41
"Mana fail projek dekat Jeju tu?" soal Jihee sambil melangkah ke meja setiausahanya.
"Cik Jihee tak tahu?"
"Tahu apa?" soal Jihee kembali.
"Tuan Taeyong kata, mulai harini dia yang akan uruskan projek dekat Jeju tu," ujar Seeun.
"What!?" Suaranya yang sedikit kuat itu membuatkan beberapa staf lain memandangnya.
"Ya. Dia baru je bagitahu saya tadi dan minta fail tu. Saya ingatkan Cik Jihee dah tahu," ujar Seeun sedikit gusar.
Pertama kali dia melihat Jihee meninggikan suara begitu.
"Takpe. Bukan salah awak," bahu Seeun ditepuk sedikit sebelum dia pergi dari situ.
Destinasinya cuma satu iaitu pejabat Taeyong. Sampai sahaja, dia terus masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Oppa!"
Taeyong yang sedang mengemas beberapa fail itu memandang Jihee. Tiada segaris senyuman di bibirnya seperti selalu.
"Nak apa? Oppa nak keluar ni. Ada discussion," ujar Taeyong.
"Discussion? Discussion apa? Tentang projek dekat Jeju tu kan?" soal Jihee.
"Baguslah kalau Jihee tahu," Taeyong mencapai fail-fail yang ingin dibawanya.
"Oppa!" Lengan Taeyong ditahan.
"Oppa dah lambat. Balik nanti kita bincang tentang ni," Taeyong menarik lengannya kembali lalu berjalan melepasi Jihee.
"Oppa! Oppa!" jeritannya langsung tidak diendahkan.
Malah pintu biliknya juga dihempas sedikit oleh Taeyong.
Jihee mengeluh. Tidak pernah Taeyong bersikap begitu dengannya.
"Haish,"
***
"Jadi kita akan ke sana lagi bulan depan lah untuk tengok progress resort tu?"
Hyunjin mengangguk.
"Ya, pertengahan bulan depan. Tuan Taeyong akan datang ke nanti? Atau hantar wakil sahaja?" Soal Hyunjin.
Taeyong menutup fail di hadapannya. Matanya sempat memberi isyarat kepada setiausahanya agar menunggu di luar.
"Kenapa? Encik Hyunjin nak adik saya yang ke sana dengan Encik?" soal Taeyong sambil tersenyum sedikit sinis.
Hyunjin terkedu namun dia cuba mengawal riak wajahnya. Merasakan atmosfera seakan berubah, dia turut mengarahkan staf yang menemaninya keluar. Kini hanya tinggal mereka berdua.
"Hwang Hyunjin. Jadi awak lah teman lelaki adik saya dulu?" Taeyong menyoal dengan wajah serius.
"Ya saya," balas Hyunjin.
Taeyong bangun dan berjalan ke arah Hyunjin. Kolar baju lelaki itu dicekaknya dan tangannya yang membentuk penumbuk itu diangkat tinggi.
Bukkk!!!
"Ughh!" Taeyong meringis perlahan setelah melepaskan penumbuk ke penyandar kerusi yang diduduki Hyunjin.
"Jauhkan diri dari Jihee," ujarnya.
"Tapi saya sayangkan dia,"
Taeyong ketawa perlahan. Kedengaran cukup sinis di telinga Hyunjin.
"Sayang? Kalau sayang apa yang jadi tujuh tahun lepas takkan jadi. Adik saya takkan lalui semua kepayahan tu. Dia takkan tersiksa macam tu,"
"Saya tahu saya salah. Saya dah minta maaf pada Jihee Noona dan dia dah maafkan saya. Jadi saya harap Tuan Taeyong pun boleh maafkan saya," Hyunjin ikut bangun.
"Jihee maafkan? Itu semua mesti sebab ayat manis yang awak dah tabur pada dia macam zaman sekolah korang dulu kan?"
"Tak. Kami memang saling cintakan satu sama lain. We need each other. So, saya harap Tuan boleh terima hubungan kami,"
"Terima hubungan korang? Yaa! Jihee tu dah bertunang lah!" bahu Hyunjin ditolak kuat.
"Tapi Jihee Noona tak pernah cintakan Jaehyun,"
"Jadi awak cuba cakap awak yang patut dengan Jihee sebab korang cinta sesama korang?"
Hyunjin mengangguk.
"Tch. Dulu pun korang cintakan sesama korang. Tapi at last, Jihee kena tinggal juga. Jaehyun, lelaki yang dia tak cinta tu lah yang ada dengan dia. Susah senang dia. Waktu Jihee keguguran pun, dia yang uruskan sebab saya takde waktu tu. Jihee nak sambung belajar semula pun sebab Jaehyun yang pujuk dia. Dia ceria semula pun sebab Jaehyun. Kalau nak dibandingkan awak dengan Jaehyun, you don't deserve her at all. Tak kisahlah korang cintakan satu sama lain atau tak," ujar Taeyong.
"You know what, Jihee pernah cuba bunuh diri lepas dia keguguran. Kalau Jaehyun tak datang jenguk dia waktu tu, mungkin yang kami akan terima adalah panggilan dari pihak hospital yang maklumkan diorang jumpa mayat," sambung Taeyong lagi.
"Jihee Noona cuba bunuh diri?" Soal Hyunjin tidak percaya.
Taeyong mengangguk.
"Waktu Jaehyun masuk wad dia, dia nampak Jihee tengah cuba telan pil tidur yang banyak. Serius, kalau Jaehyun tak datang waktu tu, mungkin Jihee memang dah takde sekarang,"
Hyunjin terduduk di kerusinya.
"Saya tahu awak cintakan dia Hwang Hyunjin. Apa yang jadi dulu, saya dah tak boleh nak marah dah. Benda dah jadi. Kalau saya bunuh awak sekali pun, anak korang tu takkan hidup semula pun. Tapi satu je saya minta, saya tak nak Jihee lalui apa yang dia lalui dulu. And the only way is, you need to let her go," ujar Taeyong lagi.
Kali ini lebih tenang. Tidak lagi sekasar tadi.
"Kalau awak betul-betul nak Jihee bahagia, lepaskan dia,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro