14
"Tak keluar date pula kau harini?"
Hyunjin yang berbaring itu bangun bila si tuan rumah Jisung muncul dari dapur.
"Jihee Noona ada extra class," ujarnya.
Sudah sebulan dia dan Jihee rasmi sebagai kekasih. Dan boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan menghabiskan masa dengan Jihee kecuali jika gadis itu ada urusan lain yang lebih penting.
Mereka berdua kemudian mula sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Sehingga lah Seungmin dan Felix yang keluar untuk membeli makanan muncul.
"Bila sampai?" Felix mengambil tempat di sisi Hyunjin.
"Baru je,"
"Orang bercinta dengan pelajar senior Felix. Bila girlfriend busy dengan extra class dia cari lah kita," kata Jisung.
"Kau dengan Jihee Noona okay?" Seungmin memandang Hyunjin.
"Okay je, kau jangan risau,"
"Ingat pesan aku Hyunjin, kau sakitkan dia, siap kau," pesan Seungmin.
"Ya, jangan risau. Kan aku dah cakap aku serius dengan dia,"
"Dah-dah. Makan cepat, lepas ni kita lawan game. Siapa kalah balik sekolah esok dia belanja makan," Jisung membuka kotak pizza di hadapan mereka.
"Tch, kau tengah cuba nak belanja kitorang ke Jisung? Dah confirm-confirm kau yang kalah sekejap lagi,"
Hyunjin dan Felix ketawa dengan kata-kata Seungmin.
"Jangan over confident sangat bro. Takut nanti confident makan diri," bahu Seungmin ditepuk.
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
"Apa yang bising sangat ni?" Jisung mencapai telefon bimbitnya.
Bukan dia sahaja, Seungmin dan Felix juga berbuat hal yang sama. Hanya Hyunjin yang masih fokus dengan makanan.
"What the-,"
Hyunjin memandang Felix yang nampak terkejut itu. Seungmin juga sama. Dan Jisung, telefon bimbitnya terlepas dari pegangan.
"Korang kenapa?" soal dia pelik.
"Yaa, Kim Chaewon, d-dia-,"
"Shit!"
Hyunjin meraup wajahnya. Dia risau jika Chaewon bocorkan rahsia mereka sehingga rakan-rakannya boleh terkejut sampai tahap itu. Telefon bimbitnya dicapai dan ruang perbualan kelasnya yang bising sejak tadi dibuka.
Tangan Hyunjin menggeletar secara tiba-tiba bila membaca mesej pertama di situ. Satu perasaan mula muncul dalam dirinya. Dia menutup ruangan perbualan itu dan meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Dan yang lain juga begitu.
"Aku tak sangka yang Chaewon bunuh diri,"
***
"Tch, jadi kau pilih untuk bunuh diri?"
Hyunjin memandang gambar Chaewon di sebalik kaca itu.
"Kau antara perempuan yang paling bodoh Kim Chaewon. Perempuan lain bukan main happy setiap kali aku campak duit ke muka diorang,"
"Tapi kau. Aku bagi kau dua kali ganda dari yang aku biasa bagi. Tapi kau tetap pilih untuk simpan budak tu. Lepas tu, kau bunuh diri?"
"Ah, tapi takde beza pun. Budak tu tetap mati juga. Walaupun aku sendiri tak tahu tu betul-betul anak aku tau tak,"
Tangannya menyentuh cermin kaca itu. Mengusap dari luar potret Chaewon yang tersenyum manis di situ.
"Rest in peace Kim Chaewon,"
Dia kemudian berjalan pergi dari situ. Sampai di luar bangunan, bahunya terlanggar dengan seseorang.
"Kau?"
Lelaki berjaket kulit hitam itu juga terkejut melihat dirinya.
"Tch, aku tak tahu pula lelaki macam kau ni datang tempat macam ni,"
Hyunjin mengetap bibir geram mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Mingi ah, aku baru melawat kawan sekelas aku kat dalam tu. Kalau kau rasa tak sabar nak duduk kat sini juga, aku boleh tolong,"
Song Mingi tersenyum sinis.
"Okay. Mianhei,"
Mingi mengangkat kedua tangannya tanda menyerah.
"Eh tapi kau melawat siapa eh?" soal Mingi.
"Aku? Kau tak payah tahu lah,"
Hyunjin menepuk bahu Mingi sebelum dia kembali melangkah. Tanpa dia sedari, Mingi masih memerhatikannya. Dan tangan lelaki itu sudah digenggam erat membentuk penumbuk.
Sorry kalau tak menarik😩😩😩
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro