Bab 1
"Waalaikumussalam!" ibu menjawab salam. Ibu ku terus ke ruang tamu untuk menjemput abah dan abang Harris naik ke atas. Aku pun ke sana.
"Aduihh.. hangat betul hari ni. Matahari terik sangat. " kata abahku sambil mengipas dirinya dengan topi petani.
(Aduihh.. panas betul hari ni. Matahari terik sangat)
"Betul tu. Abang nak pergi mandi dulu. Berbau badan abang ni! Pergh busuk!" kata abang Harris sambil membau bajunya yang basah dek kerana peluh.
Kemudian, abang Harris terus ke bilik. Abah? Hm.. minum kopi dulu. Biasalah setiap kali balik dari sawah, mesti abah akan minum dulu secawan kopi.
"Tu la, mak tengok hari ni hangat lit-lit. Cuaca tak menentu pulak." ibu pula memberitahu.
(Tu la, mak tengok hari ni panas sangat. Cuaca tak menentu pulak)
"Biasalah mak. Sekarang ni banyak sangat gas karbon dioksida, bahaya tau. Itulah sebab bumi kita ni hangat. Orang zaman sekarang dah tak hargai bumi." aku pula menambah.
"Ye la, abang pergi mandi dulu. Nanti kita makan eh?" ujar ibu. Mungkin kesian abah kelihatan letih.
Hanis melihat abang Harris dah keluar dari bilik mandi. Abahnya pula pergi ke bilik mandi.
"Mak! Sedapnya lauk abang tengok! Pergh! Gulai daging lah! " kata Abang Harris.
Korang nak tahu? Aku ni ada dua beradik je ke? Tak sebenarnya. Aku ada abang dengan kakak. Kakak aku meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya.Dah lama dah. Dua tahun yang lalu. Tinggallah aku dengan abang Harris.
Aku anak bongsu. Abang aku anak kedua. Nama dia Harris Aryan bin Mohammad Razali. Aku pulak Hanis Aqilah binti Mohammad Razali.
Arwah kakak aku pula, Hafiza Adira binti Mohammad Razali. Ok kan nama kakak aku? Kalaulah dia masih hidup mesti bertambah seronok keluarga aku. Dah dua tahun aku beraya tanpa dia.
Aku dahlah anak bongsu. Perempuan pulak tu. Mestilah nak ada kakak disampingku. Bolehlah nak bersembang dengan dia pasal hal perempuan.
Ok dahlah! Dah banyak dah aku share. Masa untuk makan!
"Bismillahirahmannirahim." Hanis menyuap sesudu nasi ke mulutnya. 'Hmm.. sedapnya gulai mak aku!'
Keluarga aku semuanya nampak berselera sungguh makan di waktu tengahari ini. Tambah-tambah lagi Abang Harris, biasalah kan orang lelaki ni makan kuat.
Licin habis aku makan.Dua kali pulak tu aku tambah. Ni sebab aku tak sempat makan pagi tadi sebab bangun lewat.
"Hanis? Hang tak dapat lagi offer kerja? " soal Izzati. Pelik betul dapat ijazah pengurusan perniagaan tapi tak dapat kerja lagi. Izzati merenung ke arah sawah yang terbentang luas dihadapannya.
(Hanis?Kau tak dapat lagi offer kerja?)
"Tak lagi. Hang pulak dah dapat?" soal Hanis pula.
(Tak lagi. Kau pulak dah dapat?)
"Dah dekat Izham Holdings. Aku dapat kerja jadi arkitek." jawab Izzati. Baru pagi tadi dia menerima emel daripada syarikat itu tentang penerimaan Izzati untuk dijadikan sebagai arkitek. Izzati ni mengambil bidang kejuruteraan. Lain daripada bidang Hanis.
"Waahh.. Untunglah hang! Aku tak tahu lagi bila lah nak dapat offer kerja." kata Hanis.
(Waahh..untunglah kau! Aku tak tahu lagi bila nak dapat offer kerja.)
"Ha'ah. Minggu depan aku dah kena pergi KL. Hang ok tak ni duduk sini sorang-sorang? Yang lain semua dah dapat kerja. Izzah, Aizat, Aliff, Aleeya, Nadia, dan aku." soal Izzati kepada Hanis.
(Ha'ah.Minggu depan aku dah kena pergi KL. Kau ok tak tinggal sini sorang-sorang? Yang lain semua dah dapat kerja. Izzah,Aizat, Aliff, Aleeya, Nadia dan aku.)
"Takpelah. Lambat lagi kut aku nak dapat." jawab Hanis.
"Oh! Lupa pulak aku nak habaq kat hang. Izzah ada cakap syarikat yang dia bekerja tu memerlukan P.A.. Personal Assistant."
(Oh! Lupa pulak aku nak bagitau kat kau. Izzah ada cakap syarikat yang dia bekerja tu memerlukan P.A. Personal Assistant)
"P.A. ? Bolehlah tu daripada tak dak kerja langsung. Lagipun aku tak rasa aku dapat kerja dah. Bila interview tu mula?" soal Hanis lalu mengambil telefon pintarnya.
"Hmm.. kejap aku nak check whatsapp." Izzati mengambil telefonnya.
Hanis melihat sawah yang luas itu. Subhanallah cantik dan nyaman je. Terasa indah je sawah di waktu petang.
"Ha! Interview tu minggu depan!" kata Izzati.
"Ha?! Awat hang tak bagitau awal? Aduh macam mana ni? Aku tak tau aku nak tinggal kat mana. Tambah-tambah pula KL tu dahlah payah nak cari rumah kosong."
(Ha?! Kenapa kau tak bagitahu awal? Aduh macam mana ni? Aku tak tau aku nak tinggal kat mana. Tambah-tambah pula KL tu dahlah susah nak cari rumah kosong.)
"La.. benda boleh setel. Hang tinggal ja dengan aku. Aku ada sepupu kat sana. Nanti dia boleh tolong hang apa-apa yang patut. Jangan risau, sepupu aku tu perempuan. Dia baik." kata Izzati.
"Ohh ok. Resume sat lagi aku nak buat. Dahlah dah nak pukul 6.30 petang. Nanti mak aku marah pulak balik lambat." jawab Hanis.
(Ohh ok. Resume kejap lagi aku nak buat. Dahlah dah nak pukul 6.30 petang. Nanti mak aku marah pulak balik lambat)
"Ok! Nanti aku mai kat rumah hang esok. Aku nak buat resume dengan hang sekali." kata Izzati.
(Ok! Nanti aku datang ke rumah kau esok. Aku nak buat resume dengan kau sekali.)
"Ha. Bye!" ucap Hanis.
"Bye!" jawab Izzati balik.
Hanis berjalan kaki menuju ke rumahnya. Kemudian dia mengambil masa sedikit untuk mengambil gambar. Lepasni dia dah jarang balik sini.
Disimpan handphone itu ke dalam poket seluarnya.
"Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Dah lama aku tunggu offer kerja. Dekat tiga bulan jugak." Hanis tersenyum sendirian. Lapang hatinya ketika ini. Dia kembali sambung perjalanan pulang ke rumahnya.
Kakiku memasuki ke rumah sambil memberi salam. Mak, abah dan abang Harris menonton televisyen bersama. Hairan? Selalunya Abang Harris mesti keluar rumah kemudian balik bila waktu dah nak dekat maghrib. Mungkin kawan Abang Harris busy kut?
"Mak,Hanis dah dapat offer kerja kat KL!" jerit keriangan Hanis kepada ibunya.
" Ya ka? Kerja apa?" soal mak kepada aku. Abang Harris masih lagi menonton televisyen. Abah melihat aku untuk mendengar tentang offer kerja.
"Kerja P.A. Dekat syarikat kejuruteraan. D & A Holdings. Gajinya RM2,000 dan ke atas. Tadi Izzati habaq kat Hanis." jawab Hanis. Kemudian dia terus duduk di bersebelahan ibunya.
"Alhamdulillah. Rezeki hang, Hanis. Mak bukan apa, mak nak anak-anak mak dapat kerja baguih-baguih. Supaya ekonomi kekeluargaan seimbang." kata ibu Hanis.
(Alhamdulillah. Rezeki kamu Hanis. Mak bukan apa, mak nak anak-anak mak dapat kerja bagus-bagus. Supaya ekonomi kekeluargaan seimbang.)
"Terima kasih mak dengan abah sebab doakan Hanis." kata Hanis
"Sama-sama, nak. Dapat kerja tu, buat bersungguh-sungguh na? Bukan senang nak dapat kerja kat KL." nasihat abah kepada Hanis.
(Sama-sama nak. Dapat kerja tu, buat bersungguh-sungguh ye? Bukan mudah nak dapat kerja kat KL)
"Baiklah abah."jawab Hanis.
"Along! Awat abang senyap ja dari tadi." soal Hanis kepada Harris. Harris hanya membuat tak endah kepada adik bongsunya.
(Along! Kenapa abang diam je dari tadi.)
"Ish orang cakap dengan dia macam cakap dengan kayu. Abang Harris!" jerit Hanis lagi.
"Awat hang ni hingaq dari tadi?" soal Harris kepada Hanis.
(Kenapa kau ni bising dari tadi.)
"Ish, ya la orang habaq benda gembira konfimlah kena hingaq."
(Ish, ya la orang beritahu benda gembira mestilah kena bising.)
"Along dengaq tadi. Dahlah Hanis pergi mandi. Busuk tau Hanis ni! " kata Harris. Dia sempat lagi ketawakan adiknya.
(Abang dengar tadi. Dahlah Hanis pergilah mandi. Busuk tau Hanis ni!)
"Ish!" Hanis terus membaling bantal kusyen ke arah Harris. Harris sempat mengelak.
"HAHAAHAHAA! Tak kena pun!" Harris berkata begitu supaya Hanis merajuk kepadanya.
Encik Razali dan Puan Khatijah hanya menggeleng kepala. Harris dengan Hanis kalau tak bergaduh memang tak meriah rumah ni.' Gaduh-gaduh manja.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro