Chapter 12
SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Sekarang engkau
Diberi pilihan
Bersedia engkau
Bongkarkan kebenaran
SUARA jeritan dan lolongan dua pelajar membingitkan seluruh pelosok sekolah. BoBoiBoy dan Retak'ka yang cuba menghantukkan kepala di dinding dipegang oleh Fang dan Sai.
(Retak'ka sudah kena rasuk juga)
Warga sekolah sudah diasingkan di dalam suara sekolah.
Pengetua Quatro yang berdiri di situ menggeletar tangan. "Ya Allah, sekali lagi? "
"Pergi ke surau, Fang dan Sai!". Arah Cikgu Rakesh.
Ustaz Leon dan tiga orang rakannya serta Ali, Viktor dan Moon tiba di kelas tersebut. Moon menekup mulut terkejut melihat keadaan kelas itu.
Segera para ustaz mengawal keadaan dua pelajar yang bertukar menjadi agresif itu.
" Lepaskan pelajar ini! Pergi kau dari sini! Ini bukan tempat kau!" Ustaz Leon berusaha berdialog dengan makhluk halus yang mendiami tubuh BoBoiBoy dan Retak'ka.
"DENDAM AKU BELUM TERBALAS!" Kata BoBoiBoy. Tetapi suaranya lebih garau.
"Maksud kau?" Tanya Ustaz Karya pada makhluk tersebut.
"DIA BUNUH AKU! DIA BUNUH AKU! DIA BUNUH AKU!" Retak'ka menuding jari ke arah Moon yang berdiri di sebelah Viktor.
"Kes pembunuhan Asrama M.A.T.A." Cikgu Rakesh teringatkan peristiwa tersebut.
"TAK! Apa makhluk halus ni merepek?!" Pengetua Quatro cuba menutup pekung di dada. Tiada siapa boleh tahu kes pembunuhan yang mengorbankan anaknya!
"Maafkan Ridzwan, ayah..."
"Ya, saya bunuh dia.. Maafkan saya. Saya panik dan tanam mayat mereka berdua. Saya yang suruh Alicia bunuh Zass. Saya minta maaf." Moon menangis sehingga terhinjut bahu. "Saya minta maaf. Saya bersalah."
11 tahun yang lepas...
"Sorry Ali." Jet memohon maaf tetapi maaf sebelum beralih pada Zass apabila dia pula terkena kapal terbang kertas ketika ingin masuk ke dalam kelas 2 Cendekia.
Tanpa disedari semua, kelihatan Alicia berada di koridor perpustakaan sambil bermain pisau. Alicia membelek telefonnya, menunggu arahan daripada Moon.
To : Moon
Alicia : Wey, baling sekarang ke?
Alicia mengeluh apabila Moon tidak membalas. Tetapi itu tidak lama apabila dia menerima mesej daripada Moon.
Moon : Baling pisau sekarang.
"Sorry Zass."
Zass mengangguk, tidak kisah. Ketika Zass mengutip kapal terbang kertas, satu benda terbang menghinggap tubuh badannya.
Seluruh kelas itu tergamam melihat apa yang terjadi di hadapan mata.
Sebilangan daripada pelajar lelaki ingin mendekati jasad Zass namun entah kenapa berat kaki ini untuk melangkah.
Zass tumbang dengan darah yang membuak keluar dari belakang tubuhnya yang terkena pisau yang dibaling entah dari mana.
Di pisau itu terdapat sticky note yang bertulis. 'Pembunuhan masih berleluasa. Tiada istilah cuci tangan.',
"WARGH!" BoBoiBoy berteriak dan melepaskan diri dari pegangan Ustaz Surya. BoBoiBoy berlari ke dan cuba mencederakan Moon tetapi dapat dihalang oleh Ustaz Leon.
"LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKU!". BoBoiBoy meronta. Kudrat Ustaz Leon dan Ustaz Karya tidak cukup kuat untuk memegang mangsa histeria itu.
Moon menutup mata, walaupun tahu tindakan ini bodoh. Tapi dia lera dirinya dicederakan oleh mereka bagi menebus dosanya dahulu.
Tiba - tiba Ying tiba dan berdiri di belakang Moon.
"Apa kamu buat? Pergi ke surau sekarang!" Arah Cikgu Rakesh. Ying menggelengkan kepala, tanda dia tidak mahu.
Mengejutkan, BoBoiBoy dan Retak'ka yang tadi ingin menyerang Moon terduduk apabila terlihat Ying.
11 tahun yang lepas...
"Iman, maafkan aku. Aku tak sengaja. Aku hilang kawalan."
"Kawan jenis apalah aku ni. Sanggup bunuh kawan sendiri."
"Aku dah maafkan kau." Ucap Iman sebelum mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah itu, jantung Iman tidak berdegup lagi.
Moon memandang hoodienya yang tercemar dengan darah kawan baiknya sendiri.
"Aku kena tanam anggota badan Iman."
"Apa sudah jadi ni?" Ustaz Surya yang tidak mengetahui sejarah sekolah ini, tertanya apa yang terjadi pada kedua mangsa histeria tersebut.
"Kita tiada masa hendak membahaskan hal ini sekarang! Apa yang penting, makhluk - makhluk yang laknat ini berhenti mengganggu para pelajar. Bersedia semua!" Ustaz Ahmad memberikan isyarat agar segera melaksanakan ritual menghalau makhluk - makhluk halus tersebut.
Serentak dengan itu, tiga orang ustaz yang juga bergelar imam di masjid - masjid berdekatan Cyberaya berbaris. Mulut masing - masing terkumat - kamit membaca surah dan ayat - ayat Al-Quran.
Seketika kemudian, Ustaz Leon yang berada di dalam barisan, melangkah beberapa tapak ke hadapan lalu membacakan ayat kursi.
"Allahuakbar!" Laungan takbir bergema. Perlahan - lahan, suara jeritan dari BoBoiBoy dan Retak'ka mula perlahan. BoBoiBoy dan Retak'ka pengsan kerana terlalu kepenatan.
"Syukurlah! Semua dah berakhir..."
...
Ying berdiri di bawah 'pokok berdarah'. Dia memandang ke arah Moon yang sedang menahan air matanya.
"Tempat ini.."
"Ya, ini tempat saya tanam anggota badan Ukaira... Tsk...tsk... dan Iman." Ujar Moon. Moon sudah menghamburkan air matanya terkenang dosa - dosa yang lalu.
Hujan yang turun seakan memahami keadaan Moon dan Ying yang sedang bersedih. Air hujan mula turun dan membasahi bumi.
" Abang, bekas pelajar sekolah ini kan? " Tanya Fang kepada Ali. Mana tahu silap orang ke, buat malu je.
"Panggil je Ali tapi... ya. Abang dulu pelajar sekolah ni." Ali mengeluh teringatkan nama baharu sekolah ini. "Sepatutnya nama sekolah ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Asrama M.A.T.A. Tak sangka pengetua tergamak menukarnya."
"Kerana takut. Mestilah dia tukar." Bobby membuat kesimpulan dari apa yang dia alami setakat ini.
"Hey, kamu tak solat ke?" Tanya Ali melihat ada pelajar Muslim di sini. Pada pukul 1:30 petang ini sepatutnya waktu solat sekarang.
"Dah solat dahlah. Sekarang dah pukul 2. Tinggal satu jam je nak prep." Bobby memberikan maklumat tambahan. "Lagipun nak lawat BoBoiBoy kat bilik sakit lepas ni."
"Chop Chop chop!" Gopal menyampuk dalam perbualan santai mereka. "Apa kaitan Ying dengan kes ni?"
Iwan muncul di belakang Gopal, turut ingin tahu.
"Kau tak tahu ke?" Ali menyiku dada Viktor apabila mendengar soalan sahabatnya.
"Apa kau ni? Dia kan bukannya batch kita."
"Hehehe, sorry." Viktor tersengih meminta kaki. Ali pula sudah memutarkan bola matanya. Nasib ada kawan macam kau ini.
"Kenapa?" Tanya Fang, pelik melihat gelagat bekas pelajar di hadapannya.
"Ying tu, adik susuan Iman"
- Viktor-
🍂🍂🍂
Kenapa Moon dan Alicia (rakan pembunuh Moon) tanam anggota mayat tersebut?
➡️ Ini sebab ada cap jari kat anggota badan mayat.
➡️Sebab tak nak kasi anggota polis kesan, diorang pun tanam anggota badan yang diorang sentuh dengan jari (Diorang mungkin lupa pakai sarung tangan)
Contohnya, kepala, tangan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro