Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

                              Gerai nasi lemak itu dipandang seketika. Nampak sedap nasi lemak mak cik tu! Nak beli ke tak nak? Hm.. gumam hati Hanis.

Di rumah sebentar tadi, Izzati dan Hanis tidak memasak apa-apa. Sebab bahan mentah kehabisan. Perut Hanis pun sudah menyanyi bermacam rentak lagu.

"Nak beli ke tak nak?" soal Hanis sendirian. 

Setelah berfikir sejenak, Hanis memutuskan keputusan untuk membeli nasi lemak tersebut. Hanis melintas jalan raya dua hala itu. Nasib baik kenderaan tak begitu banyak. 

"Adik, nak beli nasi lemak ke?" soal mak cik yang menjual nasi lemak.

"Haah. Mak cik ada nasi lemak berjenis-jenis ke?" soal Hanis.

"Tak. Mak cik buat nasi lemak bilis telur je nak." jawab mak cik tersebut sambil senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Ouhh tak pe mak cik. Hmm.. saya nak lima bungkus, mak cik." pesan Hanis.

 Di fikirannya mengingati bossnya yang mungkin tidak bersarapan lagi. Termasuk hari ini sudah genap lima hari Hanis bekerja di situ. Bossnya memang seorang kuat bekerja. Workaholic biasalah kalau tak makan pada waktu pagi.

Tetapi atas belas kasihan Hanis membeli nasi lemak untuk bossnya.

"Ha. Baik." jawab mak cik itu.

Bungkusan plastik saiz sederhana itu diberi kepada Hanis. Lalu Hanis menghulurkan sekeping wang berwarna merah.

Mak cik itu mengambil lalu dia hendak memulangkan baki.

"Tak pe mak cik. Baki simpan." Hanis menolak huluran duit baki.

"Ehhh adik. Takpe ke ni?" mak cik itu berkerut seribu.

"Tak pe. Mak cik simpan baki itu. Anggap baki tu saya sedekahkan kat mak cik." kata Hanis sambil mengukir senyuman

"Terima kasih ye nak. Baiknya hati kamu. Macam arwah Dira." mak cik berterima kasih kepada Hanis. 

"Arwah Dira? Boleh saya nak tanya, siapa arwah Dira? Anak mak cik ke?" soal Hanis.

"Ehh tak lah. Arwah Dira ni seorang perempuan yang baik. Dulu dia bertunang dengan Encik Adam. Encik Adam tu dia CEO D & A Holdings. Tapi sayang. Arwah meninggal dua tahun lalu sebab kemalangan. Kesian Adam. Dia dengan arwah memang secocok. Seorang penyayang. Seorang lagi baik hati." mak cik itu bercerita sambil mengeluh. 

Beliau bersimpati dengan nasib Adam.

"Ye ke? Maaflah mak cik saya ni macam mak cik bawang. Ambik tahu hal orang lain." ujar Hanis.

"Tak mengapa nak.Terima kasih tau sebab beli nasi lemak mak cik. Nanti belilah lagi." ujar mak cik itu.

"Sama-sama mak cik. Nanti saya beli lagi." Hanis pergi berlalu dari gerai kecil itu. Dia melintasi jalan raya. 


            "Ye ummi. Angah tahu. Tapi sekarang ni bukannya masa untuk fikir bab-bab kahwin. Angah busy ni. Banyak assignment nak kena check. Ummi janganlah risau. Nanti pandai-pandailah Angah cari pasangan hidup." jawab Adam.

"Ok. Ummi tunggu. Tahun ni jugak ummi nak angah cari calon isteri. Tak payahlah fikirkan Dira. Dia dah tenang, angah. Ummi tak suka Angah macam ni." pesan Datin Fatimah.

"Angah dah move on ummi. Cuma kadang-kadang angah teringat arwah Dira. Angah dah cuba. Insyaallah, Angah pasti Angah dapat move on ummi."

 Adam memberi jawapan yang menggembirakan hati Datin Fatimah.

"Baiklah Angah. Jangan tinggal solat. Nanti kalau free balik rumah abi ye?" soal Datin Fatimah.

"Hmm. ok ummi."

"Assalamualaikum." Datin Fatimah memberi salam terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam." Adam menjawab salam.

Nafas ditarik seketika. Lalu dilepaskan dengan panjang. Kusut memikirkan umminya yang inginkan menantu. Along, Tengku Aryana Izfar dah berkahwin. Mempunyai dua orang anak. Dua-dua perempuan.

Seketika itu, pintu diketuk. 

"Masuk." arah Adam.

Hanis memasuki sambil membawa satu bungkusan plastik.

"Kenapa kau masuk bilik aku pagi-pagi ni?" soal Adam dengan suara yang tegas.

"Aaa.. sebab saya nak bagi kat boss ni." bungkusan nasi lemak itu diletak di atas meja.

Adam memandang kosong ke arah bungkusan plastik itu. Apakah yang ada dalam bungkusan itu.?

"Apa benda dalam plastik tu?" soal Adam. Dia mengubah posisi daripada duduk menyilang kaki sebelah kepada posisi duduk biasa.

"Ada.. nasi lemak. Lima bungkus saya beli. Dekat dalam plastik tu ada lagi empat.Nanti boss makan. Yang lebih boss bagi lah dekat sapa-sapa." ujar Hanis dengan petah berkata-kata.

"Ye ke? Thank you sebab tolong beli kat aku." Adam mengucap terima kasih.

Hanis terus menghadiahi senyuman walaupun dia tahu Adam tak mengendah senyuman itu. 

"Dahlah. Aku tengok kau senyum dah macam Joker. Tersengih-sengih." ujar Adam dengan gaya selamba.

Apa?! Suka hati mak bapak dia je cakap aku ni Joker! Dia tu apa? Tak pernah nak senyum macam Batman aku tengok dia.

Hanis menghadiahkan jelingan yang tajam kepada Adam.

"Kau jangan jeling nanti aku cucuk mata kau dengan pen ni." Adam menunjuk pen berwarna hitam yang terpacak elok  di dalam bekas alat tulis.

"Ok. Boss jangan cucuk mata saya. Limited edition kut!" Hanis telah memberi amaran.

"Tahu takut. Ingatkan berani sangat." ucap Adam perlahan.

"Boss makanlah nasi lemak tu. Saya nak buat kerja ni." Hanis terus bangun dan pergi ke arah pintu. 

"Ehhh.. jap! Aku nak kau teman aku makan." Adam bersuara kembali.

Langkah Hanis terhenti. 

"Ha? Kenapa saya pulak boss? Member boss kat mana? Suruhlah depa teman boss." ujar Hanis.

"Depa? Apa benda tu depa?" soal Adam. Depa? Depa tangan ke?

"Alamak lupalah. Boss, 'depa' tu bermaksud diorang. Maaf tadi saya terguna loghat Kedah." Hanis meminta maaf.

"Ouhh.. patutlah tak pernah dengar. Kau kena teman aku makan. Kalau tak aku kiss kau." ujar Adam.

Adam mendekati Hanis. Hanis berjalan ke belakang. Setapak demi setapak. Di belakang Hanis terdapat dinding. Adam mengukir senyuman sinis. Suka melihat Hanis takut. Hanya dia sahaja boleh menakutkan Hanis. Only him.

"Boss, boss nak buat ape ni?" soal Hanis.

Wajah  Hanis hanya berjarak seinci dengan wajah Adam. Terleka Hanis melihat mata Adam. Cantik. Anugerah tuhan kepada Adam.

Baru Hanis tersedar dia terperangkap. Tangan Adam betul-betul di kanan dan kirinya. 

"Kau nak teman aku makan ke? Atau kau nak aku kiss kau?" Adam melihat bibir Hanis yang basah dengan lip balm. Berbau wangi. Bau strawberi.

"Aaa..."

   

    


Okey dah habis setakat ni! 

Jangan lupa vote dan spam komen bebanyak. Esok (4/7/2020) saya akan update Bab 6! 

Jangan lupa nantikan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro