Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

DANIALL - 10

Damien meminta izin dari daddy untuk bertemu Katerina. Pada tengah malam itu, Damien menatap sepuasnya wajah mummy yang sedang lena diulit mimpi. Dia labuhkan punggungnya di sebelah tempat mummy tidur.

Dia sentuh tangan mummy dan digenggam erat. Dia bawa tangan itu ke pipinya. Cecair hangat dari matanya laju menuruni membasahi pipinya.

"Mien sayang mummy. Sangat-sangat," ucapnya.

"Maafkan Mien sebab tak faham keadaan mummy. Mien dah cuba. Tapi, Mien yang sakit."

Dia sakit kerana dirinya tidak dipandang oleh ibu kandung sendiri. Dia sakit kerana kewujudannya tidak dianggap di dalam rumah ini.

Dia sakit kerana sudah terlalu lama pendam apa yang dirasa.

"Niall akan kembali pada keluarga kita. Mien berharap lelaki tu Niall kita. Mummy jangan risau... Niall akan kembali. Shah dan Dayana dah pergi sana. Diaorang lagi layak cari Niall. Bukan Mien. Mien yakin mummy akan sihat semula bila Niall ada." Damien katakan semua ini ketika Katerina tidur kerana mummynya takkan dengar segala luahannya. Inilah caranya.

"Kehilangan anak tu sakit kan, mummy?"

Damien ukir senyuman pahit. Memang itu kehilangan yang paling menyakitkan.

Damien rindukan mummy yang dulu. Kehilangan Daniall benar-benar memberikan impak yang besar kepada mereka semua.

Damien peluk pula tubuh mummy. Dia tersenyum. Tidak mengapalah pelukannya tidak berbalas. Ini sudah mencukupi. Dia rindu nak peluk mummy.

"Mien pergi dulu, mummy. Entah mummy sedar atau tak yang anak mummy ni dah tak ada. Doa Mien untuk mummy takkan pernah putus. Mummy akan sihat semula dan bila saat itu tiba... Mien nak mummy peluk Mien macam dulu."

Damien mencium tepi kepala Katerina. Perlahan-lahan dia beralih dan berdiri semula. Dia sapu air matanya dengan hujung jarinya. Dia menoleh ke belakang. Wajah daddy dan Darren memenuhi pandangannya.

Mereka mendengar luahannya.

"Damien nak pergi mana?" tanya Tuan Denniz lembut.

"Pergi jauh dari semua orang," jawab Damien tanpa perasaan. Atau lebih tepat dia mahu pergi ke tempat yang boleh memberikan ketenangan kepadanya. Dia berjalan melepasi Darren dan Tuan Denniz. Dia keluar dari bilik itu.

Darren pantas mengejar langkah Damien.

"Aku minta maaf, Damien. Aku bersalah dalam hal ni." Darren memohon ampun atas perbuatannya.

Damien marahkan Darren sangat-sangat untuk pertama kalinya. Buktinya Damien tak mahu memandang muka Darren. Apatah lagi bercakap dengan Darren setelah kejadian petang tadi.

"Jangan pergi, Damien." Halang Darren. Dia tak sanggup kehilangan adiknya lagi. Cukuplah Daniall. Takkan sekarang Damien pula.

"Ren. Kau... orang yang paling aku hormat selepas mummy dan daddy."

Darren maju ke depan.

"Kau boleh bagi alasan yang kau terlupa nak beritahu aku info tu. Tergamak kau boleh lupakan aku sedangkan aku ni orang paling rapat dengan Niall. Aku kecewa dengan kau. Kecewa sangat. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran kau sampaikan kau buat keputusan untuk ketepikan aku. Sekarang ni aku dah tak peduli apa nak jadi. Aku pergi sebab aku tak nak terus terluka."

"Aku ada ke tak, keadaan tetap sama." Kata-kata terakhir Damien sebelum dia melangkah pergi. Dia tekad dengan keputusannya untuk pergi.


────────


DAYANA banyak menyumpah Shahrul di dalam hatinya dek kerana geram dengan sikap sambil lewa jejaka itu. Sungguh dia tak faham dengan Shahrul ni.

Shahrul lupa ke tujuan asal mereka datang ke negara ni? Dia bagaikan lupa segalanya saat menjejakkan kaki di sini.

Pada petang itu Dayana berseorangan duduk di bahagian luar restoran yang berhampiran dengan pantai. Sudah dua gelas air diminumnya sepanjang tempoh itu. Dia tidak memesan makanan kerana dia tidak lapar.

Dayana meletakkan kembali telefonnya di atas meja. Dia baru berbalas pesanan dengan Hero. Hero memarahinya dan Shahrul kerana tidak memulakan pencarian.

Keluhan kecil terlepas dari mulutnya. Dia memeluk tubuhnya sendiri, mengusap bahagian lengannya yang terdedah. Dia hanya berseluar pendek paras paha dan baju tanpa lengan.

Bila dihitung sudah hampir sejam dia di sini. Dia ditinggalkan Shahrul.

"Mana Shah ni?"Baru saat ini Dayana terdetik untuk mencari jejaka itu.

Sebelum Shahrul meninggalkan dia di sini, Shahrul ada mengatakan yang dia mahu pergi surfing di laut. Teruja sekali wajah Shahrul ketika itu. Nampak sangat tak sabar.

Orang yang disebut-sebut, sudah kelihatan. Dari jarak ini Dayana berjaya menjumpai Shahrul yang hanya berseluar pendek paras lutut itu sedang berlari anak-anak ke arah restoran ini. Langkah Shahrul terhenti serta-merta bila ada dua orang gadis berbikini menegurnya mesra.

Shahrul tersenyum malu berbual dengan dua orang gadis itu. Dayana perhati saja sambil menggeleng kepala.

"Lelaki miang..." kutuk Dayana selamba. Dia tahu pandangan lelaki seperti Shahrul ini ke arah mana.

Lama pula Shahrul bercakap dengan dua orang gadis itu. Lebih kurang 5 minit sebelum Shahrul meminta diri. Sempat Shahrul melambaikan tangan buat kali terakhir.

Dayana laju angkat punggungnya dari kerusi dan terus membayar minumannya. Dia melangkah keluar dari restoran itu dan melalui laluan yang bakal dilalui Shahrul.

"Masam giler muka kau macam tempoyak basi." Giliran Shahrul pula mengutuk bila dah bertemu Dayana.

Dayana menjeling.

Shahrul menyarung baju di badan tegapnya. Di hadapan Dayana dia lakukan perbuatan itu. Dayana langsung tak terkesan kerana dia sudah biasa melihat badan lelaki.

Dayana dilahirkan di dalam keluarga yang hampir kesemuanya lelaki. Dia ada abang seramai 4 orang dan 2 orang adik lelaki. Ibunya pula sudah lama meninggal dunia. Hanya tinggal si bapa. Kesimpulannya, dia sejak kecil lagi dikelilingi ramai lelaki.

"Seronok surfing?" Soalan Dayana berbaur sinis. Mereka mula berjalan beriringan.

"Seronok la. Kau tak tengok ke aku tadi?"

"Aku tak ada masa nak tengok kau."

Shahrul mencebik. "Kau ada nampak kan tadi ada dua awek cun tegur aku."

"Ya. Aku nampak mata kau pandang mana. Kau sengih-sengih." Selar Dayana kemudian dia mengajuk cara Shahrul sengih tadi.

"Dia kata badan aku seksi." Shahrul berkata penuh riak.

"Shah. Aku nak ingatkan kau yang kita datang sini bukan untuk bercuti..." Kesabaran Dayana sudah hilang dengan sikap Shahrul.

"Kita honeymoon," potong Shahrul. Dia tersenyum senget.

"Honeymoon hotak kau. Kita datang sini ada misi. Bukan saja-saja. Tapi, aku tak faham dengan kau ni. Kau macam dah lupa tujuan asal kita. Dah terpesong. Hero call aku tadi dan dia tanya apa yang kita tengah buat. Macam biasalah aku kena marah bila dia tahu kita santai je kat sini."

Dayana dah terbiasa kena marah dengan bekas majikannya itu. Hero seorang majikan yang garang. Tapi, bila dengan Anayra automatik jadi kucing miang.

Kedua-dua belah tangan Dayana memegang sisi kepala Shahrul.

"Kita. Datang. Sini. Sebab. Niall. Faham?" Sepatah-sepatah Dayana sebut.

Shahrul angguk kepala.

"Err Dayana. Rapatnya muka kita ni. Kau nak cium aku ke?" Naif Shahrul bertanya. Dia kelip-kelip mata.

"Aku nak ingatkan kau yang aku ni dah lama single," kata Shahrul lagi. Kali ini bibirnya mengoyak senyuman nakal.

"Ouh aku teruna lagi."

"Diam la bangang! Aku tak nak tahu!" Dayana menjerit di hadapan muka Shahrul.

Pecah berderai ketawa Shahrul.



────────


DIA tahu hayatnya takkan lama. Mungkin hari ini atau esok dia akan mati di tangan Angelina. Wanita itu gila dan dia akan lakukan apa saja agar 'rahsianya' selama ini takkan terbongkar.

Olivia tidak menyesal mengaku di hadapan Angelina yang dia tahu segalanya. Kerana dia boleh nampak ketakutan yang terpancar di wajah Angelina.

Angelina menggila. Cekik leher dia sepuasnya dan akhirnya sengaja membiarkan dia hidup.

Angelina takkan bunuh dia begitu saja. Angelina akan seksanya sehingga mati perlahan-lahan.

"Sejuk kan tempat ni. Gelap. Busuk. Tempat yang sesuai untuk hamba kotor macam kau." Angelina mula bersuara.

Olivia ketawa kecil. "Kenapa bidadari suci seperti kau duduk di tempat yang kotor ni?"

"Aku nak pastikan kau masih hidup. Kau tak boleh mati lagi. Aku tak puas nak seksa kau."

"Aku mati sekalipun, rahsia kau takkan berkekalan lama. Suatu hari nanti... dia akan tahu juga. Dia akan ingat siapa diri dia yang sebenar. Dia takkan selamanya jadi 'Daniall' yang kau cipta."

"Dia takkan boleh ingat siapa diri dia yang sebenarnya. Jasad dia akan terus terkurung di sini. Dia akan selamanya berada di sisi aku!"

Angelina membenam pisau di tangannya pada paha kanan Olivia. Memancut keluar darah dari kaki bersama raungan besar Olivia. Angelina tarik semula pisau yang tercacak pada paha Olivia. Darah Olivia terpercik sehingga ke muka Angelina.

"Aka... akan ada orang yang me... mencari dia. Ra... ram... ramai."

Olivia pandang tepat ke dalam mata Angelina. Bibirnya masih mampu mengukir senyuman sinis dalam keadaan begini.

"Aku... aku... aku nampak banyak darah. Darah."

Gadis ini...

Dia mempunyai kelebihan untuk melihat masa depan.

Perlahan-lahan mata Olivia terpejam. Tubuhnya jatuh meringkuk di atas lantai.





***

Semakin menarik?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro