Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 02 :: Jiran

ANOM POV

Petang tu, aku dengan Ainul bersiar-siar tengok taman perumahan kami ni. Dekat bawah tu ada taman, jadi kami decide nak duduk situ ambil angin.

Kami duduk di bawah sebatang pokok sambil memerhatikan gelagat budak-budak yang main di situ. Tiba-tiba aku ternampak sebuah family yang sangat aku kenali.

" Ainul tu.. " aku menunjuk ke arah mereka.

" Daehan, Minguk, Mansae! " Ainul menjerit dan terus berlari ke arah mereka. Cepatnya dia ni, pantang jumpa artis betul. Aku pun pergi ke arah mereka.

Aku nampak Ainul sedang bersalam-salaman dengan budak-budak tu. Aku tunduk hormat kepada omma dan appa kembar tiga tu.

" Awak baru dekat sini? " tanya omma kembar itu.

" Nae. Harap dapat jadi jiran yang baik, " jawabku.

Dia hanya mengangguk. Aku tengok Ainul seronok main dengan budak-budak tu. Aku pula hanya bersembang sahaja dengan mak cik-mak cik yang ada di situ. Hari semakin gelap dan kami pun hendak pulang ke rumah.

" Kami balik dululah. Kalau ada apa-apa datanglah rumah, " aku berkata kepada Puan Song iaitu ibu kepada kembar itu. Dia mengangguk sebagai balasan.

" Noona! Annyeong! Saranghae, " Daehan membuat bentuk hati kepada Ainul sambil memeluk dia. Ainul pun membalasnya dengan bentuk hati juga. Ceh, baru sekejap dah rapat.

Sampai je di rumah, masing-masing perut dan berkeroncong sebab last makan pun dalam flight tadi. Aku memeriksa peti sejuk dan confirmlah tak da makanan. Aku pergi buka buat apa?

" Ainul, lepas solat kita keluar makan tau? " aku berkata dan Ainul mengangguk.

Selesai solat, aku menyarung hoodie dan tudungku serta mengambil telefon dan dompetku. Aku mengunci pintu dan berjalan ke kedai yang terletak di belakang kawasan perumah ini.

Kawasan itu agak gelap, tapi kami menggagahkan diri untuk lalu juga jalan tu. Akhirnya sampai juga dekat 7Eleven. Aku mengambil beli keropok dan sebotol air mineral manakala Ainul pula memilih kimbab dengan sekotak Air Milo.

Kemudian loceng pintu berbunyi menandakan ada orang yang datang. Aku melihat ke arah mereka. Dua orang lelaki yang memakai mask.

Seorang tu berambut merah dan seorang lagi tu okeylah, handsome lah jugak. Tak tahu nak describe macam mana. Aku hanya mengendahkan mereka.

Aku memilih keropok di rak makanan ringan dan akhirnya jumpa juga yang berjaya menambat hatiku. Aku mencapainya dan tiba-tiba ada seseorang meletakkan tangannya pada keropok itu juga.

Aku melihat dia dengan muka tak puas hati. Dia pun tak nak mengalah, lalu tercetuslah fenomena keropok yang menjadi rebutan ramai di situ.

" Eyy, ni aku punyalah, " kata lelaki yang memakai mask itu.

Aku tidak berkata apa-apa dan melepaskan genggamanku secara mengejut membuatkan dia terjatuh ke belakang. Aku tidak dapat menahan tawa lalu ketawaku terhambur keluar. Mujur ketika itu tiada sesiapa di sekitar itu. Jika tidak mungkin mereka fikir aku terkena sawan.

Ainul datang dengan makanan di tangannya dan turut ketawa melihat lelaki itu. Kawan lelaki tu datang dan membantunya untuk bangun.

" Ceh, manja. Tu pun nak suruh orang tolong, " aku berkata perlahan tetapi masih boleh didengari oleh dia.

" You shut up, " aku menggulingkan mataku. Nak tunjuk bakat English kau tunjuk dekat orang lainlah. Aku tak berminat.

Kemudian, kami pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan itu dan keluar dari situ. Aku masih mengambil keropok yang aku inginkan tadi. Sengaja aku menjeling pada lelaki tadi.

" YA! " aku terdengar dia menjerit tetapi aku hanya membiarkannya sahaja dan berjalan pulang ke rumah.

JUNGKOOK POV

" YA! " aku menjerit tapi perempuan tu buat tak layan.

Selesai membayar semuanya, aku mengadu kepada Taehyung.

" Kurang asam betul perempuan tadi, " aku memuncungkan mulutku.

" Kurang asam mendenya, salah kau yang pergi berebut dengan dia siapa suruh, " Taehyung menjawab sambil menghirup air kotaknya.

" Ish hyung ni, nak menangkan dia pula, " aku merajuk.

" Menangkan apa pula, dah sah-sah dekat situ salah kau. Kau dah nampak dia ambil, kau sibuk nak ambil yang tu buat apa? " aku terdiam dan bermuhasabah diri. Memang salah aku pun.

Sampai sahaja di dalam dorm, aku terus masuk dalam bilik. Kaki aku sengaja hentakkan kuat-kuatnya. Biar satu bangunan ini dengar. Semua terpinga-pinga memandang aku.

" Kenapa tu? " tanya Seokjin.

" Tadi dia gaduh dengan perempuan sebab keropok, " Taehyung berkata dan mereka semua ketawa terbahak-bahak.

" Hyung!! " aku menjerit dari dalam bilik. Ketawa tu berhenti seketika dan disambung semula. Sakinya hati aku ni! Sebab perempuan tu, aku kena bahan.

AINUL POV

" Apa bendalah memekak orang sebelah ni. Aku nak tidur pun tak senang, " aku berkata sambil menutup telingaku dengan bantal. Anom pula sudah tidur mati di sebelahku.

" Woi! Senyap sikit! Orang nak tidur! " dalam keadaan mamai aku menjerit. Akhirnya, suara itu terus lenyap dan dapatlah aku tidur dengan lena.



❀【B E R S A M B U N G】✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro