Chapter 9
SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Jangan sehingga
Tersilap langkah.
HARI Sabtu kini tiba. Ada beberapa pelajar yang sudah balik dan terbaring di atas katil masing - masing.
Dan ada juga yang tinggal di sekolah. Tidak tahulah sama ada rajin, tiada orang mahu mengambil ke atau sedang cuba menyelesaikan kes pembunuhan.
Seperti keempat - empat manusia ini.
"Aku ada dah kumpulkan juara olahraga sukaneka tahun ini." Moon melampirkan sehelai kertas berwarna merah jambu di atas meja.
Ali tidak mahu menahan tawa terus meletuskan gelakkannya macam katak gelak. Khai juga cuba untuk tidak gelak akhirnya tergelak juga.
" Aku tak da gambar dioranglah. Jadi aku lukislah. Janganlah gelak!" Moon mengembungkan pipinya, marah apabila lukisannya digelak.
"Ini Zass ke?" Iman menunjukkan kepada satu kartun yang dilukis Moon.
Kelihatan Zass dilukis dengan rambut yang leper macam kelapa dan hidung yang kembang macam.. Seperti apa, ya?
"Ish, korang ni. Aku penat - penat lukis tau." Moon menjeling dua orang sahabat jantannya yang tidak habis tergelak seperti manusia yang baru mendengar lawak P.Ramlee.
"Asal muka Zass tu lawak sangat?" Ali mengelap air mata yang bersisa kerana kuat gelak tadi.
"Sudahlah, jangan gelakkan Moon lagi. Kesian dia." kata Iman, kasihankan sahabatnya yang menjadi bahan gelak tawa orang.
Moon pula sudah tersengih - sengih. Banggalah orang mempertahankan dirinya.
"Tempat pertama dalam sukan olahraga ialah Zass (Zass bisu). Tempat kedua ialah Viktor dan tempat ketiga ialah air sasi-- eh silap, Sasi." Ali mengerutkan dahi sambil membelek kertas itu berkali - kali. "Kenapa tidak sediakan maklumat tentang orang yang mendapat tempat keempat dan kelima?"
Moon membuat muka menyampah. Banyak songeh pula. Bukan nak berterima kasih aku tolong kumpulkan maklumat! "Khai yang suruh aku kumpulkan sehingga tempat ketiga je."
Kini Khai menjadi tatapan oleh wajah hairan Ali.
"Cukuplah sehingga tempat ketiga saja. Banyak pula mahu soal siasat nanti." Penerangan Khai membuatkan mata Ali tercelik luas seperti melihat keputusan peperiksaan Matematik.
"Seriuslah kena soal siasat?"
"Kenapa?" Khai menayangkan wajah blur.
"Diorang sekarang mungkin dah balik rumah. Tidur lena atau menghadap PSP di ruang tamu." Kini, Ali membayangkan 'kenikmatan' tersebut. Sayangnya dia terpaksa tinggal di asrama untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini.
Surat ugutan yang diterimanya semalam juga merunsingkan dirinya.
Nooroo : Ali tidak beritahu kepada Khai, takut Khai berhenti menyiasat dan membiarkan pembunuh itu bebas membuat dosa.
Adakah sekarang ini pembunuh itu tahu yang kami sedang menjejakinya?
Lamunan Ali terhenti apabila Khai memetikkan jari di hadapan wajahnya.
"Mengelamun apa tu?" Suara Moon kedengaran mengusik.
"Err.. Tak da apa apa lah."
"Haih, Ali. Kau dengar tak, atlet sukan olahraga tinggal di sekolah untuk berlatih pertandingan olahraga peringkat negeri pada dua minggu hadapan." Terang Khai.
"Ooo." Ali mengangguk faham.
"Erm, bila kita mahu menyiasat?" Tanya Iman sambil menggaru pipinya yang terasa gatal.
"Lepas Asarlah." Cadangan Khai diterima semua.
Moon meregangkan tubuh badannya yang terasa sangat lenguh. "Nggak sabar gue mau selidik nanti." Iman tergelak melihat loghat Indonesia Moon.
"Cuun." Tiba - tiba perut Ali memulas. "Bye, aku nak pergi tandas." Ali sempat terjatuh mencium rumput sebelum bangkit semula dan berlari ke 'bilik selesa' itu.
Iman menggeleng kecil. Khai mengeluh. "Ali, Ali selalu sangat kau nak cium rumput tu."
"Maskulin Ali nggak ada cewe, jadi dia cium sama rumput. Tiada rasa single. " Terhambur tawa mereka mendengar kata - kata Moon.
Tanpa disedari sesiapa, seorang manusia memakai hoodie berwarna kuning sedang bermain dengan pisau sambil memerhatikan mereka.
" Huh, degil. "
...
"Jadi, kau rasa kena ekori seseorang ke atau tidak." Tanya Ali. Dia melepaskan bosan dalam bertanya dengan bermain menekan dan menutup pen.
Viktor geleng. "Tak." Viktor meneguk air dari botol mineral yang masih sejuk sehingga tertelan air liur Ali.
Mahu itu air, Encik Viktor...
"Tapi kau kena tahu sesuatu. Haritu kan ma. Panjang ceritanya." Viktor mengawang - awangkan tangannya ke langit.
"Jadi macam tu, pendekkan." Ali tayang wajah tidak bersalah.
"Tak." Viktor membuat muka menyampah, memberitahu cerita itu tidak boleh dipendekkan mahupun ditokok tambah.
"Dua hari yang lalu, semasa sesi rehat. Take five lah katakan. Aku nampak ada seseorang perhatikan Zass. Bila aku nak sapa dia, dia terus melarikan diri " Cerita Viktor menarik minat Ali.
"Kau nampak rupa dia?" Ali bertanya kepada Viktor. Maklumat yang bagus ini!
"Dia pakai hoodie putih. Tinggi dia aku tak pasti sebab aku tengok dari jauh. Dalam empat belas tahun ke dua puluh tahun begitulah." Khai memberikan maklumat yang sememangnya amat berguna.
Ali mengerutkan dahi.
Hoodie putih?
...
Tepat pukul 6:15 petang, mereka iaitu Ahli Penyiasat Muda berkumpul di gazebo bersebelahan dewan sekolah.
" Awak semua ada nampak maklumat penting kah?" Soalan pertama datang dari mulut Iman apabila mereka berkumpul di situ.
"Tak dapat lansung. Si Sasi tu asyik puji diri dia je. Nasib tidak ada baldi." Khai menayangkan mimik muka menyampah. Mungkin cuba melupakan ayat Sasi yang berlagak minta kaki itu.
"Aku faham." Ali menepuk bahu Khai. Dia pun pernah menghadapi manusia bernama Sasi tu.
Dia punya berlagak itu sampai burung pun boleh terbang.
"Oh ya, Viktor ada beritahu aku yang dia nampak ada seseorang tu perhatikan Zass. Bila Viktor nak tegur dia, dia terus lari macam Viktor tu Sasi." Ali memberikan penerangan maklumat dalam masa yang sama sempat mengutuk si Sasi.
"Zass ada beritahu kitaorang yang dia menerima surat ugutan." Dua makhluk Allah yang berjantina lelaki itu memandang Moon.
"Surat ugutan?"
"Korang ni menyemak sahajalah. Ini kan kes orang dewasa, kenapa pula nak menyibuk?" Rudy berpeluk tubuh.
Zass hanya mengeluh sebelum meneguk air.
Moon menjengil marah. "Biarlah kitaorang nak siasat. Yang kau sibuk, kenapa?"
Iman menenangkan api kemarahan Moon yang sudah marak. "Sabar, Moon."
"Aku boleh bantu korang penterjemah." Jett menawarkan diri menjadi penterjemah orang bisu tidak bertauliah.
"Erm, Zass. Awak pernah rasa ada orang ekori awak?" Zass mengangguk kepalanya sambil membuat isyarat sedikit bagi menjawab soalan Iman.
"Dia kata ada tetapi sedikit." Terjermah Jett.
"Itu pun aku tahu." Moon membuat muka toya.
"Awak rasa ada apa - apa pelik yang berlaku pada awak?" Tanya Iman lagi. Kali ini bersedia dengan buku nota dan pen.
Zass membuat isyarat seperti teringatkan sesuatu. Zass kemudian melukis segi empat tempat di langit dan pura pura mencekik dirinya.
Iman terkebil - kebil melihat aksi Zass. Jet menggosok dagunya, seakan - akan cuba mentafsir apa yang cuba dikatakan Zass.
"Apa maksud Zass, Jett?" Tanya Moon.
Jett mengangkat bahu. "Entahlah."
Ketika itu Moon dan Iman terasa mahu merebahkan diri sahaja. Kata boleh menterjemah.
Rudy menjeling dua perempuan yang menjadi penyiasat tidak berbayar itu. "Itu pun tak faham. Zass kata dia ada terima surat ugutan untuk bunuh diri baru - baru ini."
Mata Moon terbeliak manakala Iman memandang Zass yang muram sedikit.
Apa?
Ali ternganga sebentar begitu juga dengan Khai.
Jadi sasaran seterusnya ialah Zass ke?
...
Pada malam itu, Iman ke mesin air kerana dahagakan air. Tidak mungkinlah mahu mengajak mesin air itu berbual pula.
Tepat pukul 11:00 malam. Entah kenapa bulu romanya berdiri tegak. Sudahlah si Moon itu sudah membuat tahi mata sahaja. Kawan sebilik pula sudah balik ke rumah.
Iman memasukkan duit syiling ke dalam mesin menjual air. Tin Milo yang terjatuh itu diambil dari bawah.
Apabila berdiri semula, jantungnya seakan mahu pecah melihat Cikgu Bakar memerhati bilik muzik yang bersebelahan dengan mesin penjual air dari jauh dengan tajam.
Dan cikgu itu tersenyum sinis.
Iman yang ketakutan terus berlari ke biliknya semula. Tidak cukup dengan itu, dia berselubung dalam selimut.
Apa dah jadi?
Zass ada beritahu kitaorang yang dia menerima surat ugutan
-Moon-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro