Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 13

SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Kebenaran kini
Telah terbongkar
Bersedia ucap
Selamat tinggal?

DUA hari telah berlalu sejak Cikgu Rakesh ditangkap akibat pembunuhan ke atas Cikgu Kokoci. Ramai warga sekolah tidak menyangka seorang guru disiplin tergamak melakukan perbuatan keji itu.

Nooroo : Harap harap lepas cuti ini, tak ada undang - undang baharu bunuh orang kat sekolah.

Terima kasihlah pada Ying yang berani bongkarkan segalanya. Nasib Fang tidak membuat idea gila - gila sehingga membuat majlis kesyukuran.

Gazebo dipenuhi geng Fang serta Yaya dan Ying tepat jam 5:20 petang. Minta kaki sahajalah masing - masing tidak ke padang untuk bersukan.

Kalau Cikgu Kokorikulum nampak ni, mahu dikejar guna cangkul.

"Kenapa panggil kitaorang ni?" Tanya BoBoiBoy, hairan apabila dia dan konco - konconya (Fang dan Gopal dan Iwan dan Bobby itulah) dipanggil ke sini. Orang nak bersukan tahu, tak?

(Oh, jadi tanggapan Nooroo bahawa mereka ponteng sukan ni salahlah. Jap, apa ucapan minta maaf dalam bahasa Jepun? Mianhaeyo?)

Yaya memegang bahu Ying, seolah menyalurkan kekuatan.

Ying tersenyum memandang Yaya sebelum membuat pengakuan. "Aku nak minta maaf."

"Krik Krik, Krik Krik." Kedengaran bunyi cengkerik di sebelah gazebo mereka.

"Eh, bukan kau dah mati ke?" Buat kedua kalinya, cengkerik itu terkena kasut sekolah Gopal yang sudah dua bulan tidak basuh.

"Kenapa kau minta maaf?" Tanya Fang sambil memikirkan kesalahan Ying pada mereka. "Jap, kau ke kencing depan dorm kitaorang tu?"

"Budak ni. Aku dah kata tu kucing Cikgu Maskmana yang kecing." Kata Bobby menidakkan tuduhan Fang yang tidak berasas itu.

"Segala histeria tu, bunyi menjerit di belakang sekolah, bunyi larian. Semua aku buat." Ying membuat satu pengakuan yang mengejutkan semua.

BoBoiBoy, Fang, Gopal, Bobby dan Iwan saling berpandangan sebelum menjerit.

"KAU YANG BUAT?"

BFGB memandang Iwan. Eh, suara dia ke yang garau tadi.

Kepada : Ying

Kalau Ying membaca surat ini, maksudnya akak dah tiada lagi. Akak pun rasa tidak sedap hati malam ni setelah mengetahui yang kawan akak, Moon tu membunuh.

Lagi lagi dapat tahu, akak lah mangsa seterusnya.

11 tahun lalu...

Si hoodie putih itu mengambil pisau dari poketnya, sebelum menikam Iman berkali - kali. Moon tidak sanggup lagi lalu dia memeluk Iman.

"Iman..."

"Mo--- on."

Tapi kalau akak tiada nanti, janganlah marah atau berdendam pada Moon sebab dia baik sebenarnya. Akak sayangkan dia sangat - sangat. Dia selalu ada dengan kakak bila akak susah senang di asrama ni.

"Iman, maafkan aku. Aku tak sengaja. Aku hilang kawalan."

"Kawan jenis apalah aku ni. Sanggup bunuh kawan sendiri."

Tetiba rasa sakit perut pula. Akak nak ke tandas.

Sayang adik akak

Iman.

Ying yang memeluk surat itu dengan linangan air mata. Surat tawaran ke Asrama Rintis yang terletak elok di atas meja itu dipandang.

" Aku jadi marah bila pengetua tukar nama sekolah akak susuan aku." Ying tersengih terkenang perbuatan nakalnya dulu. "Jadi aku pura pura histeria supaya pengetua tidak sorokkan lagi rahsia sekolah ni. "

"Tapi pengetua tak percaya aku histeria. Malah siap halau aku lagi. Kau masih ingat tak ayat dia Yaya?"

Yaya berdehem sebelum berlagak seperti pengetua. "Ah, jangan mengarut. Kamu bertuah sebab saya bagi kamu sekolah di sini walau kamu ahli keluarga bekas mangsa pembunuh. Sudah, keluar dari bilik saya. Menyemak mata je."

"WOAH, Yaya kau boleh jadi pelakonlah." Puji Gopal sebelum berbisik pada BoBoiBoy. "Daripada buat masakan kat kantin tu."

"APA KAU CAKAP?!" Yaya menyising lengan baju. Telinga lintah juga dia rupanya!

Gopal sudah melindungkan mukanya. Muka jangan tumbuk. Nanti macam mana mahu pikat gadis - gadis?

"Aku jadi tak puas hati sebab pengetua masih takut nak sorok rahsia sekolah ni. Aku faham takut nama sekolah ini tercemar tapi ini siap buat tidak tahu. Bagaikan peristiwa pembunuhan tu tak wujud."

Ying menyambung. "Jadi aku akan menjerit malam - malam di belakang sekolah. Masih tiada hasilnya sebab pengetua ugut depan perhimpunan untuk rotan dekat punggung kalau dia dengar lagi."

"Ha' ah, aku ingat lagi dulu pengetua nak buat denda macam tu." Gopal berhenti sejenak. "OH JADI KAULAH YANG BUAT AKU TIDUR TAK LENA SEBAB DENGAR SUARA HANTU TU!"

Ying tersengih sebelum menyambung cerita 'Pada Zaman Dahulu' nya. "Jadi aku.."

"Erm, Ayuyu."

"Excuse me, my babies." Ayuyu yang sedang berbual sakan dengan Kikita dan Niki meminta diri untuk berjumpa dengan Ying.

"Apa kau nak?" Amboi, tadi bukan main gedik! Depan Ying sahaja, terus menjadi Gangster.

"Aku nak lima minit sebelum perhimpunan sekolah esok, aku nak kau menjerit seolah - olah kau kena histeria ataupun lipas masuk baju kau ke. Apa - apa jelah." Pinta Ying. Eh, tidak! Ini satu arahan!

"Kenapa aku nak buat macam tu?" Tanya, Ayuyu. Suka hati kucing hitam nenek dia je nak suruh orang!

"Untuk keadilan." Ying tersenyum mesra. "Oh dan aku belanja kau dengan kawan - kawan kau makan makanan luar kalau kau tutup mulut dan buat macam aku suruh. Mesti korang tak nak makan masakan Yaya kan?"

Ayuyu yang teringat 2/3 masakan kantin adalah masakan Yaya akhirnya mengeluh. "Baiklah, deal."

"Aku kekal upah orang buat histeria sampailah hari ini. Kebenaran telah terbongkar." Ying bercerita dari A sampai Z. Kecuali masakan Yaya itulah. Nanti dia disepak Yaya hingga ke Kedah.

"OHHHH." Seperti kanak - kanak yang mendengar cerita, kelima - lima lelaki itu menepuk tangan mendengar penamat kisah silam Ying.

"Aku ingatkan hantu buat selama ni.". Kecewa juga hati Fang. Ingatkan ada bakat jadi ahli panaromal.

"Kan aku dah kata. Mana ada hantu. Erm, makhluk halus adalah." BoBoiBoy menjadi ngeri pula mengingatkan bayangan ketika dia dirasuk.

Si Zass yang berpenanggal berlari mengelilinginya. Eee, seram!

"Yang penting, mangsa - mangsa pembunuhan ini terbela juga nasibnya." Ying mengangguk setuju mendengar kata Yaya.

"Eh sudahlah. Jom pergi padang." Kata Iwan membuatkan semua orang terkejut.

"Eh Iwan kau boleh bercakap?"

"Ingatkan tahu kejutkan aku je."

"Seriuslah Iwan?"

"SERIUSLAH SUARA KAU GARAU. HAHAHAHAHAHA HA."

"Woi Gopal. Tak baiklah. Aku tulis nama kau nanti."

"Sorry Yaya. Janganlah tulis nama aku~"

"Erm Ying." Panggil Fang.

Nooroo : Maaf peminat Fayi (Fang x Ying). Ini bukan FAYI SCENE.

"Macam mana kau buat bilik tayang masa kitaorang masuk tu? Siap tarik kerusi lagi." Tanya Fang. Siap ada efek tarik kerusi dan meja lagi. Memang dahsyatlah!

"Bilik tayang?" Ying memandang Fang, pelik. "Oh aku ada juga menjerit kat situ."

"Tapi aku tak pernah masuk bilik tu."

Eh?

"Jomlah Fang, bersukan. Nanti lambat pula!". BoBoiBoy mengajak Fang yang tiba - tiba menjadi orang - orang di sebelah gazebo.


"Haih yalah. JOM!"
- Fang -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro