42
"Jihee, kenapa tak cakap nak datang?"
Jisoo yang membuka pintu itu memandang ke arah adik iparnya yang masih berpakaian pejabat itu.
"Unnie, Oppa ada?" Soal Jihee.
"Ada. Dia baru je masuk bilik kerja dia. Jihee pergilah naik, nanti Unnie bawakan air,"
Jihee mengangguk dan melangkah ke tingkat atas. Bilik kerja Taeyong dituju dan tanpa mengetuk pintu seperti selalu, dia terus meluru masuk.
Taeyong yang sedang bercakap di telefon itu menoleh ke arahnya.
"Nanti Hyung call semula," panggilan dimatikan.
"Nak apa datang malam-malam ni?" Soal Taeyong.
"Oppa tahu kenapa Jihee datang kan? Now explain," Jihee mengambil tempat di hadapan abangnya.
"Explain apa?" Taeyong masih mahu bermain tarik tali dengan adiknya.
Jihee mengetap bibirnya geram.
"Projek Jeju tu. Kenapa tiba-tiba Oppa pula yang nak uruskan?"
"Oh projek tu. Hmm sebab Oppa rasa projek tu macam tak sesuai dengan Jihee. Jihee baru je kerja tapi dah kena uruskan projek besar macam tu,"
"Lepas lima bulan baru Oppa rasa Jihee tak sesuai dengan projek tu? Are you kidding me?"
Taeyong diam.
"Kenapa Jihee beria sangat ni? Hmm?"
"Sebab tu projek pertama Jihee. Of course Jihee nak siapkan sampai habis," ujar Jihee meyakinkan abangnya.
"Are you sure? Bukan sebab senang Jihee nak jumpa dengan Hyunjin?"
Jihee terkedu.
"Apa maksud Oppa?"
"I knew it already. Hwang Hyunjin. Dia yang mengandungkan dan tinggalkan Jihee dulu kan?"
"Oppa–,"
"Putuskan hubungan Jihee dengan dia. Jangan sampai parent Jaehyun dapat tahu,"
"Jihee tak nak. Jihee dah buat keputusan. Jihee tak nak kahwin dengan Jaehyun. I don't love him,"
"Lee Jihee!" Taeyong sudah berdiri.
"Apa? Jihee cakap benda betul. Jihee takde perasaan lebih dari seorang kawan pada Jaehyun. So, kita patut batalkan semua ni!"
Pangg!!!
"Jangan main cakap je Jihee," tangan Taeyong sedikit menggeletar setelah menampar pipi adiknya.
"Oppa, Jihee cintakan Hyunjin. Jihee tak nak kahwin dengan Jaehyun. Ini keputusan Jihee," ujarnya sambil memegang pipi kananya yang terasa sakit itu.
"That will never happen Jihee. Oppa takkan batalkan perkahwinan ni. And for your information, parent Jaehyun ada call Oppa. Diorang nak cepatkan majlis korang berdua,"
"Mwo?"
"Jihee tak salah dengar. Jihee akan kahwin dengan Jaehyun hujung bulan ni. Oppa bagi Jihee tempoh sampai hujung minggu ni untuk Jihee pindah masuk sini semula. You'll stay here until your wedding day. Oppa takkan terima sebarang penolakan," ujar Taeyong sebelum dia berjalan melepasi Jihee.
"Lagi satu, putuskan hubungan dengan dia. Kalau Jihee pilih untuk terus jadi adik Oppa, ikut semua yang Oppa cakap malam ni,"
Dan selepas itu Jihee hanya mendengar bunyi pintu yang ditutup oleh Taeyong. Jihee terus jatuh terduduk.
"Oppa, macam mana Jihee nak pilih kalau dua-dua penting untuk Jihee," air matanya terus gugur.
***
Hyunjin membuka pintu apartmentnya dan tubuhnya terus dipeluk selepas itu.
"Noona," dia menolak sedikit tubuh Jihee.
Air mata di pipi gadis kesayangannya itu diseka.
"Kenapa ni?" Soalnya lembut.
"Hyunjin ah, Taeyong Oppa dah tahu tentang kita,"
Hyunjin mengetap bibirnya.
"Kita masuk dulu," tangan Jihee ditarik lalu pintu ditutup.
Dia mendudukkan Jihee di sofa sebelum dia ke dapur dan mengambil secawan air.
"Minum dulu,"
Jihee menyambut huluran gelas itu dan meneguk minuman sejuk itu.
"Abang Noona cakap apa?"
"Dia nak saya putuskan hubungan kita," ujar Jihee.
Hyunjin diam. Perbualannya bersama Taeyong siang tadi kembali mengganggunya.
"Noona, saya rasa–,"
"Saya tak nak kahwin dengan Jaehyun," tubuhnya dipeluk lagi.
Hyunjin memejamkan matanya. Ayat yang ingin dikatakan kepada Jihee terpaksa disimpan kembali. Tangannya mengusap belakang badan Jihee.
"Saya tak nak berpisah dengan awak," ujar Jihee sambil meleraikan pelukan.
"Awak pun sama kan?" Soalnya sambil memandang mata Hyunjin.
Hyunjin tidak membalas sebaliknya dia memegang rahang Jihee.
"Cakaplah yang awak pun sama,"
Hyunjin menyatukan bibir mereka. Tangannya menolak Jihee sehingga berbaring di sofa.
"Hyunjin!" Jihee memukul bahu Hyunjin.
"Noona, jangan balik malam ni boleh?" soalnya.
Jihee mengangguk. Tangannya terus merangkul leher Hyunjin dan mereka berciuman lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro