23
Hyunjin yang baru keluar dari bilik mandi itu memandang ke arah katilnya. Jihee masih lagi belum berhenti menangis sejak tadi. Kakinya melangkah ke arah gadis yang kini sedang duduk memeluk lutut di penjuru katilnya itu.
"Noona,"
Jihee diam. Kepalanya disembamkan ke atas lututnya dan esakannya kedengaran lagi.
"Noona please stop crying. Dari tadi Noona tak berhenti," lengan Jihee disentuh.
"Hy-Hyujin," suara gadis itu bergetar sambil dia mengangkat wajahnya.
"Saya takut," ujarnya.
Hyunjin merapatkan lagi dirinya ke arah Jihee.
"Noona nak takut apa? Bagitahu saya," air mata gadis itu disekanya.
"Macam mana kalau orang tahu? Kalau Taeyong Oppa tahu, matilah saya. Mesti dia kecewa dengan saya,"
"Noona dengar sini. Sekarang ni kita berdua je kat rumah. Family and maid saya semua takde. Jadi takde orang lain yang tahu melainkan kita berdua,"
"Awak takkan bagitahu sesiapa?"
Hyunjin menggeleng.
"Buat apa saya nak bagitahu orang? Ini hubungan kita. Kita berdua je yang patut tahu apa yang jadi. Okay?"
Jihee mengangguk akhirnya.
"Saya sakitkan Noona ke tadi?"
Kali ini dia menggeleng. Dia merehatkan kepalanya di bahu Hyunjin dan membiarkan lelaki itu memeluk bahunya.
"Awak takkan tinggalkan saya lepas ni kan?" soal Jihee lemah.
"Penatlah nak ulang banyak kali. Saya takkan pernah tinggalkan Noona. Kalau saya buat, saya akan dapat balasannya. Itu janji saya pada Noona dulu kan?"
"Betul?"
Hyunjin mengangguk.
"Saya pun takkan tinggalkan awak,"
Hyunjin tersenyum dan mencium kepala Jihee.
"Sekarang ni, Noona pergi mandi. Lepas tu saya hantar Noona balik,"
"Okay,"
Hyunjin bangun dan ke almari pakaiannya. Sehelai tuala bersih diambil dan dihulurkan pada Jihee.
"Pandang sana,"
Hyunjin ketawa dan memusingkan badannya. Jihee dengan cepat turun dari katil dan melilit dirinya dengan tuala. Pakaiannya di lantai dikutip sebelum dia berlari masuk ke bilik mandi.
Dum!!!
Hyunjin kemudian mula memakai pakaiannya. Dan saat itu baru dia perasan dan teringatkan sesuatu.
"Damn it Hwang Hyunjin. Kau buat hal lagi," rambutnya dikusutkan.
Laci almari kecil di tepi katil dibuka. Matanya jatuh pada satu kotak alat perlindungan yang memang berada di situ.
"Hwang Hyunjin, kau memang gelojoh,"
***
"Awak nak apa Jaehyun?"
Jihee memandang lelaki yang baru sahaja menghalang jalannya itu.
"Kenapa tak balas text saya? Saya ingatkan awak dah anggap saya ni kawan awak,"
Jihee mengeluh perlahan. Sambil itu matanya memandang di belakang Jaehyun. Risau jika Hyunjin atau kawannya muncul memandangkan laluan itu berada dekat dengan kelas mereka.
"Saya busy!"
Jihee meneruskan langkahnya. Dan sekali lagi Jaehyun menahannya.
"Busy dating dengan budak tu?"
"Kalau ya pun, kenapa? Menyusahkan awak ke?" soal Jihee sedikit kasar.
"Jihee, awak tahu kan Taeyong Hyung suruh saya jagakan awak. Lagipun haritu awak sendiri yang berjanji depan dia untuk selalu ulang kaji dan belajar dengan saya. Lagi dua minggu je kita nak exam. Awak masih ada masa nak keluar dengan dia?"
"Janji? Saya setuju sebab Taeyong Oppa je lah. Jaehyun, awak ingat saya nak ke rapat dengan awak lagi? Awak nak Yeri serang saya?"
"Saya akan putus dengan Yeri. Jadi rasanya takde masalah kalau kita nak belajar sama-sama lepas ni,"
"Siapa cakap takde masalah?"
Jihee dan Jaehyun serentak menoleh ke arah suara itu.
"Hyunjin,"
Hyunjin berjalan ke arah mereka. Tangan Jihee terus ditarik agar berdiri di belakangnya.
"Kau jangan masuk campur urusan kitorang boleh tak budak?" soal Jaehyun sambil memandang Hyunjin tajam.
"Tch, urusan korang. Kau tengah sibuk nak paksa girlfriend aku ikut kau, tu kau tak bagi aku masuk campur?"
"Yaa! Bahasa kau jaga sikit. Aku ni senior kau lah," Jaehyun mencekak kolar uniform Hyunjin.
"Wo, wo, wo sunbaenim. Janganlah macam ni," Jisung yang turut berada di situ menarik Jaehyun jauh dari Hyunjin.
"Tch, dengan kau tak perlu nak jaga adab. Lelaki tak tahu malu,"
"Kau-,"
"Jaehyun!"
Yeri muncul dari arah bertentangan dan mendapatkan teman lelakinya.
"You ni dah kenapa nak bergaduh pula?"
"Jangan masuk campur Yeri. Budak takde adab ni memang kena diajar," tangan Yeri di lengannya ditolak.
"Jangan nak buat kerja bodoh. Dah jom balik,"
"Yeri, I cakap jangan masuk cam-"
"Omma You dah call. You nak dia tahu kita lambat sebab anak dia sibuk nak bertumbuk?"
Jaehyun mendengus geram.
"Kau selamat kali ni!"
Jaehyun berjalan pergi dan sempat melanggar bahu Hyunjin kuat.
"Hyunjin ah, saya-,"
"Noona memang tak dengar cakap kan? Kenapa dekat dengan dia lagi?"
"Yaa, saya-,"
"Saya tak nak dengar apa-apa. Jisung jom,"
Hyunjin berjalan pergi dari situ.
"Noona, jangan ambil hati ya. Kitorang kena marah dengan Sir Minho tadi sebab tu mood dia tak okay sikit," Jisung sempat bersuara sebelum meminta diri.
Jihee mengeluh perlahan.
Sorry kepada yang tunggu fic ni sebab lambat update. gue busy kemas barang nak balik kampung. doakan lah gue makin rajin update lepas ni😂😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro