
04
"Saengil chukahae Seungmin," Jihee menghulurkan kotak yang berbalut kemas itu kepada Seungmin.
"Gomawo Noona. Noona datang sorang?" soal Seungmin.
Malam itu ibu bapanya mengadakan sambutan hari jadi buatnya di sebuah hotel mewah. Kebetulan hari jadinya mempunyai tarikh yang sama dengan ulang tahun perkahwinan mereka jadi majlis yang diadakan sedikit mewah dan dihadiri oleh rakan-rakan perniagaan bapanya.
"Yuju demam, jadi dia tak dapat nak datang," ujar Jihee.
Kalau ikutkan dia tidak mahu datang kerana sahabatnya tiada. Tetapi memikirkan Seungmin itu jirannya dan mereka berdua memang rapat, dia tidak sampai hati untuk tidak hadir.
"Ah, kesian Noona. Mesti takde kawan kan?"
Jihee menggeleng.
"Gwaenchanha, Noona boleh makan dengan Taeyong Oppa nanti," ujar Jihee.
Walaupun hakikatnya dia sendiri sudah tidak tahu ke mana abangnya itu pergi bersama kawan-kawannya. Dia cuma tidak mahu Seungmin merasa serba salah.
"Kalau Noona rasa macam awkward and takde kawan, Noona datang je sini tau," pesan Seungmin.
Jihee tersenyum dan mengangguk. Dia kemudian berjumpa dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa Seungmin pula. Setelah itu dia berjalan ke arah meja di hujunh dewan di mana buffet makanan berada.
"Tch, tengoklah banyaknya makanan. Kalau Yuju ada mesti dia boleh pilihkan nak makan apa," tanpa sedar dia mengeluh perlahan.
Tangannya kemudian mencapai segelas minuman yang dia sendiri kurang pasti apakah rasanya. Saat dia berpaling ingin pergi dari situ, seseorang muncul secara tiba-tiba menyebabkan minuman tadi tertumpah ke bajunya.
"Yaa!" Jihee menekup mulutnya.
Manakala lelaki itu mengibaskan bajunya yang sedikit basah itu.
"Mianhei, jeongmal mianhei,"
Jihee dengan segera mengambil tisu dari beg tangannya. Saat dia ingin menghulurkan tisu itu pada lelaki tadi, sekali lagi dia terkedu.
"Eo, kita berjumpa lagi Noona yang cantik?"
***
"Mianhei,"
Hyunjin tersenyum bila sekali lagi ayat itu keluar dari mulut gadis di sebelahnya itu.
"It's okay. Bukan salah Noona," ujarnya.
Blazer miliknya yang sudah ditanggalkan itu disangkut pada bangku yang diduduki mereka. Setelah insiden kecil terjadi antara mereka tadi, dia menarik tangan gadis itu keluar dari dewan yang dipenuhi orang ramai itu.
Dan sekarang di situlah mereka. Duduk di bangku berhampiran kolam renang hotel mewah tersebut.
"Tapi saya yang jalan tak tengok kiri kanan. Mianhei,"
"Lagi sekali Noona minta maaf, saya kiss Noona," ugut Hyunjin.
"Tch, macamlah berani," ujar Jihee.
"Noona cabar saya ke?" soal Hyunjin.
"Yaa, kita tak kenal antara satu sama lain. Macam mana awak boleh terfikir nak cakap macam tu?" soal Jihee.
"Siapa cakap saya tak kenal Noona? Nama Noona Lee Jihee kan? Pelajar tahun akhir Saebeom High School,"
Jihee terkedu. Tidak sangka lelaki itu tahu namanya. Padahal baru sekali dia berjumpa dengan lelaki itu sepanjang bersekolah.
"Blazer awak tu. Nak saya cuci kan?" soal Jihee mengubah topik.
"Gwaenchanha. Saya boleh cuci sendiri. Lagipun kotoran tu sikit je,"
"Awak buat saya makin serba salah," ujar Jihee perlahan.
Hyunjin tersenyum melihat gadis yang sedang menunduk itu.
"Mianhei," ujar Jihee lagi.
Hyunjin yang mendengar itu tersenyum lagi. Dengan selamba dia menarik Jihee rapat ke arahnya.
"Yaa! Awak buat apa ni?" soal Jihee cemas.
"Noona memang tak endahkan kata-kata saya tadi kan?"
"Maksud awak?"
"Kan saya dah cakap, kalau Noona minta maaf lagi saya akan kiss Noona," tangan Hyunjin menyelitkan rambut Jihee ke belakang telinga.
Dia kini dapat melihat seluruh wajah gadis itu dengan jelas. Jihee memang cantik walaupun wajahnya hanya dihiasi solekan nipis.
"Jangan bergurau lah," ujar Jihee.
Dia sebenarnya sudah mula merasa gugup bila dekat dengan lelaki itu. Jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup laju.
"Saya tak bergurau,"
Dan Hyunjin terus menyatukan bibir mereka. Jihee terkedu namun entah kenapa dia tidak mampu menolak.
Hyunjin yang merasakan tiada balasan dari Jihee itu menjarakkan kembali wajahnya. Jelas sekali wajah Jihee sudah memerah.
"Wae? First time?" soal Hyunjin.
Jihee tanpa sedar mengangguk perlahan.
"Seriously? Dengan ex Noona haritu pun tak pernah?" soal Hyunjin.
Jihee menggeleng.
"Saya tak berani," ujar Jihee jujur.
Sememangnya selama ini Jaehyun hanya menciumnya di pipi sahaja. Dia sendiri yang menolak setiap kali lelaki itu cuba mencium bibirnya kerana dia belum bersedia. Mungkin itu salah satu sebab Jaehyun memilih untuk curang dengannya.
Hyunjin ketawa perlahan. Jihee nampak begitu polos di matanya saat itu. Dan fakta bahawa dia lelaki pertama yang melakukan itu membuatkan dia senang hati.
Tangannya kembali menyentuh wajah Jihee. Bibir gadis itu diusapnya sebelun tangannya memegang rahang gadis itu.
"Noona, can I kiss you one more time?" soal Hyunjin lembut.
Jihee mengetap bibirnya manakala sebelah tangannya sudah menggenggam erat gaun yang dipakainya. Dia tahu semua itu salah. Membiarkan lelaki asing menciumnya sesuka hati.
Tetapi dia sendiri sukakan apa yang terjadi tadi. Perasaan yang tidak pernah dia rasai saat bibir mereka bersatu. Dan itu membuatkan dia perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
Hyunjin tersenyum dan kembali menyatukan bibir mereka. Jihee memejamkan matanya dan tangannya terus memeluk erat leher lelaki itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro