Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17 :: Salam

Ainul POV

❝BARGHH!! ❞

❝Omma kkamjakkiya! ❞ latah mereka berdua.

Ketawa terbahak-bahaklah aku apabila dapat menyakat dua orang idola itu.

Kemudian, kami pun pulang ke rumah dengan menumpang keretaku. Hati Jungkook berdegup kencang mengenangkan muka Jimin yang mengerikan masa marah tadi.

❝Hyung, takutlah. Kalau Jimin hyung marah lagi macam mana? ❞ soal Jungkook sebelum masuk ke dalam.

❝Jungkook! ❞ Jimin terkejut.

❝Hyung nak minta maaf sebab tuduh Jungkook tadi. ❞ Jimin meminta maaf dan ingin melutut di hadapan Jungkook. Jungkook cepat-cepat mengangkat Jimin bangun.

❝Jungkook pun nak minta maaf. ❞ kata Jungkook perlahan. Mereka pun berpelukan.

Tiba-tiba...

❝BTS? Bang PD nak jumpa korang sekarang. ❞ kata manager mereka yang tiba-tiba menerjah masuk bilik mereka.

Tanpa banyak soal mereka terus bergegas ke pejabat boss mereka. Masuk-masuk je, muka Bang PD ketat plus masam mencuka. Macam nak marah je.

❝Ya, Bang PD? ❞ Namjoon selaku leader melaporkan diri.

❝Apa semua ni? Betul ke?! ❞ tengking bos mereka dan mencampakkan tabletnya kepada mereka. Mujur Seokjin sempat tangkap.

Mereka membaca artikel itu dan mata mereka semua membulat. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

❝Jadi, kau nak aku buat apa sekarang? ❞ tanya Bang PD.

Mereka semua tak tahu apa nak cakap. Semuanya dah seram sejuk bila tengok muka Bang PD yang garang mengalahkan singa tu.

❝Kalau korang tak nak jadi artis, tak payah jadi. Ramai lagi yang dekat luar sana berebut nak jadi artis! ❞ marah Bang PD. Jungkook ingin mengatakan sesuatu tapi terlalu takut untuk bersuara.

❝Mulai sekarang, BTS dibubarkan! Muktamad! ❞ katanya lagi. Dia terus mengoyakkan kontrak antara dia dan BTS lalu dibuang ke dalam tong sampah.

❝Manager, tolong halau mereka dari sini. Saya tak nak tengok lagi muka dorang dalam bangunan ni. Memalukan. ❞

❝Tapi, Bang PD... ❞ Jungkook bersuara tapi dia tidak mengedahkannya. Manager membawa mereka masuk semula ke dorm.

❝Hyung tak boleh tolong kitorang ke? ❞ tanya Suga.

❝Sorry. ❞ ucap manager dan keluar dari dorm mereka.

❝Kita nak buat apa sekarang? Bang PD dah tak nak tengok muka kita. ❞ V merajuk. Panjang bebenor bibir dia tu, macam boleh sangkut baju.

❝Sekarang kita kemas je barang. Nanti hyung fikirkan. ❞ kata Namjoon dengan tenang. Padahal dalam hati dia rasa nak menangis dah sekarang.

Mereka pun mengemas barang mereka. Semua sedih. Tak tahulah macam mana nak terangkan kesedihan dorang tu.

Mereka keluar dari bangunan itu dengan perasaan sedih. Masing-masing teringat masa mula-mula dorang jadi artis, jeritan peminat mereka.

Di depan bangunan itu, penuh peminat BTS sampaikan polis terpaksa menahan mereka. Kebanyakkannya menangis dan ada yang memegang sepanduk bertulis 'Please Don't Go'.

Berat hati mereka nak meninggalkan tapi dah terpaksa nak buat macam mana. Pada waktu itu, ada seseorang di dalam pacuan empat roda menekan hon keretanya.

❝Tu, jom. ❞ tunjuk Suga lalu mereka bertujuh menaiki kereta yang kecil itu.

❝Ainul, Anom. Gumawo. ❞ ucap Seokjin.

❝Woi, sempitnya. Aduh sesak perut aku. ❞ rungut V.

❝Weh Jimin, kau duduk atas Suga lah. ❞ arah Hoseok.

Mana tak bising, kereta yang hanya boleh sumbat enam orang tapi dah terlebih muatan sampai sembilan orang. Hilang sekejap perasaan sedih tadi.

❝Korang nak pergi mana ni? ❞ soal Anom. Mereka semua mengangkat-angkat kepala masing-masing.

❝Ha, kita pergi rumah korang jelah. ❞ kata V.

❝Ish, kau gila? Nak kena tangkap basah? ❞ kataku pula. Laju tangan Jimin mengetuk kepala V.

❝Habis tu? ❞ tanya Jungkook pula.

❝Pergi rumah Woozi jelah. Dia kan tinggal sorang. ❞ kata Hoseok. Semua mengangguk setuju.

Aku pun memandu kereta sewa ini berdasarkan petunjuk arah iaitu abang angkat Woozi, Suga. Sampai sahaja di rumah Woozi, mereka bertujuh menghela nafas lega. Sesak betul dalam kereta tu.

❝Assalamualaikum, Woozi! ❞ panggil Suga.

❝Assa-- ❞ belum sempat Hoseok menghabiskan ayatnya, matanya termasuklah yang lain semua memandang Suga terkejut.

❝ Waalaikumussalam. Hyung! Masuklah. ❞ pelawa Woozi.

Kamk bersembang-sembang dan menceritakan apa yang berlaku tadi sehinggalah matahari hampir terbenam. Aku dan Anom pun meminta diri untuk pulang.

❝Kitorang balik dulu. Kalau nak minta tolong apa² call lah ye. ❞ pesan Anom. Kereta yang dipanduku pun menderum meninggalkan perkarangan rumah itu.

❝Malam ni nak makan apa? ❞ tanya Seokjin dengan ramah. Mereka semua mengorder segala makanan yang dorang nak.

Semasa Seokjin sedang memasak, tiba-tiba telefonnya berbunyi mengumandangkan azan.

❝Bunyi apa tu? ❞ soal V. Maklumlah, hanya V, Jimin dan Jungkook je belum masuk Islam dalam rumah tu.

❝Azan. Jomlah kita solat jemaah. Aku jadi imam. ❞ kata Woozi. Semua mengangguk kecuali tiga orang itu. Mereka hanya duduk di atas sofa memerhati hyungnya termasuk Woozi.

Hoseok membentangkan sejadah menghadap kiblat manakala yang lain bergilir-gilir mengambil wuduk.

❝Allahuakbar. ❞ Woozi mengangkat takbir dan diikuti makmumnya. Tiga orang ahli termuda itu hanya memerhati segala pergerakan mereka. Suatu perasaan pelik terdetik di hati mereka.

Selesai Woozi memberi salam dan membaca doa, V yang dari tadi curious bertanya.

❝Hyung semua dah masuk Islam eh? ❞ Mereka menganggukkan kepala.

❝V pun nak masuk juga. Tahu tak selama ni V kaji semua pasal Islam tapi tak faham-faham juga. ❞ rungut V manja.

❝Jimin pun ada tolong juga V ni. Lepas apa yang jadi tadi, Jimin tak tahu nak buat apa tapi lepas tengok hyung semua solat, hati Jimin rasa tenang je. ❞

Mereka semua tersenyum gembira sebab adik-adik dia dah dapat hidayah Allah. Mereka pun memandang Jungkook serentak.

❝Jungkook macam mana? ❞ tanya Namjoon lembut.

❝Jungkook... Tak.. ❞

♡♡♡

❀【B E R S A M B U N G】✿

06.06.16

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro