Chapter 16
SELAMAT DATANG
KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Kerana dia
Bukan seorang
"EH, ada darah?" Ali mengerutkan dahi melihat ada titik darah di pintu masuk. Ini kalau mak cik cleaner tahu ni mesti smackdown si pembunuh sebab kotorkan dewan.
Khai memerhati titisan darah sejenak. "Darah ini menghala ke arah sesuatu."
Ali memetik jari. "Yalah. Jom kita ikut titisan itu."
Mereka mengekori titisan itu dengan jalan berjengket ala detektif. Ini kalau Cikgu Rama nampak mesti kena lempang sekor sekor.
Titisan itu membawa mereka ke tandas Tingkatan 2 lelaki.
"Eh, kalau orang nak masuk ni mesti takut ada titisan darah." Komen Khai. Dia terduduk di hadapan pintu tandas itu kerana kepenatan.
"Mesti ada klu yang tertinggal." Ali memeriksa setiap tandas. Khai yang penat sudah terduduk seperti gajah kepenatan.
Pintu tandas terakhir terbuka.
Ali hairan melihat penutup pam tandas (?) 🚽 (dekat atas tu, bukan tempat buang air) yang kelihatan terbuka sedikit dan ada sedikit cecair merah.
Ali membuka penutup tandas itu.
"Argh!"
Khai segera menuju ke arah Ali dengan berlari gaya pondan disebabkan terlalu penat. "Kenapa ni, Ali?"
"Tak, aku terkejut sebab ada jaket harga RM100 dalam penutup tandas ini." Ali menunjukkan sehelai jaket singkat berwarna merah berbelang biru, sehelai seluar dan sepasang cermin mata.
Khai mengecilkan matanya. Ni macam jaket aku je.
"Eh, apa motif pembunuh tu en?"
Ali mengusap dagunya. "Yalah, dia nak suruh kita pakai kot."
Khai memukul bahu Ali, menyangkal pendapat rakannya. "Ish, mana ada. Mungkin dia mahu menunjukkan bagaimana rupa si mangsa kot."
Ali mengangguk walaupun masih bingung. "Eh tapikan banyak kot orang mata lima eh mata empat kat sekolah ni."
Khai membelek klu di tangan Ali.
"Wey, agaklah nak LGBT wey."
"Mana ada LGBT. Berdasarkan pemerhatian aku, jaket ni hanya dipakai oleh lelaki sebab agak singkat untuk perempuan. Jadi kita tanyalah lelaki mata empat yang ada jaket begini."
Ali melangkah keluar dari tandas "Eh, ingat kita wartawan ke nak tanya - tanya."
"Bukan wartawan tapi detektiflah."
"Esok hari Sabtu manalah orang datang."
"Tanya yang tak balik jelah."
Tanpa mereka sedari, ada sekeping gambar berada di bawah...
Nooroo :Ya Tuhan, bagaimana mahu terangkan
Ali : Macam ni *pasang lampu suluh*
Me : *lempang Ali*
Tanpa mereka sedari, ada sekeping gambar yang dilekatkan di belakang penutup atas mangkuk tandas itu.
Gambar itu terjatuh dan mempaparkan gambar robot pengesan bohong iaitu R.O.
...
Cikgu Ridzwan berjalan ke surau. Selepas ini azan asar akan masuk dan dia bertugas untuk menjaga murid - murid yang tidak pulang lagi untuk solat.
Cikgu Ridzwan kelihatan gelisah. Eh, baru kena reject dengan Jenny ke, bang?
Cikgu Ridzwan terlanggar Ali dan Khai yang bermesyuarat sambil berjalan laksana perdana menteri.
"Maafkan saya, maafkan saya Cikg-- Cikgu Ridzwan?" Khai ternyata terkejut melihat suspek ketiga di hadapan mata.
"Ya, kamu tak pergi ke surau lagi kenapa?"
"Nak pergilah ni.." Belum sempat Khai ingin menjawab soalan Cikgu Ridzwan, Ali menyampuk.
"Cikgu, mengapa cikgu selalu ke lokasi pembunuhan pada pukul 1 pagi." Tanpa bertapis ayat seperti kopi perlu ditapis, Ali bertanya.
Muka Cikgu Ridzwan berubah apabila mendengar soalan itu.
"1 pa-- gi. Ma-- mana ada."
"Mengaku jelah cikgu. Cikgu pembunuh tu kan?" Tanya Ali tanpa usul periksa.
Kebetulan pihak polis sedang melewati kawasan tersebut. Amboi, mengapa salah seorang daripada mereka jalan terkangkang?
"Kau mengaku je atau bapa kau, Encik Quatro akan kami bunuh!"
Cikgu Ridzwan menundukkan kepala sebelum mengangkatnya kembali.
"Cikgu mengaku. Cikgu yang buat. Cikgu lakukan semua pembunuhan itu semata - mata wang."
"Anda ditahan." Sebaik sahaja Cikgu Ridzwan berkata - kata, dia terus ditangkap oleh pihak polis.
Ali tergamam tanpa reaksi. Tidak sangka yang sangkaannya betul.
Khai juga tergamam sama. Tapi lebih teruk, siap terduduk dan menutup mulut gaya pondan lagi.
Dari jauh, dua manusia berhoodie memerhatikan mereka dari blok bertentangan.
Manusia berhoodie putih itu menghirup air milo (Oh, sedapnya) manakala manusia berhoodie kuning sedang menghirup air boba tea. (Amboi, sudahlah Nooroo! )
"Jangan risau, pembunuh palsu telah ditangkap."
- Manusia Berhoodie Putih -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro