EPISOD 13
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~
Sambungan...
"Iz, macam mana dengan Tiara hari ni dekat tempat kerja? Ada dia buat hal tak?" Soal Tuan Reza pada Izzat ketika sedang makan malam.
"Tak adalah Uncle, Tiara baik je. Cuma adalah tadi dia merajuk sebab saya tak belanja dia makan."
Sejurus mendengar itu, terus Tiara menyiku lengan Izzat. Pandangan maut dihadiahkan kepada Izzat yang kebetulan duduk bersebelahan Tiara.
"Mana ada papa! Iz ni ha yang nak belanja Tiara. Terpaksalah Tiara ikut cakap mamat ni." Balas Tiara menafikan penipuan yang lebih kepada gurauan itu.
"Iz kenalah biasakan diri. Nantikan Iz nak jadi bakal imam kepada Tiara juga." Kata Puan Alina pula.
Izzat hanya tersenyum manakala Tiara tersedak.
"T-tiara dah kenyang." Tiara terus mengambil pinggannya dan terus ke dapur.
"Heheh, malulah tu. Biasanya, kalau macam tu...maksudnya dia memang cintakan seseorang..." Tambah Puan Reyhana menyokong kata-kata Puan Alina.
"Dan mama yakin orang tu adalah kamu Iz." Sambung Puan Reyhana sambil melirik ke arah Izzat.
Izzat hanya menerima sahaja semua pujian itu kerana dia memang yakin yang dia telah jatuh cinta kepada Tiara.
Cuma...Tiara sahaja yang dia masih belum pasti sama ada Tiara sukakan dia ataupun tidak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selepas saja dia selesai makan, Tiara duduk di halaman rumah sambil merenung ke arah bintang di langit.
"Menung panjang kamu Tiara. Teringatkan siapa?" Tuan Hisyam tiba-tiba datang dan menegur Tiara yang sedang asyik melihat ke langit.
"Ohh....Uncle Hisyam rupanya, Tiara tengah tengok langit yang indah bergemerlapan ni Uncle..." Balas Tiara kembali melihat ke arah langit.
"Haha, Uncle tengok kamu dengan Iz ada keserasian. Uncle nak tanya, kamu....sukakan Iz?"
"Sebenarnya...Tiara tak pasti dengan perasaan sendiri Uncle. Tiara....tak tahu."
"Kamu ada sukakan orang lain?"
"Ada...tapi Tiara keliru. Dua-dua ada kebaikan dan keistimewaan..." Balas Tiara dengan wajah muram. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang.
Jikalau dia pilih A, takut hati dia tak berkenan. Kalau pilih B, takut keluarga pula tidak berkenan.
"Hmm Uncle pun tak boleh nak kata apa sebabnya yang hadap benda ni Tiara dan bukannya Uncle. Tapi apa yang Uncle boleh nasihatkan kepada Tiara..." Tuan Hisyam berhenti sebentar sebelum dia menyambung semula ucapan yang tergendala.
"Pilihlah lelaki yang terbaik untuk kamu Tiara. Nilailah yang mana paling terbaik untuk kamu..."
"Thank you Uncle, Uncle cakap macam ni pun dah boleh buat saya tenang. Thanks again..."
"No problem lah! Setakat nasihat tu apalah sangat." Tuan Hisyam mengangkat ibu jarinya tanda bagus dan kemudian meminta diri untuk masuk ke dalam.
'Haih...nampaknya aku kena fikir siapa orang yang paling layak untuk aku pilih...ya Allah, kenapalah benda macam ni kena berlaku dalam hidup aku!' gerutu Tiara di dalam hati.
Dia sebolehnya tidak mahu menghadapi perkara macam ni. Tidak pasti siapa yang dia mahu pilih dalam segmen perjodohan ni.
"Hai awak!" Sergah Izzat daripada belakang.
"Oh mak kau hijau pink! Eish apa kau ni Iz! Dekat pejabat kacau aku, dekat rumah pun kau nak kacau aku ke."
"Rileks lah awak. Janganlah marah sangat, saya saja je nak sergah awak. Nampak comel pula bila melatah." Balas Izzat tersenyum senget.
Tak pastilah sama ada itu perlian ataupun pujian.
"Banyaklah comel kau! Heh, lelaki bila nak memikat perempuan. Kalau tak guna ayat manis memang tak sah. Dasar lelaki playboy...." Kata Tiara ditambah perlian di belakang ayat.
"Amboi awak, jangan begitu. Takkanlah semua lelaki awak nak samakan sebagai playboy?"
"Semua sama je! Tak ada beza pun."
"Maknanya Faliq tu pun sama ke?"
Hambek kau! Nak kenakan aku sangat, kan dah mendapat. Hati Izzat puas dapat mengenakan semula Tiara. Sambil-sambil tu dia menunggu juga balasan dari Tiara.
"Ish! Malaslah cakap dengan kau ni!" Tiara terburu-buru masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Izzat berseorangan.
"Heh...tak sanggup ke nak cakap si Faliq tu playboy? Poyo lah awak ni Tiara...." Izzat memandang ke arah langit dan tiba-tiba dia terpandang wajah Tiara.
Sedang tersenyum sambil membuat mini love.
"Aish! Teruk sangat dah angau kau ni Iz oi...sampai langit pun kau nampak si Tiara. Aduhai..." Izzat meraup wajahnya dengan kasar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Alhamdulillah seronok betul dapat spend time dengan korang berdua hari ni." Kata Tuan Reza sambil tersenyum ke arah Puan Reyhana dan Tuan Hisyam.
Sudah hampir seharian mereka meluangkan masa di rumah Tuan Hisyam dan sekarang masanya sudah sampai untuk mereka pulang.
"Kami pun apa kurangnya, seronok dapat sembang panjang. Lama dah kita tak bersembang macam sekarang sejak masing-masing dah kahwin ni." Balas Puan Reyhana.
"Nanti dapatlah kita sembang lagi, maklumlah kita kan bakal jadi besan." Seloroh Tuan Reza sambil menatap ke arah Tiara dan Izzat yang tiba-tiba terbatuk-batuk.
Agaknya terasa kot sebab mereka asyik menyebut pasal besan.
"In Syaa Allah, kalau diaorang suka sama suka. Bakal jadi besan lah kita hehehe.." Kata Tuan Hisyam sambil menepuk bahu Tuan Reza dengan ketawa kecil.
"Baiklah, kitaorang balik dulu. Assalamualaikum." Tuan Reza mengangkat tangan tanda meminta diri dan dibalas semula oleh Tuan Hisyam dengan isyarat yang sama.
"Awak!" Panggil Izzat. Tiara pun menoleh ke arahnya.
"Goodbye! Esok kita jumpa lagi. Muah!" Izzat mengucapkan selamat tinggal sambil membuat flying kiss.
Tiara membalas semula dengan menjelir lidah ke arah Izzat dan kemudian terus masuk ke dalam kereta miliknya.
Di dalam kereta, jantung Tiara berdegup dengan kencang.
"Ish! Kenapa pula jantung aku laju sangat bila tengok dia buat flying kiss tu..."
"Huh perasaan apa ni? Kenapa lain sangat..." Gumam Tiara kerana dia merasa seperti...seronok.
Seronok kerana melihat Izzat berbuat demikian.
"Aku ni memang dah jatuh cinta ke dengan dia tu? Eh, takkanlah! Aku tak cintakan sesiapa pun!" Tiara bertegas dengan keputusan dirinya.
Kemudian kedua-dua kereta iaitu kereta Tuan Reza dan juga Tiara beredar dari kawasan rumah Tuan Hisyam.
'Heheh..ingat aku tak nampak ke kau punya gelisah lepas aku buat flying kiss tadi? Heheh memang sah kau dah jatuh cinta dengan aku Tiara...' kata Izzat di dalam hati.
Dia memang dah rasa yakin sangat yang Tiara dah jatuh cinta dengan dia. Bukannya dia tak nampak, dia nampak wajah Tiara yang berubah jadi merah lepas dia buat begitu tadi.
"Hei budak bertuah!" Sergah Puan Reyhana lepas beberapa kali panggil tak menyahut.
"Ha! Ye mama? Ada apa?"
"Apa yang kamu berangan lagi tu? Dah masuk, lewat malam dah ni."
"Ye lah..." Balas Izzat kemudian terus masuk ke dalam rumah.
"Hana, mana si kembar tu? Dah tengah malam ni tak nampak pun batang hidung diaorang?" Tanya Tuan Hisyam yang perasan Luqman dan Fahmi tak ada dekat rumah langsung selama sehari ni.
"Diaorang mesej saya tadi bang, katanya ada kerja banyak dekat pejabat. Diaorang dah on the way balik tu. Kejap lagi sampailah tu."
"Ohh, kalau macam tu jangan dikunci pagar. Abang nak pergi tidur, mengantuk dah ni. Awak pun, jangan lama-lama. Kejap lagi masuk bilik, rindu." Balas Tuan Hisyam kemudian terus menghilang ke dalam rumah.
"Hish laki aku ni, macam-macam..." Puan Reyhana kemudian turut masuk ke dalam rumah dan membiarkan pintu pagar tidak berkunci.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro