18
"Masuklah,"
Jihee melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
"Awak dah sihat?" soalnya.
Ya. Lelaki itu demam dan atas permintaan Puan Jung, Jihee ke sana untuk menemaninya kerana pasangan Jung itu ada urusan di luar dan secara kebetulan, pembantu rumah mereka cuti.
"Sihat sikit dari semalam. Duduk lah, aku ambilkan air,"
Jihee tidak sempat menghalang lelaki itu yang sudah ke dapur. Dia kemudian mengambil tempat di sofa.
"Ni, minuman favourite kau kan?"
Jaehyun muncul kembali sambil meletakkan kotak susu pisang di hadapan Jihee. Manakala satu lagi diminum olehnya.
"Sejak bila awak minum susu pisang? Bukan awak tak suka ke sebelum ni?" soal Jihee.
Dia mencapai kotak minuman itu dan menikmatinya memandangkan tekaknya memang haus.
"Entah. Lepas kita break, aku tiba-tiba suka pula,"
"Uhukk!"
"Yaa!"
Jaehyun segera berpindah duduk ke sebelah Jihee yang tiba-tiba batuk itu. Dia mengusap belakang badan gadis itu.
"Kau okay?" soalnya.
"Okay,"
Jihee menolak perlahan tangan Jaehyun dan dia berganjak sedikit. Tidak selesa bila Jaehyun terlalu dekat dengannya.
"Yeri tak datang jenguk awak?" soal Jihee untuk memecahkan kesunyian.
"Aku demam ni sebab lepas bergaduh dengan dia kat dalam hujan,"
"Oh," Jihee membalas pendek.
"Tu apa tu?"
Jaehyun menunjuk ke arah beg kertas yang dibawa oleh Jihee tadi.
"Baru saya teringat. Saya bawakan kek coklat. Omma awak cakap awak takde selera nak makan nasi dan asyik nak makan benda manis je,"
Dia mengeluarkan bekas makanan yang berisi kek coklat itu lalu diletakkan di hadapan Jaehyun.
"Ni kek yang kau buat?"
Jaehyun sudah mencapai bekas itu dan sudu plastik yang dibawa Jihee.
"Ya. Kebetulan saya ada buat kek semalam," ujarnya.
"Lamanya aku tak makan kek kau,"
Jaehyun nampak begitu teruja. Jihee sekadar memerhati. Memang sewaktu mereka bercinta dahulu, dia sering memberi lelaki itu kek coklat buatannya.
"Kau nak?"
Jaehyun menunjuk ke arah kek itu.
"Takpe lah, saya dah-,"
"Makanlah,"
Jaehyun dengan selamba menyuap kek ke dalam mulut Jihee saat gadis itu sedang bercakap.
"Yaa!" Jihee memukul bahu Jaehyun.
Jaehyun hanya ketawa dan menyuakan lagi sudu di hadapan Jihee.
"Tak nak lah. Awak makan lah, saya bawa untuk awak,"
"Aku dah makan banyak. Tak baik membazir," ujar Jaehyun seakan memujuk.
Jihee akhirnya akur dan membuka mulutnya. Jaehyun tersenyum dan menyuap kek ke mulut Jihee lagi.
"Dah. Saya tak nak. Awak habiskan lah,"
Jihee menolak bila lelaki itu cuba menyuap nya lagi.
Jaehyun tersenyum kelat sebelum menghabiskan baki kek tersebut.
"Aunty pesan suruh awak makan ubat. Mana ubat awak?" soal Jihee.
"Dekat bilik,"
"Okay. Awak pergi naik. Sekejap lagi saya bawa naik air untuk awak,"
Jihee bangun dan terus ke dapur. Dia mengambil dulang dan meletakkan jug berisi air suam beserta sebiji gelas kosong. Kemudian dia terus berjalan ke tingkat atas untuk ke bilik Jaehyun.
"Jaehyun,"
Dia ke bilik yang pintunya sedikit terbuka. Dilihatnya Jaehyun sedang duduk di pinggir katil.
"Makan ubat awak. Lepas tu rehat,"
Jihee meletakkan dulang tadi di meja sisi katil. Kemudian dia menuangkan air ke dalam gelas dan menghulurkannya kepada Jaehyun.
Jaehyun mengambilnya dan mula menelan ubatnya.
"Gomawo,"
"Awak rehatlah. Saya duduk kat sofa tu,"
Jaehyun mengangguk dan mula berbaring. Jihee pula ke sofa yang berada di bilik lelaki itu.
***
Jaehyun yang baru keluar dari kamar mandi itu tidak ke katil kembali. Sebaliknya dia ke sofa. Walaupun biliknya saat itu agak gelap kerana hari sudah senja, dia masih dapat melihat susuk tubuh Jihee yang tertidur di sofa itu.
Dengan berhati-hati agar tidak mengganggu tidur gadis itu, dia duduk di sebelah sofa. Wajah Jihee yang ditutupi dengan rambut itu ditenungnya.
Tangannya perlahan bergerak dan menolak rambut Jihee dan diselitkan ke belakang telinga. Kini dia dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu.
"Kau tetap cantik macam dulu," pujinya.
Ya, dia sukakan Jihee dulu kerana wajah cantik itu. Dia sukakan kecantikan. Kerana itu lah dia boleh tertarik kepada Yeri yang terkenal dengan kecantikannya walaupun pada saat itu dia sudah bercinta dengan Jihee.
Jaehyun tidak menyedari yang dirinya kini sudahpun menyentuh wajah Jihee dan mengusap pipi gadis itu.
"Jaehyun,"
Jihee tiba-tiba membuka matanya. Mungkin terganggu dengan perbuatan Jaehyun.
"Mianhei. Patutnya saya temankan awak. Tapi saya pula yang tertidur," Jihee bangun dari pembaringannya.
"Jihee ah," Jaehyun memegang tangan Jihee secara tiba-tiba.
"Wae?"
Jihee berusaha menarik tangannya namun Jaehyun menggenggamnya makin kuat.
"Aku nak minta maaf. Mianhei sebab curang pada kau dulu,"
Jihee terdiam. Setelah berbulan-bulan, baru sekarang lelaki itu meminta maaf. Dia sudah pun melupakan semuanya.
"Jaehyun, saya dah lupakan lah semua tu," tangannya berjaya ditarik.
"Kita mula semula nak?"
"Awak cakap apa ni?" soal Jihee bengang.
"Kita mula semula. Aku dengan kau, eh tak. Saya dengan awak, kita mulakan semula hubungan kita. Hmm?"
"Awak gila ke? Awak dah ada Yeri dan saya pun dah ada Hyunjin. Jangan nak merepek,"
Jihee mula bangun dan Jaehyun menarik tangannya yang mahu keluar itu.
"Hyunjin? Awak tahukan dia tu playboy? Awak takkan bahagia dengan dia lah. Balik pada saya. Saya boleh putuskan Yeri untuk awak,"
"Jangan merepek lah Jaehyun,"
"Saya tak merepek Jihee! Balik pada saya!" bahu Jihee dipegang.
"No Jaehyun! Sekarang lepas, saya nak balik!"
Tangan Jaehyun ditolak kasar.
"Jihee!"
Jaehyun berjaya menahannya dan dia berusaha memeluk tubuh Jihee.
"Apa awak ni? Lepaslah!"
Jihee meronta kuat.
"Jihee tolong, balik pada saya,"
"Jaehyun!"
Tubuh Jaehyun berjaya ditolak sehingga lelaki itu jatuh terduduk di lantai.
"Saya menyesal sebab setuju dengan permintaan Omma awak,"
Jihee terus berlari keluar dari situ. Dan Jaehyun yang seakan baru tersedar itu meraup wajahnya.
"Jung Jaehyun, kau gila ke?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro