Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DANIALL - 11

Comment banyak-banyak baru saya bagi double update :p



Sekelilingnya bertukar menjadi gelap serta merta. Daniall bingung mengapa dia boleh tiba-tiba saja berada di sini. Di tempat yang hanya ada kegelapan. Sunyi tanpa sebarang bunyi. Dia teruskan melangkah meskipun dia tidak berjaya melihat apa-apa.

Kepala Daniall tiba-tiba diserang sakit. Berdengung kuat. Berhenti melangkah, kedua belah tangannya naik memegang sisi kepala. Sakitnya tidak terkata.

"Erghh..." Daniall mengerang kesakitan. Kakinya jadi lembik dan terus jatuh terduduk. Dipejamkan kelopak matanya rapat sambil mencengkam kepalanya.

Bagaimana mahu mengusir rasa sakit ni? Terasa mahu pecah kepalanya.

Tiba-tiba dia merasakan sekelilingnya ada berlaku perubahan. Angin yang begitu kencang. Mata dicelikkan semula dan dia mendapati dirinya berada di tempat lain. Rooftop sebuah bangunan tinggi. Ajaibnya sakit yang menyerang kepalanya tadi terus hilang dengan sekelip mata.

Perlahan-lahan Daniall bangkit dan berdiri tegak. Dia memusing kepala pandang sekelilingnya. Angin begitu kencang menyukarkan untuk dia melihat. Di dalam ribut keadaan itu, kakinya bagaikan ditarik untuk pergi ke satu arah.

Angin tidak sekencang tadi dan memberikan pemandangan yang jelas kepada Daniall. Dia terlihat susuk seorang lelaki berhoodie hitam. Lelaki itu berdiri tegak dan merenungnya tajam.

"Muka .... muka... muka kau sama seperti aku."

Adakah apa yang dia nampak saat ini adalah... dirinya sendiri?

Daniall meraba-raba wajahnya sendiri. Mata, mulut, hidung dan suara pun sama. Hampir kesemuanya sama!

"Niall..." Lelaki itu bersuara.

Makin berkerut dahi Daniall.

"Baliklah, bodoh. Ini bukan tempat kau."

Bukan tempat dia? Apa maksudnya? Ketika Daniall berfikir maksud ayat itu, tanpa disangka lelaki itu berundur lalu menjatuhkan badannya ke belakang sekaligus menghilang dari pandangan.

Daniall pantas berlari ke arah tempat lelaki berhoodie hitam itu tadi.

Lelaki itu terjun dari bangunan tinggi ini.


────────


MATANYA tercelik luas bersama debaran di dada yang menggila. Dahi dan sekitar lehernya basah dengan peluh. Tegak badannya duduk dari posisi baring.

Dia bermimpi lagi!

Mimpi kali ini aneh...

Dia nampak dirinya sendiri terjun dari bangunan.

Apakah maksudnya?

Mimpi ini membawa sebarang petunjuk. Barangkali.

Daniall turun dari katil dan dia melangkah keluar dari biliknya. Dia menuju ke bilik kerjanya. Kebiasaannya bila dia terjaga dari mimpinya, dia takkan boleh tidur semula. Dia kerap mendapat mimpi yang aneh. Paling aneh sekali adalah mimpi tadi.

Hampir sejam dihabiskan waktunya di dalam bilik itu. Dia bekerja untuk keluarga Hawthorne, menguruskan hotel yang diserahkan Angelina kepadanya. Angelina sangat percayakan dia. Di dalam istana lama ini, tinggalnya dia bersama Angelina dan sebilangan ahli keluarga yang lain.

Daniall tarik laci di bawah mejanya. Dia mencapai sebuah buku itu dan diletakkan di atas meja.

Ini buku milik... Olivia.

Dia simpan buku itu dan Angelina tidak menyedari.

Daniall duduk bertenggek di bucu meja sambil melihat isi kandungan buku itu. Buku ini sesuatu. Bukan sekadar lukisan wajahnya. Dia teliti secara baik. Semakin dia selak lembaran muka surat itu, semakin dia mendapat jawapan.

Lukisan Olivia bukan lukisan 'kosong'.

Tegak telinga Daniall menangkap bunyi tapak kasut tinggi, segera dia menyorokkan buku itu ke dalam laci yang berkunci. Dari bunyi itu saja, dia tahu siapakah orangnya.

Pintu terbuka dan Angelina yang memunculkan dirinya.

Daniall menyilangkan tangannya di dada dan berkelakuan biasa. Wanita itu semakin mendekatinya bersama senyuman misteri terukir.

"Kenapa kau belum tidur?" tanya Angelina.

"Aku tak boleh tidur."

"Kau mimpi ngeri lagi?"

"Ya." Mudah Daniall menjawab tanpa menceritakan jelas mimpi yang dialaminya tadi.

"Kau dari mana, Angel?"

Angelina ketawa. "Aku... aku baru bunuh orang. Kau nampak darah ni." Dia tunjukkan darah yang melekat di wajah dan tangannya.

"... masih baru."

Daniall bawa Angelina masuk ke bilik air. Dia tarik Angelina ke singki dan mencuci darah di tangan serta wajah cantik wanita itu. Dia melakukan perbuatan itu dengan mulut yang terkunci. Daniall tidak berkata apa sehinggalah dia selesai membersihkan Angelina dari kotoran darah itu.

"Kau bunuh siapa?" Barulah Daniall bertanya.

"Nanti kau akan tahu." Lambat-laun Daniall akan tahu juga.

Angelina yang duduk di atas kaunter singki itu mula memaut tangannya di leher Daniall. Bibir ukir senyuman nakal.

Ibu jarinya mengusap bibir Daniall.

"Aku mahu kahwin dengan kau secepat mungkin."


────────


"NAYRA kecewa dengan abang. Rasa nak cekik-cekik je abang ni. Pastu tarik telinga abang. Pulas perut abang. Eiii geram tau. Lantak la abang ni suami Nayra ke apa."

Seram Hero mendengarnya. Lunyai la jawabnya kalau isterinya benar-benar memaksudkan ayat tu semua. Anayra sejak bergelar mommy, makin bertambah garang. Susah dia nak jinakkan berbanding sebelum melahirkan Hessa.

Hero garu belakang kepalanya. Dia tidak berani memandang muka Anayra. Dia pura-pura sibuk menyiapkan dirinya untuk pergi kerja. Anayra di belakangnya sedang bercekak pinggang.

"Apa salah abang sampaikan baby nak geram dengan abang?"

Hero tanya soalan bodoh yang menyebabkan Anayra lagi nak marah. Hero ni buat-buat tak tahu kesalahannya atau memang tak tahu?

"Kesalahan abang besar sangat! Takkan abang tak sedar apa kesalahan abang?"

"Tak."

"Eiiii."

Anayra berdiri di sisi suaminya. Dia tunjukkan sesuatu di skrin telefonnya pada Hero.

"Tengok ni! Nayra call abang Damien banyak kali. Semuanya dia reject. Nayra mesej dia, dia seen je. Dia pergi mana?"

Hero angkat bahunya ke atas. "Entah. Darren cakap dia dah pergi. Abang tak tahu dia pergi mana."

"Semua ni salah abang tau! Abang Damien pergi disebabkan korang berdua."

"Abang tak halau dia." Hero masih mahu membela dirinya.

"Inilah sebab kenapa Nayra geram sangat dengan abang! Abang langsung tak rasa bersalah!"

Anayra memaksudkan dari raut wajah Hero yang langsung tidak terpeta riak yang bersalah. Dari gaya percakapan suaminya juga, tidak terselit walau sedikitpun rasa bersalah.

"Abang memang tak bersalah."

Anayra usap-usap dadanya. Dia cuba untuk memupuk kesabaran di dalam dirinya. Makin bertambah sakit hatinya bila suaminya sendiri tidak mengaku salah. Ego Hero terlalu tinggi.

"Sekarang ni Nayra nak tahu kenapa korang berdua rahsiakan info tu dari abang Damien? Cuba fahamkan Nayra..."

Hero putar tubuh menghadap Anayra. Keluhan kecil terlepas dari mulutnya.

"Kami tak nak dia berharap. Tak ada jaminan yang lelaki tu betul-betul Niall. Boleh jadi tu pelanduk dua serupa je. Biarlah Shah dan Dayana selidik dulu."

Anayra menggeleng kepalanya. Dia tak boleh menerima alasan itu.

"No... Tetap salah korang buat abang Damien macam ni. Dia berhak tahu walaupun kita tak yakin lagi. Nayra ingatkan dia dah tahu pasal info tu. Bila Nayra cakap benda tu depan dia, dia nampak blur sangat. Rupanya dia memang tak tahu. Kalaulah abang tahu macam mana reaksi dia waktu tu... Dia nampak kecewa dan marah. Abang Damien tu orang yang paling rapat dengan abang Niall. Mereka kembar. Susah senang mereka bersama. Setiap kali abang Niall sakit, siapa yang ada di sisi dia? Abang Damien orangnya. Dia akan jaga abang Niall sampai sembuh. Abang Damien tu sayangkan sangat-sangat abang Niall."

Anayra menyaksikan segalanya kerana dia yang membesar sekali dengan Damien dan Daniall jika nak dibandingkan dengan Hero yang lama menetap di Jerman. Damien sangat mengambil berat tentang Daniall.

Damien seorang lelaki yang menunjukkan perasaanya melalui perbuatan. Jika dia sayangkan orang itu, dia akan berusaha melindungi orang tu.

"Abang Damien pernah kata jika dia diberikan pilihan untuk kehilangan perempuan yang dia sayang atau kehilangan abang Niall... Dia rela kehilangan yang pertama tu. Abang Niall bermakna dalam hidup dia."

Anayra tidak mereka cerita. Dia hanya mengulang semula ayat yang pernah dituturkan oleh Damien suatu ketika dahulu. Tidak cukupkah lagi itu membuktikan Damien terlalu sayangkan Daniall.

"Tapi, tengoklah apa yang korang dah buat pada abang Damien. Rahsiakan perkara yang tak sepatutnya."

Anayra turut rasa kecewa dengan perbuatan suaminya dan abang Darren. Dia tidak akan menyebelahi perbuatan yang terangan salah. Dia berundur dan duduk di hujung katil. Tangan naik meraup wajahnya sendiri.

Hero terdiam tak terkata. Dia menghampiri isterinya. Dia melutut di hadapan Anayra.

"Abang Damien banyak terasa selepas pemergian abang Niall. Nayra pernah nampak mummy buang makanan yang abang Damien belikan untuk mummy. Abang Damien belikan makanan favourite mummy sebab dia nak mummy ada selera makan semula." Anayra mula menceritakan sesuatu yang dia tahu selama ini. Apa yang dia saksikan. Bibirnya bergetar halus menahan rasa sebak. Meskipun bukan dia yang berada di tempat Damien, dia yang merasa sakitnya.

"Bukan sekali Nayra nampak benda tu. Banyak kali. Abang Damien tetap tak putus asa. Dia cuma nakkan kasih sayang dari mummy. Abang Damien nak peluk mummy pun... mummy tolak. Kebetulan waktu tu Nayra nampak. Abang Damien mampu tersenyum je dan terus pergi. Depan semua orang dia berpura-pura yang dia okay. Sedangkan dalam hati dia tu... kita tak tahu betapa terlukanya dia. Abang Damien selalu susah hati tengok keadaan mummy. Dia berusaha nak kembalikan mummy yang dulu. Setiap kali Nayra tanya dia... Dah jumpa mummy ke belum, dia akan reka cerita yang mummy layan dia baik. Sedangkan Nayra nampak apa yang terjadi di sebaliknya. Dia tak boleh tipu Nayra."

Air mata Anayra sudah menitis ketika dia bercerita. Dia tidak dapat menahan lagi. Hero perlu tahu kisah ini. Orang lain takkan tahu apa yang dihadapi Damien selama ini kerana Damien tak pernah tunjuk yang dia sedang sedih atau terasa.

"Kenapa semua orang layan abang Damien macam ni? Apa salah dia? Abang Damien pun ada hati dan perasaan. Dia dah tak ada sesiapa selain kita. Kita... family dia."

Hero menarik tubuh Anayra ke dalam pelukannya. Anayra ambil kesempatan itu untuk melepaskan tangisannya sepuas hati di dada Hero.

"Abang Damien seorang abang yang baik walaupun mulut dia jahat. Hati dia sangat baik. Walaupun dia tak pernah cakap yang dia sayangkan Nayra... Nayra tahu dia sayangkan Nayra. Dia tak hipokrit. Kalau dia tak suka... Dia akan cakap dia tak suka."

Anayra tolak tubuh Hero menjauhnya. Dia mengelap air matanya dengan belakang tangan. Dia menarik nafas dalam lalu dihembuskan.

"Baguslah abang Damien buat keputusan untuk pergi. Dia pergi sebab dia tak nak terus terluka. Semua orang tak hargai dia... Buat apa lagi dia duduk di sini. Orang akan cakap dia berlebihan dan bersikap kebudakan disebabkan isu ni, tapi orang tu tak faham pun apa yang abang Damien lalui! Cakap senang jelah. Bukannya duduk kat tempat abang Damien pun!"

Emosi Anayra mula berubah. Tajam renungannya untuk Hero.

"Abang ni pentingkan diri. Abang tak peduli pun perasaan orang lain. Dia tu adik abang. Adik kandung abang. Abang boleh berlagak selamba je selepas apa yang terjadi. Sebab apa? Sebab bagi abang tu bukannya masalah abang pun. Nayra tak suka sikap abang yang satu ni. Jadi... Nayra akan lancarkan perang dingin dengan abang selama seminggu!"

Hero menarik wajah masam. "Seriously baby? Kita bergaduh disebabkan Damien?"

"Yes!" Anayra angguk kepalanya laju.

Hero mula merengek manja. Dia nak peluk Anayra. Tapi, Anayra lagi pantas mengelak dan menjauh darinya. Rasa nak meraung Hero bila diaorang bergaduh gara-gara seorang Hans Damien.

"Harini tak ada morning kiss untuk abang."

Anayra nak berikan pengajaran kepada Hero. Dia akan lakukan perbuatan yang sama diterima oleh Damien selama ini kepada suaminya.

Oh tidak terkecuali abang Darren.

"Kita semua fikir abang Niall je yang penting dan menghidupkan suasana dalam family kita. Tapi, kita lupa kewujudan abang Damien. Jangan sampai kita betul-betul kehilangan dia. Waktu tu barulah semua akan menyesal. Tak guna dah," kata Anayra sebelum melangkah keluar dari bilik.

Anayra hantar satu voice message yang panjang kepada Damien. Dia tahu Damien akan mendengar pesanannya meskipun tak balas.

"Abang Damien... Nayra akan sentiasa ada dengan abang walaupun sekarang ni abang dah pergi jauh dari Nayra. Nayra nak abang jaga diri. Pergilah rawat hati abang yang dah banyak terluka. Abang perlukan ruang untuk bersendirian. Keputusan abang ni yang terbaik. Sampai bila abang nak bertahan. Biarlah orang nak kata buruk pasal abang. Diaorang takkan faham selagi tak berada di tempat abang. Kalau abang ada apa-apa masalah, carilah Nayra. Nayra akan cuba tolong. Kalau rindu Hessa dan Hud... kita boleh video call okay!"






***



Next chapter :

"Inilah tempat yang sama dalam gambar kita dapat dari Darren. Kita tunggu jelmaan Niall tu muncul. Kalau ada luck, kita akan dapat jumpa dia. Atau kau ada plan lagi boek dari ni?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro