Chapter 13
SELAMAT DATANG
KE ASRAMA M.A.T.A
.
Hati - hati dalam menyiasat
Kerana 'dia'
Bukan seorang
"MANA diorang ni." Ali memandang kiri dan kanan, mencari kelibat Iman dan Moon. Inilah masalahnya kalau kawan dengan orang perempuan. Selalu lambat.
"Ha, tu pun diorang!" Khai menunjuk ke arah koridor belakang mereka.
Ali hairan melihat mata Iman yang seakan membengkak seperti baru menangis manakala Moon kelihatan sedang memberikan kata semangat kepada Iman.
Yalah, siap bergaya seperti Perdana Menteri memberi ucapan lagi!
Iman mengambil tempat bersama - sama dengan Moon. Dua orang manusia berjantina lelaki mendekati dua sahabat mereka itu.
Iman sedang dalam ketakutan itu ditenangkan oleh Moon. Pada masa yang sama, Khai memandang Iman, risau. "Eh, Iman. Kau okay?"
Iman masih dalam trauma. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak.
Pandangan Ali tertumpu pada kertas yang dipegang Iman. Tangan Iman kelihatan menggeletar memegang kertas tersebut. "Iman, kert--"
Iman menarik nafas ketakutan. "Saya rasa ada orang ikut saya."
Khai dan Ali berpandangan. Kejap, kejap, kejap...
Apa?
"Baca tu." Moon menjuih bibirnya pada kertas yang dipegang Iman. Iman menghulurkan kertas itu pada mereka berdua.
"Waktu tu aku nak ambil buku yang tertinggal kat perpustakaan. Ada orang cekik Im--"
Pembacaan Ali dan Khai terhenti. "CEKIK IMAN?" Dan mata mereka tertoleh ke arah Iman.
Moon berdehem, menghilangkan rasa kekok yang terasa di atmosfera. "Nasib baik aku halang si hoodie kuning tak guna tu kalau tak mesti Iman tak da kat sini." Tangannya digempalkan, seolah mahu menumbuk si hoodie kuning itu.
"Jadi kalau, Iman sasaran seterusnya." Khai menunjukkan klu yang ditulis di permukaan surat itu. " Macam mana nak buktikan dengan klu ni?
Kepada : Si Penyibuk Berempat
Kamu semua memang tak serik - serik. Walaupun diberi amaran, kamu semua masih mahu menyiasat. Bagus, bagus. Semangat begini yang kita nak.
Disebabkan semangat korang dan kecuaian korang dalam meneka klu, jadi kesian sangat, bagilah klu yang senang sikit.
Kalau korang salah, gelak tiga malam pun tak habis lagi.
Kalau bagi klu senang, tempoh dia berkuranglah! Klu ni perlu diselesaikan secepat mungkin kerana esoknya calon pembunuh akan dibunuh. Pandai - pandai koranglah nak cari calon tu. Tata!
Klunya adalah...
" Ibu masak ayah. Momo si kucing makan daging ayah. Ayah punya kepala pun Momo makan. Nini si adik menelan usus ayah." Ali menggigil seketika membaca klu itu.
"Tak da ayat lain ke?"
" Ayat ini terlalu panjang." Khai mengusap dagunya. "Mungkin kita guna cara menyelesaikan kes pertama dulu. Ambil suku kata pertama setiap ayat."
"Jadi Ib-Mo-Ay-Ni?" Ali mengerutkan dahi.
"Mungkin guna akronim!" Moon menyatakan pandangan.
"Akronim?" Iman bersuara.
"Apa benda tu?" Ali menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ambil huruf pertama setiap ayat. Seperti RIMBA, kata kunci untuk Reptilia, Ikan, Mamalia, Bur--" Kata Moon dipintas Ali.
"Ya ya kami tahu. Straight to the point, please?" Ali memetik jari ala business man. Moon membuat muka toya (😑).
Ibu masak ayah.
Momo si kucing makan daging ayah.
Ayah punya kepala pun Momo makan.
Nini si adik menelan usus ayah
"Jadi..." Mereka bertiga memandang Iman yang jelas ketakutan
Gila, siapa tidak takut apabila mengetahui ajal mereka diambil oleh seorang manusia yang tidak berakhlak esok?
"Iman." Moon memegang bahu Iman. Iman jelas tersentak. "Awak okay?"
"Okay." Iman ternyata berbohong di situ.
"Tak pa, kitaorang akan lindungi kau." Ali menggenggamkan tangannya dan dihayunkan ke atas. "Lagipun Allah sentiasa lindungi kau."
Khai tersenyum mendengar kata Ali. " Beruk kata Ali, eh silap... betul kata Ali. Kau anggap je pembunuh tu macam sekecil habuk yang kita boleh tentang."
Iman tersenyum kecil. " Terima kasih, semua."
...
Iman panik apabila buku tulis Matematiknya tiada di dalam beg. Esok kena hantar kalau tidak mesti seluruh meja di kelas 2 Cendekia akan dibelah Cikgu Munah seperti Super Saiyan membelah pokok menggunakan tangan.
Tiber. Bukan kau minat pun Super Saiyan wahai author.
"Moon, saya rasa buku saya tertinggal kat perpustakaan." Iman mengetap bibir, berat mahu meluahkan. " Mungkin ia terjatuh masa saya dicekik si pembunuh itu."
Seorang perempuan di dalam bilik itu diberi nama Mia terkejut mendengar kata Iman.
Nooroo : Sebenarnya ada Alicia tapi Alicia sedang tidur
" Dicekik pembunuh? Betul ke Iman?" Mia terdiam apabila Moon membuat isyarat tangan, 'nanti kita cerita.'
"Sekarang macam mana Iman?" Soal Moon. " Nak saya teman?"
Iman mengangkat tangan. " Tak palah, saya tak nak susahkan awak." Iman mencapai tudungnya.
Moon menarik tangan Iman sambil menggelengkan kepalanya. " Jangan, Iman. Esok boleh ambil kan."
" Kerja sekolah saya tak siap lagi." Iman merenung ke bawah. Dia sebenarnya takut mahu keluar tetapi teringatkan muka Puan Munah, terus diendahkan rasa takutnya.
Moon mengeluh melihat bayang Iman yang sudah tiada.
...
Iman yang berjalan ke perpustakan terasa seperti diekori seseorang, berjalan dengan lebih laju.
Dalam hatinya terdetik, jantungnya berdebar. Haih, masa beginilah kakinya tidak dapat berjalan dengan lebih laju selaju pondan berlari.
Tiba - tiba bahunya dipegang seseorang.
Nooroo : Ha, readers panik
Wajah wardan dengan muka bengis menyapa. " Kenapa duduk luar? Masuk tidur."
"Saya... Saya nak." Nasib Iman baik kerana buku latihan matematiknya berada di atas rak kasut. Diambil buku itu. " Saya nak ambil buku latihan Matematik saya."
Wardan itu menggeleng. Ayat pertama itu diperlahankan tetapi dapat didengari Iman. " Macam macamlah budak zaman sekarang. Dah, masuk tidur."
"Ba..Baik." Iman segera beredar dari situ.
Entah kenapa perutnya tiba - tiba memulas macam ada ribut taufan di dalam perutnya.
Mahu tidak mahu terpaksa ke tandas.
Nooroo : Skip Iman membuang air. Yalah, korang nak author cerita masa dia buang air ke.
Setelah flush ditekan, Iman menolak dedaun pintu. Nafasnya seakan terhenti melihat si hoodie putih sedang tersenyum ngeri.
"Dezuli, Iman."
Iman tergamam. Dezuli?
Si hoodie putih itu mengambil pisau dari poketnya.
Tepat jam 12 tengah malam, satu jeritan kedengaran di tandas perempuan.
Dezuli, Iman
- Si Pembunuh 1-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro