Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29

"Stop Noona! I said stop!" suara Hyunjin memenuhi kawasan parkir bawah tanah bangunan lama itu.

Jihee melajukan langkahnya. Dia hanya membiarkan Hyunjin menjerit memanggil namanya.

"Lee Jihee!"

Hyunjin menarik bahu Jihee dari belakang.

"Hyunjin lepas," rintih Jihee.

"Noona ni kenapa? Penat saya cari tempat ni, bayar semua benda dan Noona sesuka hati je batalkan?"

"Saya tak sanggup Hyunjin. Saya tak mampu," tangis Jihee.

Hyunjin meraup wajahnya. Sebulan dia menunggu Jihee untuk selesai peperiksaan. Dia bersusah payah mencari klinik khas yang mempunyai servis menggugurkan kandungan. Dan bila dia menjumpainya, Jihee boleh membatalkan semuanya begitu sahaja.

"Hyunjin, kita jaga baby ni eh? Tentang pelajaran kita awak jangan risau. Saya boleh-,"

"Saya tak nak!" jerit Hyunjin kuat.

"Saya tak nak anak ni Noona. Susah sangat ke Noona nak faham? Saya tak nak dia. Saya tak boleh dan tak bersedia lagi nak ada anak," bahu Jihee dipegang.

"Wae? Dia anak kita Hyunjin ah. Kenapa awak sentuh saya kalau awak tak sanggup nak terima semua ni?" soal Jihee.

"Silap saya Noona. Saya sepatutnya pakai protection macam biasa. Tapi petang tu-,"

"Macam biasa? Yaa, apa maksud awak?"

"Noona-"

"Saya bukan perempuan pertama Hyunjin?" soal Jihee lagi.

Hyunjin mengangguk perlahan.

"Saya tidur dengan semua ex saya sebelum Noona. Tapi saya sentiasa pakai protection supaya bukan sebarangan orang boleh ugut dan mengaku diorang mengandungkan anak saya,"

Jihee menekup mulutnya. Dia benar-benar tidak sangka Hyunjin melakukan semua itu.

"Jadi Noona please, kali ni je. Kita gugurkan-,"

"Hwang Hyunjin,"

Hyunjin menoleh ke sisinya dan-

Bukk!!!

"Argh," Hyunjin merintih bila merasakan bibirnya pecah.

"Jaehyun? Noona bagitahu dia kita ke sini?"

Jihee menggeleng.

"Tch, sampai macam tu sekali eh Noona sayangkan ex Noona ni? Semua benda nak bagitahu dia,"

"Tak Hyunjin, bukan macam tu-,"

"Jihee tak bagitahu aku apa-apa. Aku yang ikut kereta kau senyap-senyap sebab nak tahu benda bodoh apa yang kau akan buat?" Jaehyun mencekak kolar baju Hyunjin.

"Bodoh atau tak, itu urusan aku dengan Jihee Noona. Kau siapa nak masuk campur?"

"Aku? Lelaki yang lebih pandai hargai Jihee,"

"Tch. Kau pandai hargai dia? Kau lupa yang kau tinggalkan dia sebab perempuan lain dulu? Hah?" tubuh Jaehyun ditolak ke tiang yang berada di situ.

"Itu antara aku dengan Jihee. Kau jangan masuk campur,"

"Habis tu kau masuk campur hal aku sekarang tu apa?" sebuah penumbuk dilayangkan ke wajah Jaehyun.

"Hyunjin!"

Jihee menarik Hyunjin.

"Wae? Noona marah saya tumbuk dia? Tadi waktu dia tumbuk saya, Noona buat apa? Noona tengok je kan?"

"Hyunjin ah, tadi tu-,"

"Cukup Noona! Saya tahu Noona memang sayangkan dia ni lagi kan? Sebab tu Noona selalu luangkan masa dengan dia dan abaikan saya!"

Jihee menggeleng.

"Jaga bahasa kau budak!"

Jaehyun memandang Hyunjin tajam.

"Yaa, kau sayangkan Jihee Noona kan? Apa kata kalau kau je yang bertanggungjawab jadi Appa budak tu? Sanggup?" Hyunjin tersenyum sinis.

"Hyunjin, awak merepek apa ni?" Jihee memegang lengan Hyunjin.

"Okay. Aku akan buat," balas Jaehyun.

Hyunjin berdecit sebelum ketawa sinis.

"Noona, jagalah anak tu dengan dia. Mungkin dia akan bahagia sebab Omma dia bersama dengan lelaki yang dia sayang,"

Hyunjin melangkah pergi dari situ.

"Hwang Hyunjin!"

Langkah Hyunjin yang berada beberapa tapak dari keretanya itu terhenti. Dia tidak menoleh langsung.

"Kalau awak melangkah lagi, saya anggap yang awak memang nak tamatkan semuanya. Awak memang dah tak sayang saya dan buang saya dari hidup awak," ujar Jihee bersama linangan air mata.

Hyunjin yang berdiri membelakangi Jihee itu menggenggam tangannya. Lama dia begitu sebelum dia akhirnya terus melangkah ke keretanya.

Enjin dihidupkan lalu keretanya mula keluar dari kotak perkir. Dari cermin sisinya, dia dapat melihat Jihee jatuh terduduk dan meraung.

"Pergi Hyunjin. Ini peluang kau. Kau dah bebas dari tanggungjawab kau," ujarnya pada diri sendiri.

***

"Jihee,"

Taeyong memandang adiknya yang terbaring lemah di katil wad VVIP itu. Jihee pengsan sewaktu mereka baru sahaja ingin makan malam istimewa sempena graduasinya.

Jihee enggan memandang Taeyong. Dia yakin abangnya itu sudah tahu rahsia yang disimpannya selama hampir empat bulan ini.

"Pandang Oppa Lee Jihee!"

Jihee akur dan duduk menghadap Taeyong.

"Mianhei Oppa," tangisannya pecah.

Taeyong terkedu. Kali terakhir dia melihat Jihee menangis begitu adalah sewaktu orang tua mereka meninggal dahulu.

"Jihee," dia terus memeluk Jihee.

Jihee menangis dalam pelukan abangnya. Tidak berhenti kata maaf keluar dari mulutnya.

"Jihee, pandang Oppa,"

Taeyong merendahkan sedikit tubuhnya agar ketinggiannya setara dengan Jihee yang duduk di atas katil itu.

"Siapa? Jaehyun?"

Jihee menggeleng.

"Mianhei Oppa. Jihee dah kecewakan Oppa. Jihee teruk, Jihee memalukan keluarga. Kalau Appa dengan Omma ada, mesti diorang buang Jihee,"

"Jihee, dengar sini," Taeyong memegang pipi adiknya.

"Bagitahu Oppa siapa dia? Kita pergi jumpa dia, bincang elok-elok,"

Jihee menggeleng.

"Dia dah buang Jihee,"

Taeyong mengetap bibirnya geram.

"Oppa," lengan Taeyong dipegang.

"Kalau Oppa sayang Jihee, jangan cari dia. Please? Jihee dah tak nak ada kaitan dengan dia,"

"Tapi Oppa kena tahu yang buat adik Oppa macam ni,"

"No Oppa. Please," rayu Jihee.

Taeyong mengeluh perlahan sebelum mengangguk.

"Gomawo Oppa," Jihee memeluk abangnya lagi.

Taeyong mengusap belakang badan adiknya. Dalam hatinya, dia bersumpah yang dia tidak akan memaafkan lelaki yang telah melukakan adiknya itu.

















Sorry lambat update. Hahaha ada lagi ke orang tunggu fic ni?😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro