Bab 82
'Harap-harap kamu semua tak kena timpa yang malang lagi-lagi Me sendiri.' desis Daddy dengan penuh harap
Abang long memandang daddy sambil memberi senyuman tenang untuk mempercayakan pada mereka.Lagipun, sudah tiba masa nya untuk membiarkan Keysha,Ame,Syah dan Yanna untuk mengenali dunia realiti sebenar.
"Uncle."
Daddy terus menoleh ke arah Darwish,Naufal,Rayyan dan Iqram yang elok sahaja berdiri di tepi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Daddy tersenyum senang sebelum memberikan tangan nya pada jejaka-jejaka itu bersalaman dengan nya.
"Kami berempat kena balik sebab takut family lain risau pulak dan maaf kalau menyusahkan Uncle sekeluarga." ujar Rayyan dengan sopan sekali
Iqram sudah meniru cara percakapan Rayyan dengan muka minta kaki sahaja.Naufal dan Darwish memaling wajah mereka apabila Iqram sudah menunjukkan tanduk dan ekor syaiton nya sekarang ini tidak kira masa atau tempat.
'Nampak sangat nak mati awal macam kambing jadian tu.' desis Darwish
'Apalah nasib dapat member yang kuat dajjal macam mamat tu.' getus Naufal
"Eh, apa pulak menyusahkan?Tak adalah mana sangat lagipun anak teruna yang paling kecil pun dah kerja, tinggal si kembar je lah.Dan lepasni, jangan panggil uncle tapi biasakan dengan daddy lagi-lagi Izz dan Ayyan.Kamu kan bakal jadi menantu daddy nanti, kena biasakan tapi kalau tak selesa daddy panggil macam tu bagitau sahaja." kata daddy dengan ceria
Darwish dan Rayyan terus jadi tidak keruan apabila perkataan menantu terpacul daripada mulut daddy sendiri.Bukan mereka tidak mahu, tetapi tidak terlalu awalkah untuk mendirikan sebuah masjid firdausi pada usia yang masih lagi mentah ini?
Naufal dan Iqram tersenyum sinis sambil mengangkat kening mereka beberapa kali pada sahabat mereka.Nampak sangat depan orang, dingin dan terlebih ramah tetapi dihadapan bakal mentua, malu mengalahkan arnab.
'Kau tunggu Raz/Syaq!' gumam Darwish dan Rayyan dalam hati
Afdzim yang melihat drama tidak berbayar dihadapan matanya, tersenyum penuh makna sambil mengerling pada abang long untuk melakukan satu lagi prank.Abang long hanya tersenyum panjang sambil memandang hadapan.
"Daddy, bukan sepatutnya ada lagi menantu?" tanya abang long dengan usikan
Afdzim tersenyum girang apabila melihat abang long sudah memulakan langkah pertama dan sekarang gilirannya untuk bertindak.Naufal dan Iqram seakan-akan memahami maksud abang long manakala Darwish dan Rayyan mengerut kening mereka.
"Siapa pulak, long?" tanya uncle Dan
Daddy mengangkat bahu sambil memandang wajah abang long untuk berterus-terang kepadanya.Dia sendiri tidak kesah kalau anak nya mempunyai pilihan hati kerana kebahagian anak-anak adalah kebahagian nya juga.
"Alah, siapa lagi yang tengah solo?" tanya Afdzim pula
"Aik, kamu dah ada calon ke?Siapa dia?" tanya daddy pada Afdzim
"Bukan Ngah atau long tapi anak dara daddy." jawab abang long
Kalau sebentar tadi, Darwish dan Rayyan yang menaham malu tetapi sekarang ini adalah Naufal dan Iqram pula.Uncle Dan hanya mampu mengeleng kepala nya melihat perangai kurang matang daripada anak-anak buah nya yang satu itu sekarang ini.
"Kamu berdua memang suka anak dara daddy yang dua lagi tu ka?" tanya daddy
Naufal dan Iqram terus mengeleng laju sebelum menjeling pada Darwish yang tersenyum sinis manakala Rayyan menjelirkan lidah.Baru hati berasa sangat tenang apabila dapat mengenakan dua lelaki itu.
"Kenapa pulak tak suka?" tanya nenda
Naufal memandang Iqram untuk menjawab kerana hanya mulut Iqram sahaja banyak bunyi dengan sesiapa kecuali perempuan.Iqram tersenyum panjang walaupun dalam hati ingin sahaja mendajjal pada Naufal kerana mendesak.
"Bukan kami tak suka tapi nak fokus dulu pada pelajaran.Takut pula kitorang leka sangat dengan bercinta semua ni." jawab Iqram
Daddy mengangguk kepala sambil tersenyum tenang.Faham sangat maksud mereka semua malah kalau dia berada ditempat mereka, sudah pasti dia akan mengutamakan pelajaran baru memikirkan tentang rumah tangga.
"Kan umur kamu ni sesuai dah untuk jadi suami?Kalau nak fikir pasal belajar, boleh sahaja buat sambil jaga isteri." kata pak Teh
Atukanda dan saudara mara yang lain juga turut mengangguk kepala tanda setuju akan kata-kata pak Teh sebentar tadi.Naufal dan Iqram hanya mampu tersenyum kelat walaupun dalam hati hendak termuntah melihat pandangan gedik daripada sepupu perempuan Ame itu.
Belum sempat kedua-dua lelaki itu ingin membalas, semua mata terus menghala ke arah pintu utama apabila mendengar suara seperti sedang bergaduh sekarang ini.Tanpa menunggu masa, Darwish,Rayyan,Naufal dan Iqram terus meluru keluar.
"Apakah~?"
Apabila berada diluar, mereka berempat hanya mampu memberi reaksi faceplam melihat paranormal itu.Tidak tahu sama ada untuk menghalang ataupun menjadi penonto tidak berbayar sambil menguyah bertih jagung.
"Nak halang ke?" tanya Rayyan
Darwish memandang Naufal,Rayyan dan Iqram selisih ganti sebelum matanya memerhati pemandangan terlampau indah.Seolah-olah keempat-empat lelaki itu mempunyai satu jawapan yang sama sekarang ini.
"Nah...Tak payah." kata mereka serentak
'Kenapalah aku boleh dapat kembar banyak ragam?' keluh Ame
"Kita lunch dekat Sushi Restaurant lah." kata Syah
"No way!Kita janji nak makan ThaiSeafood Restaurant nanti.Mana boleh ubah!" bantah Keysha
"No!Sushi Restaurant!"
"ThaiSeafood Restaurant!"
"Sushi Restaurant!"
"ThaiSeafood Restaurant lah!"
Ame yang melihat pergaduhan antara kembar nombor satu dan tiga, hanya mengeluh sambil melihat beberapa emel kerja.Kalau ikutkan niat tengah hari, mahu sahaja ingin merasa masakan melayu kampung.
Tetapi Keysha,Syah dan Yanna sudah pasti akan menolak mentah-mentah kerana itu adalah lauk utama untuk dirumah sahaja.Maka, hanya serahkan sahaja pendapat daripada kembar nya untuk membuat keputusan.
"Please lah, kita makan Sushi Restaurant." pujuk Syah
"Kenyang ke?Karang muntah pulak sebab tak biasa ikan mentah.Kalau ThaiSeafood Restaurant, kita boleh makan nasi dengan tomyam origanal Thai." tolak Keysha
"Tak nak!Nak Sushi Restaurant juga!" bentak Syah
"Boleh diam tak?" tanya Ame dengan marah
Yanna yang perasan anak mata Ame seolah-olah menikam tepat jantung manusia, menandakan bahawa kakaknya itu memang tidak mahu mendengar lagi perbalahan.Namun,Keysha dan Syah langsung tidak sedar malah masih lagi leka walaupun Ame sudah menjadi terlampau dingin.
'Aduhai~Makan dekat mana pun boleh jadi isu kakak aku yang dua ni.Selalu diorang paling senang nak bertolak ansur tapi hari memang terbaliklah.' gumam Yanna dalam hati
Yanna sempat mengerling ke arah Darwish,Naufal,Rayyan dan Iqram yang elok sahaja menguyah bertih jagung dari langit itu.Langsung tidak mahu cuba meleraikan perbalahan antara dua kembar itu atau bagaimana?
"Kak Key,monyet." panggil Yanna
"Apa!?" jerit kedua-dua
Yanna mengurut dadanya apabila kena sound oleh kakak kembar sendiri.Bukan kaleng-kaleng melihat dua kembar daripada empat ingin menjerit serentak pada orang lain lebih-lebih kembar sendiri yang kena tadah.
Darwish,Rayyan,Naufal dan Iqram tersentak sehingga hampir-hampir sahaja ingin membaling bertih jagung pada muka Keysha,Syah dan Yanna.Terus sahaja Yanna menunding pada arah Ame yang sudah serupa dark red pikachu sekarang ini.
'Alamak!Macam mana boleh lupa!?' desis Keysha dan Syah dalam hati
"Me~" seru Keysha
Ame cuba untuk menenangkan dirinya daripada terus terhanyut dalam amarah sebelum menyarung topi keledarnya dengan kasar sekali.Lalu, menunggang motor berkuasa tingginya tanpa mempedulikan pandangan jejaka-jejaka yang terhangit itu.
"Nanti aku share location." kata Ame dengan senada
Keysha dan Syah sudah tergigit bibir apabila melihat Ame sudah menggunakan perkataan aku pada si sulung.Hanya waktu Ame betul-betul tidak mampu membendung perasaan negatif muncul, jangan pernah tanya kenapa kakaknya itu langsung tidak melayan sesiapa dengan baik.
Tanpa menunggu bicara daripada Keysha,Ame terus bergerak keluar kawasan pagar rumah sebelum memecut laju.Langsung dia tidak mempedulikan keselamatan nya asalkan perasaan itu hilang dengan segera daripada sarang jiwanya.
"Aku memang boleh agak benda ni bakal terjadi." kata Naufal
Darwish hanya mendiamkan diri manakala Rayyan dan Iqram mengangguk setuju akan kata Naufal itu.Terus sahaja Keysha,Syah dan Yanna memandang Naufal dengan penuh curiga malah pandangan mereka mampu menembus kedalam rumah agam itu.
"Maksud awak?" tanya Keysha
"Korang memang tak faham atau buat-buat tak faham?" tanya Rayyan dengan pelik
"Kalau tak faham, tak adanya kitorang tanya korang.Itu pun pandai sangat ke?" tanya Syah pada Rayyan
Rayyan hanya tersenyum paksa sambil menahan diri daripada melepaskan penumbuk pada Syah.Nasib baik dia masih ingat siapa menyoal seperti itu adalah seorang perempuan bukannya lelaki sekarang ini.
Yanna terus sahaja menenggek pada motor berkuasa tinggi nya sambil menguyah kitkat.Entah datang dari mana kitkat itu author sendiri tidak tahu tetapi sentiasa muncul dalam tangan Yanna walaupun dalam pelbagai situasi sekalipun.
"Aku rasa korang sebagai adik beradik atau lebih tepat kembar sedarah, pasti tahu perangai luar dan dalam masing-masing berbading kitorang." kata Iqram
"Dalam terpaksa, aku setuju apa yang kau kata tu, galah.Tapi masalahnya apa kaitan nya?Cer cerita sikit." perli Yanna
Sempat juga Yanna memberi senyuman jahat pada Iqram sebelum meneruskan kunyahan nya yang terbantut akibat kata-kata lelaki itu.Naufal hanya mampu menghela nafas apabila melihat Keysha,Syah dan Yanna seolah-olah tidak mengerti maksud Iqram sebenarnya.
"Kau nak aku terangkan ke?" tanya Naufal dengan nada berbisik
Darwish mengangguk kepalanya sambil menyandar badan nya pada kereta milik Naufal. Memang tidak dia ingin berhujah panjang lebar pada kembar itu kalau tiada seorang masih tidak mengerti.
"Kalau aku ada kembar macam korang, memang aku akan minta maaf pada kembar aku je.Tapi apa perasaan Fikah kalau korang asyik ulang benda yang sama sedangkan korang dah minta maaf banyak kali?Itu sebab jangan pernah sia-siakan kemaafan orang." ujar Naufal
"Jadi, awak nak kata setiap kesalahan yang terjadi adalah kitorang punya salah bukan nya Fikah?" tanya Keysha dengan bendul
Naufal tidak mengangguk mahupun menggeleng kepala apabila soalan mengejut daripada seorang Keysha.Dia tidak mahu berpihak kepada sesiapa kerana pasti terjadi salah faham antara hubungan adik beradik ataupun keluarga.
"Bukan masalah salah siapa dalam setiap benda, perempuan.Memang betul kekadang bukan salah secara sengaja ataupun tidak tapi bila orang maafkan kita, maka kita kena kotakan janji itu.Tapi sebab kembar korang tu berbeza daripada orang lain, korang kena peka juga dalam melibatkan dia." terang Iqram
Yanna yang ingin membalas percakapan Iqram terus kelu apabila dia sendiri langsung tidak perasan tentang Ame.Memang betul kakaknya bukan seorang pemaaf seperti dia,Keysha dan Syah tetapi sanggup mengantikan perkataan maaf dengan mengadaikan diri nya sendiri.
Hanya dia sahaja tahu segala-segala tentang kesakitan Ame namun Yanna terlampau leka kakaknya sentiasa berkata dirinya telah bahagia melihat senyuman Keysha,Syah dan dirinya. Mendengar daripada Iqram membuat dia tersedar tindakan nya sekarang ini.
"Dan korang pernah rasa tak sakit bila orang yang korang percaya bulat-bulat khianat ataupun bergaduh teruk hanya sebab satu benda tidak penting?Aku tak nak komen lebih pasal korang sebab korang sendiri dah besar panjang.Ada akal untuk fikir yang mana betul dan salah, bukan nya macam orang istimewa." tukas Darwish
Tanpa menunggu jawapan daripada sesiapa, Darwish terus membolos diri ke dalam kereta bersama-sama dengan Naufal.Iqram langsung tidak mempedulikan pandangan Yanna malah mengangguk kepada Rayyan untuk masuk dalam kereta.
"Aku harap korang fikir lebih dalam pasal ni.Jangan pernah ingat perempuan macam kembar korang tu tak pernah lalui masalah macam korang.Ingat satu sahaja, meminta maaf atau memaafkan orang memang mudah tetapi hendak melupakan kisah yang pahit walaupun sedikit amat payah.Anggap sahaja perkataan maaf itu seumpama sebuah janji antara korang dan Allah. Assalamualaikum." ujar Rayyan
Lalu, Rayyan masuk kedalam kereta sebelum meninggalkan kawasan rumah agam tersebut tanpa sebarang lambaian.Keysha,Syah dan Yanna masih lagi terkaku ditempat mereka sebelum salah seorang daripada mereka teringat sesuatu.
'Perlu ke aku minta maaf lagi dekat Me?' getus Keysha
"Alamak!Key dah lambat.Nanti kita jumpa dekat location yang Me bagi ye." pamit Keysha
'Kenapa hati aku mula rasa benda pelik?Memang tak pelik kalau buaya tu nak prihatin dengan perempuan tapi kenapa dia macam suka dengan mama pikachu?' monolog Syah dalam hati
Terus dia masuk ke dalam kereta sebelum pergi manakala Syah menaiki bersama dengan Kak Hawa.Jadi, tiada masalah untuk membiarkan Yanna menunggang motor berkuasa tinggi tanpa pemantauan sesiapa.
"Aku gerak dulu.Jumpa nanti." kata Syah
Yanna hanya mengangguk kepala sebelum pandangan Keysha dan Syah tiada dimatanya. Sempat dia mengeluh apabila melihat sikap Keysha dan Syah yang tidak mahu mengerti setiap kata-kata remaja lelaki itu.
"Kenapalah aku boleh dapat kembar yang jenis macam tu?Tapi perangai aku pun dua kali sejuta macam tu, kan?" tanya Yanna pada dirinya sendiri
Nampak sangat Yanna boleh dihantar kepada hospital haiwan bahagia kerana bercakap seorang diri.Lantas, Yanna meninggalkan kawasan rumah tanpa ada rasa was-was mahupun curiga walaupun dia tidak sebodoh itu untuk menyedari.
"Jangan pernah cari maut dengan psycho."
SKIP PLACE & TIME
Situasi Ame
Selepas sahaja meredah jalan raya Kuala Lumpur yang betul-betul sesak walaupun sekarang ini tengah cuti perayaan.Ingatkan hari biasa dan minggu sahaja sesak seperti berada dalam dewan tetapi sama sahaja pula waktu cuti.
Untung sahaja siapa ada keluarga yang boleh pergi bercuti walaupun sibuk bagaimana sekalipun.Mungkin dirinya sahaja tidak kerana kesibukkan daddy dengan pesakit sehingga terpaksa bermalam dihospital.
Tetapi dia tetap bersyukur kerana masih lagi dapat kasih sayang daripada daddy walaupun dirinya adalah punca utama kehilangan orang paling bermakna dalam hidupnya sendiri.Malah, daddy tidak membenci nya kerana itu bukan salahnya.
Ame POV
Rindu betul kawasan cerun di sini.Tiada yang berubah kecuali kewujudan jalan disebelah sana sahaja.Tetapi pemandangan dari atas bukit, mampu mengoda jiwa seseorang walaupun keras bagaimana sekalipun.
"Cantik." kata ku
Aku sendiri tidak tahu bagaimana tetapi hanya tiga orang sahaja yang pernah datang dikawasan bukit ini.Sudah pasti aku tahu,arwah mummy dan seorang lagi yang aku tidak mampu ingat walaupun hampir tiga belas tahun berlalu sejak kejadian ngeri terjadi.
Sambil-sambil menikmati udara atas bukit, sempat lagi aku mencari gambar yang sesuai untuk membuat ayat yang cukup bagus untuk memori nanti.Memang itu kerja aku apabila sampai kawasan kesukaan aku, mesti menikmati selagi masih bernafas.
'Love someone very important in my life. But the beautiful memories, always make me smile.'
Aku tersenyum apabila mengingati tulisan yang terukir pada salah satu batang pokok yang sengaja diperlakukan oleh aku semasa kecil.Memang jauh berbeza sifat aku yang dahulu dan sekarang sebenarnya kalau difikirkan semula.
Arwah mummy tahu aku sentiasa dipinggirkan oleh semua orang termasuk adik beradik walaupun mereka ada disisi ku.Namun, hanya mummy sahaja mengerti apa yang dirasai oleh diri ku apabila tiada siapa ingin melayan.
Cuma apabila mummy sudah tiada dan aku sendiri sakit dalam masa yang sama hilang ingatan, kebanyakan berubah walaupun secara nyata atau tidak nyata sahaja.Namun itu sudah buat aku berasa ada yang sudi untuk berada disisi ku walaupun tidak sebenarnya.
"Dah lama sampai ke, tuan puteri?" tanya seseorang
Lamunan ku pecah apabila mendengar suara seseorang menegurku tanpa memberi sebarang salam.Terus sahaja aku menjeling tajam sebelum menghadap ke arah bertentangan apabila dia cuba melangkah mendekati padaku.
'Ah baru muncul mamat ni.'
AME END POV
"Tak lama mana pun.Adalah dalam satu alaf rasanya." perli Ame
Lelaki dihadapan Ame hanya tersengih lebar apabila diperli seperti itu.Bukan dia sengaja ingin datang mengikut waktu tetapi ada beberapa urusan yang perlu dilaporkan sebelum keluar dari tempat kerjanya.
"Chill, girl.Sorry lah aku ada hal." pohon lelaki itu
Ame mengguling bebola mata nya kerana sudah cukup masak dengan alasan acapkali terluncur dari mulut lelaki itu.Itu bernasib baik angin monsun nya telah reda semula, maka dengan mudah dia boleh memaafkan kelewatan lelaki itu.
"Porrah lah dengan sorry kau tu.Banyak sangat ke kerja dekat HQ tadi?" tanya Ame
"Alah kau ni.Macam tak biasa pula dengan HQ?Mana pernah tenang dengan kes pun bersepah sana sini.Itu belum masuk lagi dengan kes luar negara punya tu." rungutnya dengan geram
Ame mengangguk tanpa memandang wajah lelaki itu kerana tidak mahu bersoal jawab di sini. Lelaki tersebut terus menyandar badan pada pokok yang berada disebelahnya sahaja.
"Kau ada cari tak benda yang aku nak tu?" tanya Ame
Lelaki itu hanya mampu mengeleng kepala dengan penuh hampa kerana terlampau sibuk menyelesaikan kes sejak kebelakangan ini.Ame menghela nafas lemah apabila barang yang inginkan tiada dihadapan matanya sekarang ini.
"Kau marah ke?" tanya lelaki itu dengan risau
'Macam mana lah aku boleh ada member yang bengap macam ni?' rungut Ame dalam hati
"Pernah ke aku marah kau kalau kau sendiri pun sibuk handle banyak kes?" tanya Ame
Lelaki itu mengeleng kepalanya perlahan apabila melihat Ame memandangnya untuk memberikan jawapan jujur.Sejujurnya, Ame memang berasa sedikit marah apabila orang itu tidak memberi barangnya tetapi dia tidak akan marah kalau sebab yang kukuh berserta bukti.
"Aku minta maaf." pinta Ame tiba-tiba
"Untuk apa?" tanya lelaki itu
"Sebab dah lama tak masuk HQ?Lagipun aku boleh kira dengan jari bila masuk HQ." kata Ame
Lelaki itu menghela nafas nya sebelum memandang wajah Ame dengan penuh risau.Bukan risau Ame adalah perempuan tetapi risau melihat keadaan Ame seolah-olah terpaksa mengorbankan masa remajanya untuk membersihkan nama nya sendiri.
"Please,Am.Tuan Anaf pun tahu kau ni masih pelajar malah lagi setahun je kau nak ambil SPM. Dia langsung tak nak kau terlampau fokus pada kes yang kau pegang dari dulu.Ye aku tahu kes kau tu ada kaitan dengan masa silam kau, tapi sanggup ke kau bazirkan masa remaja kau dengan hal orang dewasa ni semua?" tegur lelaki itu.
"Kau tak faham, Rafiq." kata Ame
Lelaki yang merenung wajah Ame adalah Inspektor Rafiq Anaqi. Anak lelaki kepada Tuan Anaf yang juga merupakan ketua utama dalam dunia menyiasat.Dan hanya mereka berdua sahaja yang mengetahui siapa Ame.
"Apa yang aku tak faham, Ame?Terangkan pada aku sekarang." pujuk Rafiq
Memang betul apa Rafiq menegurnya sebenarnya tetapi Ame sendiri mempunyai alasan yang kukuh untuk masih lagi meneruskan walaupun terpaksa mengorbankan masa keseronokan remajanya itu.
Ame mengemam bibir nya daripada mengeluarkan suara kerana takut dirinya untuk menghilangkan memori pahit itu.Rafiq yang memahami perasaan Ame berbelah bagi untuk menceritakan perkara sebenarnya, hanya mengeleng kepala sahaja.
"Aku tahu kau masih tak boleh lupa yang arwah mummy kau pergi depan mata kau.Malah kau sendiri hilang semangat nak hidup sebab asyik dipersalahkan oleh semua orang termasuk kembar kau tu.But, kau kena ingat juga yang aku masih lagi sayang kau walaupun ramai benci tengok kau tersenyum." pujuk Rafiq
"Aku tahu walaupun mummy seorang yang hebat seorang anak,menatu,isteri dan ibu tapi ramai sangat musuh dia dalam selimut sampaikan aku sendiri pernah jadi mangsa juga.Tapi mummy tak pernah pun buat aku lagi benci dekat dia malah aku rasa setiap tingkah dan nasihat dia sentiasa buat aku rasa dia masih lagi berada dekat sisi aku." kata Ame dengan perlahan
Rafiq mengangguk kepala nya sambil mengusap kepala Ame yang berlapit tudung kerana hubungan mereka hanya sebagai rakan sepasukan sahaja.Malah dia sendiri menganggap gadis itu sebagai adik perempuan memandangkan dia sendiri tidak mempunyai seorang adik.
"Tapikan, apa yang buat kau still nak bukak balik kes tiga belas tahun lepas punya?" tanya rafiq dengan pelik
"Aku tahu kematian mummy aku bukan sebab sabotaj dari rakan niaga dia tapi ada seorang lagi yang aku pasti dia berdendam pada aku atau family aku.Cukup aku buat family aku musnah untuk kali pertama sebab hilang mummy aku.Kali ni aku akan selesaikan dengan tangan aku sendiri dan kau jangan risau sebab bapa kau bagi kebenaran untuk bunuh orang." terang Ame dengan senyuman meleret
Rafiq tercengang apabila melihat senyuman leret terukir pada wajah pucat gadis itu.Kalau ikutkan hatinya, memang dibantah sekeras mungkin permintaan gila Ame itu tetapi tidak sangka pula gadis itu lebih licik daripada awal perkenalan mereka.
"Macam-macam betul kau ni.Kalau bapa aku dah bagi arahan dekat kau makna nya makhamah pun setuju untuk membenarkan kau membunuh patung kan?" teka nya
Ame mengangguk laju sebelum wajahnya berubah menjadi tegang semula.Rafiq berasa sedikit hairan apabila melihat wajah tegang itu muncul.Bukan tidak biasa dengan angin monsun Ame tetapi daripada reaksi itu sudah pasti ada sesuatu yang mengganggu gadis itu.
"Kau ada problem lain ke selain dari kes tu?" tanya Rafiq dengan prihatin
"I will be marry soon." kata Ame dengan perlahan
Rafiq membulat matanya apabila mendengar perkataan kahwin terpacul dari mulut Ame sendiri. Setahu dirinya, umur Ame masih lagi muda malah tidak sesuai untuk dikahwinkan kerana masih belum menamatkan pengajian lagi.
"Serius lah kau!?Habis tu, study kau?Impian kau tu macam mana?" tanya Rafiq bertubi-tubi
Ame mengeluh apabila melihat Rafiq seolah-olah lelaki itu mempunyai pertalian darah dengan nya sahaja sekarang ini.Namun, dia tahu Rafiq memang mengambil berat atasnya sebagai seorang adik bukan lebih dari itu.
"Ye lah.Apa kau ingat aku ni ada masa nak memain ke sekarang?Sudahlah aku bukan sama dengan budak mentah dekat luar sana tu.Pasal study semua tu, kalau bakal suami aku tak bagi aku minta je cerai." balas Ame
"Amboi kau!Ingat seronok sangat ke nak cerai rujuk semua ni?Kalau aku dekat tempat kau, dah lama aku buat hal sebab tak nak kahwin muda.Tak pasal-pasal life kau bosan." perli Rafiq
"Sekurang-kurangnya aku tak perlu lah tunggu jodoh muncul macam dalam novel tu.Dapat cepat, dapat bebas walaupun terganggu sikit sebab ada suami.Lainlah kau, umur pun lebih kurang dengan along aku tapi jodoh pun tak muncul-muncul." bidas Ame dengan selamba
"Hello, lelaki ni kahwin tua pun tak apa sebab dia bukan expiry date macam perempuan." kata Rafiq
Terus sahaja Ame menendang kaki lelaki itu dengan kuat tanpa belas kasihan langsung.Ingat dapat kenakan pakcik tua itu, alih-alih diri dia pula yang kena.Kalau macam ni, lebih baik benam je dalam pokok pun sudah bagus.
"Kau nak jemput tak aku nanti masa wedding kau tu?" tanya Rafiq setelah lama berdiam
"Majlis simple je.Akad dengan majlis sanding dekat rumah aku sekali.Kalau rumah penganting lelaki tu diorang sambut menantu je lah. tapi untuk adik aku tu lain sikit lah sebab ramai yang suruh sanding dekat hotel." kata Ame
Ame faham sangat Rafiq yang seolah-olah merasakan keputusan itu agak berat sebelah walaupun hakikatnya benar.Dia hanya mampu memendamkan sahaja hasrat untuk merasai kemewahan semasa hari perkahwinan nanti.
"Memang sah family kau tu tak suka kau kan?Sebab kau ada syer besar dalam syarikat mummy kau malah kau akan jadi pengasas kedua lepas habis belajar." kata Rafiq dengan tidak puas hati
"Memang betul.Tapi aku akan rasa bahagia bila tengok orang yang aku sayang bahagia walaupun nyawa aku jadi taruhan." ujar Ame dengan perlahan
Rafiq terkedu apabila mendengar jawapan daripada Ame sendiri walaupun ayatnya kedengaran sedikit aneh daripada biasa.Memang dia sendiri tidak menyangka gadis itu hanya ingin melihat kebahagian keluarga berbanding dirinya.
"Woi." panggil Ame
"Mende kau?"
Ame menarik mask hitamnya ke bawah sedikit sebelum memberikan senyuman tenang kepada Rafiq kerana tidak mahu merisaukan lelaki itu.Rafiq terus mengalih wajahnya yang terasa berbahang apabila melihat senyuman daripada ice princess itu.
'Kenapa senyuman dia buat aku malu pulak?Bukan aku tak biasa tengok dia senyum macam tu.' desis Rafiq dalam hati
Dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya seakan-akan mengkhianati ego terhadap perasaan cinta lebih-lebih lagi dengan Ame.Terus sahaja dia menumbuk kuat pipinya sehingga terkesan lebam kecil pada bawah bibir nya itu.
'Ingat hati kering macam aku tapi tak rupanya.Lebih baik aku suruh Tuan Anaf cari calon isteri untuk pakcik yang terlajak perasan ni.' getus hati Ame
"Wei, aku kena pantau adik aku dulu.Thanks tau sebab datang even barang yang aku nak tu tak ada." pinta Ame terselit perlian
Rafiq mengangguk kepalanya walaupun dalam hati masih lagi bengang dengan perangai Ame yang sentiasa bermain. Dalam diam dia berharap sangat gadis itu menyedari bahawa kehidupan untuk menyimpan memori bukan pada orang lain tetapi dirinya juga.
Deruman motor berkuasa tinggi Ame memecahkan lamunan nya sebelum bayangan tu lesap daripada pandangan matanya.Matanya memandang langit sambil tersenyum penuh makna kerana teringat kepada seseorang.
Situasi Yanna
Jelingan tajam diberikan kepada lelaki yang elok sahaja berlagak kerana hanya bernasib baik dalam perlumbaan trek.Kalau bukan sebab lelaki itu, sudah pasti rekodnya kali ini dapat dipecahkan seperti biasa.
"Jangan jeling anak teruna macam tu.Tak pasal-pasal dia jodoh kau karang." usik salah seorang rakan Yanna
Terus sahaja Yanna membalingkan botol kosong tepat pada wajah rakannya tanpa belas ehsan. Peduli apa kalau dicopkan sebagai budak kurang adab asalkan hatinya puas melihat rakannya seakan-akan marah kepadanya.
"Yang kau pergi baling dekat muka aku pahal siak!?Hilang terus muka cantik aku ni." rungut kawan nya itu
Yanna mencebik bibirnya sebelum melangkah keluar dari bilik persalinan disebabkan rimas dengan bisikan-bisikan syaiton sekarang ini.Belum cukup lagi dengan masalah hubungan kembarnya, bertambah lagi masalah pretasi dalam dunia litar.
'Menyusahkan aku je semua ni.Kenapalah semua orang nak cari nahas dengan masalah mama pikachu tu sedangkan dia tak minta pun orang lain masuk campur?' monolog Yanna
Terus sahaja dia menyandar badan pada dinding sebelum menyembab wajahnya pada lutut untuk menjadi perhatian orang.Dia mahu keluarga yang langsung tidak membenci antara satu sama lain malah ingin berasa seperti gadis normal diluar sana.
"Nah."
Yanna terus mengangkat wajahnya apabila mendengar suara seseorang menyapanya dan terkedu melihat Ame menghulurkan cookies kitkat.Dengan pantas, dia mengambil sebelum memakan dengan penuh gelojoh.
Ame yang melihat adik bongsu itu melahap cookies kitkat buatannya, sudah pasti gadis itu ada masalah.Terus dia mengambil tempat sebelah adiknya sambil memerhati tanpa rasa bosan walaupun berasa sedikit lapar.
"Nak ke?" sapa Yanna
Ame menggeleng kepalanya sebelum memejam matanya sambil menghela nafas panjang.Risua betul dia ingin meninggalkan Yanna seorang diri kerana faham benar dengan sifat luar dan dalam adiknya itu.
"Kau ada problem ke?" tanya Yanna
"Bukan aku tapi kau.Tengok muka macam kambing nak cari mangsa ditanduk je.Asal ni?" tegur Ame
Yanna terdiam sebelum merenung biskut yang masih tersisa dalam paket itu.Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia ingin mengadu kepada Ame kerana hanya satu-satunya kakak yang sanggup mendengar luahan orang.
"Kalau kau tak nak cakap tak apa, bukan aku kisah pun.Tapi satu je aku tegur kau, kalau aku kena paksa duduk sendiri tak bermaksud aku akan lupa siapa aku atau kedudukan semua tu. Aku tetap kakak kau walau aku ada kehidupan sendiri atau pergi dulu sebelum kita habis belajar.Apapun terjadi, jangan pernah biarkan diri kau tu jadi orang gila sebab pendamkan semua benda sendiri.Aku tetap sayang kau dengan yang macam mana aku sayang mummy sebab mummy adalah kawan pertama dan terakhir kita berempat lagi-lagi aku." nasihat Ame dengan tenang
Yanna mengetap bibirnya sebelum memeluk tubuh Ame dengan erat sehingga tertindih dibuatnya.Ame terkaget dengan tindakan dastrik Yanna itu namun tetap membalas walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada nyawa masih panjang lagi ataupun tidak nanti kelak.
"Aku tak nak kau kahwin dengan mana-mana lelaki." pinta Yanna tiba-tiba
Ame tersentak apabila mendengar permintaan Yanna itu.Kalau sebelum ini, bukan main mahu membiarkan dia berkahwin tetapi kenapa perlu ubah fikiran apabila hanya tinggal esok atau lusa sahaja?
"Kau merayu macam mana sekalipun, tiada benda yang bakal berubah termasuk masa depan aku.Terus terang aku katakan hidup aku berbeza dengan korang bertiga walaupun kita adalah kembar, Yanna.Pergi aku maknanya kebahagian orang lain pasti bermula tetapi sebaliknya untuk aku sendiri.Aku tak pernah anggap setiap kesilapan kau atau yang lain itu punca aku hilang bahagian sendiri tapi itu sahaja cara untuk meninggalkan semua kisah silam walaupun terpaksa menderita untuk seketika, betul tak?Jadi, aku nak sangat kau anggap benda ni ada hikmah sebalik semua ni tapi jangan menyusahkan orang lain termasuk Key.Cukup-cukup sahaja dia kena pikul tanggungjawab mummy dekat rumah." pujuk Ame
Yanna terus menyembab wajahnya pada badan Ame sehingga terhinjut bahu kerana menangis untuk keberapa pun dia sendiri pun tidak tahu.Dia tidak mahu mana-mana lelaki mendekati Ame kerana kakaknya adalah orang yang memahaminya tidak kira susah ataupun senang.
"Kau janji dengan aku yang kau akan sayang aku lebih daripada kau sayang Iris, boleh?" pinta Yanna
"Apa maksud kau sebenarnya?" tanya Ame semula
"Janji dengan aku dulu." rungut Yanna
Ame mengeluh apabila perangai Yanna sungguh aneh sekarang ini namun tetapi berjanji kerana tidak mahu mendengar sebarang suara kambing itu mengembek kelak.
"Tapi kenapa aku tak boleh nak sayang budak kucing tu macam aku sayang kau?" tanya Ame dengan geram
"Adalah.Sampai masa aku bagitahu dekat kau juga.Jadi, sila tunggu ye." kata Yanna dengan selamba
Ame hanya menurut sahaja walaupun dalam kepalanya pelbagai persoalan yang masih belum terungkai disebabkan perangai Yanna yang sedikit perahsia.
"Jum keluar.Aku nak tengok pretasi kau ni still budak mentah atau dah pro?" ajak Ame
Yanna tersengih lebar sebelum mengangguk setuju kerana ingin membuat Ame terkejut sedangkan menang Ame tidak pernah memberi sebarang reaksi tidak kira bagaimana sekalipun. Tetapi kali ini, dia akan menunjukkan skill barunya pada mama pikachu itu.
Sepanjang mereka ingin bergerak ke kawasan trek, ramai manusia memandang mereka berdua lebih-lebih lagi Ame kerana pemakaian yang penuh misteri.Namun, Ame adalah Ame kerana dia sendiri langsung tidak mempedulikan pandangan orang asalkan tidak menganggu hidupnya.
'Semak betul manusia ni.Macam tak pernah jumpa perempuan je?Ke diorang ni ada perasaan dengan sama jantina?' gumam Ame
Sampai sahaja di kawasan itu, memang Yanna menarik muka empat belasnya dan Ame menjengil bebola mata apabila melihat kebanyakan perempuan berkumpul pada sekumpulan lelaki yang elok sahaja bertenggek pada superbike mereka.
'Perempuan~'
"Kau tunjuk je lah skill tu dekat aku tanpa peduli diorang tu.Buat je diorang tu macam mangsa yang kau nak mengembek." ujar Ame
Yanna menjeling Ame namun akur sahaja dengan ujaran mama pikachunya itu.Melihat Ame elok menyandar badan pada superbike nya itu, sudah pasti ingin menilai skillnya sekarang ini.Terus sahaja dia menghidupkan ejen sebelum membuat sebuah pertunjukkan.
'Boleh tahan cuma masa selekoh tu dia kena tunduk sikit.' gumam Ame
Sepanjang pertunjukkan Yanna, boleh dikatakan ada peningkatan tetapi masih lagi banyak perkara yang perlu dipelajari.Sebagai seorang kakak, memang dia berasa risau tetapi Yanna bukan sama dengan perempuan lain, jadi dia hanya perlu melihat sahaja dari jarak jauh.
"So macam mana?" tanya Yanna
Ame tidak bersuara tetapi membaling botol mineral pada Yanna untuk berhenti bercakap sebelum ada yang tidak boleh tengok malam hari karang.Bosan juga kalau suara kambing itu asyik menyapa telinga.
"So far ada juga perubahan tapi still lemah macam biasa.Lepas ni kau pergi ladang lembu minum susu tu bagi kau tinggi sikit.Naik pelik aku bila orang kata kau budak darjah lima sedangkan tingkatan empat." ulas Ame sambil menguyah biskut tiger
Nasib baik dia masih ingat biskut tiger yang sempat dibeli semasa mengisi minyak motor nya itu. Yanna yang mendengar komen Ame hampir tersembur kerana ketinggian nya juga menjadi satu masalah lagi dalam dunia litar.
'Biarlah aku nak tinggi macam galah atau tak sebab budak pendek sentiasa cute dari tinggi macam tiang eletrik.' kata hati Yanna
Belum sempat Yanna ingin mengembek pada Ame, ngauman daripada superbike seseorang menarik perhatian mereka berdua.Ame mengangkat kening nya pada nya sebelum kedua-dua melangkah ke arah sana.
"Iqsyaq!!" jerit perempuan
Yanna mengerut keningnya sebelum mengingati nama yang terngia-ngia seperti nama seseorang.Ame mengecilkan matanya sebelum dia memberikan senyuman sinis disebalik masknya kerana mengetahui siapa yang dimaksudkan.
'Dia ni bukan member mamat kerek tu ke?Tapi sejak bila pula dia ada dekat sini pulak?' desis Ame
"Itu mamat buluh meriam ke atau mata aku yang kena jumpa doktor mata?" tanya Yanna
Ame tidak menjawab malah hanya mengangguk untuk soalan Yanna kerana tidak perlu dia membazirkan air liurnya.Iqram yang sedar pandangan seram sejuk dari belakang terus mengosok lehernya sambil melihat bulu romanya menegak secara tiba-tiba.
"Dude, apahal aku rasa ada renung aku je?" tanya Iqram
Darwish yang elok sahaja bermain telefonya terus mengalih ke arah Iqram sebelum memandang belakang mereka.Dengan mengecilkan matanya, melihat dua orang gadis yang lengkap berpakaian suit motor sahaja.
'Macam kenal je tapi dekat mana eh?Takkan lah minah senget tu kot?' desis Darwish dalam hati
Belum sempat Darwish ingin menjawab soalan Iqram, Ame dan Yanna berjalan ke arah mereka sebelum salah seorang membuat muka tidak senang.Yang pasti tidak lain atau tidak bukan lagi Nur Aryyana Saffiya AkA Yanna atau lebih mudah kambing terlepas.
"Lah korang rupanya." kata Yanna dengan malas
Ame langsung tidak memandang wajah dihadapannya kerana sudah pasti mereka berdua akan berjumpa pada hari akad nikah juga.Jadi, bila wan pernah cakap yang bakal pengantin tidak dibenarkan bertemu selagi belum diijab kabul.
'Tapi kan lebih baik jangan jumpa terus sebab belum tentu aku ada aura pengantin sedangkan baru umur enam belas kot?Memang betul pun apa Rafiq pernah cakap, bila kau betul-betul ready serulah ayat kahwin tu.' gumam Ame dalam kepala
Sama seperti Ame,Darwish memilih untuk mengelakkan matanya daripada terus menatap gadis itu.Kalau dia tahu yang mereka berjumpa, sudah lama dia pilih untuk terperap dalam pejabat daripada keluar.
'Apalah nasib aku hari ni.Harap-harap tiada siapa yang pergi mengadu dekat ummi dengan baba.' desis Darwish dalam hati
Entah kenapa sejak pertemuan nya dengan Helena,Adrian dan Rafiq, pasti ada yang tidak kena dengan dirinya lebih-lebih lagi apabila nenda dan ahli keluarga membandingkan dirinya dengan Keysha,Syah dan Yanna.
Bukan bermaksud dia membenci kembar sendiri tetapi melihat cara layanan pun sudah pasti jelas tanpa ada simpang siur.Lebih baik buat hal sendiri daripada diganggu dengan perbalahan ahli keluarga sendiri.
"Kalau kitorang sekalipun, ada masalah ke?" tanya Iqram
"Memang ada pun.Ni tempat aku, jadi boleh bertukar arah lain tak?" halau Yanna
"Ewah kau.Suka suki kitkat kau je main halau aku eh?Ingat aku langau macam kau ke hah!?" marah Iqram
"Aku memang ewah gitu.Lagipun kau tu bukan setakat langau tapi jin terlepas." balas Yanna dengan selamba
Iqram terus turun dari motornya lalu berdiri dihadapan Yanna dengan muka bengang.Ingat lepas beberapa hari ada masalah tidak mencari gaduh denganya tetapi tetap sama sahaja.
Yanna pula tidak kalah untuk membalas tatapan Iqram walaupun terpaksa mendongak ke atas. Sudah tahu diri itu pendek daripada yang lain tetap juga hendak membalas mata, wahai Cik Aryyana Safiyya.
'Diorang ni sampai bila nak bergaduh?Sumpah aku rasa nak baling je dua kambing masuk dalam gunung berapi sekarang ni.' gumam Ame dalam hati
'Kan bagus kalau diorang berdua ni adalah haiwan yang boleh dibunuh macam cicak.Aman sikit dunia aku juga.' getus Darwish
Belum sempat Iqram ingin mencekik Yanna, Ame memberikan jelingan kepada nya dan Yanna. Iqram mendengus kasar sambil menurunkan tangan nya kebawah manakala Yanna mencebik bibir dengan sebal.
"Korang berdua ni kalau satu hari tak jumpa,memang tak boleh berdebat ke?" tanya Darwish
"Dan satu lagi, boleh tak jangan nak berdebat je kerjanya.Mulut tu memang tak penat ke setiap masa nak berbedat sampai dalam tidur pun nak cakap?Ingat umur meningkat perangai pun matang, tapi kalah sangat dengan budak hingusan je." tegur Ame dengan marah
Kakak mana yang tidak penat nak marah,berleter semua ni kalau setiap saat dalam hidup si adik sendiri sentiasa membuat masalah sehingga dia sendiri naik pening.Darwish mengeleng kepalanya apabila melihat refleks kedua-dua.
Iqram memaling wajahnya manakala Yanna sudah menunduk kepala sambil bermain jarinya. Menyesal pulak bergaduh depan mama dan papa pikachu, sekarang ini mereka pula yang dileter seperti membuat masalah dalam sekolah sahaja.
'Budak kurang matang ni kan, aku suruh abang long nikahkan kau je terus.Macam ada jodoh je diorang ni pun ada kalau tengok banyak kali.' bebel hati Ame dan Darwish
"Lantak korang lah.Tapi satu je aku minta dua-dua kena teman aku dengan mamat kerek ni pergi makan." putus Ame
"What the... No!?" bantah Iqram dan Yanna
Darwish tercengang apabila Ame membuat keputusan tanpa pertanyaan nya pun.Bukan dia tidak setuju sangat dengan idea Ame itu tetapi nak harapkan Iqram alamatnya dia sendiri yang mangsa belanja.
"Tak nak?Fine, jangan tanya kenapa setiap perkara bodoh kau yang tiada siapa tahu tersebar sampai telinga diorang ye." kata Ame
"Fine!" jawab Yanna dengan geram
Ame tersenyum disebalik mask hitam sambil mengeleng kepala kerana adiknya masih lagi tidak mengetahui itu hanyalah satu gurauan.Nasib badan sahaja dapat adik yang langsung tidak mahir dalam penipuan.
"Kau ni kalau bab lain, memang pandai sampai kena puji.Tapi kalau bab kena tipu dengan orang, memang aku boleh kata kau selalu fail.Macam mana lah kau boleh tipu orang sedangkan diri sendiri pun senang sangat kena tipu dengan aku?Silap haribulan laki kau sendiri pun kena cekup dengan perempuan lain."bebel Ame
Darwish yang memahami maksud pertama Ame, sudah pasti gadis itu ingin mengenakan dua manusia daripada terus bergaduh.Namun, tidak sangka pula kedua-dua memang langsung tidak sedar itu hanya satu penipuan.
'Aku pun faham sangat kenapa minah senget tu asyik berangin apabila melibatkan minah kambing tu.Nasib dia lah sebab dapat adik kambing yang terlampau bendul sampai tidak boleh membezakan itu adalah penipuan atau kebenaran.' bisik Darwish dalam hati
Yanna dan Iqram tercengang apabila kena tipu mati-matian dengan Ame sendiri malah boleh diperlekehkan yang mereka tidak pandai.Mereka sengaja sahaja tadi untuk memberikan peluang kepada Ame.
"Aku tahulah kau tengah tipu kitorang.Macam lah aku ni lembab sangat sampai benda tu pun kena masuk perangkap?" rungut Yanna
Iqram mengangguk kepalanya setuju dengan rungutan Yanna untuk kali pertama dalam seumur hidup.
"Dia tak ada pun cakap korang berdua ni lembab pun." kata Darwish
Ame mengeleng kepalanya apabila melihat Iqram dan Yanna seumpama tergigit cili veitnam sahaja.Kadang kala dia perlu mengaku bahawa Darwish seorang yang kuat mengenakan orang tetapi dengan cara tersendiri seperti dirinya.
"Sudahlah tu.Jom blah sekarang." kata Ame sambil menarik Yanna
Yanna yang masih terkaku hanya mengikut rentak Ame sahaja walaupun mindanya sudah melayang memikirkan dia dan Kitkat sedang berlari dalam taman yang penuh dengan coklat. Darwish dan Iqram mengangguk kepala sambil mengangkat tangan mereka.
SKIP PLACE & TIME
SYAH POV
Disebabkan cadangan untuk makan tengah hari diluar dibatalkan gara-gara abang long dan abang ngah ingin membelanja semua orang, terus sahaja setuju.Bukan senang untuk melihat abang long dan abang ngah belanja kerana perkataan itu tidak pernah secocok dengan mereka.
'Nasib baik ada dua orang abang yang paling berguna untuk elakkan katana mama pikachu terpacak dekat leher aku dengan kak Key.' desis aku dengan lega
Kenapa pula Ame nak bunuh aku dengan yang lain?Mari kita mendengar sebuah movie yang baru sahaja berlaku.Jangan lupa ambil makanan dengan minuman ringan sekali takut-takut cerita dia panjang ke?
FLASHBACK
Aku,Kak Key dan Yanna tertunduk apabila melihat wajah dingin Ame menyapa kami bertiga. Bukan tidak tahu bahawa Ame memang pantang kalau tiada siapa langsung mendengar arahan nya sehingga mood mama pikachu itu menjadi seram.
"Untuk kali sejuta, jangan pernah bergaduh lebih-lebih lagi korang dua ketul.Aku penat sangat tahu tak asyik marah korang benda yang sama sahaja je sejak dulu.Nasib baiklah Key langsung tak pernah bergaduh kecuali ada orang usik dia." rungut Ame dengan geram
Siapa yang tidak geram kalu dua makhluk berebut menu menu tengah hari sehingga menarik perhatian pelanggan lain.Nasib baik sahaja Keysha dapat meleraikan perebutan tersebut tetapi tidak bermaksud pergaduhan sudah tamat malah ia baru bermula.
Aku dan Yanna menjeling antara satu sama lain kerana membuat seekor mama pikachu mengamuk sehingga Keysha sendiri tidak masuk campur.Lagipun bukan salah aku pun sebenarnya tetapi Yanna juga.
'Ni semua salah kau' gumam ku dan Yanna
"Jangan nak salahkan orang lain lah.Dua-dua salah.Tunggu sahaja dekat rumah aku bagi korang denda.Jangan ingat aku biarkan korang terlepas tanpa kenakan hukuman.Jom Key, Me nak bayar semua." kata Ame dengan tegas
Melihat dua orang kakak sudah berlalu ke kaunter pembayaran,aku dan Yanna apa lagi?Terus sahaja menarik muka empat belas kami berdua apabila Ame lebih kejam berbanding Keysha. Apalah nasib kami berdua boleh dapat seorang mama pikachu yang kejam lagikan durjana.
"Apa kata kalau kita lapar lagi, kita makan coklat masing-masing but satu sudah cukup." cadang Keysha dan kami semua setuju.
END FLASHBACK
Oleh itu, kak Key, mama pikachu, aku dan adik kambing memilih untuk makan coklat kegemaran kami berempat.Lagipun, coklat memberi tenaga kepada badan manusia juga buat sementara waktu.
Syah END POV
ISLAND BBQ STEAMBOAT
Itulah pilihan utama untuk malam terakhir Keysha,Ame,Syah dan Yanna selepas salah seorang membuat keputusan muktamad.Siapa lagi yang buat kalau bukan Ame akibat cuba menahan diri daripada membunuh dua ekor syaiton.
'Nak mati awal dengan abang aku ke?' bisik hati mereka berempat
Keysha,Ame,Syah dan Yanna menjadi perhatian pelanggan lain kerana penampilan mereka sendiri.Walaupun hanya berpakaian biasa apabila bersama dengan keluarga, masih lagi menarik perhatian pelanggan lain sehingga abang long dan Afdzim menjadi pengawal.
Keysha mengenakan blouse berwarna rose gold dan tudung seledang putih,Ame pula hoodie supreme dan tudung berwarna hitam serta mask hitam,Syah dress labuh warna hijau mint dan niqab hijau daun dan akhir sekali Yanna jaket merah putih dan tudung hitam.
"Aku duduk dekat sana kejap.Dah settle panggil aku." kata Ame pada Yanna
Melihat Ame berlalu pergi daripada berkumpul bersama membuat daddy berasa serba salah. Tahu sangat ada diantara adik-adiknya mengugut Ame untuk duduk jauh.Abang long yang perasan Ame mula berjauhan, tidak betah dia membiarkan adiknya berseorangan lagi.
"Biar along pergi cakap dengan Meme.Daddy jangan risau, apapun just act normally only." pujuk Afdzim
Daddy hanya mampu tersenyum nipis sebelum melihat anak sulung nya melangkah ke arah anak gadis itu.Tahu sangat orang yang Ame akan mendengar adalah arwah isterinya dan anak lelaki sulung.
"Mon amour kenapa duduk jauh?Kesian kembar sendiri sebab nak manja dengan awak,tahu tak?" tegur abang long
"Saja, nak ambil angin kejap.Lagipun, belum tentu mon amour boleh keluar rumah lagi macam selalu, ye tak?" kata Ame
Abang long tersenyum sebelum memandang wajah Ame dengan penuh persoalan.Dia tahu adiknya tidak mahu berkahwin terlalu awal kerana yakin nyawanya tidak panjang.
"Kalau abang long minta sesuatu, mon amour boleh buat tak?" tanya abang long dan Ame mengangguk kepala
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro