Bab 1
MASA KINI
Cahaya yang kelihatan samar-samar disebalik langsir bilik kamar.Itu bernasib baik sahaja masih lagi cuti Tahun Baru Cina, kalau tidak sudah pasti dia dalam keadaan angin yang tidak pernah baik untuk jangka masa panjang.
'Dah pagi ke?Malas betul aku nak bangun.Tapi siapa nak buat sarapan kalau bukan aku?' bebel akal nya
Baru sahaja dia ingin bangun,sepasang tangan elok sahaja melingkari pinggang nya walaupun sudah ditolak banyak kali namun tetap sama keadaannya.Sempat juga dia mengeleng kepala kerana melihat manusia disebelahnya kalau bukan suaminya.
"Nampak sangat aku kena belajar luar dan dalam perangai dia lepas ni.Memang pelik perangai dalam rumah dengan luar rumah.Tapi cute pula dia tidur dengan rambut pun boleh serabai dan muka licin.Entah aku kira yang untung atau dia bernasib malang sebab dapat aku?" omel nya sambil bermain rambut suaminya
Siapa lagi yang berani lakukan kalau bukan Ame sendiri.Sekarang ini dia tidak lagi menetap dirumah agam daddy tetapi rumah asing namun perlu menyesuaikan diri.Itu kira cukup bagus untuk tidak duduk sebumbung dengan mana-mana ahli keluarga.
Bagaimana pula daddy,abang long dan Afdzim membenarkan dia duduk berasingan daripada keluarga?Mari sini duduk dekat-dekat author.Sebelum itu, jangan lupa ambil popcorn dan air korang ye.
FLASHBACK
Keysha dan Yanna berada di dapur untuk menyediakan makan malam manakala Ame, Darwish, Syah dan Rayyan berada dalam bilik.Pada awalnya memang Ame dan Syah ingin menolong Keysha namun ditentang sehingga kedua-dua akur dengan muka takut.
Bukan takut pada Keysha mana pun tetapi ketukat Keysha bukan kaleng-kaleng malah takut tersalah tempat diketut.Merana hidup mereka sekiranya Keysha memilih untuk memasak mereka selepas ini.
"Awak." panggil Ame
Darwish yang elok sahaja bermain telefon pintar, terus mengerling untuk seketika sebelum menyambung memandang pada telefon kesayangan.Ame menarik nafas lalu menghembus nafas sebanyak tiga kali.
'Nasib baik sahaja kau tu suami aku.Kalau bukan, dah lama aku libas dengan katana aku karang.' getus Ame dengan geram
Melihat Darwish masih leka bermain telefon pintar, Ame hanya mampu mengeleng kepalanya kerana sudah masak dengan perangai lelaki.Pantang ada masa lapang, pasti game menjadi pilihan pertama mereka sejak azali.
Tiba-tiba ada mesej yang masuk dari telefon Ame lalu dibuka untuk melihat.Nampaknya dia perlu menyelesaikan masalah besar selepas cuti ini.
'Adrien, Adrien... kalau nak cari pasal dengan girlfriend pun jangan lah sampai libat aku pula. Macam lah aku ni jadi makcik gruad dia sepanjang saat pula,kan?' bisik hati Ame
Selepas puas melihat beberapa masalah sudah selesai,Darwish terus menutup telefonya sebelum memandang wajah Ame.Melihat Ame tersenyum seorang diri, membuat dia ingin tahu dengan siapa pula Ame bersembang.
"Siapa mamat dalam gambar ni?Macam mana kawan kau boleh bagi kau gambar lelaki?" tanya Darwish dengan serius
Ame yang terkelu apabila Darwish tiba-tiba sahaja bertanya soalan tentang gambar dalam telefonnya.Sudahlah itu adalah gambarnya bersama dengan Adrien semasa berada di Sabah cuti sekolah sebelum ini.
"Itu sepupu saya lah." kata Ame
"Tak pernah nampak pun sepupu kau?" tanya Darwish
'Ini yang malas nak cakap dengan mamat kerek.Sekali dia menjadi kerek, sampai mati pun belum tentu dia akan mengalah.' rungut Ame dalam hati
"Memang lah awak tak pernah nampak dia.Dia duduk dekat Brunie lah.Dia sepupu sebelah mummy.Lagipun, dia orang paling dekat dengan atuk dan nenek saya dekat Sabah sana." terang Ame dengan penuh ringkas
Kalau Darwish masih lagi memilih untuk tidak memahami, memang silap orang sekarang ini. Bermain dengan Nur Ameerah Syafikah, bermakna sedang bermain dengan ajal orang itu tanpa belas kasihan.
Darwish mengangguk kepalanya beberapa kali sebelum menyerahkan semula telefon pintar Ame.Melihat wajah Darwish seolah-olah ingin membincangkan sesuatu, terus sahaja dia menutup telefon sebelum menatap wajah suaminya.
"Awak ada sesuatu nak cakap dengan saya ke?" tanya Ame
"Boleh tak esok kita pindah?Maksud aku kita duduk asing dari parents kita." kata Darwish
Ame merenung Darwish sebelum mengangkat bahunya.Bukan dia tidak gemar duduk berjauhan daripada semua orang tetapi apa alasan yang paling bernas untuk memujuk tiga-tiga orang lelaki yang sentiasa berada disisinya.
"Saya okey je asalkan dekat dengan sekolah dan hospital, itu dah cukup memadai untuk saya." ulas Ame
Darwish mengangguk kepalanya sebelum Ame menarik lengannya untuk meminta sesuatu.Ame yang tidak sedar tindakannya, terus sahaja menarik tangan namun terbaring bersama Darwish menindih badan nya.
"Kau nak cakap apa?" tanya Darwish
"Macam mana kita nak pujuk abang long,abang ngah dan daddy?Awak tahukan diorang memang pantang sangat kalau melibatkan saya." kata Ame
Belum sempat Darwish ingin memberikan cadangannya,pintu bilik terbuka oleh seseorang tanpa sebarang bunyi ketukan.Melihat Yanna seperti ingin memanggil mereka turun makan tetapi lain pula yang dilihat.
"Sorry kacau korang nak buat anak.Tapi kak Key panggil makan dulu.Cau." kata Yanna sebelum lesap
Darwish dan Ame terkejut malah wajah mereka sudah bertukar warna tomato.Sungguh menyesal dia tertarik tangan suami sehingga tertindih malah menyebabkan Yanna salah faham.Sudah pasti dia bakal disoal jawab dengan semua orang.
"Jum turun." ajak Darwish tanpa memandang wajah Ame
Ame hanya terbatu sahaja melihat Darwish sudah berdiri untuk keluar makan di bawah.Bukan dia tidak mahu makan bersama namun mengenang Sandra masih lagi ada dalam rumah, memang kena headshoot dengan manusia pun dia tidak akan turun bawah.
"Kau memang tak nak turun ke?" tanya Darwish dengan pelik
Ame mengeleng kepalanya dan membuat Darwish berasa hairan buat kali pertama melihat Ame seakan-akan tidak mahu bersama dengan sesiapa walaupun untuk mengisi perut.Darwish yang berdiri,terus duduk dibira katil sambil menatap wajah Ame yang sedikit mendung.
"Kau ada masalah,share dengan aku.Apa function aku kalau aku tak boleh tolong kau sebagai seorang suami atau kawan." pujuk Darwish
"Tak ada apa pun.Saya memang dah terbiasa sangat sebab tak dibenarkan makan bersama bila ada nenda,atok atau mana-mana saudara mara.Jadi, awak tak perlu risau pasal saya sangat tapi risau kesihatan awak tu." kata Ame dengan senyuman kecil
Namun masih lagi tidak membuat Darwish untuk berputus asa lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi ketua keluarga.Darwish mendukung Ame seperti bride style dengan muka selamba sehingga terkejut cik isteri.
"Awak!" terjerit Ame
Siapa yang tidak terkejut secara dastrik apabila suami sendiri tiba-tiba sahaja mendukung dirinya.Entah berat atau tidak badan nya semasa diangkat oleh Darwish sendiri kerana tidak dapat mengingati dengan jelas.
"Kalau kau tak nak aku lambung kau, duduk diam.Aku ingat kau ni berat macam anak gajah ke apa rupanya ringan macam angkat anak patung besar je." komen Darwish
Ame tiada pilihan lain selain akur sahaja kerana tidak mahu dilambung oleh suami sendiri.Takut pula sekiranya angin monsun berubah menjadi bertambah teruk lagi apabila berhadapan manusia-manusia nanti.
Sesampai sahaja mereka ke ruang makan, semua memandang Ame dan Darwish dengan pandangan pelik.Ame terus diletakkan disebelahnya dengan wajah sudah berubah rona tambahan melihat senyuman usik daripada hampir kesemuanya.
"Aih..." seru semua
Ame apa lagi, terus sahaja bergerak ke tempat duduknya sambil menarik hudnya lebih rendah untuk menutup wajah.Namun sempat membalas pandangan Sandra yang sudah pasti tidak akan pernah kalah dengannya walaupun bukan masalahnya langsung.
"Abang Izz duduk lah sebelah Sandra." ajak Sandra dengan penuh gedik
"No thanks.Aku lebih rela duduk sebelah bini aku daripada duduk sebelah kau.Panas tahu tak macam duduk neraka jahanam." tolak Darwish dengan sindiran
Sempat Darwish tersenyum sinis pada Sandra yang sudah terkulat-kulat kerana disindir.Terus dia duduk sebelah Ame tanpa mempedulikan pandangan sesiapa asalkan Ame tidak mengelak daripada bersama dengan nya untuk kali pertama.
'Kau tunggu sahaja, pembawa sial.' desis Sandra dengan penuh amarah
Selesai sahaja menikmati makan malam, Ame dan Darwish memandang antara satu sama lain sebelum memandang wajah daddy,abang long dan Afdzim.Ketiga-tiga berasa pelik akan tingkah gadis itu yang tiba-tiba sahaja merenung mereka.
"Me nak apa sayang?" tanya daddy dengan lembut
"Boleh tak kalau Me dengan Darwish pindah rumah?" soal Ame dengan penuh berhati-hati
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu salah satu hati yang terluka akan permintaan nya.Namun melihat reaksi daddy, sudah pasti dia membenarkan kerana mempercayai dirinya sepenuhnya. Berbeza pula pada abang long dan Afdzim kelihatan sedikit keberatan untuk melepaskannya.
END FLASHBACK
Selepas dapat memujuk abang long dan Afdzim,terus sahaja Ame dan Darwish dapat kebenaran untuk berpindah.Lagipun, tidak salah meminta izin daripada keluarga kerana jarak antara rumah mereka dan daddy tidak jauh mana pun.
"Menungkan apa tu,cik adik?" tanya Darwish
"Ingat nak tidur sampai zohor tadi.Tup,tup dah lama celik mata,eh?" perli Ame
Darwish menguling bebola mata sebelum melangkah ke bilik air membuat Ame hanya mampu mengeleng sahaja kepala.Nasib baik sahaja mereka berdua sempat membeli barang basah dan kering untuk mengisi dapur selepas sampai ke rumah ini.
Tanpa membuang masa, Ame terus turun ke bawah sambil mengikat rambut nya yang elok dilepaskan.Kalau ikutkan memang malu kerana tidak biasa menunjukkan aurat pada mana-mana lelaki tetapi apabila mengingati Darwish adalah lelaki sah, tiada bantahan untuknya lagi.
'Nak masak apa eh?Buat mee goreng dengan omlete je lah.' bisik akal Ame
Terus sahaja dia mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sarapan pagi. Penat bagaimana sekalipun, sarapan tetap menjadi keutaman semua manusia untuk menambah tenaga seharian.
"Bismillah."
Nasib baik sempat dia makan ubat sebelum Darwish perasan.Buat masa ini dia tidak boleh menceritakan penyakitnya untuk elakkan rancangan nya berjalan lancar.Mungkin selepas encik suami habis SPM, baru Ame mengaku segalanya.
Terlampau sibuk menyiapkan makanan, langsung tidak menyedari kemunculan Darwish di ruangan dapur.Mengeleng kepalanya melihat Ame betul-betul tidak sedar kewujudan nya walaupun berada disebelah sahaja.
"Siap pun.Eh!"
Darwish tersenyum kecil sebelum menolong Ame mengangkat makanan yang baru sahaja siap dimasak ke meja.Ame mengeleng kepalanya sambil mengurut dada untuk menghilangkan rasa terkejut.
"Takkan nak duduk dekat dapur tu?Nak sejuk dah makanan ni." tegur Darwish
Terus sahaja bergerak ke arah meja lalu menyeduk makanan untuk Darwish dan dirinya.Selesai sahaja menikmati sarapan ringkas mereka,Darwish menawarkan diri untuk membersihkan pinggang manakala Ame naik ke atas untuk membersihkan dirinya untuk kali kedua.
TO UNLOCK THE NEXT CHAPTER, PLEASE COMPLETE YOUR TASK:
Voted: 3
Comment: 3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro