Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21

"Dia reject kau?"

Jisung menjeling Felix geram. Dia tahu lelaki itu sengaja bertanya walhal sudah tahu jawapannya.

"Kau saje kan?" soalnya.

Felix ketawa suka bila melihat wajah Jisung saat itu.

"Relaks lah bukan Yiren seorang je perempuan kat sekolah ni," Seungmin cuba menenangkan Jisung.

"Memanglah. Tapi dia sorang je yang memenuhi cita rasa aku. Cantik, bijak dan paling penting seksi," ujar Jisung dalam nada kecewanya.

"Tinggi sangat cita rasa kau tu. Tak sesuai dengan kau," Hyunjin sudah ketawa.

"Betul. Kau kena lah cermin diri kau,"

Felix menyertai Hyunjin untuk mentertawakan Jisung. Seungmin hanya menggelengkan kepalanya.

"Yaa, lupakan je lah Yiren tu. Dia dengan Mingi sekarang, sebab tu dia tolak kau,"

"Mingi?" mereka semua memandang Seungmin.

"Aku nampak diorang keluar berdua semalam. Bukan main mesra lagi,"

"Mingi bukan dengan Yena ke?"

"Yaa, Mingi tu sama buaya je dengan Hyunjin. Mana pernah cukup satu," kata Felix selamba.

Dan selepas itu sebiji kacang dibaling ke arahnya.

"Cakap elok sikit. Aku dah berubah okay?"

"Ya, maksud aku Hyunjin yang dulu," Felix membetulkan ayatnya.

"Macam tak percaya je Hyunjin dah berubah. Awal buaya sorang ni pencen,"

Hyunjin hanya mengendahkan Jisung. Dia tahu lelaki itu hanya mahu bergurau.

"Kau tu Jisung, bila nak berubah? Buaya tak laku," soal Felix.

"Yaa, kau ni lebih-lebih pula kan kutuk aku?" bahu Felix ditampar.

"Nanti dia dah jumpa Mrs. Right dia, dia berubah lah," ujar Seungmin.

"Kalau ada orang nak," Felix ketawa lagi.

Suka betul dapat kenakan Jisung.

"Eh, dah lah. Aku nak pergi toilet. Nanti korang balik kelas tanpa aku," Hyunjin bangun.

"Pergi toilet ke cari buah hati?" soal Jisung mengusik.

"Toilet lah. Kau nak suruh aku kencing kat tepi padang ni?" soal Hyunjin geram.

"Gurau bro, gurau!"

Hyunjin menggelengkan kepalanya sebelum dia berjalan masuk ke bangunan sekolah dan ke tandas.

Setelah selesai urusannya, dia berjalan keluar dan ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas. Namun tangannya tiba-tiba ditarik.

"Yeri sunbae?"

Yeri melepaskan tangan Hyunjin bila mereka sampai di kawasan yang sedikit jauh dari laluan orang ramai.

"Awak tahu tentang ni?"

Telefon bimbit miliknya disuakan di hadapan Hyunjin. Dan Hyunjin sedikit terkejut melihat apa yang dipaparkan.

Ianya gambar Jihee dan Jaehyun di sebuah kedai aksesori berjenama. Lelaki itu sedang memandang Jihee yang sedang sibuk memilih aksesori.

"Gambar bila ni?" soal Hyunjin.

"Weekend haritu. Kawan saya nampak diorang keluar berdua. Bukan main mesra lagi," ujar Yeri sambil menyimpan kembali telefon bimbitnya.

"Betul ke? Atau tu gambar waktu diorang bercinta dulu? Mungkin Sunbae sengaja nak kenakan saya?"

Yeri ketawa mendengar itu.

"Saya nak kenakan awak? Buang masa lah. Baik saya fikir cara nak berbaik dengan Jaehyun dari sibuk nak masuk campur urusan orang lain,"

"Korang berdua bergaduh?"

Yeri merengus sebelum mengangguk.

"Dia makin pelik. Macam dah suka balik pada ex dia tu,"

"Jihee Noona?"

"Ya lah. Tak nampak apa yang saya tunjuk tadi?"

"Betul ke tu gambar baru?"

"Yaa! Awak ingat saya ada masa ke nak kenakan awak?" soal Yeri geram.

"Okay, mianhei,"

"Jihee bagitahu awak yang dia keluar dengan Jaehyun?"

Hyunjin menggeleng.

"Tch, entah-entah diorang memang sengaja rahsia kan. Setiap kali saya ajak dia keluar, dia bagi alasan sibuk belajar. Rupanya sibuk kejar ex girlfriend sendiri,"

"Saya busy lah. Weekend pun saya tetap kena belajar. Sorry okay sebab tak dapat keluar dengan awak,"

Hyunjin teringat kata-kata Jihee tempoh hari.

"Jadi sunbae nak saya buat apa?"

"Suruh Jihee berhenti jumpa Jaehyun. Atau saya sendiri yang akan serang dia dan malukan dia sebab keluar dengan boyfriend orang,"

"Okay. Boleh saya dapatkan gambar tadi?"

Yeri mengangguk.

***

"Kenapa diam je ni?"

Jihee memandang pelik Hyunjin yang diam sejak tadi. Kek coklat yang dibawanya juga langsung tidak diusik lelaki itu.

"Noona takde apa-apa nak bagitahu saya?" soal Hyunjin.

"Bagitahu apa?"

"Apa-apa je? Maybe Noona ada sorokkan sesuatu dari saya?"

Jihee diam.

"Rasanya takde. Saya rasa saya tak pernah berahsia dengan awak pun," tangan Hyunjin dipegang.

Petang itu dia ke rumah Hyunjin sewaktu pulang dari mengulang kaji bersama Yuju. Baru dia tahu yang rumah Yuju dan Hyunjin boleh dikatakan berdekatan.

"Betul?"

Jihee mengangguk. Hyunjin menarik tangannya perlahan dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Setelah itu skrin telefon bimbit itu di sua di hadapan muka Jihee.

"Yang ni? Tak nak bagitahu?"

"Hyunjin ah, mana awak dapat gambar ni?" soal Jihee cemas.

"Kenapa? Tak sangka rahsia Noona pecah?"

"Bukan macam tu. Saya boleh explain Hyunjin. Jaehyun tu-,"

"Noona masih sayangkan dia kan?"

"Awak cakap apa ni?"

"Noona cakap Noona busy study. Rupanya Noona keluar dengan dia? Masa untuk saya pun tak cukup, tapi untuk ex Noona ada pula masa?"

"Hyunjin, bukan macam tu. Saya-,"

"Noona rasa hubungan kita ni tak penting ke?"

"Tak. Awak tahu kan saya sayang awak?"

"Habis tu kenapa keluar dengan dia? Noona tahu kan saya tak suka Noona rapat dengan dia?"

"Jaehyun anak kenalan mendiang Appa saya! Taeyong Oppa! Dia yang suruh saya temankan Jaehyun!"

"Noona boleh tolak kan?"

"Saya dah tolak. Tapi Taeyong Oppa tetap paksa saya dan saya takde pilihan lain,"

"Alasan!"

"Jadi awak nak cakap saya sengaja?"

"Maybe,"

Jihee mengetap bibirnya sebelum dia bangun. Beg miliknya dicapai.

"Kek tu kalau tak nak makan buang! Saya balik dulu!"

"Yaa, nak lari macam tu je? Kenapa? Dah takde alasan nak bela diri sendiri?" soal Hyunjin sambil menahan lengan Jihee.

"Awak yang tak nak percaya apa yang saya explain tadi," Jihee menarik lengannya.

Lalu dia terus berjalan keluar dari kawasan rumah agam itu.

"Argh, shibal!"

Hyunjin menyepak meja di hadapannya sebelum dia melangkah ke dalam rumah.




































Dah sedia nak tengok tanduk Hyunjin keluar? 😈😈😈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro