.
"Err Iz, aku pergi dekat kereta dulu. Kau boraklah dengan diaorang dulu. Bye!" Segera Tiara meminta diri kerana tidak mahu terlibat lagi dalam gurauan ini.
"Hehe, Tiara tu memang malu sikit orangnya. Kau sakat macam tu memang malulah dia dibuatnya." Balas Izzat sambil tergelak. Dah biasa sangat dengan perangai Tiara tu.
"Tak apa Iz, aku memang faham sangat perangai Tiara tu. Lia ni dulu pun sama macam Tiara, garang, dingin semuanya sekali lah! Tapi lepas je kahwin, kau tengok. Terus jinak, hahaha!"
Alif ketawa terbahak-bahak. Puas dapat menyakat si kesayangannya itu.
Aulia yang tidak dapat menerima terus mencubit lengan Alif.
"Amboi! Bukan main lagi dia ye. Siaplah awak dekat rumah nanti! Iz, aku minta diri dulu." Laju saja langkah Aulia meninggalkan Alif dan Izzat terkulat-kulat di situ.
"Nampaknya singa dah terlepas dari kandang. Hati-hati lah ye masa sampai rumah nanti Alif. HAHAHA!" Pesan Izzat sambil ketawa besar.
"Tak apa, abah dia ada. Takkan berani dia marah aku punyalah. Sebab dalam mata dia tu, hanya ada aku. Oklah aku minta diri dulu, Assalamualaikum!"
Alif bersalaman dengan Izzat sebelum pergi beredar ke keretanya yang terletak tidak jauh dari kereta Izzat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keesokan Harinya...
Tok! Tok! Tok!
"Ye! Kejap!" Tiara berjalan perlahan-lahan ke arah pintu untuk membukanya.
Siapa pula yang datang ke rumah pada masa sekarang ni? Mama dan papa? Tapi diaorang kan baru je keluar kejap tadi pergi pasar.
Clak
Pintu pun dibuka.
"Assalamualaikum Tiara."
"Kau...Faliq. Kenapa datang sini?" Soal Tiara.
"Saja nak jumpa dengan kau, salah ke?"
"Mama dengan papa tak ada dekat rumah. Kau baliklah dulu, tak manis orang pandang nanti." Balas Tiara dengan baik.
Bukanlah dia bencikan Faliq, tapi dia kalau boleh tak mahu terkenang semula kisah lama dengan dia.
"Kau dah berubah Tiara...sejak peristiwa hari tu, kau dah tak nak berjumpa dengan aku. Kenapa Tiara? Apa salah aku?"
"Aku tak pernah berubah. Aku cuma tak nak orang salah anggap dengan kehadiran kau di sini. Lagipun aku dah jadi milik orang lain Faliq." Kata Tiara langsung tidak mahu memandang wajah Faliq. Dia tahu lelaki tu sedang kecewa.
"Benarkan aku masuk boleh?" Soal Faliq tiba-tiba. Tersentak Tiara.
"Faliq! Ni bukannya UK kau nak buat perangai. Ini Malaysia! Kau jangan buat kerja gila Faliq!" Tiara lantas menolak permintaan Faliq yang bagi dia agak gila itu.
"Alah bagilah aku masuk...aku bukannya nak buat apa pun, cuma nak borak je..." Balas Faliq dengan senyuman yang mencurigakan.
Kemudian dia semakin mendekatkan diri sementara Tiara semakin undur ke belakang kerana gerun dengan perbuatan Faliq.
Baru saja Faliq ingin melangkah jauh ke dalam rumah,
"Sedara, jangan berani nak buat macam-macam dengan bakal isteri saya ye!" Izzat sudah berdiri berhadapan dengan Faliq dengan wajah yang tak manis.
Marah woi! Berani Faliq ni nak buat macam-macam dengan bakal bini aku. Langkah mayat aku dulu lah wei!
"Kau balik sebelum semangat Mat Kilau masuk dalam badan aku ni. Balik!" Halau Izzat dengan kasar. Orang macam Faliq ni tak boleh nak dilayan dengan baik sangat.
"Heh kau ingat aku takut dengan kau? Kali ni aku lepaskan kau Tiara...kau pun sama Iz!" Faliq tersenyum sinis kemudian berundur ke belakang dan terus beredar dari situ.
"Banyak pula cakap! Blah ah woi!" Maki Izzat lagi dengan lebih kasar.
"Kau tunggu Izzat...aku takkan lepaskan kau." Gumam Faliq sebelum kelibatnya menghilang diri dari kawasan rumah banglo itu.
"Tiara, awak ok?" Soal Izzat risau takut Tiara diapa-apakan oleh Faliq.
"A-aku ok..." Balas Tiara sepatah. Masih lagi takut dengan ancaman Faliq tadi.
"Bahayalah Faliq tu sekarang ni! Awak kena pesan dengan guard yang jaga pagar rumah awak jangan bagi dia masuk lagi dah. Orang macam tu kalau dibiarkan, makin teruk pula nanti." Kata Izzat sambil memerhati ke arah halaman rumah.
Memikirkan sesuatu agaknya.
"Tak tahulah Iz. Aku takut sangat..."
"Awak jangan risau, saya akan sentiasa jaga awak. Lepas ni saya akan pastikan si Faliq tu takkan dapat sentuh awak lagi." Balas Izzat dengan senyuman manis dan berjaya membuatkan Tiara melupakan kerisauan dan ketakutannya tadi.
"Terima kasih..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro