Chapter 14
SELAMAT DATANG
KE
ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Kerana 'dia'
Bukan seorang
HARI ini warga sekolah digemparkan dengan perhimpunan mengejut berlokasi di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan M.A.T.A.
"Kenapa perhimpunan mengejut?"
"Ala, aku boleh sambung tidur. Best apa?"
Ali mengalih pandangan ke arah Moon yang matanya merah seperti baru lepas menangis. Ali menyiku Khai.
"Hey, Khai. Kenapa Moon macam muka baru frust kena reject dengan crush?"
Khai memandang wajah Moon apabila Ali berkata sedemikian. "Ala, mana tahu dia tengok drama korea dengan Iman semalam."
Ali tersentak, tersedar sesuatu yang hilang. "Kejap, mana Iman?"
"Eh? Iman? Yalah, aku tak nampak pun dia." Khai juga hairan melihat Moon keseorangan tanpa ditemani Iman.
Dalam hati Ali dan Khai masing - masing berdetik hal yang sama. Tak mungkinlah - - -
"Assalamualaikum murid - murid. Dukacitanya pihak sekolah mengatakan bahawa seorang lagi pelajar menjadi mangsa pembunuhan di kes bersiri ini." Cikgu Geetha menarik nafas, rasa sebak dan takut bercampur baur.
"Saudari Iman, pelajar contoh sekolah telah ditemui mati di dalam tandas pagi tadi. Keadaanya amat mengerikan. Murid - murid diminta bertenang kerana pembunuh kini makin agresif."
Cikgu Rama menyambung. " Saya minta kerjasama murid - murid kalau mahu ke mana sahaja kecuali hendak mandi sila berteman tak kira lelaki atau perempuan. Yang perempuan pula jangan sesekali mainkan hati seorang lelaki kerana lelaki juga punya perasaan. "
Seluruh dewan menjadi sunyi seketika setelah mendengar ayat terakhir Cikgu Rama.
" Silap ayat pembacaan pula." Cikgu Rama membaling kertas yang berada di tangannya ke belakang. " Pihak polis kini kembali bekerjasama untuk membanteras jenayah yang berlaku di sekolah kita ini. Jikalau murid terdapat maklumat tambahan mengenai kes ini, sila laporkan kepada kami. "
"Bersurai semua. BERTINDAK - -"
"SEGERA!" Murid - murid menyahut ayat Cikgu Rama, tetapi dengan nada yang agak lemah ampitudnya.
Hal ini kerana pembunuhan di sekolah mereka makin berleluasa.
Ali memandang semula ke arah dewan. Memikirkan kes ini sekaligus cuba redha atas permergian Iman.
Ali terperasan bahawa Cikgu Jenny dan Cikgu Ridzwan tidak berada di perhimpunan mengejut ini bersama - sama murid yang lain.
"Ali." Khai memegang bahu Ali yang jauh mengelamun.
"Oh, sorry." Ali meninggalkan dewan itu bersama - sama Khai dengan penuh rasa sedih dan rasa curiga.
...
Pada waktu rehat yang sepatutnya merupakan waktu paling berharga menjadi waktu paling menyedihkan bagi Kelab Penyiasat Muda. Hal ini kerana ahlinya tidak mencukupi.
Moon menekup wajahnya. "Aku... Aku rindu Iman. Kenapa dia pergi cepat sangat?"
Selera Ali yang membuak - buak terus terbantut. "Ha inilah sebab aku ajak korang ke sini."
"Kita nak berbincang pasal siapa pembunuh ini." Ali meletakkan gambar Jenny dan Ridzwan sebelum meletakkan gambar pak ciknya dengan perasaan berat hati.
"Kenapa kita tak lapor sahaja pada pihak berkuasa?" Tanya Khai dengan mulut yang penuh.
Ali mengeluh. "Kalau maklumat kita salah nanti. Naya kena sedas kat punggung."
Moon tertawa kecil. "Tak pernah dengar pun kalau bagi maklumat salah kena sedas kat bontot."
Ali membuat muka toya. Aku sebut ayat sopan kau terus straight to the point sebut bontot.
"Ha, kau ketawa juga akhirnya." Kata Khai apabila menyedari Moon ketawa tadi. Moon tersenyum nipis.
"Cikgu Jenny dan Cikgu Ridzwan. Aku perasan cikgu berdua ni tak ada semasa perhimpunan mengejut tadi." Terang Ali berdasarkan pemerhatian. "Lagipun semua cikgu ada semasa perhimpunan tadi."
"Dan...?" Khai masih belum mendapatkan motif Ali menceritakannya.
"Mungkin diorang ada kaitan dengan pembunuhan ini." Ali membuat teori.
"Macam mana dengan uncle kau?" Moon bertanya. "Kau rasa dia ada kaintan ke dengan siasatan ini?"
Ali mengawal rasa kecewa yang menguasai diri apabila pak ciknya disyaki sebagai suspek pembunuhan. "Kita boleh tanya suspek - suspek ni nanti."
"Ha guna alat pengesan ni bohong aku." Khai menerangkan fungsi alatnya apabila melihat muka Moon yang bingung. " Alat pengesan bohong aku iaitu R.O. Ayah aku ciptakan alat itu dan dia serahkan pada aku pula."
Ali teringatkan memori di mana dia menipu yang dia tidak membawa komik Ultra Qalif di dalam begnya.
Akibatnya dia terpaksa mendengar suara Cikgu Rama menyanyi lagu Temberang (nyanyian asal Ayda Jebat) . Seram woo~
" Bila mulakan siasatan ni? "Moon bertanya dengan penuh bersemangat. Dia ingin menuntut bela atas kematian ayah dan kawannya.
" Esok"
...
Keesokkan harinya bukan seperti hari yang biasa. Suara ketakutan dan suara kesedihan kedengaran di seluruh sekitar tatkala kau melangkah ke dalam pada masa sekarang ini.
"Aku nak berhenti sekolahlah."
"Ala, kenapa? Nanti aku tak da kawan sebilik yang ketawa bersama menangis bersama. Ku bersumpah kita mati pun bersama. "
"Sekolah ni banyak pembunuh lah. Nanti aku kena bunuh macam mana? Takutnya."
"Yalah, berhenti jelah sekolah ini. Kemudian cari sekolah yang lain."
Rudy hanya menjeling Ali yang sibuk memikirkan kes pembunuhan yang makin terjadi - jadi di sekolah yang dia sangat sayangi ini.
Nooroo : Waktu ni Khai pergi ke tandas
Lebih - lebih lagi setelah mendengar olahan dari rakan - rakan sekelasnya.
"Kau takkan berjaya cari 'dia' Ali." Bisik Rudy di sebelah Ali sebelum kembali ke tempatnya.
Ali hanya kaku, diam. Tidak berkutik.
"Mana boleh camtu. Kita kena percaya pada Allah yang DIA akan lindungi kita. Walaupun seribu lembing datang menyerang."
"Ya, betullah."
"Saya pun tak nak tinggalkan sekolah ini. Terlalu banyak kenangan manis."
Ali tergamam kemudian berpaling ke arah suara itu.
Moon.
Moon mengangkat ibu jarinya ke arah Ali.
Ali tersenyum. Ya. Walaupun Kelab Penyiasat Muda kehilangan seorang tidak bermaksud kehilangan kesemuanya.
Walau bagaimanapun, kes ini mesti diteruskan!
Kita kena percaya pada Allah yang DIA akan lindungi kita. Walaupun seribu lembing datang menyerang
- Moon -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro