Chapter 6
Selamat datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar
"AKU sebenarnya perasan sesuatu yang aneh dalam video yang aku rakam semalam." Gopal menunjukkan kamera yang dirakamnya.
"Apa dia?"Tanya Fang. Iwan turut menunjukkan riak ingin tahu.
" Malam nantilah. Kang kena rampas pula kamera ni. "Kata Gopal sambil menyimpan kamera kembali ke dalam stokingnya.
BoBoiBoy hanya memandang pelik. Gopal ni tak rasa selesa ke ada benda logam di kakinya? BoBoiBoy menggeleng sendiri melihat sikap temannya.
" Hei BoBoiBoy, apa yang kau gelengkan tu? Cepatlah makan maggi tu. Nanti lambat pula naik kelas." Bobby menegur BoBoiBoy yang menggeleng serupa lehernya tercabut skru.
Setelah membaca bismilah (kecuali Gopal dan Fang), mereka terus menghabiskan sisa maggi. Haih, apa bendalah makan maggi dalam bilik sakit.
Nampaknya poster menerangkan" JANGAN MAKAN BENDA YANG TIDAK BERKHASIAT, JIKA ANDA MAKAN, OTAK ANDA TAK CERGAS, JIKA OTAK TAK CERGAS, ANDA TAK PANDAI, BILA ANDA TAK PANDAI, ANDA TAK STUDY, BILA ANDA TAK STUDY, ANDA FAIL, BILA ANDA FAIL, ANDA TAK PERGI KAT UNIVERSITI, ANDA TAK KAHWIN, ANDA TAK DA KERJA, ANDA DEPRESS DAN KELAPARAN DAN MATI. PENGAJARAN: KURANGKAN MAKAN MAKANAN TAK BERKHASIAT! " itu nampaknya diabaikan.
...
(Oh ya, Iwan sudah dilepaskan oleh akak nurse. Yalah, dia duduk dalam bilik sakit itu pada masa persekolahan sahaja)
Kurang sejam sebelum encik warden akan menyuruh mereka memadamkan lampu, Gopal menyapa rakan - rakannya yang sibuk membuat kerja sekolah.
" Hei, buat apa tu?"
Bobby yang tengah stress membuat jalan kerja Matematik tersenyum palsu. "Tengah membuang? Kenapa, nak membuang bersama?"
"Fang sahabatku." Bobby terus memeluk Fang yang turut membuat kerja sekolah matematik. Bezanya, Fang menjawab soalan Matematik seperti menjawab soalan darjah 1l
"Apa?"
"Tolonglah aku buat kerja sekolah.".Bobby membuat muka comel. Fang terus melekapkan tangannya pada wajah Bobby.
"Eee, serupa gay boy dah." Semua warga bilik itu ketawa mendengar kata - kata Fang.
"Kau tak buat kerja sekolah ke Gopal?" Tanya BoBoiBoy melihat Gopal begitu goyang kaki.
"Ala, lusa baru ada Matematik. Esoklah aku buat." Kata Gopal dengan sambil lewa.
"Engkau.. Kalau susah nanti jangan bergesel minta aku ajarkan.". Fang memberi amaran apabila melihat Gopal sangat bersenang - lenang seperti baru lepas universiti.
"Dey tak baik kedekut ilmu." Gopal tiba - tiba teringat sesuatu. Dia cepat - cepat mengeluarkan kameranya dari sarung bantal.
"Dey, korang ingat tak aku kata ada sesuatu yang pelik dalam video ni?" Gopal menunjukkan video yang dirakam di bilik tayang semalam.
Semua di situ mengangguk termasuk Iwan.
"Ha mari lah sini tengok." Gopal memainkan video. Oh ya, tidak dilupa dengan perlahankan bunyinya. Nanti kena rampas dengan encik warden.
Mereka berempat yang sebentar tadi bersemangat membuat kerja sekolah terus mengerumuni Gopal.
Kelihatan wajah Gopal terpapar pada skrin kamera. "Saya Gopal a/l Kumaran sedang berada di hadapan bilik puaka Asrama Rintis. Siapa yang melihat video ini, saya ingin menyampaikan wasiat siapkan kerja sekolah Matematik saya m/s 52 buat dalam buku MT1"
"Boleh lajukan tak?" Pinta Bobby. Malas pula nak tengok bahagian yang kurang penting.
"Ala, yalah."Gopal mengeluh sedikit. Hish, mahu tengok muka kacak aku pun tidak boleh. Gopal melajukan video itu pada bahagian yang dirasakan aneh.
" WOAH." Muncul tulisan di permukaan pintu tertulis perkataan 'Tolong'.
Fang terbuntang mata. Tidak perasan pula pada bukti tersebut.
"Tolong?" BoBoiBoy mengerutkan dahi.
"Dey tengok sampai habislah!" kata Gopal apabila terdengar suara - suara orang menyampuk.
Perkataan tolong ditulis dengan cecair darah itu dizumkan. " Apa benda ni?"
Tiba - tiba kedengaran suara BoBoiBoy menjerit. "Gopal, Iwan. Hati - hati!" Pandangan kamera tearah ke bawah sebelum dialihkan ke hadapan semula. Kelihatan dua buku bertajuk Kampus Lagenda dan sebuah komik bertajuk Miao!
"Kampus Lagenda? Miao?" Bobby menggaru kepalanya yang tiba - tiba gatal.
"Kita kena keluar dari sini!" Kedengaran suara Bobby bernada cemas sebelum diiringi bunyi pintu dirempuh.
"Apa dah jadi?" Kedengaran suara Fang bergetar ketakutan. Pandangan kamera terarah pada beberapa meja bergerak secara rawak, dan kemudian bergerak ke arah mereka.
Gopal menhentikan video itu seketika. "Cuba korang tengok. Meja pertama tu ada perkataan Ter. Meja kedua pula ada perkataan Sek dan meja ketiga ada perkataan Sa."
"Iyalah!" BoBoiBoy mengiyakan apabila terlihat perkataan pada meja dalam video tersebut.
"Ada lagi ke?" Tanya Fang. Tangannya terburu - buru menekan butang pause. Video itu kembali dimainkan.
"KELUAR SEKARANG!" Kedengaran suara BoBoiBoy mengarah mereka keluar laksana komando.
Gopal menekan butang pause itu semula. "Tu jelah"
Iwan menunjukkan bukti yang disalin. Patutlah senyap (Eh, dia bukan memang senyap ke?), sedang mencatit bukti rupanya!
"Bagus Iwan!". BoBoiBoy memuji Iwan. Iwan tersengih apabila dirinya dipuji. Siapa tidak suka? Monyet di hutan pun suka.
BUKTI
PERKATAAN TOLONG PADA MEJA
BUKU :
KAMPUS LAGENDA
MIAO
MEJA TERTULIS:
TER
SEK
SA
"Sekejap. Kalau gabungkan perkataan yang tertulis kat meja tu jadi. Terseksa." Fang menulis perkataan tersebut di atas buku latihan Matematiknya. Jangan risau, Fang pakai pensel.
Naya pakai pen, lepastu tak ada correction tape pula. Nanti kena lari dikejar rotan keinsafan dengan Cikgu Papa Zola. Ingat terseksa belajar Matematik.
TOLONG ____ TERSEKSA
"Kami Terseksa?" Bobby memetik jari. "Ya, kami terseksa!"
"Mana kau dapat?" Tanya Fang, ingin tahu. Celah mana si Bobby dapat perkataan 'kami' tu?
"Oh senang sahaja. Bobby ambil suku kata pertama dari tajuk buku tu." BoBoiBoy menggariskan suku kata pertama tajuk buku tersebut pada buku Iwan.
Kampus Lagenda
Miao
"Jadi..." Fang melengkapkan perkataan tersebut.
Tolong Kami Terseksa
BoBoiBoy terdiam seketika. "Kau orang rasa ada kaintan ke dengan misteri sekolah ini?"
"TUTUP LAMPU SEMUA! TIDUR!" Kedengaran suara encik warden mengarahkan mereka tidur. Huhuhu, macam dekat kem askar je.
Maka, mereka pun bersiap siap untuk tidur. Lima belas saat selepas menutup lampu, kedengaran suara orang berlari di koridor kiri. Walhal koridor kiri itu tiada apa - apa dan di sini tingkat 1.
"Ya" Fang bersuara.
"Aku rasa ada kaintan dengan misteri sekolah ini tetapi dikaburi dengan penipuan."
-Fang-
🎈🎈🎈
Ayo sudah update
Maaflah kalau lama tak update atau on. Sejak kena kuaratin ni, cikgu bagi kerja sekolah macam tiada hari esok dan masa cutilah writterblock dan artblock tu datang TvT
*menangis penjuru katil*
Harap korang sihat belaka masa cuti ni. Buat benda berfaedah macam tulis Wattpad *uhuk uhuk*, buat kerja sekolah atau belajar memasak
Okaylah
Jumpa di next chapter!
Assalamualaikum!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro