Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

                                "Aa..." Hanis tidak tahu hendak menjawab apa. Tolong aku! Mak!

Wajah Adam hanya berjarak seinci.Memang terlalu dekat.  Macam mana ni? Aduhh.. gatalnya dia. Hanis berfikir hendak membuka silat.

Kaki kanan di angkat dan menendang di bahagian 'sensitif' Adam. 

"Arghhh! Sakitlah woi!" Jerit Adam.

Hanis tersenyum. Pftt.. tak tahan sangat. Terus terkeluar ketawa terbahak-bahak. Hahahahaha. Lain kali, cabar aku lagi. Aku ada ilmu silatlah! Baru dia teringat lelaki yang ditendangnya adalah majikannya.

"Aaa.. sorry boss saya tak sengaja." Hanis meminta maaf.

Adam terpinga-pinga menahan sakit. Sakit kut! Kena pulak padu. Perghh! Adam terlihat melompat kecil. Terlalu sakit di bahagian itu. 

"Ish! Kau ni aku saja nak test kau. Tapi sampai kau terajang kat situ apasal pulak?! Sakit woi!" Adam memarahi Hanis.

"Sorry boss, boss cakap je apa boss nak. Saya akan buat." Hanis meminta apa sahaja dari Adam. Jangan kiss tu sudah. Tidak,kena lagilah.

Kesakitan di bahagian itu beransur pulih. Adam menarik nafas yang dalam. Hatinya berbara. Tiba-tiba kenangan yang lalu terimbau kembali. 

"Awak, walau macam mana pun. Janji jangan sesekali pukul atau sakitkan hati perempuan. Tambah-tambah lagi, perempuan solehah. Sebab itu adalah perhiasan dunia paling baik." 

"Boss? Boss dengar tak? Boss?!" Tangan di awang-awangkan di hadapan wajah majikannya.

"Ha? Apa?" 

" Tadi kan. Saya tanya, boss nak saya buat apa untuk boss. Sebab... saya rasa bersalah." Hanis menunduk pandangan. Ayat terakhir dia lafazkan dengan perlahan.

"Tahu pun rasa bersalah. Lain kali jangan memandai buat lagi. Kalau tak aku potong gaji kau." Amaran keras daripada Adam.

"Please jangan boss. Mak ayah saya, orang susah. Janganlah buat macam ni." Hanis merayu seketika.

"Oh ok. Kalau kau tak nak gaji kau dipotong. Buatkan aku air horlick." Adam hanya senyum sinis.

"Ok. Saya buatkan air horlick. Boss, tunggu ok?" Hanis terus keluar dari bilik pejabat itu.

Adam hanya tersenyum sinis. Pelbagai idea jahat berlegar-legar di fikirannya. Nak kenakan si gadis muda itu. Hohoho. Adam ketawa sendirian.

Tiba-tiba..

Krukkk..

"Aduh kacau betul! Baru nak kenakan dia. Sabar ye my baby stomy. Papa nak rasa dulu air horlick air tangan perempuan tu." 

Perut diusap. Lapar sangat. Hehe. Stomy, stomy. Masa ni baru nak meragam.



                   "Kau kenapa Hanis? Bukan main kalut lagi kau bancuh air." soal Izzah. Izzah hanya melihat Hanis yang lincah membancuh air. Kalau bab-bab air, memang Hanis pandai bancuh. Sedap!

"Tiada apa. Hang jangan duk sibuklah!" Hanis memberi amaran. Yelah, siapa suruh kacau. Kan kena marah.

"Ya la. Hang ni sikit-sikit marah. Period ke?" Sempat lagi Izzah menyoal kepada Hanis.

Hanis mendengus geram. Lantaklah kau Izzah. Aku ni tengah sibuk. 

Hanis berlalu keluar dari kitchen office sambil membawa sebuah mug sederhana Tinggalkan Izzah sendirian.

"Apakah?Aku tanya dia. Dia keluar macam tu. Dipalau. Isk isk." Izzah bertanya sendirian.



                    Pintu diselak terus tanpa mengetuk. Adam yang baru sahaja melihat gambar bekas tunangnya terus meletakkan Iphonenya.

"Lain kali kalau masuk ketuk pintu dulu." Adam kembali tegas. Sengaja nak takutkan Hanis. 

"Ok. Sorry boss. Saya terlupa." 

Adam melihat mug yang dipegang kemas oleh Hanis. Tak panas ke? Pegang macam tu.

Hanis yang melihat kelakuan Adam baru teringat yang air itu untuk Encik Adam. Dia meletakkan mug itu di atas meja dengan berhati-hati.Adam hanya melihat kelakuan Hanis. Baginya, Hanis seorang gadis yang sopan dan bertanggungjawab. 

Tetapi cuma satu kelemahan Hanis. Terlalu takut. Takut dengan apa-apa sahaja.

Adam mengambil mug itu lalu dihirup seketika. 

Sruupp..

Dia meletakkan mug itu di atas meja kembali. 

"Sedap ke?" tanya Hanis

"Hmm.." Adam mengosokkan dagunya.

Hanis berasa ragu dengan jawapan yang akan terkeluar dari mulut Adam.

"Sedap. Pandai kau buat air horlick ni." Adam memuji air horlick buatan Hanis.

"Ye ke? Terima kasih sebab puji."

"Ni. Setiap hari kau kena bancuhkan air horlick untuk aku. Kalau tak no bonus!" Adam memberi arahan.

"Baik boss." Hanis hanya mengakur arahan Adam.


                        Nasi lemak itu dihabis makan oleh Adam. Rindu makan masakan kampung. Hanis hanya melihat Adam yang asyik memakan nasi lemak itu.

Uishh... bukan calang-calang mamat ni! Makan nasi lemak. Ingatkan layan western food ja, gumam hati Hanis.

Adam yang menyedari Hanis melihatnya terus berkata.

"Apa tengok-tengok? Tak pernah nampak orang makan nasi lemak ke?" soal Adam.

 "Aa.. bukan macam tu. Saya tengok boss makan bukan main banyak lagi. tiga bungkus kut! Saya sebungkus je." jawab Hanis.

"Ha.. sorry aku termakan banyak nasi lemak kau bawa. Lepas ni aku ganti balik." Adam rasa serba salah pula. 

Hanis membawa nasi lemak itu untuk dijamah oleh Adam. Tetapi Adam memakan nasi lemak tersebut sehingga tiga bungkus.

"Hmm.. takpe. Saya halalkan. Lagipun tadi saya bawa lima bungkus. Nak bagi boss makan. Saya tahu boss seorang workhaholic jadi mungkin boss lapar."kata Hanis sambil tersenyum. 

Suka melihat Adam yang menjamah dengan berselera sebentar tadi.

"Ouhh ok. Ni lebih satu." Adam memberi nasi lemak itu kepada Hanis.

Hanis mengambil sebungkus nasi lemak itu. Dia berjalan ke arah seorang pekerja cleaner.

Kemudian dilihat Hanis memberi sebungkus nasi lemak kepada wanita tersebut. Adam yang melihat situasi tersebut, tersentuh hati. Baiknya hati kau, Hanis. Sama macam 'dia'.


Okeyh! Dah habis publish bab 6! Esok hari last saya update! 😊

Jangan lupa tunggu! 💪🏻

Korang nak ship Hanis dengan siapa?

Aliff Irfan 

Atau

Tengku Adam Haikal




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro