Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DANIALL - 14

"Lahirkan anak untuk dia. Dan dia akan selamanya terkurung di sini. Dia akan jadi milik kau buat selamanya. Anak itu yang akan mengikat kau dan dia."

Angelina mengukir senyuman penuh makna. Kata-kata wanita itu ada benarnya. Daniall takkan boleh tinggalkan dia jika wujud anak dari hasil hubungan cinta mereka.

Gelas wain dibawa ke bibirnya dan dia mula meneguk wain. Diletakkan kembali gelas wain itu di atas meja bulat di hadapannya. Tangannya mencapai sebentuk cincin yang berada di dalam sebuah kotak.  

Angelina memegang cincin itu dengan kedua jarinya, ibu jari dan jari telunjuknya. Dia angkat tinggi ke atas cincin itu. Dia mengenyit sebelah matanya menahan silauan cahaya untuk melihat rupa bentuk cincin tersebut.

Angelina mendapati ada ukiran huruf pada cincin itu. 

Hujung bibirnya ternaik ke atas. Senyuman mengejek.


HD × DA


Cincin ini sudah tiada maknanya kerana Angelina sudah berjaya memiliki jasad Daniall. Cinta Daniall hanya untuk dia.

"Dia milik aku sekarang." Bangga Angelina tuturkan ayat itu. Dia ketawa perlahan. Cukup dia saja dengari.

"Angel..."  

Daniall muncul secara mengejut dari arah belakang Angelina. Tegak serta-merta badan Angelina yang sedang duduk di atas kerusi. Cincin yang dipegang Angelina terlucut dari tangannya dan jatuh ke atas rumput.

Daniall bongkokkan badannya dan mengutip cincin yang jatuh itu. Angelina berlagak selamba dan angkat punggung dari kerusi. Panahan matanya tajam memandang cincin itu sudah berada di dalam tangan Daniall.

"Cincin kau jatuh."

Angelina menghulurkan tangannya ke depan mahu Daniall kembalikan cincin itu. Dia melayang senyuman manis kepada Daniall. Senyuman yang penuh dengan racun.

"Tapi..." Suara Daniall berubah lain. Dia meletak cincin itu di atas tapak tangan Angelina.

"Tapi apa?" soal Angelina sambil menyarung cincin itu di jarinya. Longgar. Kerana itu adalah saiz cincin seorang lelaki.

"Itu cincin lelaki." Daniall lengkapkan ayatnya. Pandangannya jatuh ke bawah pada jari Angelina yang baru disarung cincin tadi.

"Itu cincin aku, kan?" Daniall bersuara lagi bila tidak mendapat sebarang respon daripada Angelina.

Maksud dari ayat Daniall adalah cincin itu berkemungkinan dibeli Angelina untuk dirinya.

Angelina menggeleng kepala. "Aku terjumpa cincin ni."

Daniall pandang tepat ke dalam mata Angelina. Dia cuba mengesan sama ada Angelina sedang bercakap bohong atau benar.

Angelina kawal riak wajahnya. Dia menarik tangan Daniall menyuruh duduk di atas kerusinya tadi.

"Kenapa kau bunuh Olivia?" Daniall terus bertanya soalan yang bermain di fikirannya sejak tadi. Dia baru keluar dari bilik bawah tanah yang menjadi tempat kurungan Olivia.

"Kenapa kau nak tahu?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Kau takkan bunuh orang tanpa sebab." Keras nada suara Daniall menuturkan ayat itu.

"Sebab dia sukakan kau." Mudah Angelina menjawab. Walhal, bukan itu sebab utamanya. Dia bunuh Olivia kerana gadis itu tahu apa yang dilakukan selama ini. Gadis itu membahayakan rancangannya. Harus dihapuskan dengan segera.

"Kau nampak sangat marah bila tahu aku bunuh perempuan tu." Sinis Angelina berkata. Dia berdiri di belakang Daniall yang sedang duduk di atas kerusi. Dia cengkam kedua belah bahu Daniall.  Ditunduk kepalanya ke bawah bersebelahan dengan kepala Daniall.

"Kenapa kau marah, Daniall? Selama ini kau tidak pernah marah aku... bila aku bunuh sesiapapun," bisik Angelina betul-betul di tepi telinga Daniall. Kedua belah tangannya menjalar di bahagian leher Daniall.

Daniall menangkap kedua belah tangan Angelina yang makin lama merayap ke tempat lain. Dia boleh meneka apa yang ingin dilakukan Angelina. Cepat-cepat dia menghalang.

"Aku tak marah. Aku cuma bertanya." Daniall berdalih.

Daniall tidak peduli jikalau Olivia mati sekalipun selepas dia mendapat jawapan yang diinginkan daripada gadis itu. Jawapan kepada lukisan aneh Olivia di dalam bukunya. Kini, dia tidak punya pilihan melainkan cari sendiri maksud lukisan itu.

Daniall mencium tangan Angelina. Dia tahu apa kelemahan seorang Angelina Hawthorne.

Daniall berdiri lalu diputar tubuh menghadap Angelina. Tanpa amaran dia mendukung tubuh wanita itu. Sempat dia mencium bibir Angelina.

────────

"DIA nampak makin bodoh ke makin bijak?"

Shahrul garu kepalanya yang tidak gatal. Apa punya soalan la Hero ni. Dah la tanya soalan tu dengan muka seriusnya.

"Niall nampak makin handsome." Lain jawapan yang diberikan Shahrul. Tiba-tiba dia menepuk tangannya kuat seolah mendapat sesuatu yang penting.

"... Aku syak la kan dia buat plastic surgery kat sini!" Jerit Shahrul.

"Ciptaan Tuhan bagi hidung mancung... Dia pergi buat plastic surgery. Budak ni memang dari dulu tak reti bersyukur." Tergeleng-geleng kepala Hero. Dia buat kesimpulan sendiri yang Daniall ubah hidungnya.

"Aura dia lain kali ni. Aura yang gelap." Shahrul cepat-cepat ubah topik plastic surgery tu sebelum jadi berpanjangan. Dia gurau je pun. Tapi, Hero nampak percaya sangat.

"Aura setan." Hero memotong laju.

Kata-kata Hero mendapat jelingan tajam daripada Darren yang duduk di sebelahnya. Hero dan Darren duduk di dalam satu skrin yang sama.

Darren bersyukur menerima berita gembira ini. Berita yang disampaikan Shahrul adalah lelaki yang berada di Agujero itu benar-benar Hans Daniall.

"Aku goosebumps bila teringat semula Niall yang kitaorang jumpa siang tadi." Shahrul over nyatakan perkara itu kepada Hero dan Darren. Dia tunjuk lengannya pada skrin. Nak tunjuk sangat bulu romanya sedang meremang.

"Over giler," kutuk Hero. Asal nak goosebumps bagai jumpa Niall yang bengap tu. Bagi Hero, adiknya yang bernama Hans Daniall tu selamanya bengap dan menjengkelkan. Kalau dia yang jumpa Daniall, dia tak teragak-agak nak pukul kepala Daniall dulu. 

"Aihh Darren. Diam je kau. Aku kesian tengok kau ni. Dapat dialog sikit je. Dah la jarang muncul," ujar Shahrul kepada Darren yang sejak tadi tidak membuka mulutnya langsung.

"Biasalah member ni. Ada masalah hidup yang berat." Hero menjawab bagi pihak Darren. Disiku perlahan lengan Darren. Berangan la tu.

"Kau pun ada masalah BERAT sekarang ni. Gaduh dengan adik aku." Sindir Shahrul nak mengingatkan Hero yang dia ada masalah lagi berat sekarang ni.

Hero mengeluh kecil.

"Semuanya sebab Damien." Tetap Hero mahu salahkan Damien atas punca Anayra melancarkan perang dingin dengannya.

"Jap jap... Apa kena mengena Damien dalam hal rumahtangga korang ni?" tanya Shahrul penuh kebingungan. Dia tidak tahu hujung pangkal cerita.

Takkanlah Damien orang ketiga dalam hubungan Hero Nayra...

Damien penyondol. Oh no.

"Damien dah lari rumah."

"HAH?!" Shahrul terkejut beruk.

Hero mula ceritakan dari awal sehingga akhir. Shahrul memang tidak tahu kisah ini kerana tiada seorang pun yang beritahu kepada Shahrul mahupun Dayana.

"Hessa cari kau, Hero." Darren akhirnya bersuara. Dia tolak Hero keluar dari skrin.

Kini, Darren dan Shahrul saling bertentangan mata. Hanya mereka berdua. Darren memeluk tubuhnya sendiri.

"Aaaa I tacod la abe Darren pandang I macam ni." Shahrul kepit suaranya menutup rasa gugupnya. Berhadapan dengan Darren seolah berhadapan dengan Tuan Denniz. Darren jelmaan seorang Hugo Denniz.

"Niall kenal Dayana tak?" Soalan pertama Darren.

"Tak. Dayana kata Niall pandang dia jijik. Kita semua tahu betapa cintanya Niall pada Dayana. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni. Aku syak ada sesuatu yang tak kena."

"Dia bukan Niall yang kita kenal." Serentak Darren dan Shahrul bersuara. 

Mereka fikirkan perkara yang sama.

"Mana Dayana?" Darren tanya pula keberadaan gadis itu kerana dia tidak nampak Dayana bersama Shahrul.

Shahrul angkat bahunya ke atas. "Aku tak tahu dia pergi mana lepas aku bergaduh dengan dia tadi."

Shahrul dan Dayana sering bergaduh hal kecil. Mereka memang tidak boleh bekerjasama.

"Aku stress layan dia tu, Ren. First time aku jumpa perempuan yang baran macam tu. Boleh tak kau suruh dia balik Malaysia semula. Kau guna la kuasa veto kau. Buat jelah apa-apa asalkan dia blah. Aku boleh buat semuanya sendiri tanpa dia."

Darren menggeleng kepalanya. "Kau pun tahu kan kita tak boleh halang dia. Dia keras kepala."

Shahrul cengkam rambutnya.

Darren tetap tenang. Dia tersenyum nipis melihat keadaan Shahrul. 

"Jaga dia, Shah. Aku tahu kau tak suka dia. Tapi, dia perempuan yang patut kau lindungi. Kalau kau perlukan duit, call aku."  

Baru sekarang Shahrul mengerti kenapa Daniall selalu memanggil Darren 'sugar daddy' dia. Daniall kata kalau minta duit dari Darren, mesti dia akan bagi lebih dari jumlah yang diminta. Pemurah. Tak berkira dengan adik-beradik.  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro