Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 08 :: Peminat Sasaeng

Ainul POV

❝ Wasseoyo! ❞ laung satu suara dari luar rumah kami berdua.

❝Annyeong! Masuklah. ❞ pelawa aku kepada Wonwoo dan dua orang rakannya.

❝ Siapa ni? ❞ aku berbisik kepada Wonwoo.

❝ Ni Joshua dan yang ni pula Mingyu. ❞ mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku membalas dengan gelengan kepala dan senyuman.

❝Apalah korang ni. ❞ Wonwoo mengutuk mereka dan dibalas dengan sengihan.

Anom keluar dari dapur setelah mendengar suara orang sedang bersembang. Sekali lagi, soalan yang sama ditanya oleh Anom. Wonwoo mengeluh dan memperkenalkan mereka sekali lagi.

❝ Lambat lagi ke dorang sampai? ❞ sejurus selepas soalan itu ditanya, loceng rumah berbunyi. Panjang umur dorang, pantang sebut nama terus muncul.

Tapi selama ni kami berdua sebut dekat Malaysia tu tak pernah muncul pula. Pelik. ( ̄(エ) ̄)

❝ Eh? Jungkook mana? ❞ tanya Anom selepas mengira mereka yang tidak cukup tujuh orang. Jin memberitahu yang dia malas nak ikut sebab tak ada faedah pun. Anom mengeluh perlahan mendengar penjelasan itu.

❝Shall we start now? ❞ Joshua menunjuk-nunjuk kebolehan englishnya. Rap Monter berasa tercabar ketika itu.

Malam semalam, kami berdua tidur di rumah Puan Jeon. Wonwoo pula tidur di rumah kongsi bersama rakan-rakannya. Tak manis lah kalau lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tidur di rumah yang sama meskipun mereka tidak berduaan.

Mereka bermula dengan mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan di lantai. Tak semena-mena, Anom terlukakan jarinya kerana tertusuk kaca. Joshua berlari ke arahnya dengan wajah kerisauan.

❝ Gwaenchana? ❞ soalan yang cliche dikeluarkan oleh Joshua. Anom menganggukkan kepalanya. Walaupun begitu, aku tetap tiba dengan first aid kit ditangannya dan membantunya untuk merawat luka itu.

Joshua mengarahkannya supaya berehat. Dia menolak tetapi akhirnya dia akur selepas dipaksa dan diugut.

Rasa bersalah terdetik di hatinya lalu Anom ke dapur untuk membantu apa yang patut. Di sana, Jin dan aku sedang berusaha sedaya upaya untuk menyediakan makanan untuk tengahari nanti. Mereka kelihatan sangat mesra tapi masih menjaga batasan antara lelaki dan perempuan.

Anom memandang V dan mengangkat-angkatkan keningnya kerana air mukanya berubah melihat kemesraan mereka berdua. V membuat penumbuk kepada Anom dan dia tergelak kecil melihat wajahnya yang memerah.

❝ Sekarang nak masukkan apa? ❞ tanyaku kepada Jin. Jin memberikan bawang yang telah siap dicincang. Kami bercadang untuk membuat tom yam ayam kerana bahan tu sahaja yang ada dalam rumah tu.

Selepas masakan itu hampir siap, aku merasa makanan itu tetapi aku ni jenis yang tak pandai nak menilai jadi aku menyuruh Jin yang rasa.

Jin merengek minta disuapkan untuknya. Sebab malas nak dengar rengekan orang tua tak sedar diri ni, aku pun membaca Bismillah dan menyuapkannya kepada Jin.

❝Emm, boleh lah. ❞ balasnya. Tiba-tiba muncul seseorang dari belakang mengejutkan kami berdua. Maka terlepaslah senduk yang dipegang oleh Jin di atas kepala makhluk itu.

❝Ya Allah! V! ❞ aku berlari dan duduk di sebelahnya dan satu benjol muncul di atas kepalanya. Dia mengusap-usap kepalanya yang sakit. Jin memarahinya kerana mengacau orang dan dia memuncungkan mulut merajuk.

Dorm BTS

Anom POV

Jungkook duduk berseorang sambil menonton TV dan bermain telefon. Dia bertawaf di seluruh pelusuk rumah kerana terlalu bosan. Kemudian, perutnya mengeluarkan sejenis bunyi yang semua orang tahu kenapa.

Dia membuka peti sejuk dan tiada sebarang makanan yang terpapar. Dia duduk semula di atas sofa dan mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Jin tetapi dia tidak angkat.

Tiba-tiba pintu dormnya diketuk. Pelik ada loceng tak nak tekan. Dia pun berlari dan membuka pintu dan dia ialah...

Anom.

❝Apa kau nak? ❞ tanya Jungkook dengan dingin. Aku tetap dengan senyumannya dan menghulurkan sebekas makanan kepadanya.

❝ Jin hyung suruh bagikan. ❞ Jungkook berasa was-was tetapi kerana perutnya dah meragam dia pun ambil lah.

❝ Saya pergi dulu. ❞ kataku.

❝ Kejap, aku nak cakap benda. ❞

❝ Apa dia? ❞

❝ Aku nak kau dengan kawan kau jangan kacau aku dengan hyung aku lagi. ❞ Jungkook memberi amaran keras kepadaku.

❝ Huh? Waeyo? ❞

❝ Sebab koranglah aku dengan V hyung bergaduh tahu? ❞ aku membulatkan matanya tanda tak percaya. Jungkook menggulingkan matanya sebab memang dah tahu reaction yang akan diberi lepas bagitahu semua tu.

❝ Macam mana korang boleh gaduh? ❞

Ainul POV

Soalan yang sama diajukan oleh aku selepas V menceritakan segala-galanya tentang dia dan Jungkook. Masa tu Wonwoo dan kawan-kawannya dah balik. Katanya kucing Mingyu dah nak bersalin, terpaksalah.

V menceritakan segalanya yang berlaku semalam dan aku mendengarnya dengan tekun sekali.

❝ Tapi bukan salah dia pun sebab dia tak tahu kebenaran yang tuhan tu wujud. Saya rasa awak perlu minta maaf walaupun itu bukan awak yang mulakan. Demi menyelamatkan persahabatan awak berdua. ❞ aku menasihati V yang sedang kebuntuan. V mengeluh dan mengangguk setuju.

Anom POV

❝ Apa kata awak minta maaf. Dengan cara tu awak boleh berbaik semula dengan V. ❞ Jungkook berfikir dan berasa betul juga kata-kata itu.

❝ Kau balik dululah. Dah petang ni, nanti fans nampak habis kau. ❞ aku bersetuju dan mengucapkan selamat tinggal kepada Jungkook. Jungkook tetap dengan ekspresi dinginnya.

Dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, aku merasakan ada mata yang sedang memerhatikannya.

❝ Kejar! ❞ tiba-tiba seseorang menjerit dan mengejarnya dari belakang. Aku pun apa lagi, cabut larilah sampai terlepas apartmentnya sendiri.

Aku berlari dan tiba-tiba dia terlanggar seseorang membuatkan aku terjatuh tetapi disambut oleh orang itu. Mereka bertentangan mata. Jantung kj seperti hendak meletup kerana terkejut.

❝ Jungkook Oppa! ❞ sasaeng fans itu menjerit.

♡♡♡

❀【B E R S A M B U N G】✿

22.05.16

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro