Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05

"Lee Jihee bodoh!"

Jihee menjerit sambil menekupkan wajahnya ke bantal. Apa yang terjadi semalam kembali menghantui dirinya.

"Kau bodoh ke Jihee? Kau tak kenal dia, kau jumpa dia baru dua kali. Tapi kau cium dia? Wah, kau memang gila Lee Jihee," dia memukul kepalanya sendiri.

"Hwang Hyunjin. Saya harap Noona tak lupakan saya,"

"Gila!"

Dari berbaring, Jihee duduk di atas katilnya.

"Macam mana aku nak ke sekolah esok? Macam mana kalau aku terserempak dengan dia?"

Dia mula membuat andaian sendiri.

"Tapi selama aku sekolah, aku memang tak pernah kenal dia. So, maksudnya lepas ni pun aku mungkin takkan terserempak dengan dia pun,"

"Yes, betul. Kemungkinan untuk aku dengan dia terserempak dekat sekolah memang tipis. Waktu balik pula, aku boleh suruh Uncle Jung datang lima minit awal jadi habis je kelas aku terus boleh balik,"

Kepalanya giat bekerja untuk merangka rencana agar mereka tidak bertemu lagi.

"Cik Jihee!"

Bunyi ketukan di pintu membuatkan rancangan di dalam kepalanya tadi mula hilang.

Jihee segera turun dari katil dan membuka pintu. Di hadapan biliknya berdiri Mak Cik Jung, pembantu rumahnya.

"Tuan Taeyong dah balik. Dia panggil makan," ujar wanita itu.

"Okay,"

Jihee menutup pintu biliknya dan berjalan ke arah tangga untuk ke tingkat bawah. Kelihatan abangnya sudah duduk di meja makan.

"Oppa!"

Taeyong tersenyum ke arah adiknya. Sejak ibu bapa mereka meninggal dunia lima tahun lepas, dia lah yang bertanggungjawab menjaga Jihee.

"Tak keluar hari ni?" soal Taeyong.

Jihee menggeleng.

"Yuju demam," ujarnya sambil mencapai sudu.

Taeyong hanya mengangguk. Tahu sangat yang hanya Yuju kawan rapat Jihee. Jika Yuju tiada, sudah tentu Jihee akan melekat di rumah setiap masa.

"Ah, Oppa lupa nak tanya. Semalam Jihee pergi mana waktu sesi menari tu? Puas Oppa cari, Seungmin pun tak tahu Jihee ke mana,"

Jihee terkedu. Tidak mungkin dia akan memberitahu Taeyong yang dia saat itu sedang bersama Hyunjin di kawasan kolam renang.

"Jihee pergi toilet. Lepas tu on call dengan Yuju. Sedar-sedar je, majlis dah nak tamat," ujar Jihee terpaksa berbohong.

"Oh. Oppa ingatkan pergi mana lah,"

Taeyong kembali fokus pada makanannya.

"Makan cepat, nanti sejuk tak sedap,"

Jihee tersenyum dan mengangguk sebelum kembali menjamah makanannya. Dalam hati dia sangat bersyukur kerana Taeyong mempercayai kata-katanya.

'Mianhei Oppa, Jihee terpaksa tipu,'

***

Hyunjin berjalan turun ke ruang tamu. Suasana rumah itu agak sunyi pada hujung minggu itu. Biasanya adik-adiknya akan duduk menonton televisyen ataupun bermain game di situ.

"Ahjumma!" dia memanggil pembantu rumahnya.

"Ya, Tuan!"

Terkocoh-kocoh Mak Cik Hong berlari dari daput bila mendengar suara majikannya.

"Mana Yeji dengan Yunseong?" soalnya.

"Tuan Yunseong dengan Cik Yeji ada program dekat sekolah. Petang nanti baru balik,"

"Tch, bosannya cuti pun kena pergi sekolah," dia melabuhkan duduk di sofa.

"Tuan nak apa-apa?" soal Mak Cik Hong.

Hyunjin hanya menggeleng dan memberi isyarat agar wanita itu pergi. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan nombor seseorang di dial.

"Hello kawan, tengah buat apa?"

"Kau ni weekend pun nak ganggu aku ke?"

"Wah, Kim Seungmin. Kasar eh kau dengan aku sekarang,"

Dia mendengar rakannya itu ketawa di hujung sana.

"Kau nak apa? Aku busy ni tengah main game dengan Felix,"

"Felix? Korang kat tempat Jisung ke?"

"Aniya. Jisung kan balik kampung. Kat rumah aku. Nak join datang, tak nak tak payah,"

"Tch, kau mesti harapkan aku datang kan sebenarnya?"

"Whatever. Dah lah, bye!"

"Haish, macam tu je dia letak,"

Hyunjin memandang skrin telefonnya.

"Keluar lah, duduk rumah pun takde apa nak buat,"

Dia bangkit dan ke tingkat atas untuk menukar baju. Lima minit kemudian dia turun dan terus ke tempat meletak kunci. Kunci motosikalnya dicapai sebelum dia keluar dari rumah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro