EPISOD 12
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~
Sambungan...
Tengahari itu, Tiara keluar dari office kerana lapar dan ingin makan tengahari.
Lokasi office si Iz ni memang strategik betul. Turun bawah je dah ada kedai makan, jalan depan sikit ada klinik, belakang sikit ada kedai jual barang-barang keperluan. Hebat Iz ni...
Begitulah fikir Tiara. Nampaknya lelaki yang dia kenal kalini bukanlah lelaki yang dia biasa kenal sebelum ni.
Bahkan Faliq juga tidak mampu menandingi keunikan yang dimiliki Faliq.
Baru je Tiara nak sampai ke tangga, Izzat terlebih dulu menghalang jalan.
"Ke tepi boleh tak? Menghalang jalan lah kau ni." Pinta Tiara dengan wajah dinginnya itu.
Izzat naik pelik dengan Tiara ni. Pagi tadi bukan main merah muka dapat hadiah dari aku, takkanlah dah berubah mood kot? Fikir Izzat.
"Awak nak kemana ni?" Soal Izzat sekadar berbual kosong.
"Nak pergi bersihkan diri dari kotoran yang menghalang jalan aku dari tadi ni. Nak pergi makanlah!" Uish, tersentap kejap Izzat mendengar ayat padu tu.
Haih Tiara...patutlah lelaki tak berminat dekat kau.
"Mana ada saya ni kotoran, saya ni kan cahaya terang yang akan sentiasa menyinari hidup awak buat selamanya!" Balas Izzat tak mau kalah.
Tiara mengerutkan mukanya seperti geli mendengar kata-kata Izzat.
"Uwerk! Geli aku dengar, sorry eh. Aku takkan termakan dengan ayat acah sweet kau tu. Sekarang ni aku nak pergi makan, boleh tepi?"
"Nope, kecuali kalau saya yang belanja awak makan."
"Tak payah, aku boleh beli sendiri-"
"Your excuse not accepted. Saya belanja awak. Jom!" Izzat menarik tangan Tiara pada bahagia baju kerana tidak mahu terkena pada kulit tangan Tiara.
Aurat bro aurat....
"Hei! Apa tarik-tarik ni!" Tiara dengan pasrah terpaksalah mengikut Izzat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Order lah apa-apa makanan, saya belanja." Kata Izzat setelah mereka sampai dan duduk di tempat duduk kedai makan itu.
Tiara memandang Izzat acuh tak acuh. Malaslah dia nak pandang muka Izzat sekarang ni.
"Lambatlah awak ni, dik. Sini nak ambil order!" Izzat memanggil seorang tukang ambil order yang sedang duduk menghantar minuman.
"Ye Encik, nak order apa?"
"Tiara, order lah." Izzat menyuruh Tiara memesan makanan dulu.
"Haih....air kosong."
Tercengang kejap Izzat mendengar. Minah ni dah kenapa? 'Bendera Jepun' tengah naik ke apa?
"Air kosong je? Kemon lah sis, takkanlah boss nak belanja pekerja air kosong. Dah! Kalau tak nak order, biar saya je order kan."
"Untuk miss yang comel ni, saya nak nasi goreng ayam. Kalau boleh bagi banyak ayam dia tu, pasal bayaran jangan risau. Saya bayar lebih...air bagi dia fresh orange macam dalam drama tv pukul 7 tu." Ha, panjang lebar Izzat memesan makanan untuk Tiara.
"Baik, Encik pula order apa?"
"Saya bagi nasi ayam. Milo ais ikat tepi, kurang manis." Kata Izzat membalas senyuman pelayan yang mengambil pesanan.
"Baik Encik." Pelayan itupun segera menuju ke tempat tukang masak dan memberikan order tersebut kepada tukang masak.
"Apa banyak sangat tu! Aku bukannya nak makan banyak pun hari ni." Soal Tiara tak puas hati dengan Izzat yang sesuka hati je order makanan tak tanya orang.
"Saya nak bagi awak makan banyak sikit! Biar badan berisi sikit, ini badan kurus kering dah macam tiang elektrik dah saya tengok." Balas Izzat selamba sambil melihat wajah cemberut Tiara tu.
'Asyik masam muka kau ni Tiara...tak boleh ke senyum sikit. Teringin pula nak tengok muka kau bila senyum...' Izzat memang teringin sangat nak tengok muka Tiara bila senyum.
Tapi tu lah, bila berjumpa je asyik gaduh. Bila nak boleh senyum kalau macam ni?
"Mana ada! Pandai je kata aku ni kurus macam tiang elektrik pula!" Tiara menafikan yang dia tu kurus dan dibalas dengan ketawa di Izzat.
Jarang tau perempuan tak mengaku dia kurus. Wow!
Dipendekkan cerita, makanan yang di order pun sampai. Mereka pun menjamah makanan tersebut.
Tengah makan, Izzat membuat satu permintaan yang agak gila pada Tiara.
"Suapkan saya boleh?"
"Uhuk! Uhuk! Hah?" Tersedak Tiara mendengar Izzat berkata begitu. Langsung air fresh orange tu diminum hingga tinggal separuh.
"Kau buat lawak ke apa ni! Malulah ramai orang tengok!"
"Eleh, malu ke....ataupun takut kekasih hati yang lain tengok?" Soal Izzat sinis.
"Siapa pula yang kau maksudkan ni? Aku tak ada boyfriend lain lah!" Balas Tiara menafikan sekeras-kerasnya.
"Habis Faliq?"
"Faliq? Hahaha! Dia tu kawan baik aku je. Tak lebih dan tak kurang."
"Kawan baik? Kalau macam tu senanglah saya nak tackle awak. Hehehe." Kantoi! Peluang masih ada, senang kerja Izzat.
"Tapi...aku tetap dengan hati aku. Aku takkan pernah sukakan kau!" Beg tangannya dicapai dan terus melangkah kaki meninggalkan kedai itu.
"Tiara...Tiara...tak lapar konon...tengok dalam pinggan ni habis dah nasi goreng tu. Licin, haha!" Izzat tertawa kecil melihat pinggan nasi goreng Tiara tadi.
Fuh, licin! Tak ada sisa apa pun, mentang-mentanglah ayam tadi semuanya isi. Tak ada tulang.
"Tak nak makan banyak konon...apa lah kau ni Tiara.....Adik! Kira semua berapa?" Izzat terus membayar harga makanan yang dipesan tadi dan terus beredar semula ke pejabatnya.
'Tak apa Tiara, sekarang awak takkan terpikat lagi. Tapi saya akan pastikan awak jatuh cinta dengan saya..'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Petang itu di rumah Tuan Hisham, mereka baru sahaja pulang dari pasaraya dengan barang-barang yang agak banyak berada di tangan.
Tuan Hisyam memberikan semua plastik yang mengandungi barang basah dan juga bahan makanan lain kepada Puan Reyhana dan terus duduk di ruang tamu bersama Tuan Reza.
"Penatnya...betullah apa yang arwah ayah aku pesan dulu. Tolong orang perempuan beli barang lagi penat dari kejar penjahat tau." Kata Tuan Hisyam sambil mengelap peluh yang mengalir menggunakan sapu tangan.
"Eleh! Over sangat. Baru minta tolong sikit dah penat. Macam mana awak ni jadi polis dulu?" Sindir Puan Reyhana sambil membawa dulang air dan juga cawan.
"Hey hello, Cik Reyhana. Awak masa muda dulu pun terpikat dekat saya masa saya jadi polis tau."
"Jangan nak buat lupa ye. Siapa yang hantar surat cinta sekali dengan bedak dekat surat dalam peti pos balai polis dulu?" Tuan Hisyam membalas kembali kata-kata Puan Reyhana.
"Abang! Janganlah cerita benda tu depan orang. Haish!" Puan Reyhana segera berlalu ke dapur dengan muka yang merah menyala. Malu.
"Hahaha! Nak kenakan aku sangat, kan dah kena." Tuan Hisyam mentertawakan Puan Reyhana kerana cubaannya nak menyindir Tuan Hisyam tadi.
"Biasalah tu Syam. Orang perempuan kan...asyik nak menang ke diaorang je." Balas Tuan Reza sambil meneguk secawan air yang dihidang tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Tiara..." Panggil Izzat dengan senyuman nakal.
"Huh...kau lagi." Tiara memuncungkan bibirnya apabila melihat Izzat muncul di pintu pejabat.
Dah tak ada kerja lain ke mamat ni? Asyik nak menempek je! Macam tu lah anggapan Tiara. Menyampah.
"Apa lagi yang kau nak Iz? Tak cukup ke aku dah kerja dekat syarikat kau ni, sekarang kau nak kacau aku pula. Boleh tak kau diam kejap."
"Wowo rileks awak. Jangan marah, saya bukan nak kacau awak pun....walaupun niat awalnya memang nak kacau awak."
Tiara menjegil mata pada Izzat. Cuak juga Izzat dibuatnya.
"Ok, ok! Saya sebenarnya nak ajak awak makan malam dekat rumah saya nanti. Tadi abah saya mesej, dia cakap mama dengan papa awak ada sekali dekat rumah." Terang Izzat sambil menyebut tentang mak dan ayah Tiara.
Sebab kalau tak sebut pasal tu, memang Tiara takkan nak join pun. Bila ditanya, dia cakap malu.
"Tengoklah macam mana-"
"Tak ada bantahan, awak ikut saya atau awak balik rumah jalan kaki."
"Apahal pula aku nak kena jalan kaki?"
"Pasal kunci kereta awak ada dekat tangan saya." Izzat tersenyum senget sambil menunjukkan kunci kereta Tiara yang berada di tangan Izzat.
"Wait! Macam mana-"
"Itulah awak, nak cepat sangat balik dari kedai makan tadi kan. Sampai tak perasan dah kunci kereta tertinggal. Jual mahal..." Kata Izzat dengan sedikit sindiran di hujung ayat.
"Eiii! Ye lah, aku ikut!" Balas Tiara terpaksa mengikut saja apa yang disuruh.
"Good, macam ni lah Tiara yang saya nak tengok. Ok see you 6 o'clock later!" Izzat beredar semula ke bilik pejabatnya sambil melambaikan tangan.
"Hish! Menyampahnya!" Tiara cuba untuk melepaskan kemarahannya tetapi seperti dihalang sesuatu.
Rasa yang....lain macam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro