Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 10

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~

Sambungan...

Keesokan paginya, Tiara sudah bangun dari tidur. Dia segera membersihkan diri dan turun ke bawah untuk sarapan.

Di bawah, dia melihat Puan Alina seorang diri menyediakan sarapan.

"Pagi ma, mana yang lain?" Soal Tiara sambil tercari-cari kelibat Tuan Reza dan Laila.

"Kakak dengan papa kamu tu awal-awal lagi dah pergi kerja. Sarapan pun diaorang dah makan. Kamu lambat sikit bangun dari diaorang." Balas Puan Alina sambil mencedok bihun goreng ke dalam pinggan.

"Ha! Terlupa mama, sekejap." Puan Alina meninggalkan sekejap meja makan. Dia berjalan ke arah sofa dan mengambil sesuatu yang berada di atasnya.

"Nah." Puan Alina memberikan barang itu kepada Tiara.

"Eh! Teady bear? Comelnya! Mama ke yang beli ni?" Ujar Tiara teruja kerana mendapat teady bear.

Ya, itulah benda favourite Tiara. Teady bear. Pelik kan? Gadis yang dingin dan baran sukakan teady bear? Pelik.

"Tak ada kerja mama nak beli mainan ni. Tu bakal suami kamu si Iz tu ha belikan-"

"Ambil balik." Tiara memberikan teady bear itu semula kepada Puan Alina.

"Amboi! Dengar je nama Iz terus kamu tak nak? Ambillah, dia penat tau belikan mainan ni untuk kamu." Puan Alina memandang Tiara dengan tajam.

Ada ke patut orang dah beli hadiah khas untuk dia disuruh pulangkan balik! Dasar!

"Mama. Semua barang tak kisahlah teady bear ke apa bear sekalipun, kalau dari mamat tak malu tu...Tiara takkan terima!" Keras sungguh hati Tiara ni.

"Tiara! Cubalah belajar menghargai sikit pemberian orang kepada kamu. Sejak bila kamu mula memilih ni? Wah! Ini sudah lebih bro!" Puan Alina mula geram dengan perangai Tiara.

Memang menguji kesabaran betul lah!

"Mama perhati je kamu sejak dua tiga hari ni, mentang-mentang lah budak Faliq tu dah balik ke Malaysia ni. Kamu sampai dah tak nak terima hadiah orang ye!"

"Adoi! Mama! Sakit mama!"

Akibat terlampau geram, Puan Alina menarik telinga Tiara dengan sangat kuat.

"Mata mama ni dah berbulu tahu tak! Tengok kamu tak habis-habis rapat dengan Faliq!"

"Kamu ingat mama dengan papa tak tahu ke yang kamu dengan Faliq ada berjumpa dekat trek joging kelmarin?"

Terkejut Tiara apabila Puan Alina mengetahui tentang hal itu. Sedangkan dia tidak memberitahu sesiapa pun kecuali.....

Izzat. Hanya dia seorang sahaja yang mengetahui hal itu!

"Ini mesti mamat tu yang mengadu kan- aduh! Mama!" Telinga Tiara ditarik dengan lagi kuat.

"Mamat apa? Panggil dia Iz! Memang patut pun dia mengadu dekat mama pasal kamu dengan Faliq tu! Siap bermesraan lagi, amboi!"

Hambek kau, bila kemarahan Puan Alina dah memuncak. Memang habislah.

Ibarat gunung berapi yang sudah bertahan lama untuk tidak meletus dan akhirnya meletus juga! Memuntahkan lahar gunung berapi yang sangat panas.

Puan Alina akhirnya melepaskan telinga Tiara. Kemarahannya sudah dikawal.

"Huh....cubalah kamu kawal sikit dingin dan baran kamu. Cubalah rapat dengan Iz. Dia tu adalah jodoh kamu yang paling terbaik."

"Tapi Tiara tak nak! Tiara tak cintakan dia langsung! Tiara baru je balik dari UK dan mama papa terus nak jodohkan Tiara! Apa ni!" Ucapan Tiara itu membuatkan Puan Alina membisu seketika.

"Mama....dan papa tetap nak Iz jadi suami kamu dan keputusan kami muktamad. Dia orang yang baik. Kamu tetap kena kahwin dengan dia." Puan Alina mengambil semula teady bear yang jatuh ke lantai itu.

"Ambil, terimalah pemberian dia ni. Walaupun mainan ni tak mahal, tapi sekurang-kurangnya anggaplah ini hadiah untuk kamu." Puan Alina pergi ke dapur dengan perasaan kecewa.

"Jangan nangis lama-lama. Kejap lagi kamu nak pergi kerja kan? Lepas makan pergi mandi." Pesan Puan Alina dari dapur.

"Hisk....kenapa! Kenapa semua orang nak tentukan hidup aku! AHHH!"

Air mata yang ditahan Tiara tumpah juga akhirnya kerana tidak tahan dengan semua orang yang tidak pernah memahami perasaannya.

Sementara di dapur, Puan Alina mengeluh melihat Tiara yang sedang menangis.

'Maafkan mama....mama terpaksa buat semua ni kerana tak mahu kamu terpedaya dengan Faliq....dia bukan budak yang baik....mama harap kamu faham.' tanpa Puan Alina sedari, air matanya juga mengalir.

Dia terpaksa demi kebahagiaan Tiara. Puan Alina akan lagi sedih bila melihat Tiara dekat dengan Faliq.

Kerana dia tahu, Faliq bukan seorang yang baik....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

D' Jaya Holdings Sdn Bhd...

Ini merupakan hari pertama Izzat bertugas sebagai CEO di syarikat miliknya.

Segalanya berjalan dengan sangat lancar.

"Bos, boleh saya masuk?" Pembantu peribadi kepada Izzat, Diana meminta izin untuk masuk.

"Masuk." Balas Izzat dengan senyuman mesra.

Dalam drama Melayu, banyak scene menampakkan karisma sang CEO. Dan yang paling utama sekali dingin dan pendiam.

Tapi untuk Izzat tidak. Dia tidak begitu suka dengan sifat begitu. Dia kalau boleh nak ceria je di pejabat.

Tak nak lah muka ketat setiap hari. Nanti cepat tua katanya!

"Ada apa bos panggil saya?" Tanya Diana.

"Ok sekarang saya minta maaf, jawatan awak akan ditukar. Dah ada orang yang nakkan jawatan ni tapi dia tidak dapat hadir hari tu."

"Jadi sekarang dia akan datang dan awak ditamatkan perkhidmatan jadi pembantu peribadi sementara saya."

"Baik bos tak apa saya faham." Diana mengangguk dengan senyuman.

Diana tahu yang pekerjaannya pada masa itu hanyalah sementara. Itu sudah tercatat di dalam kontrak yang dibacanya sebelum ditandatangani.

"Saya minta maaf sangat-sangat ye. Tapi jangan risau, saya bagi jawatan pengurus pada awak dan juga gaji masih lagi sama ye." Ujar Izzat sambil tersenyum mesra.

"Baik bos. Terima kasih banyak-banyak ye." Diana mengundurkan diri kerana ada urusan kerja lain yang perlu dia selesaikan.

"Diana!" Izzat memanggil Diana semula kerana ada yang dia nak beritahu.

"Ye bos?"

"Nanti kalau dia datang ke sini, pastikan awak bawa dia terus masuk ke sini. Tak payah nak kena minta kebenaran pada guard dekat bawah. Ok?"

"Baik bos, nanti saya akan sambut dia. Ada apa-apa lagi?"

"Erm...tak ada terima kasih ye Diana." Izzat mengucapkan terima kasih kerana terpaksa menyusahkan Diana.

Pintu pun tertutup secara automatik.

"Hehehe...pasti awak akan terkejut Tiara...Hahaha!" Izzat melepaskan tawanya kerana dia sudah membayangkan bagaimana reaksi Tiara nanti.

Mesti kelakar!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

2 Hari Lepas...

"Assalamualaikum Iz."

"Waalaikumsalam, eh Uncle Reza? Ada apa call saya malam-malam ni?" Izzat merasa pelik pula.

Tak pernah-pernah Tuan Reza menelefonnya tambah lagi waktu malam begini.

"Uncle ada plan macam mana nak dekatkan diri Iz dengan Tiara." Balas Tuan Reza yang berada di hujung talian.

"Hah?" Izzat terkesima kejap. Dah lah tak pernah telefon, bila telefon dia tiba-tiba cakap macam tu. Tak ke terkejut.

"Tak apa Iz, plan Uncle ni pasti akan menjadi. Kamu nak bantu Uncle tak?"

"Nak tu...memang lah nak Uncle, tapi kalau Tiara marahkan saya lepas tu merajuk ke macam mana?"

"Pasal itu kamu jangan risau, Tiara takkan marahkan kamu. Pasalnya Uncle yang bertanggungjawab dengan plan ini. Kalau dia marah kamu pun, kamu pujuk balik. Senang je!" Jelas Tuan Reza dengan senyum lebar di bibirnya.

"Hmm ye lah boleh lah, apa plan nya?"

"Begini, nanti Uncle akan suruh Tiara bekerja di syarikat kamu. Uncle dengar syarikat kamu baru je ditubuhkan, jadi Uncle nak Tiara kerja dengan kamu."

"Hmm kalau itu yang Uncle dah cakap, saya tak boleh nak tolaklah. Saya on je!"

"Good! Inilah bakal menantu yang Uncle nak! Ok nanti tunggu Uncle akan beritahu kemudian. Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam..." Izzat meletakkan panggilan setelah menjawab salam Tuan Reza tadi.

"Makin bertambah cable aku ni....MUAHAHAHAHAHA!" Izzat ketawa seperti orang jahat kerana tanpa dia rancang apa pun, Tiara akan datang kepada dia.

Senang sungguh buat duit. Hahaha!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Hahaha! Aduhai senang urusan aku. Terima kasih ya Allah, nampaknya Tiara memanglah jodoh yang terbaik..." Izzat bergumam sambil tersenyum lebar mengingati bagaimana Tuan Reza menghubungi dia 2 hari lepas.

Tidak beberapa lama kemudian, dia melihat ada seseorang yang sedang dibawa masuk oleh Diana menuju ke arah biliknya.

Kebetulan biliknya mempunyai tingkap yang agak besar membolehkan dia menjenguk sesiapa sahaja yang datang ke arah bilik pejabatnya.

Sengihan Izzat tidak dapat dikawal kerana dia melihat orang yang berada di belakang Diana itu adakah Tiara!

Tiara pun apa lagi, nampak je wajah Izzat yang berada di dalam bilik pejabat tu terus masam bercampur terkejutlah!

Dalam hati Tiara berkata 'Habislah aku kejap lagi...'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro