Epilogue
SKIP TIME & PLACE
DARWISH POV
Melihat figura tubuh badan ku dan Rayyan yang elok sahaj terpancar pada cermin besar, membuat aku berasa sedikit berbeza daripada kebiasaannya.Rayyan yang sibuk berselfie langsung tidak dipedulikan.
'Bersedia ke aku untuk jadi seorang suami?Macam mana aku nak sayang dan cintakan minah senget tu sedangkan nyawa aku hanya setia untuk seorang gadis bernama Ika?Semoga aku mampu membahagiakan minah tu walaupun tanpa sebarang perasaan yang wujud.' bisik hati ku
KNOCK!KNOCK!
"Masuk." arah Rayyan
Sempat aku menjeling pada Rayyan kerana pandai-pandai sahaja memberikan arahan sedangkan lelaki itu sedang berada dalam bilik tidur ku sekarang ini.Hendak menghalau dari bilik ini, tak pasal kami berdua kena akad nikah di hospital kelak.
Wajah Iris yang elok sahaja terjengul disebalik pintu sambil tersenyum kecil.Tahu sangat gadis molek itu baru sahaja dibasuh oleh ummi kerana sibuk menyampuk orang tua bersuara.
"Menganggu Angah dengan abang Ayyan?" tanya Iris
Aku mengeleng kepala sebelum menarik nafas panjang.Malas sangat aku ingin mengeluarkan suara kerana cuba untuk mengawal kadar denyutan nadi yang tiba-tiba sahaja tidak normal daripada kebiasaan.
"Angah dengan abang Ayyan nervous ke?" tanya Iris dengan prihatin
"Entah lah.Angah bukan tahu pun angah ni tengah nervous ke atau tak." kata ku
"Adalah dalam sepuluh peratus macam tu nervousnya." kata Rayyan
Iris hanya mengangguk seperti burung belatuk apabila mendapat jawapan daripada aku dan Rayyan.Sempat juga aku memandang Rayyan dengan pandangan curiga kerana dalam banyak-banyak manusia yang aku kenal, mamat buaya ini paling gelabah sejak semalam lagi.
"Lebih baik adik keluar sekarang sebelum angah suruh kawan-kawan adik guna cara diorang." ugut ku
Sesungguhnya apabila Iris ada dalam bilik kamarku, memang ketenangannya terganggu walaupun prihatin sebagai seorang adik.Iris yang membuat mimik muka buruk pada aku, terus keluar juga sambil menghempas pintu.
'Nasib aku dapat adik macam ni.Manja sampai naik lemak sangat.Aku yang anak manja dulu pun tak pernah naik lemak.' omel ku dalam hati
Baru sahaja suasana dalam kamar sudah tenang, muncul pula dua orang makhluk asing yang sentiasa setia bersama tidak kira senang mahupun susah.Siapa lagi yang aku maksudkan kalau bukan Iqram dan Naufal.
"Yow manusia!" sapa Iqram dengan selamba
"Waalaikumusalam.Adab kau mana, kabel elektrik?" sindir Rayyan
Iqram mencebik bibir sambil menjeling Rayyan malah mamat buaya itu tidak kalah juga membalas jelingan sehingga terpacar kilat kecil.Naufal mengeleng kepalanya manakala Darwish hanya menghela nafas berat.
'Macam mana lah mamat ni nak matang kalau perangai pun kalah dengan budak tadika?' gumam Naufal
Aku hanya merenung lantai sambil memikirkan masalah yang kerap timbul dalam Syarikat sedangkan diri ini masih lagi belum ambil SPM lagi.Naufal yang perasan aku termenung sehingga tidak mempedulikan perbalahan dua makhluk dari tamadun batu itu.
"Hari ni kan hari yang paling bermakna dalam seumur hidup kau.Cuba kau lupakan kejap masalah yang timbul tu dan fokus kejap dengan majlis kau." pujuk Naufal sambil menepuk bahuku
Aku tersenyum hambar namun masih lagi tidak dapat bertenang. Sungguh ini bukan diri aku yang sebenarnya.Mungkin sebab aku bakal mengalas tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak orang.
"Apa ni?Takkan lah time macam ni kau nak fikir lagi pasal kerja tu?Macam benda tu nak lari pun. Ketua Teras pun dah bagi korang chance nak cuti lagi-lagi kau, papa pikachu.Jadi, kita happy-happy jombol gitchu!" kata Iqram dengan ceria
"Yang jombol tu kitorang tapi kau jamban, sekian." usik Rayyan
"Sekurang-kurangnya muka aku ni bukan cap biasa-biasa,tahu?Lain lah kau, cap buaya lotacos reput katakan." perli Iqram
"Kau ni memang cari kubur ke macam mana?" tanya Rayyan dengan senyuman panjang
"Lebih kurang lah.Sekurang-kurang aku bukan mati penuh dengan dosa tetapi pahala daripada papa pikachu,buaya lotacos dan kayu cenggal." jawab Iqram dengan penuh drama
Rayyan terus membuka gelanggang gusti apabila amarahnya pada Iqram tidak dapat dikawal lagi sehingga keempat langsung terlupa mereka bakal terlewat.Aku yang kelihatan sedikit kusut pada awalnya juga turut tergelak kecil apabila melihat pergaduhan itu.
Naufal yang melihat diriku tergelak cukup membuat hatinya berasa sedikit lega kerana tidak mahu aku tertekan.Aku faham sangat kenapa sifat Naufal kelihatan risau semacam tetapi sejak peristiwa hitam itu, memang aku hanya dia sahaja sebagai orang terdekat untuk bersama.
"Eh!Papa pikachu gelak lah gais!" kata Iqram dengan teruja
Rayyan terus meluku kepala Iqram sambil tersenyum melihat aku menjadi diri aku semula walaupun hanya seketika namun tidak mengapa pun.
"Otak kau.Aku cuma teringat ayat kita dulu dengan Ika." nafi ku
"Ayat yang mana satu?Bukan ada banyak ayat dengan dia ke dulu?" tanya Rayyan
Aku tersenyum misteri pada mereka bertiga sebelum Naufal sendiri dapat tangkap maksud disebalik senyuman misteriku.Iqram dan Rayyan sentiasa lambat tangkap tetapi kalau benda lain boleh pula laju.
"I know." jawab Naufal
"Cakap lah.I know,I know je karang sekeh juga karang." rungut Iqram
"Sebelum kau sekeh kepala big bro aku, aku penggal kepala kau dulu.Nak?" ugut Darwish
Laju sahaja Iqram mengeleng kepala apabila Darwish mengugut sebegitu.Memang haru betul kalau mencari masalah dengan orang yang sukar dibaca seperti aku sendiri.Tidak pasal-pasal, mati katak lah dia sebab belum merasai bagaimana ingin mempunyai seorang isteri.
"Aku bagi klu.Kita akan cintakan dan menyayangi seorang perempuan yang mampu setia dengan kita walaupun banyak cabaran mula wujud." kata Naufal
Iqram dan Rayyan yang pada awalnya mengerut kening apabila mendengar klu itu tetapi kedua-dua memetik jari serentak.Aku mengangguk kepala tanda betul untuk jawapan mereka berdua walaupun malas.
"And we true 'bout feeling, please trust us even though something will happen in future." kata kami berempat dengan serentak
"Angah, lama lagi ke nak bersiap tu?Kita nak dah nak gerak ni." jerit abang Ryan dari luar
"Kitorang dah siap lah.Nak tutup aircond kejap." jerit ku yang tidak kurang hebat juga
Terus sahaja kami berempat keluar sambil mengekalkan perwatakan sebenar kami sekarang ini. Dan sudah pasti aku perlu memaksa diri untuk tersenyum walaupun dalam hati sudah berbakul makian berlainan pula pada Rayyan yang tersenyum menggoda.
'Entah makhluk mana pulak mamat ni goda?Asalkan bukan bini aku sudah lah.Kalau ye, memamg tempat keranda dengan aku je.' bisik akal ku
DARWISH END POV
'Ini harinya untuk jadi isteri orang tanpa cinta macam dalam drama novel.So klise sangat but it's happend to me now.' bisik akal Ame
Ame memandang dirinya yang terbias dari cermin bilik dengan reaksi kosong.Entah kenapa hatinya gementar sedangkan bukan dia yang bakal melafazkan akad tetapi mamat kerek itu. Yanna yang berada disisinya hanya melayan sosial media sambil menguyah kitkat.
Sekarang ini dia betul-betul pelik bin pening dengan budak kambing itu.Macam mana boleh muncul kitkat dekat tangan dia sedangkan semua stock coklat mereka berempat untuk bulan ini telah habis?
'Ouh, lupa pulak kambing tu sentiasa ada stock tanpa sesiapa tahu kecuali aku.Entah kambing ni sorokkan kitkat tu pun aku tak tahu.Jangan dalam bilik sudah lah, tak pasal-pasal ada pulak bunyi kambing mengembek menjerit sebab jumpa serangga termasuk lipas.' omel Ame dalam hati
Sempat lagi Yanna tersengih apabila melihat gambar ikon anime kegemarannya terpapar membuat Ame hanya mampu mengeleng sahaja.Malas betul dia ingin merenjat seekor kambing yang bakal dikorban kelak malah sempat dia memikirkan perbualan dengan abang long.
FLASHBACK
"Kalau abang long minta sesuatu, mon amour boleh buat tak?" tanya abang long dan Ame mengangguk kepala
Abang long menarik nafas nya lalu menghembus semula sebanyak tiga kali sebelum memandang wajah Ame dengan penuh serius.Ame mengerut kening apabila melihat perubahan dastrik abangnya secara tiba-tiba.
'Apahal aku rasa tak sedap hati je nak dengar permintaan abang long?' getus Ame dalam hati
Sedaya upaya dia cuba mengawal riak wajah gelisah apabila melihat abang long masih lagi merenung wajahnya tanpa berkelip.Sesungguhnya dia mula berasa tidak selesa walaupun angin malam menyapa badannya.
"Boleh tak jangan buang masa dengan renung muka mon amour!?Ingat muka ni ada tulisan atau gambar ke?Sudahlah masa itu emas yang berharga untuk semua manusia.Apa yang abang long nak minta dekat mon amour sebenarnya?" bentak Ame
Nasib baik tidak terlalu kuat suaranya membentak pada abang sendiri.Kalau tidak pasti dia sendiri dicopkan sebagai adik derhaka sedangkan dia sudah menjadi cucu,anak saudara dan sepupu derhaka sejak lahir lagi.
Abang long tersengih lebar sebelum berdehem untuk membetulkan suaranya.Melihat Ame sudah tidak sabar untuk mendengar permintaan dia sendiri, membuat dia bakal merasai kesal dan serba salah.
"Boleh tak kalau mon amour betul-betul tak boleh tahan sakit dalam rumah tangga, mengadu dengan abang long?" pinta abang long
Ame tergamam apabila permintaan abang long nya sedikit berat untuk dirinya kerana dia lebih kepada memendam perasaan.Ia sangat berbeza dengan kembar nya memilih untuk meluahkan kepada orang yang mereka mempercayai.
Melihat adiknya masih tergamam dengan permintaan pelik itu, terus sahaja abang long memeluk Ame dengan erat.Ame terkedu apabila dipeluk oleh abang long tetapi dia tetap membalas pelukan hangat itu.
"Sorry kalau permintaan abang long tu agak keterlaluan untuk mon amour buat." pohon abang long
"Tapi kenapa abang long betul-betul nak mon amour mengadu juga?Abang long pun tahukan mon amour tak nak susahkan sesiapa dengan masalah rumahtangga nanti.Cukup-cukup sahaja mon amour dah menyusahkan daddy,abang long,abang ngah dengan uncle Dan sekeluarga sebab semua kesakitan emosi,mental dan fizikal ni.I'm really deserve with all sins I have been since bron into world for this time.Thanks for giving it but I can't take any risk anymore." ujar Ame dengan penuh gembira
Tanpa sedar, manik mutiara mula menjatuhi ke tanah apabila Ame tidak dapat lagi mengawal perasaanya.Sesungguhnya dia berasa sangat bersyukur kerana abang long sanggup memberi tangan untuk mendengar luahan nya namun untuk kali dia perlu kentalkan hati nya.
"Abang long nak tunaikan permintaan arwah mummy iaitu memberikan kebahagian mon amour.Cukup sahaja abang long dengan abang ngah menangis melihat mummy jadi bahan kebencian semua orang dan mendengar Ame menyebut perkataan mati bila hilang sinaran cahaya lepas apa yang terjadi.Bukan abang long dengan abang ngah sahaja yang rasa perasaan sedih,serba salah,menyalahkan diri sendiri sebab tak boleh buat mon amour kesayangan kami berdua menjadi budak ceria,suka tersenyum dan pandai mengambil hati orang tetapi daddy juga." luah abang long
'Daddy?Tapi kenapa?Bukan itu semua salah aku ke sebab aku punca utama ratu hati daddy pergi tanpa ucap selamat tinggal?' gumam Ame
"Pasti mon amour fikir kenapa daddy juga turut terkesan dengan perbuatan orang terhadap mummy dengan mon amour,kan?
Ame mengangguk laju kerana dia betul-betul ingin tahu sebab utama kenapa daddy nya juga turut terkesan dengan nya?Selama ini hanya daddy tidak pernah tunjukkan perasaannya kecuali tersenyum manis.
"Abang long tahu jawapan untuk soalan mon amour tetapi ini adalah daddy, maka daddy sendiri akan ceritakan segalanya tanpa satu noktah yang tertinggal.Tetapi ada syarat dia juga kalau nak tahu dari mulut daddy sebenarnya." kata abang long
"Apa syaratnya?" tanya Ame
"Daddy nak tengok mon amour bahagia tetapi bukan lakonan.Daddy boleh tangkap setiap penipuan kita semua sebab kita adalah anak yang dibesarkan oleh daddy dan arwah mummy sendiri.Bukan dengan bantuan sesiapa pun, faham tak?" kata abang long dengan lembut
Ame hanya mampu mengangguk lemah sebelum abang long meninggalkan dirinya bersendirian. Sudah pasti abangnya ingin dia memahami setiap situasi yang perlu dihadapi di masa lampau, sekarang dan akan kehadapan.
Dia tidak mahu memberikan harap tinggi kepada bakal suami sendiri kerana pasti ajalnya tiba sebelum dapat mengecapai bahagia yang arwah mummy harapkan daripadanya.Biar sahaja dia merasai setiap sakit itu tetapi bukan orang yang menjadi keluarga lengkapnya.
END FLASHBACK
Kepalanya masih terngian-ngian permintaan terakhir daripada abang long sebelum mereka berkumpul semula.Bukan dia tidak mahu tunaikan tetapi dia sendiri rasa serba salah kerana faham abang yang pernah menjadi kawan sejak lahir ingin melihat dirinya bahagia.
Dia tidak merisaukan Syah kerana sudah pasti adik monyet nya berasa gementar kerana bakal merasai bagaimana Keysha dan dia melakukan kerja rumah tanpa ada pembantu rumah.Tetapi dengar cerita Syah tidak akan berpindah kerana ingin menjaga daddy dan Rayyan setuju.
'Untung betul Syah dapat bakal suami yang memahami keadaan sekarang.Berbeza betul dari mamat kerek tu kalau dinilai semula.But, tengok sahaja apa akan jadi bila kahwin muda walaupun aku sendiri rasa nak minta doktor benarkan aku makan ubat dengan dos berlebihan sebab dapat ketua pengawas paling kerek dan menjengkelkan dalam seumur hidup ini.' bisik hati Ame yang masih geram
Maka, hanya dia sahaja yang perlu tinggal jauh daripada semua orang kerana ingin berdikari tanpa bantuan sesiapa.Nampak macam susah kalau siapa yang tidak biasa dengan kerja rumah namun tidak untuk Ame walaupun sakit bagaimana sekalipun.
"Kau jangan nervous sangat, mama pikachu.Bukan kau yang kena baca akad tu tapi headprefect kita yang tak berapa pandai tu." kata Yanna dengan selamba
Ame yang mendengar hanya mampu menghela nafas kerana tahu sangat dalam Yanna berkata itu sempat lagi mengutuk ketua pengawas sendiri.Tidak pasal ada yang kena jumpa dengan pengetua selepas cuti Tahun Baru Cina berakhir.
"Kau ingat aku macam monyet ke nak takut bagai?Ini Nur Ameera Syafikah lah.Perkataan takut untuk lelaki tiada lagi dalam kamus hidup aku,tahu tak?" kata Ame dengan berlagak
"Poyo lah.Macam lah aku kesah sangat kau takut ke apa?Janji, aku dapat anak buah awal dari kau dulu baru kak monyet pula." balas Yanna dengan selamba
Terus sahaja Ame membaling bantal kusyen nya tepat pada wajah Yanna sebelum membetulkan kedudukan tudung yang kelihatan sedikit senget daripada biasa.Yanna membetulkan bajunya yang sedikit berkedut agak nampak kemas dan sopan.
Baju Pengantin Ame
Baju Pengantin Syah
Baju Pengapit Keysha,Yanna dan Lia
Baju Pengapit & HairStyle Iris, Helena dan Qasha
Baju Pengantin Darwish
Baju Pengantin Rayyan
Baju Pengapit & HairStyle Naufal,Iqram,Akmal,Zaqwan dan Iskandar
"Yang kau sibuk nak betulkan tudung tu dah kenapa?Bukan kacak mana pun macam aku ni." kutuk Yanna
Ame tersengih sinis apabila mendengar kutukan Yanna sendiri.Memang dari mereka lahir sehingga sekarang Yanna mahupun Syah pasti akan menyakitkan hatinya tidak kira mengusik atau melakukan prank keatasnya.
"Suka suki moyang engkau lah nak betulkan tudung ke katil, bukan ada kena mengena pun dengan kau.Lagi satu aku ni walaupun perangai serupa lelaki,sekurang-kurangnya aku masih lagi tahu rupa aku semula jadi seorang perempuan tak macam kau.Dan tolong ubah sikit perangai kambing kau tu sebelum aku suruh daddy nikahkan kau dengan siapa?Hah, pakcik tiang elektrik kesayangan kau tu." ujar Ame dengan selamba
Yanna sudah ternganga apabila Ame menyuruh dia mengubah perangai kambing sedangkan itu bukan sifatnya namun secara fakta dan hakikat memang pun.Itukan sudah sifat semula jadi seorang Nur Aryyana Saffiya kalau tidak kacaks daripada semua orang.
Itu masih boleh terima lagi tetapi boleh dia suruh daddy untuk nikahkan dengan Iqram AkA Pakcik buloh meriam itu.Sudahlah jumpa dia sahaja, pasti pertandingan membahas berlaku malah Keysha dan Syah yang terpaksa menghalangnya .
'Mati hidup aku banyak kali, dalam mimpi je lah nak kahwin dengan pakcik buloh tu.Sudah tinggi mengalahkan pencakar langit. boleh pula cari pasal dengan shuben kitkat kitew tu.' desis Yanna dalam hati
Belum sempat Yanna ingin melancarkan serangan terhadap Ame,bunyi ketukan pintu menyapa halwa telinga mereka berdua.Apabila pintu terbuka, terjengul Keysha dan Syah yang elok sahaja dengan pakaian mereka.
"Sudah-sudah lah tu nak bergaduh je kerja nya." tegur Keysha
Ame mengeyit matanya pada Keysha dan Syah yang elok sahaja berdiri sambil merekod menggunakan digital video.Sempat Syah ketawa terkekeh melihat muka cemberut Yanna yang tidak dapat membalas dendam kepada Ame.
"Not mine after all.Lagipun, kambing tu dah lama sangat terbiar.Bila lagi boleh minta abang long dengan abang ngah buat kambing bakar bersama sos lada hitam." cadang Ame
"Wei~Jangan lah sebut.Sudahlah aku pun nak juga malam nanti.Dah lama sangat nak makan kambing bakar tapi itu lah kambing pun bukan main liat nak mati." kata Syah
Keysha yang mendengar Ame dan Syah yang elok sahaja berborak pasal makanan kambing, terus tergelak terbahak-bahak.Bukan dia tidak faham kambing mana yang dimaksudkan oleh Ame dan Syah sebenarnya.
Yanna terus menumbuk kasar kusyen yang berada dalam dakapannya dengan penuh geram. Nampak sangat hari ini adalah hari untuk mengenakan dirinya sedangkan dia sendiri sudah membuat perancangan untuk mengenakan Ame dan Syah.
"Sesedap kitkat teh tarik korang je kutuk aku,eh?" tanya Yanna dengan geram
Ame menyenget kepalanya,Syah mengangkat kening sebelahnya dan Keysha masih lagi tergelak apabila melihat muka Yanna seperti kambing yang baru sahaja tertelan asam boi.Nampak sangat budak kambing sudah geram.
"Eh?Kitorang tak ada pun kutuk kau lah.Kitorang berdua teringin nak makan kambing bakar nanti dengan dua ketua pengawas tu, kan Syah?" soal Ame
"Aha.Lagipun, nak makan kau ni sudahlah liat nak mampus.Kalau makan kau pun, pasti partner in crime kau yang sentiasa mengadakan pertandingan pembahasan peringkat jantina." balas Syah dengan selamba
Keysha yang baru sahaja berhenti gelak, tidak jadi lagi berhenti kerana mendengar usikan dua orang kembar itu pada Yanna.Memang jarang untuk melihat Ame bergurau dengan kembar sendiri kerana sifat yang lebih matang dan agak dingin.
"Sudah-sudah lah tu.Penat Key nak gelak kerjanya hari ni.Lebih baik korang berdua bersedia sebab abang long baru chat dengan Key yang pengantin lelaki dah sampai." kata Keysha
Ame dan Syah mengangguk kepala mereka sebelum membelek tudung mereka dan pakaian agar kemas.Amat mudah untuk mereka kerana tidak perlu memakai make-up kerana kedua-dua memilih untuk memakai niqab.
"Pengantin yang mana satu?Mama pikachu atau monyet?" tanya Yanna
"Nak cakap panjang,Kak Key malas sangat.Senang cerita dua-dua datang." balas Keysha
Yanna mengangguk kepala sambil tersenyum leret melihat Ame dan Syah sehingga dua orang gadis berasa kurang selesa.Tanpa amaran, dua buah bantal kusyen berada dimuka Yanna dengan serentak.
'Puas hati aku.Macam aku ni bodoh sangat nak tahu apa yang kau rancang,kambing.' getus Ame
'Nak sangat cari pasal, itu makan kau.' gumam Syah
Keysha hanya mampu mengeleng kepala nya apabila Yanna menerima serangan mengejut daripada kakak-kakak sendiri.Itulah jangan jadi kambing jahat sangat, kan mendapat penangan dari mama pikachu dan monyet.
"Lepas ni mesti kita tak boleh nak lepak sesama dah." kata Keysha sayu
Yanna hanya mengangguk kepala sambil mengusap wajahnya yang menjadi mangsa balingan Ame dan Syah sebanyak tiga kali.Ame dan Syah memandang Keysha sebelum mereka berdua memeluk sesama sendiri.
"Lepas jadi isteri orang, mesti Me dengan Syah sibuk nak layan suami,sekolah dengan kerja rumah.Tak ada masa untuk spend time dengan Key dan yang lain nanti." sambung Keysha
Ame terus mengemgam tangan Keysha sebelum memandang dengan penuh sebak.Memang dia bukan seorang adik yang lembut atau kakak terbaik.Tetapi dia hanya mahu melihat senyuman pada wajah Keysha,Syah dan Yanna sahaja itu sudah membuat hatinya gembira.
"Apa pulak Key cakap macam tu?Dengar sini, tak kira Me ni jadi bini orang,ibu orang atau janda bermaksud Me sendiri lupa orang yang sentiasa menjadi sokongan untuk Me bangkit dari sakit kanser ni,tahu tak?Key,Syah dan Yanna adalah perempuan paling bermakna dalam hidup Me lepas arwah mummy walaupun hubungan kita berantak sebab campur tangan sepupu dengan pak cik,mak cik ,nenda dan atok.Even Me dengan Syah dah ada keluarga sendiri, bukan bermaksud kitorang berdua ni lupa kembar sendiri.Kitorang cuba untuk bahagia masa untuk lepak bersama juga.Dan kalau nak lawat, siapa yang nak halang kembar sendiri lawat,betul tak?Dengan kita berempat duduk satu kumpulan dalam kelas dan sekolah yang sama, sudah pasti kita berempat boleh lepak bersama dekat sekolah nanti." ujar Ame dengan panjang lebar
Harap-harap Keysha,Syah dan Yanna faham kerana sudah naik semput dia ingin bercakap banyak lagi dalam bulan ini.Apalah nasib dia dapat kembar yang pandai bermain drama tetapi masih lagi setia antara satu sama lain.
Syah mengangguk setuju dengan Ame juga sebab tidak bermaksud sudah berkahwin, hanya perlu tumpukan kepada suami dan kerja sahaja tetapi keluarga juga.Disebabkan mereka, tidak wujud mereka berempat merasai gembira,sedih,marah,usik dan sebagainya.
"Eh, apa ni semua?" tanya kak Hawa
Tersentak mereka berempat apabila melihat kak Hawa sedang elok berdiri dihadapan pintu sambil bercekak pinggang.Pasti mereka bakal dibebel oleh kakak sepupu kesayangan sendiri sebab buat drama air mata.
"Erk... kak.Kitorang boleh explains sekarang." kata Yanna dengan kalut
Siapa yang tidak kalut kalau muka kakak sepupu sudah serupa anak naga ingin menelan orang sahaja sekarang ini.
"Kenapa korang tak ajak akak buat drama sekali?Nak merajuk lah macam ni." kata kak Hawa
Terus sahaja Keysha,Ame,Syah dan Yanna ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kak Hawa ingin juga menyertai drama dan bukannya membebel.Sungguh hari ini memang hari yang paling lain daripada kebiasaan.
"Nak join boleh, tapi ada syarat." usik Syah
"Apa syaratnya wahai adikku shayang?" tanya kak Hawa
"Akak kena terus terang siapa adik kesayangan diantara kitorang berempat." kata Kesyah
Kak Hawa tergelak kecil sambil mengeleng kepala nya kerana perangai mereka berempat sentiasa mencuit hatinya namun ada masa bakat mereka menonjol mengikut sifat masing-masing.
Belum sempat kak Hawa ingin bersuara, suara lain pula yang muncul malah lagi garang daripada bunyi oren mengamuk.Siapa lagi kalau bukan aunty Aidila kesayangan mereka semua. Terus sahaja memandang dengan mata yang membulat.
"Amboi, rancak berborak?Dah jom kita turun sekarang.Pengantin lelaki dah sampai sebab nak tunggu pengantin perempuan bersiap.Padahal tengah elok sahaja membawang sampai ke planet zuha,eh?" usik aunty Aidila
Keysha,Ame,Syah,Yanna mahupun kak Hawa tersengih sebelum mereka semua keluar dari bilik lalu bergerak ke arah lif.Memang tidak mahu menggunakan tangga kerana sudah pasti sampai dibawah semua telah terlena.
"Kenapa tangan dua-dua sejuk ni?Tak kan dah nervous sangat?" usik aunty Aidila
"Nervous lah mak.Lagipun, nantikan first night dengan orang baru.Mesti takut kalau ada yang pergi dengar suara diorang berdua ni." kata Kak Hawa yang tidak kurang mengusik
"Mana ada lah!" jerit Ame dan Syah serentak
Keysha,Yanna,Kak Hawa dan aunty Aidila tergelak apabila melihat wajah sudah menjadi merah malah mata Ame menjadi lebih sepet kerana malu diusik.Sampai sahaja tingkat bawah, abang long,Afdzim dan daddy berdiri dihadapan mereka.
"Pergh~Rasa menyesal pulak abang ngah kali ni." kata Afdzim
"Pahal pulak abang ngah rasa nyesal sangat?" tanya Yanna
Sesungguhnya hanya Yanna seorang sahaja terlebih makan kitkat sehingga boleh bertanya orang berdas-das tanpa henti.Keysha,Kak Hawa dan aunty Aidila hanya mampu mengeleng kepala mereka sahaja sedangkan abang long dan daddy sudah tergelak.
"Ye lah.Kalaulah abang ngah ni bukan abang korang, dah lama cop salah sorang jadi bini abang ngah." kata Afdzim dengan nada kecewa
Ame dan Syah mengeleng kepala mereka sebelum Ame membuat thumbs down pada Afdzim. Lakonan nya memang gagal malah mampu membuat orang lain ketawa sahaja adalah.
"Jangan kau nak merepek,Ngah.Tak pasal-pasal aku suruh aunty pergi buat blind date khas untuk kau sorang je." perli abang long
Daddy terus bergerak ke hadapan Ame dan Syah sebelum menarik mereka dalam pelukan. Sungguh dia tidak mahu melepaskan mana-mana pun puteri yang menjadi permata indah arwah isterinya walau sedetik.
"Dah besar anak-anak daddy sekarang ni.Kalau dulu, bukan main empat-empat asyik berebut mummy dengan daddy sampai cemburu abang long dan abang ngah.Lepastu, bila daddy beli mummy hadiah, semua berebut nak daddy sampai denda sorang-sorang." cerita daddy
Keysha dan Yanna terus menunduk ke bawah dengan muka sudah merah manakala Ame dan Syah sudah berpaling wajah mereka kerana memori semasa mereka kecil amat memalukan tuan badan sendiri.
"Tapi sekarang, semua membesar jadi orang yang buat daddy bangga.Senyuman Keykey, perangai Meme, tutur bicara Shasha dan manja Yaya sentiasa buat daddy teringat semua tu ada pada arwah mummy.Walaupun mummy dah tak ada, tak bermaksud puteri daddy ni tak serupa dengan mummy.Setiap gerak geri kamu berempat sentiasa membuat mummy masih lagi ada dengan kita semua.Kalau mummy masih ada, tentu dia bangga sebab permata yang paling dia sayang lebih hebat lagi-lagi Meme.Meme orang yang paling dekat dengan arwah mummy untuk pandangan sebenar daddy.Anak daddy yang ni pandai cuba berdikari,tegas,tak pernah putus asa dan paling penting matang dalam setiap urusan mahupun masalah timbul.Tapi tak bermaksud daddy akan pernah berat sebelah dengan semua anak daddy tak kira dah kahwin atau terlajak tua." sambung daddy sambil perli abang long dan Afdzim
Mendengar ayar terakhir itu, terus sahaja suasana yang sedih menjadi ceria apabila daddy seakan-akan memerli abang long dan Afdzim. Siapa suruh lambat bagi menantu dan kakak ipar sangat?Kan kena perli free-free dengan daddy.
"Baik daddy. We always love you no matter what will happened in the future. You can trust all of us." ujar Yanna dengan penuh yakin
Keysha,Ame dan Syah sudah memandang Yanna dengan pandangan hendak membunuh sahaja. Tidak salah untuk dia ingin bersuara tetapi melampau juga kalau bercakap sambil menguyah mini kitkat.
Kecil besar sahaja Ame menahan kambing itu dengan penuh geram. Nasib baik Yanna selamat kerana dia dan Syah sudah pasti menjadi mangsa pada semua tetamu yang hadir.Kalau tidak. sudah pasti adiknya itu bakal menjadi lauk untuk makan malam kali ini.
"Lepas ni jadi isteri yang taat dan akur dengan suami.Kalau suami ada buat salah, tegur dengan berbincang bukan bergaduh sampai bercerai berai." pesan daddy
Ame dan Syah mengangguk kepala sebelum memeluk daddy dengan erat.Memang tidak mahu dilepaskan kalau diikutkan hati tetapi bila melihat semua memandang mereka dengan muka sukar taksif, terus sahaja melepaskan.
"Dan jangan lupa bagi cucu dekat daddy dengan uncle, ye." usik uncle Dan
Terus sahaja menunduk wajah kerana soalan paling sensitif itu juga mahu dipesan.Buat masa ini, lebih baik fokus pada SPM tahun hadapan.Mungkin selepas habis SPM, baru fikir nak ada anak atau tunggu lagi.
"Pengantin perempuan dah sampai.Boleh kita mulakan,Dato?" tanya tok kadi
Daddy mengangguk kepalanya lalu mengambil tempat tok kadi kerana daddy akan menikahkan Ame dan Syah.Ame yang tiada perasaan cinta cuba untuk menjadi dirinya semula tetapi bertentang dengan Syah yang terketar-ketar seperti dia akan melafazkan akad itu.
"Siapa yang mulakan dulu?" tanya daddy
"Saya." kata Darwish dan Rayyan serentak
Sanak saudara yang lain sudah ketawa apabila melihat kedua-dua pengantin lelaki menjawab serentak.Naufal,Iqram,Akmal,Zaqwan dan Iskandar yang berada di sisi Darwish dan Rayyan terkekeh-kekeh.
"Aduh buat malu orang betul lah diorang ni."bisik Syah pada Ame
Tidak sangka ketua pengawas yang dingin dan playboy boleh jadi gementar sedangkan mereka pernah berkata perkahwinan bukan atas cinta tetapi amanat wasiat sahaja.Daddy mengeleng kepala nya sebelum membetulkan suara.
"Siapa yang nak jalan dulu ni?Kalau dua-dua serentak, karang tertukar pengantin perempuan pula." tanya daddy
"Tak apa lah.Bagi yang tua jalan dulu." kata Rayyan
Darwish menjeling Rayyan dengan geram namun tetap masih kekalkan senyuman pada wajah. Kalau ikutkan hati, memang tidak dia ingin tersenyum namun apabila memikirkan tidak mahu sesiapa tahu, terpaksa senyum depan orang.
"Boleh kita mulakan?Sebelum itu, betul ke yang dekat belakang itu bakal isteri kamu?" tanya daddy
Darwish mengerut kening pada mulanya apabila daddy menunjuk ke arah pengatin disebelah Yanna kerana melihat dua perempuan memakai niqab tetapi apabila mengetahui cara pandangan kedua-dua, sudah tahu mana satu Ame.
"Betul." kata Darwish dengan penuh yakin
Daddy menghulurkan tangan kepada Darwish lalu disambut dengan lembut sekali.Ame yang berada dibelakang hanya memerhati dari jauh sahaja namun dia percaya Darwish mampu mengucapkan lafaz dengan lancar.
"Baiklah, kita mulakan ye.Tengku Luth Izz Darwish bin Tengku Daniel."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Nur Ameerah Syafikah binti Ahmad Rashid dengan mas kahwin RM500 dan senaskah Al-Quran tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Ameerah Syafikah binti Ahmad Rashid dengan mas kahwin RM500 dan senaskah Al-Quran tunai."
"Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah."
Semua yang menyaksikan lafaz daripada Darwish mengucapkan Alhamdulilah termasuk juga dengan tok kadi.Darwish tersenyum sinis pada Rayyan sambil memberikan ruang kepada lelaki itu pula melafazkan akad.
'Semoga berjaya.' gumam Darwish
Rayyan duduk dihadapan daddy dengan riak wajah tenang tetapi dalam hati sudah hampir tercabut nyawa apabila berhadapan bakal bapa mertua.Macam mana lah papa pikachu boleh relaks nak baca lafaz tu?
"Kamu dah bersedia?" tanya daddy
"D..Dah."
"Aik,dah kenapa kamu tergagap?Buat malu bakal bini kamu je." usik daddy
Semua tergelak melihat Rayyan masih lagi tergetar sedangkan itu bukan dirinya yang sebenar. Naufal,Iqram,Akmal,Zaqwan dan Iskandar tergelak teruk manakala Darwish sudah tersenyum sinis sambil mengeleng kepala.
"Baiklah.Tengku Rayyan Al-Fathir bin Tengku Al-Faizul."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Nur Aisyah Sofea binti Ahmad Rashid dengan mas kahwin RM500 dan senaskah Al-Quran tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Aisyah Sofea binti Ahmad Rashid dengan mas kahwin RM500 dan senaskah Al-Quran tunai."
"Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah."
"Alhamdulilah. Semua dah selesai dengan lancar." kata tok kadi
Daddy mengangguk kepala dengan senyuman lega namun tidak untuk Ame dan Syah kerana menjadi satu masalah pada mereka selepas ini. Darwish dan Rayyan terus bergerak ke arah isteri yang baru sahaja dilafazkan sebentar tadi membatalkan air sembahyang.
"Assalamualaikum." sapa Darwish dan Rayyan
"Waalaikumusalam." jawab Ame dan Syah
Senyap sudah suasana apabila kedua-dua pengantin hanya memberi salam namun tidak bertindak sehingga burung gagak melintas.Siapa yang tidak berasa jangal kalau depan sendiri suami bukan cinta seperti dalam novel?
"Apa pula bagi salam je?Pergilah sarung cincin dekat tangan isteri tu." tegur ummi
Terkelu Darwish dan Rayyan apabila mereka menjadi kaku disebabkan pemandangan indah tersedia dihadapan mata.Sempat Keysha dan Yanna menyengol lengan Ame dan Syah namun tidak diendahkan.
"Bagilah tangan korang tu.Apa yang nak malu sangat tu, dik oi?" usik abang Hairul
Ame dan Syah tidak betah menghulurkan tangan dengan makian yang sudah bersarang dalam hati kerana menjadi mangsa usikan orang.Itu bernasib baik sahaja yang lain tidak berani lakukan kerana takut pisau terpacak pada mata sendiri kelak.
Darwish dan Rayyan mencium dahi dua orang gadis itu kerana lensa cahaya muncul. Majlis sudah tamat sehingga lewat asar.Itu baru sahaja majlis akad nikah, belum kira lagi dengan majlis repsesi semua tu.Pasti jadi arwah sebelum sempat hendak mengambil SPM pula.
"Penat gila." keluh Ame,Syah,Darwish dan Rayyan
Itu satu perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua pengantin baru.Hendak menyesal sebab ikut rentak keluarga tiada guna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
"Eleh, macam lah korang je yang penat?Kitorang pun boleh tahan penat juga tahu tak?" omel Yanna sambil merenggang otot bahu
Semua budak lelaki termasuk Helena,Qasha,Lia dan Iris sudah pulang kerana mengikut keluarga sekali.Maka, hanya tinggal Darwish dan Rayyan sahaja kerana diugut oleh Afdzim untuk berehat tambahan juga sudah menjadi sebahagian daripada keluarga.
"Tunggu sahaja bila turn kau nanti.Baru kau tahu langit tu cerah atau gelap nanti." kata Syah
Ame hanya mampu mengeleng kepalanya sambil berehat pada bahu Darwish.Rayyan terus menyumbat mulut Syah dengan coklat kegemaran nya sambil mengeyit mata untuk berhenti bercakap sebentar.
Lagipun,dia bukan mahu pun berehat atas bahu mamat kerek itu tetapi melihat mata rambang sepupu perempuan, sudah pasti hati panas suami jadi perhatian orang.Jadi, terus sahaja berlakon manja dengan Darwish dan lelaki tidak kesah.
"Sudahlah tu.Itu kira nasib baik diorang sempat tukar baju pengatin dengan baju rumah.Selesa sikit kan." ujar Keysha dengan lembut
Ame mengangguk sambil mata terpejam apabila rasa penat mula bermaharajarela sekarang ini. Hendak nak ke atas, sudah pasti akan diserang dengan semua ahli keluarga yang benci dirinya. Jadi, duduk bawah sambil menikmati masa berehat tanpa sebarang ancaman.
"Aku nak tanya satu benda?" pinta Darwish
"Tanya apa?" sampuk Yanna
"Aku dengan buaya ni kena panggil kau kakak juga ke?" tanya Darwish
"Tak perlu lah panggil kakak sangat.Saya ni muda dari awak berdua, jadi janganlah panggil kakak sebab nampak sangat saya ni lebih tua pula.Panggil Keysha atau panggilan sekolah pun tak apa, janji bukan kakak ye." terang Keysha dengan lembut
Darwish dan Rayyan mengangguk sambil menikmati minuman yang disediakan oleh isteri sendiri.Kekadang mereka pelik bagaimana rumah agam tiga tingkat kelihatan sangat bersih tanpa sebarang habuk walaupun tiada seorang pembantu rumah atau upah orang?
"Kalau awak rasa pelik kenapa rumah ni sentiasa bersih, kitorang buat jadual siapa yang kena kemas,mop dan sebagainya.Buat apa kalau tenaga masih banyak tetapi tidak gunakan untuk mencantikan rumah sendiri?" ujar Ame
Darwish,Keysha,Yanna,Syah dan Rayyan mengerut kening mereka apabila Ame tiba-tiba sahaja menggunakan bahasa saya awak sedangkan selalu berkau aku lagi.
"Boleh tak jangan tenung macam tu?Pelik sangat kalau ubah bahasa dengan suami sendiri?Karang cakap kau aku, kena tazkirah free-free je pula." tukas Ame
"Mana ada kitorang cakap salah.Kitorang cuma pelik je.Betul tak?" nafi Yanna
Keysha dan Syah mengangguk kepala mereka namun Ame tetap tahu kembar sendiri tetap akan fikir dia baru sahaja terhantuk pada dinding atau buah kelapa.Lantaklah, janji jangan sesiapa sibuk dengan panggilan dia pulak karang.
Tiba-tiba sahaja telefon pintar memasuki pesanan daripada WhatsApp. Terus sahaja dia membuka kerana ia bukan daripada mana group tetapi personal number yang masuk. Tersenyum kecil Ame dibuat apabila melihat siapa yang menghantar mesej.
ENCIK HEADPREFECT KEREK/IMAM SYURGA
I really like it walaupun bukan panggilan untuk semua suami nak.
Bila dekat sekolah nanti, aku tak larang kau nak guna panggilan
kasar tu asalkan hormat aku sebagai suami.
Thanks, M'lady.
Sempat dia mengerling ke arah Darwish masih lagi selamba menikmati minuman nya namun boleh lagi menjadi gula untuk dia pula.Mungkin kali ini dia boleh mengatakan Darwish adalah lelaki yang mudah faham situasi seseorang walaupun kerek semacam.
Ame menjeling Keysha,Syah dan Yanna sebelum mengenyit mata secara senyap.Mereka bertiga yang faham maksud kenyitan Ame, sudah tersenyum lebar sehingga ternampak gigi tersusun cantik pada wajah masing-masing.
Tamat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Author: Hold Up!Jangan pulak ingat cerita Miss Sliver High telah melabuh tirai buat selama-lamanya dari dunia penulisan dan oren ini ye wahai silenct reader,fans MSH dan seangkatan.
Keysha, Ame, Syah, Yanna: Because our story did not just finish yet but it's just the only first introduction beginning for our real life, everyone. Stay tuned, everyone!
Alls: Kita jumpa di buku seterusnya yang bakal muncul ye.Bye-bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro