Bab 2
"Hanis, nanti dah sampai kat sana call mak ya? Jangan tak call nanti mak risau. Hanis kan perempuan jadi kenalah beringat jaga diri kat sana." nasihat Puan Khatijah kepada anak bongsunya.
"Tak pa, nanti Hanis call mak bila Hanis dah sampai. Mak janganlah risau, macamlah Hanis ni tak pernah duk jauh dengan mak. "
(Tak pe, nanti Hanis call mak bila Hanis dah sampai. Mak janganlah risau, macamlah Hanis ni tak pernah berjauhan dengan mak.)
"Tu masa Hanis belajaq, sekarang ni Hanis kan nak cari kerja. Hanis kan dah nak duk kat sana." Puan Khatijah hanya merenung ke muka Hanis.
Izzati pun baru tiba dari rumahnya. Dia keluar dari kereta yang dipandu oleh abangnya. Ha'ah. abang Izzati dengan abang Hanis berkawan.
"Assalamualaikum mak cik." Izzati memberi salam lalu bersalaman.
"Waalaikumussalam. Terima kasih na Izzati. Sebab tolong Hanis cari kerja." kata Puan Khatijah.
"Sama-sama mak cik. Saya dengan Hanis dah kawan dari kecik kenalah tolong." Izzati terus memberi isyarat untuk Hanis mengangkat beg dan memasukkan di dalam bonek kereta.
Hanis terus mengangkat beg bagasinya dan meletakkan di dalam bonek kereta Proton Saga yang dimiliki oleh Ikhwan, Abang Izzati. Ikhwan pula bersalam dengan ayahku, Encik Razali. Ayah Izzati dengan ayah aku memang 'best friend' macam aku dengan Izzati, dari kecil lagi dah berkawan. Macam orang kata 'Like Father, Like Son'.
"Hanis, jom kita pi. " Ikhwan memberi arahan. Kerana takut jalan sesak di Lebuhraya Utara-Selatan. Tambahan pula, sekarang ni hari minggu.
(Hanis, jom kita pergi.)
"Baik abang Ikhwan. Mak, Hanis dah nak pi dah ni. Mak dengan abah jaga diri na. Ha! Along jangan lupa jaga mak dengan abah, jaga diorang elok-elok tau!" arah Hanis kepada Harris. Harris yang sedang berdiri di atas tangga hanya membuat endah tak endah.
(Baik abang Ikhwan. Mak, Hanis dah nak pergi ni. Mak dengan abah jaga diri tau. Ha! Along jangan lupa jaga mak dengan abah, jaga diorang betul-betul tau!)
"Yalah, hang ingat Along tak boleh jaga mak dengan abah ka? Dahlah hang pergi cepat nanti jalan 'jem' baru tau!"
"Yelah yelah, orang nak pi lah ni." Hanis terus bersalaman kepada Encik Razali, Puan Khatijah dan Harris. Izzati dan Ikhwan juga bersalaman dengan orang yang mahram sahaja.
Mereka bertiga terus masuk ke dalam kereta tersebut. Izzati duduk bersebelahan Ikhwan iaitu di sebelah pemandu. Hanis duduk di bahagian kerusi penumpang di belakang Izzati.
Ikhwan terus memandu dengan kadar perlahan. Yelah, lalu jalan dekat bendang kenalah perlahan.
"Hanis, Izzati, jom keluar, kita sampai dekat RnR. Aku lapar." Ikhwan membuka pintu kereta di sebelahnya. Izzati terus bangun manakala Hanis masih lagi dibuai mimpi.
"Wehh Hanis, bangun. Kita kat R&R ni." Izzati mengejutkan Hanis.
Hanis terus membuka mata. Dia menggosok matanya dan membuat regangan badan yang lenguh sedikit kerana tidur di atas kerusi.
"Hmm.. kat R&R mana ni?" tanya Hanis.
"Hmm.. aku rasa ni R&R Gunung Semanggol." jawab Izzati setelah melihat papan tanda RnR.
"Okaylah. Abang hang pergi mana?" Hanis membetulkan tudung shawlnya yang agak serabut itu.
"Tu tengah duk cedok lauk kat kedai nasi kandaq."
(Tu tengah ambil lauk kat kedai nasi kandar.)
Izzati dan Hanis terus keluar dari kereta dan berjalan ke arah area makan.
Selesai membeli makanan, Hanis dan Izzati pergi ke arah meja makan yang diduduki Ikhwan.
Adam menyelak pintu tandas. Dia membasuh mukanya dan memandang ke arah cermin dihadapannya. Dia melihat mukanya dengan teliti. Parut di wajahnya kekal berada di sebalik juraian rambutnya di dahi. Sengaja dia membiarkan rambut terjurai di situ agar dapat menutupi parut yang dapat mencacatkan mukanya.
"Aku nak buat apa eh lepas ni?" kata hati Adam.
"Wehh Adam! Jom kita pergi. Datuk suruh kita masuk office pukul 10." ajak Ilham partner Adam dalam pekerjaannya.
"Hmm. kau pergi dulu nanti aku pergi." arah Adam.
"Ok bro." Ilham menepuk bahu Adam lalu keluar dari tandas.
Adam terus keluar dari tandas itu. Kepalanya serabut kerana memikirkan peristiwa hitam yang melanda dirinya pada beberapa tahun yan lepas.
Juadah untuk makan pagi sudah dijamu oleh Hanis. Izzati pun sama seperti Hanis. Ikhwan pergi membasuh tangannya.
"Izzati, aku nak pergi tandas kejap."
"Ha okey, sat gi hang terus pi kat parking kereta ." arah Izzati sambil bermain phonenya.
(Ha okey, nanti kau terus pi kat parking kereta.)
"Okey." Hanis terus pergi arah kanan.
Ketika dia berjalan, dia terserempak seorang jejaka yang kacak. Yup, itulah Adam. Tetapi Hanis belum kenal lagi siapa di hadapannya.
Apabila Hanis hendak berjalan ke kanan lelaki itupun ke kanan. Hanis ke kiri, lelaki itu ke kiri. Lelaki itu ke kanan, Hanis ke kanan.
"Aahh serabutlah! Hang boleh tepi dak?" tanya Hanis kepada lelaki itu.
"Kau tu, asal ikut aku? Aku ke kanan kau ke kanan." lelaki itu tanya Hanis pula.
'Ehh! Aku pula kena? Dia yang ikut aku.' gumam hati Hanis
"Ok! Hang kiri aku kanan!" arah Hanis.
"Ok fine!" lelaki tu terus berjalan ke arah di sebelah kiri manakala Hanis berjalan ke arah kanan.
"Ish! Awat dengan laki tu? Gila ka apa?" tanya Hanis kepada dirinya.
(Ish! Kenapa dengan lelaki itu? Gila ke apa?)
"Mintak tak nak jumpa dengan dia lah." kata Hanis.
Hanis terus masuk ke dalam perut kereta Proton Saga. Izzati memandang ke arah Hanis. Ikhwan pula meneruskan pemanduannya ke Kuala Lumpur.
"Izzati, bila kita nak sampai?" tanya Hanis. Ikhwan masih lagi meneruskan pemanduan dengan fokus.
"Hmmm.. lagi sejam macam tu."
"Ok. Sejam lagi tuu.." Hanis terus memandang ke arah tingkap di sebelahnya. Pemandangan luar yang agak cantik dan indah. Lalu, dia tertidur kerana terlalu bosan.
Ok tak? Kalau tak ok komen je. (..) <-- Ni adalah translator untuk pembaca yang kurang faham dalam bahasa utara. Jangan lupa vomment untuk sokongan!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro