EPISOD 11
✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~
Sambungan...
Senyap.
Itulah yang boleh diungkapkan bila berada di dalam situasi Tiara dan Izzat ni.
Berada di dalam bilik, Tiara dengan muka masam duduk bertentangan dengan Izzat yang sedang tersengih-sengih dari tadi.
Agaknya masih lawak kot riak wajah Tiara ni..
"Kau saja je kan?" 10 minit diam, itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Tiara.
"Hmm? Saja apa?" Soalan dibalas soalan, Izzat tersengih kerana sengaja dia bertanya soalan tu.
"Nak buat tak tahu pula ye! Kau kan yang suruh papa paksa aku kerja dekat syarikat kau ni."
"Mana ada! Saya tak suruh apa pun, bukan bidang sayalah bab paksa memaksa ni...papa awak tu yang nak sangat awak kerja dekat sini. Siap telefon saya suruh aturkan semuanya lagi...jadi bukannya salah saya." Balas Izzat selamba dan juga sinis.
Tiara memandang Izzat dengan tajam. Nampak je wajah dia dingin. Namun di sebalik hati Tiara...dia dah panas tu.
Teringat pula akan paksaan papa dan mamanya, sangat membuat hatinya sakit! Benci!
Baru saja Tiara ingin membuka mulut mahu memarahi Izzat, dia terlebih dahulu bertindak mengeluarkan sesuatu dari laci mejanya.
"Nah." Izzat menghulurkan satu kotak yang dalamnya dipenuhi coklat.
"Apa ni?" Tanya Tiara berpura-pura tak nampak.
'Kesiannya kau Tiara, kalau cakap buta marah pula.' lebih kurang begitulah hati Izzat bergumam. Sempat pula dikutuk.
"It's a chocolate, for You my love...saya tahu awak sukakan coklat kan?" Balas Izzat dengan nada suara yang romantis.
Terdiam Tiara, terbeku sekejap dia dekat situ. Macam mana dia tahu?
"Tak sangka ye selain dari teddy bear, awak pun sukakan coklat. Haha! Kelakar."
"M-mana ada! Aku tak suka pun coklat ni." Tiara menolak kotak itu ke tengah meja semula.
Izzat tahu, Tiara cakap tu sekadar nak cover je.
"Tak payah nak tipu sangatlah, mama awak dah bagitau saya pasal semua benda kegemaran awak. Jadi, jangan nak tipu saya...nah ambillah, ikhlas jangan risau." Izzat memberikan semula kotak itu kepada Tiara.
Mahal kot dia beli, takkanlah nak tolak.
Akhirnya Tiara menerima juga pemberian Izzat. Eleh macamlah dia tak tahu. Dekat luar je nampak tak nak, tapi dalam hati bukan main nak lagi.
Dia teringat lagi Puan Alina pernah cerita yang Tiara sangat-sangat sukakan coklat.
Pernah sekali Puan Alina bersama Tiara dan Tuan Reza pergi ke Langkawi atas urusan kerja. Tiara ada meminta mereka untuk membeli coklat yang dijual di kedai itu.
Tapi malangnya disebabkan terlupa, mereka pulang hanya membawa pulang key chain berbentuk burung helang.
Menangis teresak-esak Tiara kerana tidak dapat yang dia inginkan. Maklumlah umur dia masa tu baru 11 tahun. Malam tu juga dengan penat baru habis urusan kerjanya, Tuan Reza beli juga coklat yang diinginkan oleh Tiara itu.
Nampak tak, Bukan saja dingin, tapi manja sangat.
Bila bergabung? Boom!
"Diana, masuk kejap." Izzat menyuruh Diana untuk masuk ke biliknya dengan menggunakan telefon.
Beberapa minit kemudian, Diana memasuki bilik pejabat Izzat.
"Awak tolong tunjukkan kepada Cik Tiara, dimana bilik dia."
"Baik bos. Cik Tiara, silakan." Diana mempersilakan Tiara untuk mengikutinya ke bilik yang telah disediakan untuk seseorang yang berjawatan Personal Assistant.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di sebuah pasaraya...
"Awak, banyak lagi ke barang nak dibeli? Kaki abang ni rasa macam nak tercabut dah tau." Bebel Tuan Hisyam sambil duduk di sebuah bangku yang disediakan di pasaraya itu.
"Abang, baru je berjalan setengah jam dah merungut. Tu saya cakap tadi, jangan ikut. Abang tu degil, nak juga ikut dah kenapa?" Nah, giliran Puan Reyhana pula membebel.
"Abang risaulah, takut nanti ada mata-mata yang memerhati awak. Dah lah awak tu cantik, nanti ada orang try awak macam mana?" Balas Tuan Hisyam dengan nada kerisauan.
Puan Reyhana senyum dari dalam hati. Haih suami aku ni masih juga sweet walaupun dah lama kahwin.
Mana tidaknya Tuan Hisyam cakap macam tu, umur je 46 tahun. Tapi kalau berjumpa dengan orang, semuanya cakap wajah Puan Reyhana macam umur baru unur 30 lebih.
"Elele abang ni! Dah 29 tahun bersama pun still cakap saya cantik. Malulah!"
"Apalah awak ni, dah benda betul. Takkan abang nak tipu awak pula. Lagipun....siapa je tak sayang bini der..." Tuan Hisyam tersengih melihat isterinya malu-malu begitu.
Pantang kena puji sikit mulalah bangga tu. Sebijik perangai macam Luqman dengan Fahmi tu.
"Assalamualaikum Hisyam!" Tuan Reza yang baru saja keluar dari kawasan barang basah bersama dengan Puan Alina menegur Tuan Hisyam dan isterinya.
"Waalaikumsalam Reza! Kebetulan sungguh ye kita jumpa dekat sini." Tuan Hisyam bersalaman dengan Tuan Reza. Memang rapat diaorang ni, dah macam keluarga.
"Beli barang juga ke Hisyam?" Sengaja je ditanya soalan yang remeh begitu sebagai pembuka bicara.
"Tak, aku teman Hana. Dia yang nak beli barang." Balas Tuan Hisyam sambil menunjuk pada Puan Reyhana yang sedang ralit bersembang dengan Puan Alina itu.
"Dah alang-alang terserempak dekat sini, jom singgah rumah. Kau pun dah lama tak menyinggah dekat rumah aku tu. Kalau tak silap, Alina dengan Tiara je yang pernah datang hari tu." Pelawa Tuan Hisyam berharap yang Tuan Reza tidak akan menolak tawaran tu.
"Boleh juga tu. Lina, nak singgah kejap tak?" Soal Tuan Reza meminta persetujuan Puan Alina.
"Mestilah boleh bang! Dapatlah saya nak menyembang dengan kawan lama ni." Kata Puan Alina merujuk pada Puan Reyhana yang sedang tersengih-sengih.
"Jom lah kita," Tuan Hisyam mempersilakan mereka untuk jalan dulu.
Ha! Sedangkan hubungan dengan bakal besan masing-masing pun dah rapat, macam mana pula dengan bakal pengantin nanti?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Alhamdulillah balik juga kamu ke sini Nad, lama kamu tak jenguk mama dekat sini nak..." Kata Puan Amanda gembira melihat anaknya, Nadra akhirnya pulang ke Malaysia.
Setelah 5 tahun tidak pulang kerana berada di Australia katanya sambung belajar.
"Ye mama, Nad rindu sangat dengan mama dan papa. Sebab tu lah Nad balik sini." Balas Nadra dengan senyuman...palsu.
"Dan juga Nad balik ke sini sebab rindukan seseorang..." Tambah Nadra lagi.
"Nad dah ada kekasih hati ke! Biar betul! Kenalkan lah dekat mama!" Cepat sahaja Puan Amanda bertanya pelbagai soalan.
Amboi mama ni, kalau bab kahwin memang cepat. Monolog Nadra tak puas hati.
"Ye Nad balik pun sebab dah lama tak jenguk kekasih Nad."
"Siapa orangnya? Hensem ke tak? Kaya ke dia?" Berbagai soalan lagi diberikan Puan Amanda.
"Ish mama! Takkanlah dah lupa kot, siapa lagi kalau bukan Izzat Johan Rafizi."
Wajah Puan Amanda bertukar, senyumannya yang lebar tadi perlahan-lahan mati.
"Kamu jangan nak buat gila Nad! Iz tu bekas kekasih ataupun lebih tepat bekas TUNANG! Kamu ingat, dia tu masih lagi nakkan kamu ke?" Kata Puan Amanda dengan nada tidak suka.
"Nad yakinlah Iz masih lagi ada perasaan sayang pada Nad."
"Jangan Nad, mama tak suka. Kalau papa dapat tahu pasal benda ni, mengamuk dia kamu tau!"
Puan Amanda dan Tuan Amir sudah cukup menanggung malu semasa Nadra tiba-tiba saja memutuskan untuk pergi ke Australia tanpa memberitahu mereka semua.
Dan itu juga menandakan hubungan Izzat dan Nadra berakhir.
"Mama dan papa suka atau tak suka, tetap juga Nad akan dapatkan semula Iz..." Balas Nadra tidak mahu mendengar kata Puan Amanda.
Terus dia berlalu ke bilik tanpa menghiraukan Puan Amanda yang memanggil.
"Nad! Nad! Degil betullah budak ni!" Gumam Puan Amanda kesal dengan sikap seorang Nadra Imanie.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Bertuah punya Iz! Bilik PA sebelah bilik dia je kot. Tak payahlah nak si Diana tu tunjuk arah bagai. Macam aku ni budak-budak pula." Bebel Tiara sendirian di situ.
Geram Tiara tak habis lagi walaupun dah dapat coklat yang mahal tu. Entah geram ke sayang...
"Tapi...baik juga hati Iz tu. Siap bagi coklat mahal ni...banyak pula tu. Kalau aku nak beli banyak macam ni, memang tak lah. Dah lah mahal!" Kata Tiara sambil membelek kotak coklat itu.
Sambil melihat-lihat, dia terpandang satu kad yang terselit di bahagian bawah timbunan coklat-coklat itu.
Ada nota yang bertulis di kad itu. Tiara lantas membacanya.
"Bila saya tengok awak, kemanisan coklat ini pun tidak dapat melawan kemanisan wajah awak bila marah dan juga tersenyum.....dari buah hati kesayangan awak, Izzat."
Merah padam muka Tiara selepas membaca nota itu.
"Eii apa ni! Kenapa aku malu pula bila baca nota ni. Padahal Iz tu bukanlah sesiapa pun bagi aku!" Rungut Tiara sambil menutup mukanya dengan tangan.
"Adakah aku....dah jatuh cinta?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro