Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 19

SELAMAT DATANG
KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Selamat datang ke
Perangkap samar
Bagaimana kau mahu keluar?

TEPUKAN gemuruh di atas pelancaran Sekolah Menengah Asrama M.A.T.A membuatkan Luna (Ibu Moon) mengherotkan bibir.

   Bertambah hari, makin bertambah pelajar yang mendaftar di sekolah
binaan kawan baiknya, Aliya berbanding sekolahnya.

  Apa kurangnya sekolah aku dan apa lebihnya sekolah dia?

  Luna mendekati Aliya yang sarat mengandung 8 bulan menyanyikan lagu pada anak - anak muridnya.

  "Aliya?" Luna tersenyum paksa mendekati Aliya.

   "Oh, Luna. Maaf ya anak murid. Cikgu nak bercakap dengan kawan cikgu sebentar." Kedengaran keluhan murid - murid apabila Aliya memberhentikan nyanyiannya. Aliya mendekati sahabatnya.

   "Ya, ada apa Luna?"

   "Boleh tak kita berjumpa di tangga sebentar?" Tanya Luna sambil menggaru lengannya. Semakin dekat dengan Aliya, semakin kuat rasa dendam dan cemburu bersarang di hati.

   Aliya mengerling jamnya. " Boleh. Tapi sebentar sahajalah. Nanti Ghazali nak ambil aku selepas ini. "

   Aliya dan Luna duduk di tangga. Aliya tersenyum. "Hehehe, penat juga berdiri lama - lama. Ha, kau rasa anak aku ni rupanya bagaimana ya. Iras aku lebih banyak atau lebih serupa kepada Ghazali?"

   Luna mengetap bibir. " Aliya, kau seronok menjadi pengetua di sekolah ini?"

   Aliya tergelak kecil. "Mestilah. Aku yang bangunkan sekolah ini mestilah aku gembira. Anak - anak murid aku juga hebat belaka."

   Rasa cemburu itu makin menghasut diri Luna setelah mendengar ayat sahabatnya. Dikuasai sifat syaitan, Luna mengeluarkan pisau poket dari poketnya.

  Baru sahaja Luna mahu menikam dari belakang, seorang budak lelaki bemain kejar - mengejar bersama rakannya terlanggar Luna.

   Niat jahat Luna memakan dirinya sendiri . Dia tertikam dadanya sendiri.

   "Luna!" Aliya terkejut melihat Luna sudah membuak - buak mengalir darah. Sudahlah Luna mengandung dua bulan.

    Sepanjang rawatan Luna, Luna sibuk meminta maaf pada Aliya atas kesilapannya sebelum dia akhirnya menghembuskan nafasnya setelah melahirkan Moon


   Aliya tersenyum kecil melihat anaknya yang masih bayi bermain bola sambil menggigit bola itu. Dapatlah mengubati  dirinya yang berdukacita atas kematian sahabatnya.

  "Ali mari makan bubur." Ali tersengih gembira hingga ternampak gusinya. Ghazali mengambil tempat di sebelah isterinya dan anaknya.

   "Amboi bersungguh Ali makan."

   "Abang, kalau saya sudah tiada lagi. Boleh ke abang serahkan jawatan pengetua Sekolah Kebangsaan Asrama M.A.T.A pada Uno, suami Luna?"

   Ghazali mempamerkan wajah risau. "Tiada? Aliya nak pergi mana?"

   Aliya tersenyum. "Tidaklah. Tetapi bolehkan?"

  "Selepas ayah aku meninggal, aku ingat jawatan pengetua sekolah ini akan diserahkan pada aku." Moon menjotoskan dahi Ali. " Tak sangka diserahkan pada kau!"

   Apabila dendam menghasut diri sanubari, semuanya boleh terjadi.

   Tidak sangka hanya kerana jawatan sekolah ini menjadi rebutan, nyawa - nyawa manusia menjadi mainan.

   Ali menggigil menahan geram dan perasaan sebak. " Jadi, sebab pesanan ibu aku menyuruh aku ambil jawatan sebagai pengetua kat sekolah ini, kau sanggup... KAU SANGGUP BUNUH KAWAN KAWAN KITA TERMASUK AYAH KAU SENDIRI?"

  "SELAMA NI KAU BERPURA PURA JADI KAWAN AKU DENGAN KHAI DENGAN IMAN.. Uhuk uhuk. Maaf terbatuk kejap."

   Moon mengangguk, membenarkan Ali menyambung katanya.

   "... DENGAN ZASS DENGAN MIKA SEMUA TU." Amboi, Ali. Ini segala mangsa pembunuhan kau ambil nama dia.

   Moon mengelap air matanya yang mengalir kasar. " KAU INGAT AKU NAK SANGAT KE? "

  Kemudian Moon tergelak seperti orang gila." Lagipun bukan aku yang bunuh Zass. Aku hanya bunuh Ukaira, Mika dan Iman."

   Alicia menutup buku Matematiknya. " Aku yang bunuh yang lainnya. Aku bunuh Zass sebab dia tu menjengkelkan. Dengan bisunya. Tak sangka balingan pisau aku kena padanya."

   Alicia memakai cermin mata hitam tanda savage sebelum membukanya kembali.

   "Aku bunuh Khai kerana dia ternampak rahsia kami. Dan aku bunuh dia kerana ingin menutup kebenaran."

  Moon tersenyum seperti Joker, menahan sebak. " Aku bunuh Iman kerana dia ternampak gambar mangsa pembunuhan aku dengan darah. Aku pun bunuh jelah."

    "Sekarang macam mana Iman?" Soal Moon. " Nak saya teman?"

   Muka Iman pucat seketika memandang Moon tetapi sedaya upaya disorokkan

    Iman mengangkat tangan. " Tak palah, saya tak nak susahkan awak." Iman mencapai tudungnya.

   Moon menarik tangan Iman sambil menggelengkan kepalanya. " Jangan, Iman. Esok boleh ambil kan."

  " Kerja sekolah saya tak siap lagi." Iman merenung ke bawah. Dia sebenarnya takut mahu keluar tetapi teringatkan muka Puan Munah, terus diendahkan rasa takutnya.

  Moon mengeluh melihat bayang Iman yang sudah tiada.  Kemudian dia naik ke atas katilnya untuk mengambil pisau di bawah  bantalnya secara senyap - senyap.

  Mia memandang pelik melihat Moon memakai hoodie berwarna putih dan ingin keluar dari bilik.

  "Yang kau ni nak gi mana pula?"

"Tandas."

   Tiba - tiba, senyuman Moon mati.

   Setelah flush ditekan, Iman menolak dedaun pintu. Nafasnya seakan terhenti melihat si hoodie putih sedang tersenyum ngeri.

   "Dezuli, Iman."

   Moon menahan sebak. Tetapi dia risau Iman akan memberitahu kawan - kawannya.

   Dan serentak itu, air mata Moon mengalir. Ali terdiam melihat reaksi Moon. Apa kena dia ini? Teringat memori lama kah?

   Iman tergamam. Dezuli?

   Tolong maafkan aku, Iman. Semoga kau bahagia di sana.

   Si hoodie putih itu mengambil pisau dari poketnya, sebelum menikam Iman berkali - kali. Moon tidak sanggup lagi dia memeluk Iman.

   "Iman..."

   "Moon."

   "Iman, maafkan aku. Aku tak sengaja. Aku hilang kawalan."

  "Kawan jenis apalah aku ni. Sanggup bunuh kawan sendiri."

  "Aku dah maafkan kau." Ucap Iman sebelum mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah itu, jantung Iman tidak berdegup lagi.
  
   Ali sebak mendengar. Lebih - lebih lagi Moon terduduk apabila mengingati  peristiwa itu.

  Alicia mengeluarkan pisaunya. "Kau dah tahu terlalu banyak. Biar aku tamatkan kau."

  Moon memegang tangan Alicia. "Sudahlah, Alicia. Baik kita cuci tangan."

  Alicia menjengilkan matanya. "Apa kau merepek ni? Kita kan nak bunuh Ali, biar jawatan pengetua sekolah ini beralih pada kau."

   "Aku tak sanggup nak bunuh lagi. Aku tak sanggup nak bunuh kawan aku lagi."

   Ali mengetap bibir, menahan sebak.

   " APA BENDA KAU MEREPEK NI?!"

   Serentak dengan itu, Rudy, Ghazali serta anggota polis meluru masuk ke dalam makmal komputer itu.

  " Berhenti! Lepas Ali. Letakkan senjata."

   Dua polis wanita segera menahan Moon dan Alicia.

"Pembunuh sebenar SEKOLAH  ASRAMA M.A.T.A telah ditangkap"
-Harian Metro-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro