Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Task 1: Synopsis

Tajuk: Novel Cinta Kita
Genre: Commedy Romantic
Ditulis: JustMine-V

Sinopsis:-

Tuan Nur Syazlieana Husnina Alaisya, namanya terlalu panjang untuk menjadi ingatan sesiapa yang cuba berkenalan dengannya untuk pertama kali. Sudahlah tuan punya nama suka sangat buat masalah.

Sejak dari tingkatan satu sampai tingkatan lima dia berada di SMK Sri Delima, setiap tahun namanya pasti menjuarai carta nombor satu pelajar paling suka langgar disiplin sekolah buatkan lama-lama semua cikgu angkat tangan surrender dengan perangai tak makan saman dia.

"Peraturan ada untuk dilanggar, buat apa nak ikut," -Syazlieana

Ku Haqif, seperti namanya... orangnya juga cukup simple dan tenang-tenang saja. Tapi bila tersarung saja uniform pengawas sekolah ditubuhnya, semua pelajar yang langgar peraturan pasti akan mendapat hadiah dengannya. Gelarannya juga turut bertukar dari si Haqif garlfield kepada Kumando Perang. Betapa dia sungguh digeruni para pelajar.

Tapi tidak untuk Syazlieana. Sikap terlebih tegas Haqif sewaktu menjadi pengawas langsung tak menakutkannya malah dia dengan terlebih berani turut membalas kata-kata Haqif dengan jawapan selamba badaknya buatkan Haqif makin naik hantu dengannya.

"Ni mana lencana sekolah? Dah masuk setengah tahun, kenapa tak reti pakai?" -Haqif

"Alaa...dah masuk setengah tahun kut belajar, takkan nak check lencana lagi? Cikgu pun dah masuk silibus baru mengajar. Kau pula tak boring ke asyik check lencana orang je?" -Syazlieana.

Memang Haqif rasa kalau dia ada super power, nak saja dia bertukar jadi Hulk tiap kali berdepan si gadis yang suka langgar peraturan macam Syazlieana ni.

Tapi apa boleh buat, ini realiti buat hidup dia sebagai pengawas. Lagipun dia cuma perlu bersabar setengah tahun lagi dalam melayan kerenah nak kena penendang si gadis yang tak suka ikut disiplin itu jadi dia terpaksa juga tahan diri dari jadi Hulk.

Dan suasana sekolah mula beransur damai bila Syazlieana tiba-tiba saja menyepi dari Sekolah Sri Delima buatkan lama-lama sekalian warga SMK Sri Delima mula tertanya dengan kehilangannya termasuklah Haqif, manusia yang selalu saja naik angin dengan perangai luar kawalan dia dahulu.

"Syazlieana dah pindah sekolah tiga bulan lepas. Kita orang rakan sekelas dia pun baru tahu seminggu lepas dia pindah, sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa pun pada kita orang."

Jeda, Haqif tidak tahu apa yang harus dia rasa. Separuh hatinya rasa syukur, kerana akhirnya tidak adalah dia perlu bertegang urat berlawan kata dengan si gadis keras kepala itu lagi.

Tapi dalam masa sama hari dia turut rasa tidak lengkap, tapi dia tidak tahu ianya apa.

"Biarlah dia, janji hidup aku tenang," -Haqif

Ya, dia sangka bila dia tidak bertembung dengan si gadis bermasalah itu lagi, hidupnya akan selamanya tenang.

Namun dia silap...

Pabila jodoh itu ingin melihat pemiliknya bersatu, ia tetap akan menyatukan pemiliknya.

"Ini jururawat peribadi papa, Tuan Nur Syazlieana Husnina Alaisya. Cantik kan nama dia?" -Ku Aminuddin

"Wah, untuk julung kali ada orang dapat sebut nama Icha dengan lancar! Daddy memang vogue!" -Syazlieana

"What? Daddy? Sejak bila papa aku jadi daddy kau?!" -Haqif

Murung Haqif bila terpaksa menerima Syazlieana masuk dalam keluarganya walau cuma sekadar seorang jururawat peribadi.

Namun kerana Syazlieana si gadis luar alam, akhirnya title jururawatnya bertukar menjadi ISTERI?

Bagaimana ini boleh terjadi?

*Word of synopsis: 499 words

+++

Note: Percubaan kedua Jasmine, buat wawaaeryna-. Ok tak? Jas tak boleh fokus kalau tak letak tajuk, so harap sis abaikan kalau tak nak tengok tajuk.

P/s: Please, jas murung ngan blurb sendiri. Sikit lagi nak lebih words. Aku memang tak pandai buat ringkasanlah. Patutlah selalu fail dalam ujian kalau bab rumusan. Waa...jas nak nangislah gini.o(╥﹏╥)o

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: