Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

                     Rumah dua tingkat itu dilihat sekali lagi. Memang cantik! Lebih elok berbanding rumah yang Hanis menetap dahulu. Izzati dan Ikhwan sibuk mengambil bagasi, Hanis pula sibuk memandang rumah tersebut.

"Dahlah-dahlah duk usya rumah tu. Ambik beg hang ni." Izzati membebel kepada Hanis. 

(Dahlah-dahlah tengok rumah tu. Ambil beg kau ni)

"Yalah-yalah." 

Hanis mengambil bagasi. Mereka memasuki rumah itu. Ikhwan sebentar tadi sudah berangkat pulang. Katanya tak sabar nak bertemu dengan kekasih hati. 

"Weyh! Lawa bak hang rumah ni. Cantik!" jerit Hanis. Ruang tamu amat kemas. 

(Weyh! Lawanya rumah ni. Cantik!)

Izzati hanya menggeleng kepala. Mereka menaiki tangga lalu Izzati menunjuk arah bilik masing-masing.

"Tu. Belah kanan bilik hang. Belah kiri bilik aku. Semua ada dah. Tak payah susah-susah beli katil." arah Izzati.

(Tu. Belah kanan bilik kau. Belah kiri bilik aku. Semua ada dah. Tak payah susah-susah beli katil.)

Masing-masing memasuki bilik mereka. Hanis melihat di segenap bilik itu. Memang cantik dan kemas. Single bed dan ada sebuah almari. Meja solek juga diletak di bersebelahan katil. Hanis berjalan ke arah bilik mandi. Dia mengambil pakaian dan membersihkan dirinya.



                           Adam mengambil fail itu. Disemak sekali lagi. Serabut kepalanya melihat fail itu. Bertambah sibuk dia kerana tiada personal asistant untuk menolongnya. Selalunya Kak Midah akan menolong tetapi Kak Midah telah berhenti kerja kerana mahu berehat sahaja di rumah. 

Yelah, anak-anaknya sudah besar panjang. Umurnya pun hampir separuh abad. 

"Kau buat lagi fail ni! Memang tak elok langsung!" jerit Adam kepada pekerjanya. Adam melempar fail itu. Masakan tidak, faks berterabur. Pekerja perempuan itu mengambil fail itu lalu keluar dari bilik pejabat itu.

Iphone 11+ diambil. Adam menekan ikon yang berbentuk galeri. Dia melihat satu persatu gambar bersama bekas kekasihnya itu. Cantik dan ayu sahaja orangnya. 

Tetapi malang. Kini si dia 'pergi' buat selamanya. 'Dialah' jantung hati Adam. 'Dialah' yang menyinari hari-hari Adam. Namun, Adam hanya keseorangan kini. 

" Kenapa awak pergi? Kenapa bukan saya? Awak tak bersalah pun." rintih hati Adam. Adam berasa sunyi. 

Tanpa disedari, air matanya jatuh kerna 'dia'. 


                  

 Resume disimpan kemas di dalam laci. Tak sabarnya nak interview esok! Hanis memegang phonenya dengan erat. Sekarang sudah pukul 10.00 malam. Izzati pun sudah bersiap mengemas bajunya untuk mula bekerja esok. 

"Izzati, office tu kan dekat mana ha?" soal Hanis. 

"Dekat ja. Esok hang nak interview naik apa?" soal Izzati pula. 

"Naik bas lah kot. Kalau naik grab. Paraq duit aku." jawab Hanis acuh tak acuh. 

(Naik bas lah kot. Kalau naik grab, habis duit aku.)

"Tak yah la. Esok Izzah mai ambik kita dua. Dia call aku tadi." ucap Izzah.

"Ya ka? Izzah tak habaq kat aku pun. Ish sikit-sikit habaq kat hang. Aku ni dah macam dipalaukan lak." gumam Hanis.

"La... hang lupa ka? Hang off phone hang. Dia call hang berkali-kali tak angkat. Sikit-sikit masuk voicemail. " jawab Izzati.

"Haah la. Aku lupa pulak. Adoi!" 

"Ha tau tak pa. Lepas ni tak payah nak off phone." pesan Izzati.

"Yalah..." Hanis mengiyakan sahaja. Malas nak bertikam lidah.

"Hmm.. aku nak tidoq ni. Hang dipersilakan keluaq ya." 

"Ok! Esok hang jangan lupa mangkit pukul 7. Izzah suruh pi awal takut jem" arah Izzati.

(Ok! Esok hang jangan lupa bangun pukul 7. Izzah suruh pergi awal takut jem)

"Ha okey. Uwahh.. tutup pintu aku nak tidoq." Hanis menutup mulutnya yang menguap itu.

"Hmm.. bye. Good Night!" Izzati terus menutup pintu bilik Hanis. 

"Hmm.. Night." 

Hanis menarik gebar bercorak bulan dan menutupi badannya sehingga paras pinggang. Kemudian dia membaca doa tidur. Mata ditutup.Hatinya menyorak riang. Dia dibuai mimpi yang indah. 


     "Hanis! Mangkit! Hoi Hanis!" 

Izzati mengejut Hanis. Kalau Izzati bukan orang yang kisah. Dah lama curah air atas muka Hanis. Bukan kemain lagi Hanis tidur. Nyenyak sahaja. 

Hanis terus mencelik mata. Dia melihat Izzati yang betul-betul berhadapannya. Siap berpakaian lengkap. 

"Apa hang ni. Baru pagi weyhh.. Aku nak tidoq balik." 

"Tidoq tok cik hang! Hang mangkit sekarang. La ni pukul 7.30 tau! Dari tadi aku gerak hang tak mangkit-mangkit lagi."

(Tidur tok cik kau! Kau bangun sekarang. Sekarang ni pukul 7.30 tau! Dari tadi aku kejut kau tak bangun-bangun.)

Keluar dah perangai Izzati yang serupa mak-mak. Hahahah. Izzati, Izzati. 

"Ha?! Weyh hang biaq betul! Awat tak gerak aku awal!" 

Hanis yang baru sahaja hendak baring terus terbantut niatnya. Hanis terus bangun dan mengambil tuala mandi lalu terus masuk bilik mandi. Kalut betul.

"Hang mandi jangan lama-lama! Mandi kerbau dahlah! Sat lagi Izzah mai pukul 8.00 pagi.!" Izzati menjerit.

(Kau mandi jangan lama-lama! Mandi cincai dahlah! Kejap lagi Izzah datang pukul 8.00 pagi!)

"Ha! Ha! Aku mandi sat ja!" jawab Hanis.


                             Jam loceng diambil. Menekan punat kunci yang terletak di atas jam tersebut. Adam terus bangun dari katilnya. Tuala dicapai. Dia bergerak ke bilik mandi. 

Dia melihat dirinya yang dipantul oleh cermin. Seketika matanya tertancap ke arah parut di dahi sebelah kanan. Peristiwa hitam itu terimbas kembali. 

Hatinya tidak tenteram. Terus memutarkan paip shower. Dia mengeluh sendirian. Mata ditutup agar dapat menenangkan diri. 


                 Nasi lemak yang berada dihadapannya dicedok. Dia tidak sempat untuk bersarapan. Bangun lambat punya pasal. Hatinya maki sendirian. 

Sabar Hanis. Baru hari pertama interview dah gelabah. Entah-entah esok lusa tunggang terbalik.

Terliur Hanis melihat nasi lemak yang dimasak oleh Izzati. Nasib baik Izzati rajin. Kalau tidak memang makan biskut je lah.

"Dah siap! Yayy!" Hanis menyorak keriangan. Lalu bekal makanan itu diletak di dalam plastik.

Izzati sudah menunggu di hadapan pintu. Dia melihat kereta Honda HR-V milik Izzah datang ke rumahnya. 

"Hanis cepat sikit!" 

"Ha! Sat!" Hanis terus mengambil beg cross-body yang berwarna kelabu diambil. Tidak lupa pula plastik yang berisi bekal.



Bagaimana readers? Ok tak? Jangan lupa vomment tau. Sayang awak semua.😍💖

Hohoho






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro