Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17🌿

“betul ke yang kita buat ni Azra?”Raisyad memegang satu botol minyak tanah dan meninjau di sekeliling takut-takut ada yang memerhati.

“Engkau ikut saja lah Syad itu pun susah kau jugak kata akan tolong Hana dengan apa sahaja inilah yang kau patut tolong”

“Tapi ini jenayah Azra kau buatlah sorang-sorang aku nak pergi”Zana memegang lengan Raisyad dan membuka purdahnya.

“Kau dengar sini kalau kau tak buat, apa kata Hana nanti just this once please I am begging”

"Kau apahal gila buka purdah kau bukan ke "mulut Raisyad ditekup

"Just this once Syad trust me!"

“Okay tapi apa-apa jangan babitkan aku! ni antara kau dengan Hana faham?”Zana memetik jari.

“okay jom”mereka menghampiri satu buah rumah pokok berhampiran rumah milik Jasnita.

“okay line clear tabur-tabur cepat”Raisyad hanya mengikuti arahan tanpa bantahan tapi masih memata-matai sekeliling.

“kenapa Hana nak sangat rumah pokok ni hancur hah?”Tanya Raisyad dengan nada berbisik.

“Sebab dia cakap Mawar ada simpan semua kenangan dia dan mama dia with  Dira so the point is dia tak nak memori tu kekal dekat Mawar tapi biar ikut terkubur dengan arwah makcik dan Dira”Raisyad menggeleng tidak faham tapi tangan masih berjalan melakukan kerja.

“Tapi the thing is Azra Dira dekat hospital and still in good condition doctor cuma kata dia banyak kehilangan darah but still normal?dah seminggu berlalu tu pun nanti dia discharge ..and apa pulak salah dengan memori sedangkan memori itulah yang kita cari bila saat merindui seseorang”

“Engkau tak akan faham Syad selagi memori tu kekal selagi tu bala akan terus datang menimpa keluarga Hana”

“Tapi..”kata-kata Raisyad dipintas

“Tak perlu lah nak tapi sangat kerja kau senang kan so just shut up your mouth boy!”

Zana mengeluarkan pemetik api dari koceknya dan menyalakan api kemudian menghumban pemetik api tu tepat kearah minyak tanah yang dah siap mengelilingi rumah pokok Jasnita.

Zana tersenyum riang melihat rumah pokok yang rakus dijilat api hingga mereka berdua terkejut bila ada satu suara datang dari rumah pokok tu.Mereka memandang kearah pintu masuk dan satu figura amat dikenali oleh mereka cuba untuk keluar dengan menutup mulut.

"Dira?”Adira terbatuk-batuk mencari jalan keluar.

Raisyad dan Zana mula panik melihat Adira yang terperangkap di rumah pokok tu tanpa bantuan sesiapa.Tangan disisi mula memainkan rentak ketakutan kerana mereka tak boleh berbuat apa-apa.

“Dira!Mawar dah bawak..”air ditangan terlepas melihat rumah pokok yang dijilat api dengan Adira didalamnya’

“Allah Dira”Jasnita menghampiri rumah pokok tu dan cuba untuk menerjah tapi satu kayu jatuh betul-betul dihadapannya.

“Argh!!!”Abu api mendarat di kakinya

“Aduh”Tapi itu tak mematahkan tekad Jasnita untuk menyelamatkan Adira tapi semua itu tak berguna bila rumah pokok tu roboh.

Datin Fitrah yang baru tiba dengan membawa beberapa bungkus makanan terkejut melihat keadaan rumah pokok dan Jasnita yang memegang kakinya.

“Sayang!”Datin Fitrah menghampiri Jasnita yang hendak berdiri.

“Uuuu umi Dira dekat dalam tu Didi...dira “

Tangkai hati Jasnita retak seribu.Hanya air mata yang menemani mula deras kerana dia tak mampu berbuat apa-apa.
Entah bagaimana pihak bomba boleh tiba dan itu lagi menyakitkan jiwa Jasnita bila pihak bomba habis memadamkan api figura Adira diangkat ke ambulance. Dengan tanpa sedikit lecuran mahupun kesan kebakaran itu membuatkan Jasnita berasa senang hati dan bersyukur kepada allah tapi yang membuatkan dia kembali pilu bila dikhabarkan Adira tak dapat diselamatkan kerana nadi nya tidak ditemui mahupun selepas dirawat di ambulans oleh ahli paramedic.

Jasnita seakan lemah bunyi siren dan jeritan di sekeliling tak dihiraukan malah dia bagai hilang ke dunia lain.Hujan menuruni membuatkan Jasnita tersenyum.

Benda yang sama turun bila Adira dilanggar tapi boleh diselamatkan dengan kuasa allah dengan melewati saat kritikal dan sekarang benda yang sama tapi peluang tu hanya datang sekali kerana kini seorang bidadari syurga ini telah meninggalkan muka bumi ni dengan iman yang cukup didada serta senyuman yang dihiasi diwajahnya.

Entah tak semana-mana mata Jasnita tertacap kearah lembaga yang menyorok disebalik ramaian orang.

Zana dan Raisyad tak mampu berkata apa-apa hanya memandang Adira yang ditutup dengan kain putih.Dalam masa yang sama mereka memandang susuk Jasnita yang turut memandang mereka berdua.Jelas terpampang satu kemarahan terhias di wajahnya.Raisyad dan Zana memandang kearah diri mereka tapi tiada apa cuma satu bekas tangki yang elok ditangan

Badan mula merasa meremang tanpa sebab hingga mereka mula merasai ada benda dibelakang mereka.Tapi satu bisikan memberhentikan dari mereka menoleh “Aku tidak menyangka dapat jumpa kamu disini”

“Kenapa diam?Oh,mungkin korang tahu apa dah terjadi?or just melalui jalan ni tanpa tentu arah dengan satu tangki minyak?”

“Tttttak ka...ka..kami baru lau sini.... apa dah terjadi?”

“Hahaha buat tak tahu pulak! ingat aku bodoh ke hah! korang yang bakar Dira kan!”marah Jasnita

“Kami tak tak”

“Tak apa?”tempik Jasnita

“Tak tahupun yang Adira dalam tu”kata-kata tu meluncur dari mulut Raisyad

“Jadi betul lah korang yang bakar rumah pokok aku?”Mata Jasnita bertukar warna membuatkan Zana dan Raisyad meremang.

“Kau nak apa yang aku buat dekat mama terjadi dekat korang ke?i could kill you both now!”

"Kenapa tak bunuh sekarang kau takut kau akan ditangkap ke hah"Tawa Zana lagi kearah Jasnita.

"Aku tak akan bunuh korang sesenang ni aku akan pastikan kau dan kau terima satu pembunuhan yang epic sampai keluar berita "Zana dan Raisyad melarikan diri dengan pantas membuatkan Jasnita tersenyum.

"Tak akan ada satu pembunuhan epic yang orang akan tahu pun sebab they both will be killed in silence"

“Sabar Jasmine nanti kau akan dapat diorang sampai ke lubang cacing kau akan cari diaorang”

Zana membuka matanya dengan meraup kedua mukanya.

“Ya allah apa dah aku buat ni “tanpa disedari air matanya jatuh.

"Kenapa aku buat kerja bodoh tu dulu sungguh sampai kini aku dikejar oleh bayang sendiri dan aku pasti dia angkat aku sebab dia nak balas dendam!"Azra meraup wajahnya.

"Tak tak tak....aku tak akan beri nyawa aku macam tu je aku akan pastikan dia menderita dulu macam mana menderitanya orang yang hadir dihidupnya."

"Aku akan pastikan dia tak dapat balas dendam sebab aku akan pastikan dia mati dulu macam mana yang lain mati!"Tangan digenggam dengan kuat.

"Jangan ingat dia ada split personaliti aku takut hey this is Zana okay musuh dalam selimut kau Jasnita!aku akan pastikan semua yang pernah kau bunuh akan terima hadiah terbaik dari aku"

Air mata dikesat dan memandang bayang bersama satu senyuman jahat sebelum memandang kearah Jasnita yang baru tiba.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro