Bab 81
"Kamu jangan nak kata buruk pasal kami semua, Afdzim!" marah pak ngah
Afdzim menyandar badan nya sambil memeluk tubuh sebelum mengerling ke arah abang sulung nya yang satu itu.Daddy dan abang long amat faham akan kerlingan Afdzim, terus meletakkan cawan mereka ke atas meja.
"Anak aku tak ada pula nak kata buruk pasal kau, Ngah oi.Kenapa nak melenting tak tentu pasal kalau korang tak terlibat pun?" soal daddy pula
Pak ngah dan yang lain terkelu apabila daddy seperti menangkap perbuatan mereka pada Ame sekarang ini.Abang long dan Afdzim juga tidak ketinggalan terkejut apabila daddy seperti tahu apa yang pernah terjadi pada Ame sebenarnya.
'Macam mana dia boleh tahu!?' desis nenda
"Daddy, along dengan angah masuk bilik dulu.Esok, kitorang ada plan baik punya untuk twins. Kan,Ngah?" kata abang long
Daddy mengangguk kepalanya sebelum mereka berdua masuk ke kamar beradu untuk mendapatkan rehat.Sempat Afdzim memberikan senyuman selamat malam pada daddy sebelum masuk ke dalam bilik tidur nya.
"Lebih baik korang semua masuk tidur dulu.Bonda dan ayahanda pun pergi lah berehat.Esok kita sambung berbincang lagi tapi Dan dengan Dilia terlibat juga." tutur Daddy sebelum meninggalkan semua orang
Semakin lama dia duduk berbincang tentang kesalahan anak perempuan nya itu, boleh sakit kepalas sahaja.Hanya dia, Dan,Dilia dan arwah isterinya sahaja tahu sifat Ame dari luar dan dalam walaupun gadis itu seorang kuat berahsia dengan semua orang termasuk dirinya juga.
'Abang minta maaf sebab gagal untuk tunaikan janji sayang yang satu itu.' desis daddy dalam hati
Melihat perubahan dastrik oleh Ame sejak arwah isterinya tiada, membuat dia mengetahui Ame sering menjadi mangsa oleh seluruh ahli keluarganya termasuk bonda dan ayahanda nya sendiri.
Cukup sahaja dia kehilangan isterinya kerana kewujudan puteri kembarnya itu membuat isterinya berada disisinya walaupun dalam diri anak gadis itu.Namun, disebabkan itu juga dia hampir kehilangan salah satu anak gadis nya kerana kecuaiannya sendiri.
SKIP TIME
Naufal mengerling ke arah Darwish yang elok sahaja diam menikmati makanan yang terhidang walaupun pada mula nya sudah berlawan mata dengan Ame sendiri.Rayyan dan Iqram memandang semasa sendiri sebelum mengangkat bahu mereka dengan serentak.
'Apahal pula diorang jeling Afdzal dengan Afdzim?' getus Darwish
"Diorang tu dah kenapa?" tanya Rayyan
"Kau tanya macam aku tahu je jawapan dia ke?" tanya Naufal balik
Terus terdiam Rayyan apabila Naufal memerlinya dengan sengaja.Iqram hanya menepuk bahu Rayyan sebelum dirinya mengerut kening sehingga berbentuk lipatan gunung-ganang sekarang ini.
Keysha,Ame,Syah dan Yanna menjeling tajam pada abang long dan Afdzim sehingga yang lain termasuk daddy naik pelik. Kedua-dua jejaka itu elok sahaja menikmati sarapan mereka walaupun dalam hati berdoa agar diri mereka tidak menjadi mainan kepada si kembar empat.
'Tolong jangan bunuh aku.Aku masih belum kahwin lagi untuk mati awal.' doa abang long dan Afdzim dalam hati
Mereka sangat berharap bahawa bukan Ame yang ingin membunuh mereka berdua.Memang secara fizikal Ame amat sukar bersuara tetapi sebenarnya dia adalah seorang adik dan kakak kejam kalau memberikan sebarang hukuman berdasarkan perbuatan jahat seseorang.
"Kakak,Me,Sya dan Baby." panggil daddy
Terus sahaja pandangan membunuh empat gadis itu menjadi pandangan lembut apabila daddy menyeru nama manja mereka.Daddy mengeleng kepalanya kerana terlampau faham sangat anak-anak perempuan nya.
"Kenapa tenung abang macam tu?" tanya daddy dengan penuh lembut
Keysha memaling wajahnya ke arah lain,Ame membuat muka dingin,Syah menundukkan kepala manakala Yanna menarik muncung angsanya.Daddy mengerling ke arah anak teruna nya apabila melihat muka buruk anak perempuan nya sudah muncul semula.
"Alah, chill lah girls.Bukan sengaja pun kitorang buat." ujar Afdzim
"Bukan sengaja,huh!?" marah Ame
Afdzim tersenyum canggung apabila angin monsun Ame sudah bermula sekarang ini.Keysha cuba untuk menenangkan Ame daripada membukan gelanggang WWE.
"Kecoh betul." kata Sandra perlahan
Ame menjeling dingin pada Sandra sebelum mendengus kasar sambil menyumbat roti bakar yang telah diselaputi blueberry jam diatasnya.Keysha,Syah dan Yanna hanya mampu tersenyum dan mengeleng kepala apabila perangai tsundere Ame sudah muncul semula.
Siapa yang nak tahu apa sebenarnya yang buat Keysha,Ame,Syah dan Yanna menjadi bad mood pada pagi itu?Sudah pasti korang semua nak tahu juga kan?Jadi, marilah kita melihat kejadian yang membuat Keysha,Ame,Syah dan Yanna bad mood pada pagi itu.
FLASHBACK
Pada pagi itu, Ame hanya mengeluh sambil mengemas bilik tidurnya walaupun dia sendiri langsung tiada tenaga selepas pergaduhan nya dan Darwish malam tadi.Dan disebabkan pergaduhan malam itu, maka terbentuk sebuah bilik yang tidak kelihatan serupa bilik tidur.
"Ni semua salah mamat kerek.Kalau dia cari pasal dengan aku malam tadi, memang aku tak payah nak kemas banyak-banyak pun.Kalau aku tahu benda ni nak jadi, lebih baik aku ajak gaduh dekat bilik latihan.Sekurang-kurangnya aku tak perlu kemas bilik tu kalau ikutkan sebab memang Key akan suruh dua ekor kambing dan monyet tu yang buat kerja.Haih... apa lah nasib aku hari ni.Bertemu mamat kerek secara tak sengaja memang membawa seribu malang untuk tahun ni."bebel Ame seorang diri
Kalau ikutkan moodnya, Ame akan kerap kemas bilik tidur walaupun langsung tidak bersepah seperti bilik Keysha,Syah ataupun Yanna.Tetapi hari ini, dia terpaksa mengerah kesemua tenaganya walaupun hampir terlangar meja dan sofa akibat tidur lewat.
Lantak kalau Keysha melihat dirinya bercakap seorang diri seperti orang gila sekalipun asalkan dapat mengurangkan rasa bengan pada Darwish.Sambil membebel seorang diri, tangan dan kaki tetap bekerja kuat untuk memberi rehat pada tuan nya juga.
"Fuh... akhirnya siap juga." kata Ame
Terus sahaja merebahkan badannya atas sofa sambil tangan berada diatas kepala.Memang seboleh-bolehnya tidak mahu turun bawah untuk menikmati sarapan dengan yang lain.Tetapi memikirkan rasa lapar mula bermaharajalera,terpaksa mengagahkan diri.
Sebelum menutup lampu, Ame sempat mengucapkan selamat pagi pada gambar arwah mummy tanpa rasa bosan.Lalu, dia menutup bilik dengan rapat sebelum mengejutkan Keysha daripada terbuai mimpi nya.
KNOCK...KNOCK...
'Tidur lagi ke?Susah betul kalau ada kakak yang jenis liat nak bangun.Tapi sifat liat bangun pagi tu, bukan aku juga ada ke?Apa-apa sahaja lah asalkan aku dapat tidur yang cukup.' monolog Ame
Ame hanya mengeluh kecil apabila tiada sahutan daripada Keysha walaupun sudah diketuk pintu.Lantas, dia meninggalkan bilik Keysha kerana ingin mengejutkan adik-adik kembar itu sekiranya Keysha tidak menyahut sebarang balasan.
"Syah!" panggil Ame
Tidak sampai lima minit, pintu bilik tidur itu terbuka dan kelihatan Syah seperti sibuk bersiap untuk keluar sahaja selepas sarapan nanti.Ame terus masuk ke dalam sambil memandang sekeliling untuk memastikan Syah mengemas bilik walaupun hanya alah kadar sahaja.
"Kau melaram semacam ni, nak pergi mana?" tanya Ame
Syah memandang Ame disebalik pantulan cermin soleknya sambil membetulkan kedudukan tudung agar bentuk nya menjadi.
"Aku nak jumpa kawan kelas kita kejap.Lepas zohor baru balik.Tak apa kan?" pinta Syah
"Aku tak kesah pun kau nak keluar dengan kawan tapi kau pergi naik apa?Kalau grab, cubalah untuk jadi mainan aku." kata Ame dengan terselit amaran
Syah tersengih disebalik niqab nya apabila mendengar amaran daripada mama pikachu kesayangannya itu.Luaran sahaja nampak seperti tiada perasaan tetapi dalam hati hanya Keysha, dirinya dan Yanna boleh merasakan betapa prihatin Ame pada seseorang.
"Jangan risau lah, pikachu.Aku gerak dengan kak Hawa nanti." jelas Syah
Ame mengerut kening nya mendengar Syah memetik nama kakak sepupunya yang satu itu.Syah yang faham akan cara pandangan Ame pada nya sekarang hanya mengeleng kepala sebelum mengubah posisi ke belakang iaitu berhadapan Ame.
"Dia call aku lepas subuh tadi, nak teman dia beli barang sikit untuk bawak balik kampus nanti. Kau pun tahukan kak Hawa tu still lagi study dekat Arau sana." sambung Syah lagi
Ame hanya mengangguk kepala walaupun tidak perlu menjelaskan secara terang-terangan kepadanya.Kalau kak Hawa yang menemani Syah, dia tidak perlu berasa gusar sangat kerana dia amat mempercayai pada kakak sepupunya.
Selepas mendengar penjelasan daripada Syah, Ame terus bangun daripada duduknya sebelum melangkah keluar dari bilik Syah.Sempat dia memusing sedikit badannya untuk memberitahu sesuatu kepada adiknya yang satu itu.
"Lepas kau habis melaram, kejut kambing tu.Dan aku tak kesah kalau nak guna cara kasar sekalipun tapi kau tanggung sendiri je lah." pesan Ame
Terus, Ame bergerak ke bilik Keysha semula tanpa mengetuk pintu kerana sudah dapat sudah terbiasa untuk mengejutkan Keysha.Nasib baik ada kakaknya untuk menolong dirinya bermake-up walaupun hakikatnya dia benci benda alah itu.
Ame membuka lampu bilik untuk mencerahkan suasana, malah sempat mengutip barang yang bertaburan pada setiap sudut bilik tersebut.Melihat Keysha tidur nyenyak, mampu membuat Ame tersenyum kecil.
"Key bangun." kejut Ame
Keysha menendang Ame secara refleks namun sempat dielak kerana pasti angin nya berubah menjadi lebih buruk.Ame menaikkan suhu air-cond bilik lalu menarik selimut tebal Keysha dengan kasar dengan penuh keselambaan.
"Me... apa ni?" tanya Keysha dengan mamai
"Rise and shine, sisy.Lupa ke hari ni Key ada shooting lepas sarapan." jawab Ame
Keysha yang berasa berat untuk membuka mata terus menjadi segar bugar sehingga terjatuh apabila ingin melangkah ke bilik air.Ame yang melihat hanya mampu mengeleng kepala sambil mengemaskan bilik Keysha agar nampak bersih seperti bilik seorang perempuan.
"Cepat sikit, nanti kita turun serentak." kata Ame
"Okey, pikagirl." sahut Keysha
Ame tersengih sebelum meninggalkan bilik tidur Keysha sebelum ingin masuk ke dalam bilik nya.Belum sempat dia ingin memulas tombol pintu, jeritan Syah dan Yanna bergema ditingkat tiga tanpa dipinta.
'Macam-macam hal betul.' desis Ame
Daripada melihat keadaan Syah dan Yanna yang pasti kacau bilau, ada baiknya dia bersiap juga untuk keluar selepas sarapan nanti.Yang pasti, dia tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengikutnya keluar hari ini kerana ingin bersendirian sahaja.
"Mama pikachu!" panggil Yanna, penuh lantang
Ame terus menarik muka empat belas nya apabila bala sudah muncul sekarang.Selepas melihat penampilannya yang tidak terlalu menonjol dan mask kesukaannya ada, senyuman puas hati terlakar pada wajah pucatnya.
"Menda?" Tanya Ame
"Kau tengok anak kau yang sorang ni.Dia buli aku." adu Yanna dengan gedik
"Eh kau.Itu pun nak kecoh." perli Syah
Ame hanya merenung kosong pada Syah dan Yanna sebelum menolak kedua-dua ketepi dengan penuh selamba.Syah dan Yanna ternganga apabila melihat kakaknya menjadi yang asal kerana langsung tidak mempedulikan aduan daripada seekor kambing dan monyet.
"Daripada korang bergaduh, lebih baik turun sebelum Me berubah angin lagi." ujar Keysha
Syah dan Yanna berpelukan apabila terdengar suara Keysha yang tiba-tiba sahaja muncul sambil berdiri diantara mereka berdua.Keysha tersengih comel sebelum menarik tangan adik-adiknya untuk mengikut langkah sekali.
"Tahu pun jalan.Ingat nak jadi tiang gol tadi." perli Ame
"Sudah lah tu.Jom turun cepat." gesa Keysha
Ame hanya akur sahaja sebelum memandang Yanna semula apabila menyedari pemakaian Yanna seperti ingin keluar juga hari ini.Dia sendiri tidak tahu kenapa hari ini semua ingin keluar untuk beberapa urusan.
"Jap." kata Ame
Keysha,Syah dan Yanna berhenti secara mendadak apabila Ame berkata seperti itu.Ame terus memusing badan nya untuk menghadap wajah kembarnya yang lain.
"Kau nak keluar juga ke, kambing?" tanya Ame
Yanna mengangguk kepala nya dengan muka pelik apabila melihat cara mama pikachunya seperti memandang serong terhadapnya.Keysha dan Syah juga tidak ketinggalan untuk mengerut kening mereka apabila mendapat jawapan daripada Yanna sendiri.
"Pergi mana?" tanya Keysha
"Track race." jawab Yanna
Ame hanya mengangguk kepala kerana disitu sahaja tempat kegemaran Yanna sekiranya berasa bosan apabila tiada siapa ingin membawanya berjalan-jalan diluar kawasan.
"Dengan siapa?" tanya Syah lagi
"Aku sorang je lah.Kau ingat aku nak pergi dengan suami,anak,cucu,cicit semua ka?" jawab Yanna dengan geram
"Lerk lah.Aku tanya je kot.Itu pun nak berangin ke?" kata Syah dengan pelik
"Lain kali nak bagi soalan tu, biarlah kena,monyet oi!" ujar Yanna
Keysha tersenyum kecil apabila suasana pagi ini menjadi kecoh disebabkan perdebatan diantara Syah dan Yanna manakala Ame menepuk muka nya dengan perlahan sebelum menampar belakang mereka berdua.
"Korang start lagi, aku terus baling katana aku dekat kepala masing-masing." ugut Ame
Terus terdiam seekor monyet dan kambing jadian selepas mendapat ugutan daripada mama pikachu yang dingi lagikan zalim seumpama Raja Firaun.Keysha memberikan tumb ups pada Ame sebelum bergerak ke sebelah nya.
Sambil mereka berjalan, sempat juga untuk berbual kosong malah menceritakan masalah disekolah kecuali Ame.Dia lebih kepada mendengar daripada mengeluarkan suara kerana tiada siapa ingin berkawan dengan nya akibat perwatakan disekolah.
"Wei, aku dengar cerita yang nanti lepas ujian awal tahun kita akan pergi luar negara atas arahan pengetua." kata Yanna
Ame mengerling Yanna sambil menajamkan pendengarannya untuk mendengar topik yang kelihatan agak menarik perhatian nya sekarang ini.
"Ouh pasal pertukaran pelajar ke?Aku tak sure pulak sebab kawan aku tak ada cakap pasal tu." balas Syah
Ame masih lagi untuk memilih tidak mengeluarkan suara.Lagipun, tidak menarik sangat perhatian nya apabila topik itu boleh dikatakan menjadi perbualan hangat pelajar.
"Tapi kan, tahun ni dekat mana pulak diorang nak buat eh?" tanya Keysha
Syah dan Yanna memandang wajah Ame dengan penuh berharap untuk bersuara walaupun sedikit.Ame mengeleng kepalanya sahaja sebelum mendengar lagu melalui MP3 yang sentiasa berada dibahagian lehernya.
"Cuba cakap sikit, kak oi.Kau ingat suara kau tu sedap sangat ke?" perli Syah
"Aku mana tahu suara aku sedap atau tak?Tapi aku malas nak cakap sebab benda bukan peting atau kaitan dengan aku pun." terang Ame
"Eleh macam lah suara kau sedap sangat." rungut Yanna
"Aku tak ada pun kata suara aku sedap pun.Kalau tak ada benda yang boleh bawa sembang, lebih baik aku diamkan sahaja.Bukan aku suka nak cakap banyak macam mulut kambing mengembek." kata Ame dengan selamba
Yanna tercenggang apabila Ame mengata kepadanya secara tidak terang.Keysha terus menenangkan Ame daripada mengeruhkan suasana kerana pasti perang dunia ketiga bakal tercetus diantara dua makhluk itu.
"Sudah lah tu.Lebih baik kita turun cepat." pujuk Syah
Ame hanya mengeluh sebelum mengangguk kepala nya manakala Yanna akur sahaja sebelum mereka berempat bergerak ke arah tangga.Belum sempat kaki ingin mencecah pada anak tangga, mereka berempat terjatuh secara terduduk.
BUK!
"Argh." desis Ame
"Aduh... sakit pinggang aku." kata Syah
"Korang okey tak?" tanya Keysha
Ame mengangguk sambil mengusap pinggulnya yang terasa sengal apabila terjatuh secara tiba-tiba.Syah dan Yanna cuba untuk berdiri namun terjatuh semula apabila cuba berdiri semula manakala Keysha memaut pada pemegang tangga.
"Kau bangun dari kau boleh tak?" marah Syah
Yanna membuat mimik muka buruk sambil mengajuk kata-kata Syah dengan sengaja.Bukan dia suka pun untuk duduk atas sesiapa tetapi disebabkan lantai tangga tiba-tiba sahaja licin semacam membuat mereka semua terjatuh.
"Macam mana lantai ni licing sangat eh?" tanya Yanna
Ame terus menyentuh lantai menggunakan tangan nya dan mendapati lantai tersebut mempunyai teksur berbeza daripada kebiasaan.Dengan perasaaan was-was, dia menghidu bau yang terdapat pada tangan nya sebelum mengerut kening.
'Minyak dengan air?' desis Ame
"Something weird, sis?" Tanya Keysha
Ame cuba untuk bangun walaupun terjatuh beberapa kali namun akhirnya dapat juga.Terus sahaja dia menarik Keysha,Syah dan Yanna jauh daripada kawasan tersebut.
"Apahal kau ni?" tanya Syah pula
"Aku rasa kawasan kita lalu tadi, ada yang pasang perangkap." kata Ame
Keysha,Syah dan Yanna mengerut kening mereka sehingga terbentuk seperti bukit-bakau apabila mendengar daripada Ame.Ame tahu kebanyakkan mereka berasa mustahil tetapi itu adalah kebenaran yang sebenar.
"Pardon?" Tanya Yanna
"Aku tahu korang pelik macam mana ada benda licin tu boleh wujud atas lantai tadi, kan?Dan kalau kita tengok dari sudut luar kotak, datang dari mana benda tu sedangkan siling atas tak pernah bocor sepanjang kita tinggal." terang Ame
Keysha dan Yanna memandang sesama sendiri sebelum mereka berdua mengeleng kepala tanda tidak mengerti langsung pada penerangan Ame.Ame hanya mampu menyabarkan dirinya kerana faham sangat sekarang adalah waktu pagi,maka kebanyakkan daripada mereka blur lagi.
'Sabar duhai hati.Aku tahu kau nak merenjat mangsa tapi bukan masa yang sesuai pun.' gumam Ame dalam hati
"Jap, baru aku faham sekarang." kata Syah
Ame mengangguk kepala sambil memaling wajah nya sedikit apabila melihat Syah mengerti maksud disebalik penerangannya.Bukan mudah untuk melihat seekor monyet jadian untuk memberi kerjasama dengan nya kalau ikutkan sebenarnya.
Yanna memandang wajah Syah dengan mata kambing nya walaupun sebenarnya dia langsung tidak mahu tahu asalkan dapat lari daripada ahli keluarga nya yang boleh dikatakan banyak mengupas pelbagai jenis bawang dalam dunia.
'Siapa suruh cakap direct sangat?Pandai buat, pandailah hadap.' kata Ame dalam hati
Syah membuat muka disebalik niqab nya sebelum meraih pertolongan daripada Ame namun langsung tidak diendahkan oleh si mama pikachu.Nampak sangat mama pikachu itu langsung tidak mahu bersuara kerana mood nya sudah berubah menjadi pendiam semula.
"Maksud Me, ada hantu tak berbayar buat perangkap secara senyap-senyap?Macam tu ke?" teka Keysha
Ame mengoyangkan tangan nya sedikit untuk merujuk sebagai diantara jawapan betul dan juga salah.Lagipun, dia tidak boleh menuduh sesiapa juga dalam hal ini kerana takut jatuh kepada fitnah malah tiada bukti yang kukuh untuk mencari suspek utama.
"Jadi, kalau tangga tu dah tunjuk ada perangkap?Nak guna lif ke?" tanya Yanna
"Lebih baik kita jangan ambil." kata Syah
Keysha mengerut kening apabila mendengar jawapan daripada mulut Syah sendiri.Kalau tangga dan lif ada perangkap, bagaimana mereka berempat ingin turun ke tingkat bawah untuk melaksanakan urusan mereka semua?
Ame melihat sekeliling mereka sebelum matanya berhenti pada arah tingkap.Kalau ikutkan itu sahaja jalan terakhir, namun ia tetap menjadi satu masalah lagi pada mereka. Dengan pemakaian Keysha dan Syah, sudah pasti tidak mahu mencari baju ganti.
"For once, I agree with her." sokong Ame
"Habis tu?Nak guna yang mana?" tanya Keysha, keliru
"Kita boleh guna tangga ni tapi bukan anak tangga." jawab Ame
Pada mulanya, hanya Keysha sahaja yang keliru untuk mencari jalan keluar tetapi sekarang ini Syah dan Yanna juga turut naik sekali tidak mengerti jawapan Ame.
'Apa yang adik/kakak cakap ni?' gumam Keysha dan Syah
"Mende kau cakap ni?Boleh tak cakap biar lurus kehadapan." kata Yanan dengan bengang
Ame memandang makhluk yang sentiasa mencari maut dengan nya setiap saat sebelum mengeluh kasar.Daripada gerak-gerinya sendiri, sudah dapat tahu bahawa dia malas untuk mengulas lebih panjang dengan menunjuk jalan keluar.
'Chill,Ame.Kambing depan kau sentiasa mengembek daripada segala jenis haiwan yang kau pernah jumpa sepanjang kau hidup.Anggap kambing tu adalah kuman yang tak pernah wujud depan mata sahaja.' bisik akal Ame
Tanpa membalas kata-kata Yanna, Ame terus menarik tangan Keysha supaya mengikut langkah nya walaupun hampir-hampir sahaja terjatuh disebabkan campuran cecair itu sendiri.Yanna ternganga apabila Ame memang sengaja memalaukan kata-katanya sebentar tadi.
Syah yang terlampau masak sangat akan sifat kuat mendajjal Yanna itu, hanya menarik tangan dengan penuh selamba sambil mengikut langkah Ame dan Keysha.Dia sendiri tidak bagaimana nyawa Yanna masih lagi selamat walaupun sentiasa menjadi mainan Ame.
"Me nak buat apa ni?" tanya Keysha
Ame sudah tersenyum penuh misteri apabila mendengar soalan curiga daripada Keysha kerana dia dapat mengagak kakak sulung itu pasti akan menanyakan padanya.Sempat melihat Syah dan Yanna juga mengikut langkahnya kearah tangga.
Terus, Ame duduk atas pemegang tangga tanpa rasa gentar malah mampu beriak biasa dihadapan mereka bertiga.Keysha dan Syah mengerut kening mereka sebelum mengangguk memahami tingkah Ame sendiri.
Maka, mereka berdua juga turut untuk mengikut Ame tanpa rasa ragu langsung manakala Yanna hanya memerhati tingkah pelik kakak-kakak nya itu.Adik mana yang tidak pelik kalau tiba-tiba sahaja si kakak duduk atas pemegang dengan muka ceria seperti kanak-kanak rebina.
"Korang biar kebenaran!?" tanya Yanna dengan terkejut
"Benar sekali, wahai adik kambing paling kuat mengembek lagikan durjana daripada aku." jawab Syah penuh yakin
Yanna menarik muka empat nya sebelum cuba untuk menolak Syah dengan sengaja.Syah menjeling Yanna namun tidak boleh melakukan apa-apa kalau ingin ditolak dari tingkat mereka ke bawah oleh Ame sendiri.
Tanpa menunggu masa, kempat-empat gadis itu turun kebawah dengan wajah yang penuh girang.Apabila sampai pada tingkat bawah,mereka melompat dengan gaya tersendiri malah tidak mengalami pelanggaran antara satu sama lain.
"Happy tak?" Tanya Ame
Keysha dan Yanna tersenyum lebar manakala Syah mengangguk laju kerana mereka rindu untuk melakukan kenakalan semasa zaman silam dulu.Disebabkan hubungan mereka amat terhad untuk berhubung, maka sukar keempat-empat mereka meluangkan masa bersama.
Apabila mereka dapat melakukan perkara yang disukai oleh mereka, sudah pasti mereka semua memilih untuk mengisi masa mereka dengan melakukan sesuatu yang telah lama ingin dipermainkan.
Ame tersenyum kecil disebalik mask hitam nya sebelum tertendang sesuatu disebelah kakinya. Lalu, dia mengangkat sesuatu yang tidak sengaja tendang olehnya dengan penuh cermat sebelum mengerut kening.
"Kotak apa ni?" tanya Ame pada diri sendiri
"Guys." panggil Keysha
Syah dan Yanna memandang Keysha dengan muka blur manakala Ame mengecilkan pandangan pada kotak sederhana kecil yang berada dalam dakapan kakaknya.Melihat kotak yang berada ditangannya, sudah pasti mengundang pelbagai perasaan sekarang ini.
"Kak Key jumpa dekat mana kotak tu?" tanya Syah
"Tepi tangga." jawab Keysha
Yanna terus mengambil kotak yang berada pada Keysha apabila perasan ada huruf kesukaan nya dan Syah disitu.Syah juga turut mengikut langkah Yanna walaupun dalam hati sudah berdebar hebat.
"Apa kata kita buka bungkusan kotak ni dan tengok isi dalamnya, nak tak?" cadang Keysha
Syah mengangguk setuju akan cadangan Keysha manakala Ame mengangkat bahu tanda dia hanya mengikut sahaja cadangan kakak sulung.Yanna berasa sedikit curiga apabila melihat kotak ditangan nya sebelum menjerit.
"Kejap!"
Sempat sekali Yanna menjerit kerana cuba untuk menghalang kakak-kakaknya daripada membuka bungkusan misteri itu.Keysha dan Syah memandang pelik manakala Ame merenung anak mata Yanna.
"Kau dah kenapa, kambing?" tanya Ame
"Kita bukak serentak.Aku takut kalau kita dapat coklat lain ke apa?" kata Yanna
Keysha mengangguk kepala sambil memandang wajah Ame seperti tahap kesabarannya pada Yanna sudah hampir sampai.Syah hanya mengikut sahaja pandangan orang asalkan tidak mencari masalah dengan nya sudah elok.
"Satu!"
Mereka semua membuka kotak ditangan masing-masing walapun Ame menjadi blur apabila Yanna tiba-tiba sebut satu terus.Boleh nampak adiknya itu sendiri tidak sabar untuk melihat isi nya sekiranya dalam itu adalah coklat ataupun tidak.
"Mummy!" terjerit mereka semua
Siapa sangka dalam kotak adalah benda yang mereka mudah fobia bukannya coklat kesukaan sesiapa.Keysha mendapat tikus,Syah pula adalah lintah manakala Yanna ibu lipan yang panjang tetapi Ame paling teruk.
Siapa nak tahu apa yang Ame dapat, sila makan segala jenis kitkat Yanna dengan hati bahagia... Okey!Lebih baik korang sorok kitkat itu daripada pandangan kambing ataupun kambing jadian akan mengembek korang nanti.
Ame sebenarnya mendapat anak ular tedung yang masih lagi bernyawa sehingga terduduk gadis dingin itu dibuatnya.Terus sahaja Keysha merampas semua kotak daripada adik-adiknya sebelum membaling ke belakang rumah.
"Kau masih lagi hidup ke, kak?" tanya Yanna
PAP!
Yanna terduduk sambil mengusap kepalanya selepas dapat daripada Syah kerana menanyakan soalan paling cerdik pada Ame sendiri. Walaupun Ame masih lagi kaku seperti patung ais namun rohnya sudah berterbangan selepas melihat hadiah paling ditakuti nya.
"Kau pahal nak belasa aku, monyet!?" marah Yanna
"Siapa suruh tanya soalan paling pandai, kambing!?" balas Syah dengan geram
Maka, berlakunya pergaduhan diantara dua makhluk bernama Syah dan Yanna sendiri.Keysha yang baru sahaja masuk ke dalam rumah, hanya mampu mengeleng kepala sebelum mengetuk kanak-kanak kurang matang dengan sudip kesayangannya.
"Sakit, kak Key!" jerit Syah
"Tahu pun sakit.Sekarang ni nak bergaduh lagi ke!?" tanya Keysha dengan garang
Yanna mengeleng kepala sambil mengusap belakang badan nya yang baru sahaja dikerjakan oleh kakak sulung itu.Itu kira bagus kerana tidak dapat penangan daripada Ame juga, kalau tidak sudah lama dia menjadi korban dalam erti sebenar.
"Daripada korang bergaduh, lebih baik fikir siapa punya idea nak ke buat prank gila ni." kata Keysha sambil menyedarkan Ame
Melihat Ame masih lagi tidak memberi sebarang respon kepada sesiapa, Keysha hanya mengeluh apabila adiknya masih lagi trauma dengan haiwan seperti ular.Dia sebagai kakak, langsung tiada idea untuk membuat adiknya sedar pada dunia realiti sekarang ini.
"Aku rasa aku tahu siapa orang yang berani maut nak prank dengan kita semua." ujar Yanna
Syah mengangkat kening sebelum sambil menunggu jawapan daripada mulut Yanna manakala Keysha menenangkan Ame daripada trauma.Yanna hanya mampu memandang simpati kepada Ame kerana mengalami trauma yang teruk sepanjang mereka membesar.
"Siapa?" Tanya Keysha
Ame masih setia mendengar walaupun sebenarnya dia masih lagi belum melupakan tentang ular yang muncul dihadapan matanya.Yanna hanya memberi senyuman misteri pada Keysha sebelum menjadi kepada senyuman sadis.
END FLASHBACK
"It's both of our big bro." kata Yanna dengan senada
Daddy mengangguk faham sebelum mengurut sedikit pelipis apabila mengetahui abang long dan Afdzim merupakan orang dalang mengenakan si kembar seiras itu.Memang patut cara pandangan Ame seperti tidak seperti kebiasaan pada kedua-dua teruna itu.
"Look, girls. We're sorry for everything, okay?" kata Afdzim dengan lembut
"Please give us chance? No more emotional prank happen. Trust us." pujuk abang long
Keysha memandang Ame,Syah dan Yanna untuk memberi jawapan tepat sekarang ini.Ame masih lagi tidak mempedulikan pandangan Keysha mahupun pujukan sesiapa kerana benda yang dia trauma mahupun fobia, jangan pernah ambil mudah padanya kelak.
Syah mengangkat bahunya untuk jawapan tidak tahu manakala Yanna mengeluh sebelum mencuit lengan Ame.Tidak pernah Ame merajuk dengan abang long dan Afdzim sebenarnya namun itu yang sepatutnya dapat apabila sengaja mengenakan orang dengan fobia mereka.
"Don't look at me like that, okay!Key nak bagi peluang untuk diorang, dipersilakan.Me hanya ikut." ujar Ame dengan dingin
Selepas menyudahkan hidangan dalam pinggan, terus sahaja Ame membawa ke dapur sebelum mencuci tanpa mempedulikan pandangan semua orang termasuk Darwish.Keysha ,Syah dan Yanna hanya mengeleng kepala melihat angin monsun menjadi lebih teruk daripada kebiasaan.
'Tak pernah nak berubah betul perangai, Me.Nasib badan orang lah yang bakal dapat Me nanti.' getus Keysha
Keysha memberikan senyuman pada abang long dan Afdzim sebelum meninggalkan meja makan kerena perlu bergerak cepat untuk melakukan pengambaran.Abang long dan Afdzim menghela nafas lega apabila melihat senyuman manis Keysha semula.
"So... kamu berdua ni pakai baju cantik-cantik nak pergi mana?" tanya Uncle Dan
Syah cuba untuk menelan makanan dalam mulutnya manakala Yanna tersengih canggun selepas mendengar soalan dari Uncle Dan sendiri.Keysha dan Ame yang baru sahaja menyelasaikan tugas mereka mencuci pinggan, terus duduk ditempat asal.
"Syah nak keluar dengan classmate kitorang lepas tu teman kak Hawa beli barang sikit.Yanna pula... lebih tanya tuan punya badan sendiri." terang Ame dengan perlahan
Hanya dengan Uncle Dan dan keluarganya sahaja, Ame mampu bersuara walaupun perlahan kerana malas untuk menjadi perhatian sesiapa.Uncle Dan tersenyum sebelum mengusap kepala Ame dengan penuh kasih sayang seperti daddy.
'Ceh!Lebih baik tak payah cakap kalau malas sangat, mama pikachu oit!' rungut Yanna dalam hati
"Sebenarnya Yanna nak pergi track race.Nak tengok sama ada rekod lepas sama atau pecah rekod." kata Yanna
Terus, terdiam semua orang selepas mendengar bicara Yanna sebentar tadi.Ame memandang Yanna sebelum memberikan sebungkus kitkat untuk nya nanti.
"Sejak bila pulak cucu nenda suka benda berbahaya tu?Ni mesti budak sial tu yang hasut cucu nenda yang manja ni." tuduh nenda
Ame cuba untuk menahan diri daripada meletup sekarang walaupun hatinya terasa ingin meminum darah manusia.Darwish hanya menunduk sambil memejamkan matanya daripada mengamuk tanpa sebab kukuh.
'Kalau salah aku sekalipun, bukan aku yang buat keputusan pun.Menyusahkan angin aku betul.' gumam Ame dalam hati
"Tiada siapa yang hasut Yanna termasuk kakak.Dia sendiri pun tak ada hak nak larang apa yang Yanna suka buat sebab benda tu buat Yanna rasa gembira dan lebih dekat dengan kakak sendiri. Jadi, kalau nenda masih lagi kata kakak yang hasut Yanna, itu pengakuan dusta." terang Yanna dengan tegas
Selama ini Keysha,Syah dan Yanna terpaksa memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan Ame dipersalahkan sedangkan dia tidak tahu apa salahnya sendiri.Namun, kali ini dia sudah tidak tahan untuk melihat Ame terbeban dengan kesalahannya lagi.
"Jap, kau budak motor racer ke?" tanya Iqram
"Kalau ye pun, ada hutang dengan kau ke?" tanya Yanna balik
Iqram membuat muka buruk sebelum menyambung makan apabila mendapat soalan menyakitkan hati sahaja.Amat pelik kerana Yanna merupakan perempuan pertama yang sentiasa berdebat tanpa sebab kukuh.
"Ame dah makan ubat atau skip lagi?" tanya uncle Dan
Ame yang elok mendengar lagu sambil menyandar badan pada kerusi, terus duduk tegak sambil memandang muka Keysha untuk tidak membocorkan rahsia.Syah dan Yanna cuba untuk menahan tawa daripada meletus apabila melihat Ame sudah cuak tiada darah sahaja.
'Nasib kau lah tanggung bebelan dari uncle, mama pikachu.' desis Yanna dengan jahat
"Skip lagi, kan?" tebak Aunty Adilia
Ame mengusap leher nya sambil menunduk wajah daripada melihat muka geram uncle Dan. Sudah pasti uncle nya akan berleter mengalahkan Keysha namun tidak seteruk sangat daripada mendengar bunyi kambing mengembek pada telinganya.
"Uncle dah naik pening tahu tak macam mana nak buat Ame makan ubat?Boleh tak kalau sehari, dengar cakap doktor kesayangan awak ni makan ubat atau nak kena duduk sekali dengan mayat-mayat nanti ke?Macam mana lah kau boleh bertahan long dengan perangai arwah dulu?Aku jadi sampai nak sumbat anak kau duduk dengan mayat je setiap kali skip makan ubat yang aku bagi.Kenapa lah perangai degil tu boleh turun dekat kamu, Ame?" bebel uncle Dan dengan geram sekali
'Help me~'
Ame memandang Keysha,Syah dan Yanna namun ketiga-tiga langsung tidak mahu menolong nya malah sempat lagi tersenyum jahat padanya.Menyesal juga kekadang kerana mempunyai kembar yang pelik dan sentiasa mencabar angin nya sahaja.
Daddy hanya mampu tersenyum lucu apabila melihat telahat Ame sentiasa membuat dia sendrii teringat tentang arwah isterinya yang sentiasa degil tidak mahu makan ubat dan menang apabila berlawan mulut dengan adiknya sendiri.
'Tengok semula memang betul Ame seperti sayang.Benci betul dengan ubat sampai kena ugut teruk, baru makan tapi buang senyap-senyap.' bisik hati daddy
"Ame makan ubat ye?Nak cepat sembuh dari sakit tak?Kalau nak, makan ye.Daddy pula rasa menyampah nak dengar uncle awak dari tadi jadi ayam betina baru lepas bertelur je sekarang ni." pujuk daddy sambil memerli uncle Dan
Keysha tersenyum lucu manakala Syah dan Yanna tergelak kecil apabila mendengar pujukan daddy terselit perlian pada uncle Dan sendiri.Ame tersenyum kecil disebalik mask hitam nya sebelum mengangguk kepala.
Uncle Dan sudah merenung daddy seperti ingin menelan sahaja namun daddy hanya tenang sambil menikmati kopi panas.Darwish,Naufal,Rayyan dan Iqram hanya memandang atmosfera yang teramat berbeza daripada biasa.
"Aku sorang je atau memang diorang memang macam ni?" tanya Iqram
"No comment."jawab Naufal
Rayyan mengangkat bahu tanda tidak tahu apa pun sekarang ini dan Darwish mendiamkan diri sebelum mengangkat pinggang dan cawan yang kotor ke dapur untuk membersihkan.Lagipun, dia hanya menumpang rumah orang, maka tidak baik membiarkan tuan rumah yang cucikan.
"Eh, Izz tak payah cuci pinggang tu.Biarkan sahaja budak sial tu yang cuci." cadang pak Ngah
Nenda dan atukenda juga setuju akan cadangan pak Ngah namun Darwish bukan lelaki yang sentiasa mendengar cadangan seseorang.Maka, dia hanya tidak mengendah langsung cadangan pak Ngah malah tidak mahu menyusahkan Ame dalam setiap perkara muda.
"Lavander and sakura flower, huh?Dua bau bunga yang unik tapi jadi satu tarikan hebat pada pemakai." kata Darwish dengan perlahan
Ame yang elok sahaja baru habis menelan ubat-ubat pahit, terkaku seperti arca patung apabila merasakan seseorang berada dibelakang nya.Dan dia amat mengetahui bau badan yang mampu menggoda setiap wanita kecuali dirinya sendiri.
'Kenapa kau boleh ada dekat belakang aku wahai kerek tua?Menyesal pula aku duduk lama dekat dapur sekarang ni.' gumam Ame dalam hati
Hendak menyesal tiada guna lagi kalau diri nya terperangkap sekarang ini namun hanya membiarkan sahaja.Melihat Darwish betul-betul tekun membersihkan pinggang dan cawan sendiri, terpaksa mengalah untuk kali ini.
Selesai sahaja Darwish membersihkan pinggang dan cawan nya, jarak diantara mereka berdua sedikit jauh untuk mengelakkan fitnah.Belum sempat dia ingin meninggalkan dapur, Ame menarik lengan Darwish yang berlapik secara refleks.
"Chottomatte! (Tunggu!)" panggil Ame
Darwish terkedu apabila tangan Ame menarik lengan nya secara tiba-tiba sehingga langkahnya terhenti.Ame yang sedar akan keadaan itu, terus melepaskan pegangan nya namun tangan ditarik oleh Darwish sendiri sehingga badan nya dirangkul oleh lelaki itu.
'Kenapa dengan jantung aku?Tak mungkin, Me.Mana pergi moto kau untuk benci pada lelaki!?Jangan pernah terjatuh pada tangan diorang, Me.' monolog akal Ame
Darwish cuba untuk menahan diri daripada terus terhanyut akan Ame sendiri.Dia juga perlu sentiasa tidak mudah bertembung akan mata cantik gadis itu.Malah dia sendiri tidak tahu kenapa jantung nya berdegup lebih laju apabila dengan Ame bukan dengan gadis lain.
'Cuba kau bawa bertenang wahai jantung, oit!Jangan sampai ada yang kena tukar tempat juga karang.' rungut Darwish dalam hati
"Kenapa?" Tanya Darwish
Ame tidak menjawab pertanyaan Darwish malah menarik wajah lelaki itu lebih rapat sehingga sama ketinggian dengannya.Tanpa amaran, Ame meletakkan tapak tangan nya pada dahi Darwish dengan dirinya.
Tanpa mereka menyedari, Sandra berdiri tidak jauh dari mereka berdua melihat tingkah spontan Ame.Dia memandang Ame dengan dengan penuh benci malah merasakan perempuan itu lebih jijik.
'Dasar perempuan murah.Apa kata aku kenakan kau untuk sehari ni?Baru adil, betul tak?' monolog Sandra dengan penuh dendam
Lantas, dia mengeluarkan telefoh pintar nya untuk menangkap gambar Ame dan Darwish sambil tersenyum sinis.Melihat Ame terseksa adalah kebahagian nya dan merampas milik Ame mampu memuaskan hatinya.
'Nice.Sekarang masa untuk melihat kau merana bakal muncul, budak sial.' desis Sandra
Sementara itu, Ame menolak Darwish dengan selamba sebelum meninggalkan lelaki itu berseorangan.Itu bernasib baik suhu badan Darwish menurun juga daripada semalam, kalau tidak sudah pasti tidak keruan hendak menjaga bayi besar itu.
'Perempuan misteri.Masih banyak rahsia yang aku kena tahu dari mulut minah senget atau cari sendiri.'gumam Darwish
Manakala, Ame mengerut kening apabila merasakan suasana ruang makan kelihatan dingin sahaja tanpa suara daripada sesiapa.Namun, melihat senyuman sinis pada wajah Sandra dan ahli keluarga lain, sudah pasti mereka cuba untuk mengeruhkan sesuatu.
"Daddy, Ame kena gerak dulu." kata Ame dengan sopan
Terus tangan daddy disalam sebelum mengeyit sedikit mata nya sehingga mengundang ketawa kecil dari daddy sendiri.Tahu sangat anak gadis nya yang seorang itu sentiasa menghilang dengan kerja nya sehingga larut malam.
"Tunggu."
Ame berdiri tegak tanpa berpaling pada sesiapa langsung apabila suara nenda menyuruhnya. Walaupun dia amat benci dengan nenda sekeluarga namun akur pada takdir bahawa nenda adalah nenek kandung nya sendiri.
"Kau buat apa dengan bakal cucu menantu aku tadi?" tanya nenda
Ame terus menunduk kepala sebelum mengeluh lemah kerana soalan yang paling bosan sudah muncul.Melihat Darwish juga berada disitu, bukan menolong nya menjawab soalan tetapi sempat menyumbat telinga dengan earphone.
'Nak jawab atau tak payah?Masalah betul sekarang ni.Kan bagus kalau bukan aku yang kena soal jawab dengan nenek kebayang ni.' rungut Ame dalam hati
Maka, Ame memilih untuk membiarkan soalan tersebut dibawa sahaja oleh angin sendiri. Lagipun, lebih baik dicop sebagai budak bisu daripada kuat melawan cakap orang.
"Dia cuba nak goda Izz tadi, nenda." adu Sandra
Keysha,Syah,Yanna,Naufal,Rayyan dan Iqram tersedak sehingga terbongkok manakala Darwish ternganga.Dia terus sahaja memandang Sandra dengan penuh jijik malah tangan nya terasa gatal untuk membunuh tanpa belas kasihan sekarang ini.
'Sejak bila pula Ame suka mamat tu?Bukan dia kata lelaki semua bermasalah kalau dekat.' bisik akal Keysha
'Bukan Izz kata dia hanya cintakan budak cengeng tu ke?' getus Naufal
'Pelik betul kakak aku ni.' desis Syah
'Sejak bila pula papa pikachu dah start suka dengan minah ice?Takkan lah dia berpaling untuk lepaskan budak tu dengan minah ice ni kot?' monolog Rayyan
'Haritu bukan main kata meluat dengan mamat kerek, takkan lah hati berubah menjadi cinta?Kalau betul, cepat lah aku boleh claim anak buah banyak-banyak nanti.' gumam Yanna
'Aik?Setahu aku, budak perempuan cengeng tu kawan perempuan papa pikachu dan first love githu.Dah kenapa pula kakak minah kurang zat besi goda?' detik hati Iqram
Ame memutar bebola mata sebelum memasukkan tangan kanan ke dalam poket seluar manakala tangan kiri elok sahaja dibiarkan.Melihat posisi Ame seolah-olah seorang perempuan berkaliber sahaja sehingga membuat Keysha,Syah dan Yanna tersenyum bangga.
"Sejak bila aku bagi kau panggil aku dengan nama tu?" tanya Darwish dengan dingin
Sandra yang memandang Darwish dengan penuh mengoda, terus menunduk malu apabila kali pertama Darwish bercakap pada nya.Kalau tidak, hanya dia sahaja bersuara dan Darwish menjadi dingin pada mana-mana perempuan kecuali Ame.
"Kita kan bakal jadi keluarga, mesti lah kena guna panggilan keluarga sahaja." jawab Sandra dengan malu
Namun, itu bukan jawapan yang betul untuk soalan asal sebenarnya dan bakal membuat angin Darwish menjadi lebih teruk sahaja.Naufal yang masak akan sifat Darwish, terus menenangkan sebelum tercetus masalah nanti kelak.
'Nasib baik ada Raz yang tolong aku.Kalau tak, memang aku bunuh juga minah sundal sekarang ni.' getus
"Betul juga apa Andra cakap tu.Kan Izz akan jadi suami Andra?" kata atukanda
Ame mengepal tangan kiri nya dengan erat sekali sehingga berdarah pada tapak tangan.Yanna dan Iqram perasan akan perbuatan Ame, mereka hanya mampu mendiamkan diri.Hendak membantu, sudah pasti angin si mama pikachu menjadi lebih teruk.
Kalau ingin membunuh dia, kenapa tidak dilakukan sehari selepas arwah mummy pergi?Sudah pasti, tiada siapa disakiti lagi jikalau Ame memilih untuk mati sahaja.Malah, mereka dapat hidup aman tanpa menyakiti orang.
Tetapi, kenapa semua orang masih lagi pilih untuk menyeksa dirinya tidak kira dalam bentuk fizikal,mental mahupun emosi?Dia cukup penat untuk hadap segalanya tanpa sebarang cahaya pada dirinya.
"Saya tak nak jadi budak kurang ajar tapi kalau cara layanan pakcik,mak cik dan semua boleh tahan menyakitkan hati orang, tiada guna saya nak terima mana-mana perempuan termasuk perempuan sundal ni.Tapi sebab cara layanan uncle Rashid dengan uncle Dan pada sebagai seorang anak, saya tidak pernah cuba untuk menyakiti hati Syafikah walaupun kami sentiasa bergaduh sehingga ada bekas lagi.Dan, saya tak pernah benarkan sesiapa memanggil nama tu kecuali keluarga saya,sepupu rapat saya,keluarga uncle Dan,uncle Rashid,Afdzal dan Afdzim. Saya langsung tak pernah suka pada mana-mana perempuan sebab mereka hanya inginkan harta dan pangkat keluarga saya sahaja tetapi Syafikah langsug tak pandang malah lebih selesa untuk menjadi perempuan kampung dimata manusia.Itu sebab Syafikah adalah perempuan kedua yang tidak mengendah akan harta dunia tetapi mengejar harta akhirat walaupun perangai nya memang sentiasa menguji kesabaran saya sendiri." terang Darwish dengan penuh panjang
Terus diam semua orang apabila mendengar jawapan daripada Darwish malah mampu mengenakan sesiapa yang mencari masalah dengan nya nanti.Rayyan dan Iqram sudah tersenyum jahat apabila melihat air muka sepupu perempuan Ame berubah teruk.
"Ayat yang menusuk ke kalbu kitkat siak." komen Yanna
Keysha dan Syah mengangguk kepala mereka sebelum mengerling Ame sama ada masih bernyawa ataupun tidak.Abang long dan Afdzim hanya beriak biasa sambil menikmati minuman panas mereka.
"Ketot." panggil Iqram
"Kau nak mati katak ke, tiang?" tanya Yanna dengan garang
Iqram menarik muka buruk apabila melihat cara Yanna langsung tidak menakutkan malah hanya gimik semata-mata sahaja.
"Tunggu aku dekat track race dengan kau, boleh tak?" pinta Iqram
Yanna mengangkat bahu sebelum meninggalkan kawasan ruang tamu yang berubah angin. Daripada dia duduk lama, lebih baik periksa keadaan motornya sama ada boleh beraksi di litar lumba atau tidak.
Ame terkaku apabila Darwish tidak memandang pelik kepada nya namun beberapa ayat terakhir memang betul-betul membuat dia ingin menunjukkan siapa perempuan baik dan jahat sekarang ini.
'Memang aku hargai dengan mamat kerek tu tapi boleh tak jangan nak ungkit pasal perangai aku?' rungut Ame dengan geram
Ame terus memijak kaki Darwish dengan selamba sebelum melangkah pergi dari ruang makan. Terlompat sudah Darwish apabila merasa penangan kena pijak oleh Ame sendiri.Itu bernasib baik hanya kaki menjadi mangsa bukan tempat lain.
"Arigatou (Thanks)" kata Ame
Darwish terpana namun cukup untuk menenangkan hati nya sahaja, itu sudah kira bagus.Hanya cukup untuk Darwish dan Ame sahaja yang mendengar kerana kedudukan jarak mereka.Abang long dan Afdzim terpinga-pinga apabila melihat tindak balas adik mereka secara tiba-tiba.
"Dah kenapa dengan mon amour tu?" tanya abang long
Afdzim mengeleng kepala tanda tidak tahu malah dia sendiri pelik melihat tingkah adik nya yang satu itu.Memang nasib nya sebagai abang sentiasa malang apabila mendapat adiknya lebih garang daripada haiwan buas.
Keysha dan Syah hanya memandang sesama sendiri sebelum mengangkat punggung mereka juga.Memang tidak betah untuk melambatkan masa kerana banyak lagi masa untuk mereka bersama kelak.
"Kami pergi dulu, daddy. Petang baru balik." kata Keysha
Daddy mengangguk kepala sambil melambai kepada anak gadis nya sebelum memandang anak-anak teruna,ahli keluarga serta bakal-bakal menantu nya.Nampak sahaja riak wajah sangat tenang tetapi dalam hati hanya mampu berdoa untuk puteri-puteri kecil nya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro