Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 80

Suasana yang baharu sahaja dingin berubah angin kepada pelik dan mengarut.Tidak kira Darwish,Rayyan,Naufal mahupun Iqram, keempat-empat mereka mengerut dahi sambil memandang Yanna yang elok sahaja menyanyi.

"Minah ni dah kenapa?Wayar otak tersalah tempat ke?" tanya Rayyan dengan nada berbisik

"Tak betul lah kut?" jawab Naufal kurang yakin

Darwish tidak menjawab malah hanya memandang Yanna yang masih lagi menyanyi lagu Didi And Friends tapi versi mengembek orang sahaja bila mendengar semula.Sempat dia mengerling ke arah Ame yang masih lagi berada dibawah selimut tebal itu.

'Minah senget tu dah mati ke apa dalam tu?Karang aku tengok, jadi panda versi manusia pulak.' getus Darwish

"Kau ada fikir nak buat hasrat untuk jadikan bini kau tak kalau jumpa speasis macam budak kurang klasium kesayang kau tu?" tanya Rayyan dengan jahil

"Jawapan aku, mati hidup sejuta kali pun jangan pernah aku nak berangan kawin dengan minah kurang klasium tu.Tak pasal-pasal, anak aku nanti jadi sewel macam mak dia yang entah apa-apa je buat.Memang cacat terus akhlak anak-anak aku kalau dapat emak macam minah tu nanti kelak." rungut Iqram dengan geram

Ame yang mendengar perbualan jejaka-jejaka terlebih pasaran mengupas tentang Yanna, terus menumbuk kuat pada perut Darwish.Hanya tempat itu sahaja yang boleh ditumbuk kalau dilihat semula.

Darwish mengerut keningnya menahan sakit apabila dia berasa ada sesuatu atau seseorang menumbuk perutnya.Untung sahaja dia tahu siapa tuan punya badan yang menumbuk dirinya, kalau tidak sudah pasti nyawa orang tersebut melayang dengan nya sendiri.

"Kau pergi bunuh dia." arah Rayyan

Darwish dan Naufal mengerut kening mereka apabila tiba-tiba sahaja Rayyan memberikan arahan yang pasti mengundang amukan si mama.Siapa lagi kalau bukan Ame kerana pantang ada lelaki cuba mencederakan adik beradiknya, pasti nyawa mereka menjadi mainan Ame.

"Apahal aku, setan!?" maki Iqram

Berangin lah jawab nya  kalau dapat arahan memang sudah sedia maklum siapa yang perlu Iqram selesaikan.Namun, yang pasti bukan Iqram menyelesaikan Yanna tetapi seseorang akan berkenalan sambil membuat temu bual.

"Sebab minah tu tak boleh nak target siapa kau lah.Itu pun nak kena cerita ka?" marah Rayyan 

Iqram mendengus kasar sebelum memandang wajah Darwish dan Naufal selisih ganti.Dia berharap sangat yang kedua-dua lelaki itu tidak menyuruhnya untuk meneruskan rrancangan tidak masuk dek akal ini.

Namun, Naufal hanya mengeleng kepala sambil mengangkat bahu kerana keputusan tersebut Darwish sahaja boleh bagi.Lagipun, pangkat nya rendah sedikit daripada Darwish namun masih lagi mampu memberi keputusan sekiranya si ketua tidak mampu memberi jawapan tetap.

"Bro." 

Darwish menghela nafas sebelum memandang Iqram dan Rayyan dengan tajam sekali sehingga mampu menembus disebalik dinding bilik tersebut.

"Aku cuma bagi satu ayat. Jangan pernah cuba untuk libatkan aku sahaja." jawab Darwish

Naufal,Rayyan dan Iqram mengerut kening mereka apabila mendengar jawapan padat daripada sang ketua.Memang tidak hairan kalau mendapat jawapan padat dan ringkas, namun terselit maksud yang lain selain daripada ayat itu.

"Pardon?" Tanya Iqram

"You know what I mean, Syaq." balas Darwish

Iqram meneguk air liur yang tersekat pada esofagus sebelum memandang wajah Yanna yang masih tidak sedar pandangan asing.Naufal dan Rayyan langsung tidak mengeluarkan sebarang suara malah membiarkan Iqram sendiri mendapat jawapan yang betul untuk kali ini.

'Kalau aku pilih untuk bunuh minah kurang klasium, pasti bini papa pikachu bunuh aku.Tapi kalau tak buat, aku kena denda pulak.' monolog Iqram sambil menunduk

Dia sendiri buntu untuk memilih jawapan daripada hatinya ataupun akal.Kedua-dua memberi jawapan yang berbeza malah keputusan Darwish sendiri membuat dirinya tersekat ditengah-tengah jalan sekarang ini.

"Habis kalau aku pilih jawapan yang bertentangan dengan keputusan kau, apa akan jadi?" tanya Iqram

Rayyan mula berasa serba salah pula apabila melihat pandangan dingin Darwish pada Iqram kelihatan.Sejujurnya, jarang untuk melihat Darwish dingin dengan Iqram kerana pasti lelaki tersebut akan sentiasa berada sisi Darwish untuk mendengar luahan kawan baik.

"Lantak kau je lah.Memang semua takkan pernah tolong pun, cuma kau cepat-cepat buat solat taubat je lah.Takut kalau tak sempat nak rasa ada bini nanti pulak." kata Darwish dengan penuh sadis

Hanya mereka berempat sahaja boleh mendengar sedangkan mereka semua terlupa bahawa Ame masih lagi berada diatas katil.Namun, Ame hanya mendengar sambil menahan sakit pada dadanya.

'Diorang ni aku nak je suruh kambing tu headshoot je.Tapi, kalau suruh semua terlibat juga?Masalah betul bila ada lelaki yang berjaya mencuri hati batu pelindung aku.Yang si kambing tu satu, nak aku nyanyi lagu untuk bunuh dia ke apa?Sumpah, kalau tak fikir dia tu kembar rasa nya memang tak hidup agaknya minah kambing tu.Apa yang partner in crime dia gelar?Hah!Si kenit atau kuman.' bebel Ame dalam hati

Terus, sahaja Ame menolak selimut tebal dengan kasar sambil merenung setiap anak mata tanpa perasaan langsung.Malah, Yanna yang seronok menyanyi lagu sebab ingin mengutuk Ame, terus tersenyum kambing pada nya.

"Hoo...Nak bunuh siapa?Nak bunuh....Nak bunuh.Nak bunuh siapa dulu?Nak bunuh....Nak bunuh.Nak bunuh Kambing neraka!Jumpa, Kambing!Jumpa, Kambing!Yeah~Jom kita bunuh Kambing!" nyanyi Ame sambil merenggangkan jari nya

Yanna tersengih sambil mengangkat kedua-dua tangan nya keatas apabila melihat Ame seperti ingin bermain permainan nya sekarang ini.Ame terus bergerak namun tubuh nya ditarik dari belakang malah dia sendiri dapat merasakan sentuhan hangat tersebut.

"Kau pahal setan!?" amuk Ame

Perempuan mana yang tidak mengamuk kalau pinggangnya nya sengaja dipegang sedangkan mereka berdua langsung tiada hubungan mahram.Darwish masih lagi tidak memberi sebarang reaksi malah menarik Ame untuk duduk semula daripada mengerjakan Yanna.

"Kau dengar kesemua nya ke?" tanya Rayyan

Ame tidak menjawab malah menjeling Darwish,Rayyan,Iqram dan Naufal dengan penuh benci. Sesunggunya mereka berempat masih lagi belum kenal siapa keluarga nya lagi. Memang benar tanggapan nya dulu, lelaki hanya ingin badan nya bukan nya menyanyangi pun.

"Jawab soalan kitorang,Ameerah!" arah Darwish dengan kuat

Naufal,Iqram mahupun Rayyan tidak mampu mengawal kemarahan si ketua kalau seseorang itu tidak mengikut arahan tanpa sebab.Yanna menelan air liur nya dengan kasar apabila melihat penumbuk kecil namun berbisa Ame dikepal sehingga ternampak urat biru.

"Kalau aku langsung tak nak jawab soalan terlampau cerdik kau tu, apa kau nak buat, hah!?" balas Ame dengan kuat

Melihat kedua-dua sedang bertengang urat, sudah pasti suasana langsung tidak menyenangkan walaupun angin dari luar sekalipun.Iqram terus bergerak kehadapan Yanna kerana pasti aura yang berada disekeliling Ame dan Darwish pasti mengundang kesakitan kepada sesiapapun.

'Minah/Mamat ni memang cari maut dengan aku ke apa?' desis Ame dan Darwish serentak

'Aku rasa memang teruk dua-dua kena gayung dengan abang long nanti.' getus Yanna

'Masak lah kalau atok tahu diorang bergaduh.' gumam Naufal

'Kalau diorang gaduh, aku nak je record bagi dekat atok lagi bagus.' bisik Iqram sambil tersengih

'Kalau nenda tu, tak takut sangat tapi yang takut atok pulak tahu pasal hal ni.Menyusahkan betul.' rungut Rayyan dalam hati

Ame tersenyum sinis pada Darwish sebelum membalas padangan tajam tanpa mempedulikan kedudukan yang mampu menimbulkan fitnah.Lagipun, dihadapan nya bukan menjadi masalah nya malah dia sendiri tidak rela untuk berlawan dengan lelaki takut bisanya terasa sangat cepat.

"Daripada aku cemarkan telinga aku untuk dengar andaian syaiton, lebih baik aku lunyaikan adik aku sendiri ada bagus juga!" balas Ame dengan kuat

Memang tidak untuk Ame menahan sabar seperti keysha dan Syah yang sentiasa bersabar walaupun dijerit sekalipun. Dia adalah perempuan yang mudah berubah angin, pasti tiada siapa boleh terlepas daripada genggaman nya tidak kira lelaki mahupun perempuan.

"Macam lah kau tu alim sangat?Entah-entah kau tu lebih kurang sama je dengan minah jalang sana tu." perli Darwish 

"Kalau aku sama sekalipun, kau dengan anjing-anjing kau sendiri akan rasa pembalasan daripada Allah sebab menfitnah perempuan yang suci dan beriman.Dalam hadis pun pernah diceritakan, menfitnah wanita suci dan beriman adalah salah satu dosa besar yang perlu kamu hindari." balas Ame selamba

Yanna terkedu apabila melihat kakaknya sudah memberikan kata-kata meyentap jiwa orang namun mampu menyakitkan sangat.Namun, baginya itu adalah biasa kalau melihat kakaknya mengajar seseorang secara fizikal berbanding lisan.

Darwish,Naufal,Rayyan dan Iqram tercenggang apabila diperkatakan seperti itu daripada mulut kecil Ame sendiri tanpa sedar.Belum sempat Darwish ingin membalas semula, ketukan pintu mematikan pergaduhan kecil yang tercetus.

TOK!!TOK!!TOK!!

Terus, mereka berenam berpaling namun hanya seketikan sebelum Ame dan Yanna mengangkat tinggi tangan ke udara.Siapa lagi yang mampu membuat mereka berdua mengangkat tangan dengan mudah kalau bukan Keysha sendiri.

'Matilah korang dua.' gumam Syah

Bukan dia tidak perasan riak wajah Keysha tengah menahan mara manakala Yanna sudah cuak sehingga pucat seperti mayat hidup.Namun melihat wajah Ame yang sedang cuba melawan pandangan Keysha, membuat hati nya terdetik pelik.

'Kenapa Me macam sorokkan sesuatu dari Key?' getus Keysha

Bukan Keysha tidak memahami tindak-tanduk Ame yang cuba untuk tidak memandang dirinya. Dia sebagai seorang kakak sudah pasti dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada si adik walaupun Ame menafikan dengan cara nya sendiri.

"Jangan risau, Key tak marahkan korang kali ni.Baby dengan Me buat apa dalam bilik ni?Bukan korang taknak jumpa langsung dengan diorang?" pujuk Keysha sambil melangkah kearah Yanna

"We just running from you because..." kata Yanna

"Hm?" Tanya Keysha

Keysha menanti jawapan daripada adik-adiknya kerana setiap perbuatan mereka berempat pasti ada sebab munasabah.Dan mendengar dia mahu mendengar suara Ame yang sememangnya tidak mungkin bersuara walaupun disoal banyak mana kali.

"Kitorang tak nak kak Key mengamuk lagi pasal bilik bersepah tu." sambung Yanna dengan perlahan

Keysha mengangguk kepalanya tetapi mata masih lagi memandang sekujur tubuh Ame yang masih lagi memandang arah bertentangan.Sebagai seorang kakak dan kembar sulung, sudah pasti dia dapat merasakan adiknya yang kedua menyimpan rahsia.

"Me." seru Keysha

Ame terus memandang wajah kakaknya dengan perlahan sehingga Keysha tergamam melihat. Bahkan Syah,Yanna,Naufal,Rayyan dan Iqram terkedu melihat sesuatu yang tidak pernah muncul apabila Ame mengalih kearah sesiapa.

'Kenapa diorang tengok aku macam aku pesalah?' gumam Ame dalam hati

Keysha,Syah dan Yanna terus menerap ke arah Ame tanpa mempedulikan Darwish yang elok memeluk tubuh genit Ame.Ame mengerut kening nya untuk dua punca yang menjadi tanda tanya nya sekarang ini.

Yang pertama adalah kenapa dirinya dipeluk oleh lelaki tanpa melawan sedangkan dia sendiri berasa teramat jijik?Dan kedua, kenapa mereka semua sebenarnya?Hendak kata April Fool, tak mungkin sebab masih lagi awal tahun lagi.

"Hidung Kau." kata Yanna 

Ame terus meraba hidung nya sebelum tangan nya terasa ada sesuatu yang melekit dan sedikit pekat daripada biasa.Terkejut dibuatnya apabila melihat hidung nya berdarah semula apabila Ame tidak dapat menahan sakit pada kanser terlampau lama.

'Minah ni ada sakit apa ke?' desis Naufal

Terus, Ame menolak Darwish dengan kasar sebelum berlari keluar dari bilik tanpa menunjukkan wajahnya.Dia tidak mahu sesiapa melihat termasuk daddy kerana takut merisaukan kesihatan ayahnya sendiri.

"Korang ada hutang satu cerita yang patut mamat elektrik ni kena tahu." ujar Iqram sambil tersenyum sinis

Melihat reaksi Darwish, sudah pasti lelaki itu mahu tahu rahsia yang disimpan oleh Ame sebenarnya.Disebabkan janji yang pernah dibuat oleh Ame sendiri, mereka bertiga berasa sangat berat untuk menceritakan tentang kejadian yang baru sahaja terjadi.

"Explain!" kata Darwish dengan dingin

Keysha menunjukkan pada Syah dan Syah menunjuk kepada Yanna apabila melihat renungan Darwish seperti ingin memakan mereka.Yanna terus menunjukkan ke arah Iqram dengan sengaja sedangkan dia mahu melarikan diri daripada menjawab soalan maut itu.

Iqram yang terlampau bendul melihat si kembar menunjukkan jari, terus dia menghalakan jarinya pada Rayyan pula.Rayyan terus mengerut keningnya,Naufal membuat muka pelik dan akhir sekali Darwish sudah menepuk wajah menggunakan tapak tangan nya.

'Kenapa mamat ni?Dah biul sangat ke sampai main aci tunjuk ni?' desis Rayyan

'Memang bendul betul mamat bunian ni.' gumam Darwish dan Naufal

Iqram perasan akan renungan pelik semua, terus tersengih sambil menguyah kitkat.Yanna ternganga apabila melihat kitkat kesayangan nya boleh ada pada Iqram sedangkan dia sudah menyimpan untuk waktu tengah malam dalam bilik tidur.

"Yang kau tuju dekat aku dah kenapa?Macam lah aku ada jawapan." marah Iqram pada Yanna

Yanna mengecilkan matanya apabila mendapat kejutan secara ekstrem oleh Iqram sendiri. Iqram membalas pandangan Yanna sehingga mampu terpancar sebuah kilat kecil diantara mereka bedua.

"Halah,halah,halah... kau tu.Yang main serbu kata dekat aku dah kenapa?Dah salah tu salah je lah tak payah nak salahkan aku sangat ok!" rungut Yanna dengan geram

Iqram terus menerap ke arah Yanna namun sempat ditahan oleh tangan Rayyan sendiri.Bukan Rayyan tidak tahu perangai kawan nya yang seorang ini pada Yanna.Pantang dicabar, sudah pasti akan melakukan walaupun benda itu amat memalukan.

"Kau!?" gertak Iqram

"Apa?Nak bertumbuk, masuk lah cepat.Tak sabar aku nak terajang kau hidup-hidup." cabar Yanna dengan selamba

Keysha mencubit lengan Yanna untuk tidak meneruskan lagi kata-kata kerana dia tidak mahu situasi menjadi lebih tegang daripada biasa.Melihat air muka Darwish, sudah pasti lelaki itu akan mengorek setiap rahsia yang disimpan oleh Keysha,Ame,Syah mahupun Yanna.

Yanna terus menarik muka nya sambil berpaling ke arah dinding bilik tanpa berasa malu dihadapan lelaki.Apa yang dia tahu adalah Keysha suka mencubit nya sedangkan itu salah Iqram bukan dirinya pun.

'Dasar muka tembok!' kutuk Syah dalam hati

Kalau Ame berada bersama mereka, sudah pasti Yanna akan menjadi lauk utama untuk sarapan esok.Bukan dia baharu sahaja kenal Yanna sehari dua seperti lelaki dihadapan nya namun sejak hidup bersama dari badan mummy lagi.

"Aku kalau boleh tak nak kena label jantan dayus sangat sebab aku benci untuk sentuh speasis yang bernama perempuan lagi-lagi kau, budak kuman kurang klasium." kata Iqram mendatar

Yanna memandang Iqram dari atas hingga bawah sebelum menghadiahkan senyuman cukup sinis pada lelaki itu.Kalau benci dengan perempuan tetapi kenapa masih lagi untuk mencari masalah dengan perempuan?

"Then, show it.Kalau betul kau tu anak jantan, masuk gelanggan sekarang.Hadap aku kalau nak tahu rahsia aku." cabar Yanna berani mati

Keysha dan Syah terbutang mata mereka apabila Yanna tiba-tiba sahaja membuat cabaran mati. Memang betul mereka akan membuat cabaran apabila musuh sendiri seperti takut akan mereke. Namun kalau ia melibatkan tentang rahsia mereka termasuk Ame, memang bahaya.

'Minah ni sengaja nak bangunkan api pikachu ke apa?' gumam Syah dengan pelik

Belum sempat Iqram bergerak ke arah Yanna yang elok sahaja berdiri sambil memasukkan tangan dalam poket seluar, satu suara menghalang mereka daripada meneruskan cabaran yang tidak masuk dek akal langsung.

"Lebih baik korang berhenti." arah Darwish dingin sekali

Terbantut sudah kedudukan mereka apabila melihat Darwish cuba untuk bangun daripada pembaringan.Iqram terus menjadi mayat hidup apabila faham akan setiap pergerakan kawan nya merangkap ketua dan papa pikachu paling zalim daripada firaun.

"Cuba fikir balik dari awal.Kalau korang bergaduh dekat public, apa pandangan orang pasal perangai korang?" tanya Naufal dengan tegas

Rayyan menahan Naufal dan Darwish daripada mengamuk kerana faham akan sikap kawan nya yang dua orang itu.Memang Iqram seorang lelaki yang mampu membuat seseorang mudah marah, malah sentiasa menyusahkan mereka bertiga.

Namun tidak dapat menafikan yang Iqram juga masih lagi berguna dalam sesuatu perkara walaupun seorang berhati kayu pada perempuan.Mereka juga perlu tahu akan kesan buruk apabila mencabar untuk membuka rahsia.

"Yang kau sibuk sangat pasal aku, pahal!?" marah Yanna

Naufal mendengus kasar apabila Yanna mencabar kesabarannya yang sudah tipis seperti kulit bawang merah sahaja.Kalau ikutkan, mahu sahaja menghubungi Joker untuk menyelesaikan masalah mereka sekarang ini.

'Kau berikan kesabaran yang tinggi,Ya Allah.Sesungguhnya, seketul Yanna ingin sahaja aku masukkan dalam gunung berapi.' getus Naufal dalam hati

"Aryyana!" jerit Syah

Hanya Syah akan memanggil nama Aryyana apabila kesabaran sudah sampai ketahap nipis.Jika Keysha pula, dia hanya memanggil panggilan manja yang selalu digunakan oleh kedua abang nya dan Ame pasti akan menyeru nama penuh apabila angin nya berubah menjadi ais.

"Boleh tak untuk kali ni, kau jangan cari masalah dengan orang.Memang patut pun pikachu asyik risau pasal kau sebab perangai kau." tegur Syah dengan geram

Sungguh dia berasa sangat pelik apabila Ame masih lagi mampu bertahan untuk menghadap perangai kurang matang Yanna apabila membuat masalah sedangkan dirinya dan Keysha memang sudah mengangkat bendera putih.

"Sebelum awak berempat ingin tanya pasal hidung adik saya berdarah, tangguhkan untuk seketika.Let's go, girls." kata Keysha dengan lembut

Syah dan Yanna mengangguk kepala mereka sebelum mengekori belakang kakak mereka tanpa mengeluarkan sebarang suara.Melihat riak wajah Keysha, sudah pasti hati mereka dapat merasakan sesuatu yang diluar jangkaan pada Ame.

 "Aku ikut korang juga." kata Darwish

Keysha,Syah dan Yanna terkejut apabila mendengar Darwish juga ingin mengikut mereka melihat keadaan Ame dengan keadaan tidak mengizinkan.Entah kenapa hati Darwish mula berasa ada sesuatu yang tidak baik terjadi pada Ame sekarang ini.

'Aku harap minah senget tu tak apa-apa je lah.' gumam Darwish dengan penuh berharap

Iqram ingin sahaja menghalang perbuatan Darwish namun Naufal mengeleng kepala nya untuk tidak memasuk campur dalam hal yang melibatkan Ame.Dia dapat mengagak Darwish mula merasakan perasaan aneh apabila kejadian sebentar tadi membuat hati untuk mengetahui.

'Sifat kau yang dulu mula muncul semula untuk sekian lama macam kau layan dia.' getus hati Naufal

Keysha hanya mengangguk lalu meninggalkan bilik tetamu apabila deria keenam nya mula berasa tidak enak.Rayyan menolong Darwish untuk bergerak apabila melihat kesihatan kawan nya itu memang lemah daripada biasa.

BUM!!

Ame menghempas pintu dengan kasar sebelum mencari ubat yang disimpan untuk mengurangkan pendarahan pada hidung.Nafasnya mula tidak stabil sehingga tidak sedar melanggar semua barang dalam bilik tidurnya tanpa sengaja.

'Macam mana aku tak perasan hidung aku berdarah?Aku taknak rahsia aku terbongkar sekarang.Kenapa!?' gumam Ame 

Sudah pasti darah yang menitis keluar dari hidung terjatuh pada lantai jubin tersebut walau ditahan mana sekalipun.Tanpa membaca arahan pada ubat nya, Ame menelan dengan penuh rakus sekali sehingga tersedak.

Dia tidak mahu sesiapa menyanyangi dirinya disebabkan kesian akan kesakitan yang ditanggung dalam diam ini.Ame amat benci simpati yang diberikan kerana sakit bukan menyanyangi dirinya dengan ikhlas.

"Argh!" jerit nya

Sumpah dia tidak mahu hidup dunia yang tidak pernah adil akan kebahagian dirinya sendiri. Sungguh, dia mahu merasa kebahagian sendiri walaupun hanya untuk seketika sahaja.Dia terlampau penat untuk menghadap setiap kesakitan orang lain tanpa mereka sedari.

'Mummy.'

Hanya satu nama sahaja yang dia sentiasa fikir malah membuat dia ingin membunuh diri dalam diam sebab merindui seseorang.Bagi nya, hutang duit pasti dibayar dengan duit manakala hutang darah perlu bayar dengan darah walau terpaksa mengorbankan diri.

'Aku benci diri aku.Kenapa mummy perlu pergi dulu sebelum Meme?We miss you so much!' jerit batin Ame

Ame menangis semahu-mahunya sehingga tidak menyedari ada seseorang memerhati dirinya dari jauh.Melihat gadis malang itu menangis, membuat hatinya untuk memeluk namun apabila memikirkan semula Ame tidak mengetahui kewujudan nya lagi.

'Gomen nasai, imoto-chan. (Abang minta maaf, adik.)' desis dia

Dengan perasaan belah bahagi, dia pergi daripada situ sebelum terserempak dengan seseorang yang sememangnya kawan sepermainnya dan adik berada bukan susuan.Hanya dia sahaja mengetahui kewujudan nya masih hidup lagi walaupun ramai menganggap dirinya sudah mati.

"Jadi, kau adalah orang yang Faiq pernah cakap dekat aku dulu ke?" tanya Afdzim

Dia hanya mengangguk sahaja kepala kerana rahsia nya pasti terbongkar oleh lelaki dihadapan nya sekarang ini.Melihat riak wajah nya yang serius, sudah pasti banyak soalan wajib dijawab sebelum melakukan satu perjanjian bodoh kelak.

"Sampai bila kau nak menyorok daripada orang selepas kejadian tu, Heiji?" soal abang long

Bukan dia mahu menyorok disebalik tembok rumah agam mereka namun mendengar perbualan Afdzim dengan seseorang yang pernah bersembunyi dalam bayangan manusia untuk melindungi Ame daripada bahaya.

"Sampai dendam Chiyako terbalas, barulah aku muncul dihadapan semua orang semula.Aku tak akan pernah maafkan orang yang buat satu-satunya adik perempuan kesayangan keluarga aku sendiri." jawab Heiji 

"Dengan menyorokkan kewujudan kau?Kau sedar tak selama ni dia percaya bulat-bulat mayat mangsa lemas yang dijumpai pihak berkuasa adalah kau sendiri sedangkan kau masih hidup?Kau sengaja buat adik kita yang satu tu pernah cuba bunuh diri, tahu tak!?" ujar Afdzim

Heiji terkejut apabila mendengar berita bahawa Ame pernah cuba untuk membunuh diri sedangkan dia sendiri tahu sisi adiknya walaupun hanya memegang status sebagai abang susuan sahaja.

"Uso-tsuki! ? Dōshite tsumi no nai shōjo ga jisatsu shiyou to shite iru nodarou ka!? Shinjirarenai! (You're a liar!? How could an innocent girl almost try to kill herself!? I don't believe it!)" bentak Heiji

"Percaya atau tidak, itu hakikatnya.Kita kenal setiap sisi dia termasuk perasaannya." kata abang long

Abang long mengusap bahu Heiji untuk memberi kekuatan menerima hakikat bahawa adik nya pernah cuba membunuh diri.Malah, setiap sudut bilik adiknya langsung tidak ada objek tajam untuk membunuh.

Setiap sudut bilik kelihatan mewah namun sebenarnya kebanyakan tingkap,cermin bilik dan lampu seperti bahan plastik yang jernih dan selamat.Hanya si abang sahaja tahu sebab munasabah setiap sudut bilik tidak mempunyai peralatan kaca.

"Berbalik pada topik asal, kenapa kau boleh muncul?" tanya abang long

"Aku buat semua ni bersebab lah datang sini tanpa sesiapa tahu." balas Heiji dengan malas

"Sampai hampir kantoi dengan Ame?" duga Afdzim

Heiji terkedu apabila Afdzim mengetahui kejadian dimana dia sendiri tidak sengaja melanggar Ame kerana kalut apabila mendapat panggilan daripada Afdzim.Namun, itu tidak membuat dirinya terasa tercabar kerana sudah pasti adiknya itu bingun akan siapa dirinya sekarang ini.

'Aku perlu larikan diri cepat sebelum Ako jumpa aku balik.' bisik akal Heiji

Tanpa abang long mahupun Afdzim sedar, Heiji bergerak laju seperti bayang-bayang lalu menyerang mereka berdua dengan membuat mereka pengsan sahaja.Selepas memastikan abang long dan Afdzim pengsan, Heiji terus berlari tanpa memandang belakang langsung.

'Gomen nasai, minna. (I'm sorry, guys.) ' desis hati Heiji

Telinga nya menangkap suara seseorang yang amat kenali namun tidak dapat menyahut. Perasaan nya mula bercampur aduk sehingga pandangan nya menjadi kabur sedikit demi sedikit sehingga tidak sedarkan diri.

'Tolong~'

Yanna POV

Aku,kak Key dan Syah menaiki ke tingkat tiga dimana bilik yang hanya dikhaskan untuk aku dan kakak-kakak kembar ku tidur.Memang daddy sengaja meletakkan bilik kami berempat ditingkat tiga sekiranya ada orang datang rumah.

Memang tiada siapa yang bersuara malah aku adik paling kecoh pun turut serta untuk tidak mengeluarkan satu bunyi sepanjang menaiki tangga.Bak kata kak Key, lebih baik naik tangga daripada guna lift rumah sebab dapat keluarkan peluh.

Sibuk-sibuk naik atas guna tangga, ada yang berada dibelakang aku.Aku tidak ingat pulak nama dia apa tapi memang aku tahu dia seorang lelaki pelik.Ouh!Aku baru teringat nama lelaki pelik itu adalah Tengku Luth Izz Darwish AkA papa pikachu kesayangan aku.

Sempat aku mengerling ke arah mamat beku itu dan memang dia betul-betul berada belakang ku.Cuma nya, telinga nya pasti tersumbat dengan earpod seperti Ame juga kerana earpod dan tuan tidak pernah terpisah walau sesaat.

"Yang kau tenung abang ipar tu dah kenapa, kambing?" tanya Syah

"Halah,halah,halah... kau ni.Karang aku tenung bakal laki kau, jadi babun pulak.Baik aku tenung bakal laki pikachu lagi bagus.Mana lah tahu dah arwah ke?Untung je mama pikachu tak payah kahwin awal kan?" jawab ku

'Kambing ni kan... nasib baik lah mood aku tengah fikir nak usyar mama pikachu.' desis Syah

Keysha yang mendengar perbualan dua orang kembar bongsu, hanya mampu mengeleng kepala sahaja.Bukan dia seorang sahaja naik pening melayan karenah kucing-kucing betina itu, bahkan Ame sendiri terasa ingin memberikan hukuman setimpal sahaja.

"Eleh, sembang.Daripada kau kecoh pasal mamat tu, lebih baik kau fikir macam mana nak elakkan diri kau tu daripada menjadi orang ketiga yang bakal memberi menantu dekat daddy nanti." cadang Syah

"Pahal pulak!?Aku bukan ada pakwe pun.Kau pun tahu kan aku ni terlampau kacak sampai perempuan lain pun siap buat surat dengan kitkat dekat aku lagi." balas ku

"Itu namanya doktor tersilap tengok kau tu perempuan sedangkan kau adalah manusia dua alam." kata Syah

"Eleh kau.Cakap je lah jealous sangat sebab aku lebih kacaks dari kau, kan?" tebak ku

"Daripada aku jealous dekat engkau yang entah apa-apa ni, lebih baik aku fikir macam mana nak jauhkan diri aku dari dekat dengan buaya tu." tukas Syah

"Bukan untuk elakkan diri kau dengan buaya tu terbabas dan aku akan jadi aunty, kan?" usik ku pula

Syah terus menjeling aku sebelum mempercepatkan langkah nya kerana pasti Yanna akan membaham dirinya selepas ini.Jadi, langkah yang selamat adalah larikan diri daripada kambing terlebih insuran kelas sepuluh.

'Lebih baik buat minah kambing ni tak wujud belakang aku.' gumam Syah

Melihat Syah seperti kalah untuk membalas mulut dengan ku, membuat hati bernyanyi riang untuk mengerjakan si atok galah.Lagipun setiap kali aku dan atok galah mahu berdebat, pasti benjolan merah muncul diatas kepala kami berdua.

"Aku tahu kau dengar apa aku cakap dan tak payah nak cover bagai dari kakak-kakak aku tu." kata ku dengan perlahan

Hanya aku dan lelaki dibelakang ku sahaja mampu mendengar kerana tidak mahu kecohkan keadaan yang sudah keruh disebabkan beberapa konflik diantara keluarga dan perasaan sendiri.

Darwish terus menanggal earpod apabila mengerti maksud aku.Memang betul sepanjang mereka berjalan, hanya dia sahaja tidak mengeluarkan suara pada sesiapa sedangkan Keysha dan Syah bakal menjadi sebahagian daripada keluarga nya juga.

""Aku tak kesah apa yang kau katakan pada aku sebenarnya." jawab Darwish

"Memang kau tak kesah dengan aku pun cuma Fikah je kau risaukan, betul tak?" tebak aku

Darwish tidak menjawab malah hanya mengeluh berat apabila tebakan aku memang ada kena mengena akan masalah mereka berdua.Memang tidak hairan kalau perangai Ame berubah seperti angin monsun sedangkan sebelum ini diri itu sudah kelihatan patung pameran sahaja.

"Dengar, aku harap sangat kau mampu mengubahkan diri kakak aku kepada yang dulu.Dan setiap kebenaran yang disimpan akan terbongkar juga pada kau." pesan Yanna 

"Maksud kau?" tanya Darwish

Aku mengeluh panjang apabila melihat Darwish seperti orang yang baru sahaja terjaga dari tidur nyenyak.Nasib baik mood dia tidak mahu mengerjakan Darwish tetapi Iqram kerana lelaki itu sahaja sengaja menaikkan api nya setiap masa.

"Kau akan tahu siapa kakak aku dalam masa silam dia juga.Hanya masa sahaja yang bakal menentukan sama ada cepat ataupun lambat." ujar ku dengan perlahan

Bukan dia tidak tahu Syah pasti akan mendengar perbualan mereka berdua malah akan menceritakan kepada Keysha.Memang Ame tidak pernah berterus terang pada mereka berdua kerana tahu padahnya nanti.

"Aku tiada masa untuk tahu pun pasal korang tapi kakak kau sahaja..." kata Darwish dengan ayat tergantung

"Kenapa dengan dia?" tanya ku

Melihat Darwish mengeluh lemah sebelum memberhentikan langkahnya untuk bersuara dengan ku.Aku hanya menurut sahaja apabila melihat Syah dan Keysha seolah-olah tidak menyedari perbualan kami berdua.

Yanna END POV

"Setiap tingkah laku dia buat aku bersama dengan seseorang yang pernah aku cuba untuk lindungi daripada dunia kejam dia." ujar Darwish

Yanna mengerut kening nya apabila cara percakapan Darwish seolah-olah menyatakan Ame adalah orang yang pernah bertemu pada masa silam.Lebih kurang dengan situasi mereka berempat juga cuma yang berbeza Ame amat sukar untuk melangkah keluar dari rumah.

"Jadi, kau nak kata kakak aku tu someone yang kau sendiri pernah jumpa ka?" teka Yanna 

Darwish mengangguk kurang yakin kerana dia juga tiada bukti untuk mengatakan Ame dan dia adalah orang sama.Walaupun hati nya mengatakan Ame dan dia adalah orang yang sama namun akal fikiran nya memberi jawapan sebalik pula.

"Well... aku bukan nak buat kau naik pening fikir pasal benda alah tu, tapi bukan mudah untuk kau dapatkan bukti walau seinci sekalipun." ujar Yanna

Disebabkan kemalangan yang meragut nyawa mummy ketika itu, Ame juga mengalami hilang ingatan sehingga tidak mengenali seorang pun ahli keluarganya.Malah keadaan Ame yang sentiasa berahsia dengan orang membuat mereka berasa susah hati.

"Maaf kalau soalan aku agak keterlaluan tapi kakak kau pernah terlibat dalam mana-mana kejadian masa kecil?" tanya Darwish 

Belum sempat Yanna ingin menjawab soalan Darwish, jeritan Keysha menyentap halwa telinga mereka berdua.Lantas, mereka berlari ke arah bunyi jeritan tersebut sehingga berhenti dihadapan sebuah bilik yang gelap tanpa sebarang cahaya.

Yanna terkedu melihat sekujur tubuh manusia yang amat dikenali terbaring atas lantai dengan tidak menyedarkan diri.Terus dia menerap ke arah Ame yang terbaring atas lantai walaupun hatinya berhenti selepas melihat keadaan kakaknya sekarang ini.

"Wei, kak.Bangun lah.Kau ingat benda ni lawak ke?Bangun kalau kau boleh dengan suara aku." seru Yanna dengan perlahan

Syah memeluk Keysha dengan yang sudah teresak-esak melihat Ame seperti itu.Darwish terus mendukung Ame daripada terbaring sebelum meletakkan ke atas katil si gadis itu.Entah kenapa hati nya memberontak hebat sekali apabila melihat keadaan Ame lemah seperti itu?

"Syah tolong cakap yang Ame tak baring atas lantai macam tu, boleh tak?" pinta Keysha dengan terketar

Syah hanya mengosok belakang Keysha tanpa menjawab kerana pasti dirinya juga turut mengalirkan air mata.Yanna memaling wajahnya ke arah belakang melihat daddy dan yang lain muncul sebelum memandang tempat lain.

Dia tidak mahu sesiapa melihat air mata nya mengalir kerana Ame lagi.Pasti Ame akan mengamuk pada Keysha,Syah dan Yanna sekiranya mereka bertiga menangis atau menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaga diri dengan baik.

"Kenapa tadi!?" tanya daddy dengan cemas

Keysha hanya menangis teresak-esak, Syah memeluk kakak sulung dengan erat sekali, Yanna menahan diri daripada mengalirkan air mata manakala Darwish menunduk wajahnya sambil memejam erat mata.

"Baby." panggil daddy

"Kakak pengsan.Adik sampai sini, kakak masih lagi tak nak bangun walaupun adik ugut macam-macam." terang Yanna dengan perlahan

Yanna terus menutup mata dengan tapak tangan kanan kerana tidak mahu sesiapa melihat wajahnya sekarang ini.Iqram yang melihat tindakan Yanna, cuba untuk menghapuskan perasaan sakit dalam diam itu.

'Kenapa sakit ni muncul lepas kakak pergi?Aku benci perasaan ni bila tengok minah kurang klasium tu nangis.' gumam Iqram 

Rayyan dan Naufal memandang wajah Keysha dan Syah yang sudah mendung tanpa berselindung.Darwish membuka mata lalu merenung setiap inci wajah pucat Ame tanpa disedari oleh nya sendiri.

'Kau sakit apa sebenarnya, Fikah?Tolong jangan pernah berahsia dengan aku untuk kali ini.Kau buat hati aku memberontak untuk tahu siapa kau lebih dalam daripada dendam aku.' monolog Darwish dalam hati

"Izz." panggil daddy lagi

Darwish menangkat wajahnya namun mampu membuat daddy dan semua orang termasuk Naufal,Iqram dan Rayyan terpampam.Keysha dan Syah terkejut apabila melihat sesuatu yang sukar muncul pada wajah seorang lelaki sekarang ini.

"Luth... mata kau." kata Rayyan

Darwish menyentuh wajahnya sebelum tersentak apabila merasakan seperti air yang mengalir dengan deras tanpa dipinta.Dia sendiri tidak tahu sebab kenapa mutiara jernih itu keluar dari mata nya tanpa sedar.

'Aku menangis?Tapi kenapa?' desis Darwish

Terus Darwish mengelap wajahnya dengan kasar sebelum mengalih pandangan ke arah bertentangan.Namun, hanya seketika sebelum tangan nya ditarik lembut dari sisi nya sendiri tanpa sengaja.

'Fikah.' seru Darwish

Entah kenapa hatinya mengatakan Ame yang memegang tangan nya daripada berganjak daripada katil gadis itu.Darwish terus duduk semula diatas katil tersebut sebelum tangan kirinya menongkat dagunya daripada jatuh.

"Boleh tak kalau Izz nak duduk kejap dalam bilik ni?" soal Darwish

Daddy terkejut apabila mendengar permintaan dastrik daripada Darwish sendiri namun hanya seketika sebelum mengangguk kepala sambil tersenyum.Dia tiada masalah untuk membenarkan jejaka itu untuk berada dalam bilik Ame untuk seketika.

Manakala yang lain terkedu, tergamam dan sebagainya mendengar permintaan yang terpacul dari mulut Darwish sendiri.Keysha,Syah dan Yanna hanya memandang wajah kakak mereka yang masih terbaring dengan muka sukar taksir.

'Kau akan jadi bahan usikan aku esok pagi, kak.Hehehehehehe....' getus Syah dan Yanna

Keysha perasan akan aura daripada Syah dan Yanna mula timbul semula selepas mendengar permintaan Darwish untuk mendapat kebenaran daripada daddy sendiri.Dia hanya mampu memandang Ame dengan muka bersalah sahaja sekarang ini.

'Harap Me tak mengamuk sampai kesihatan dia terjejas sudahlah.' desis Keysha dengan berharap

Bukan dia tidak faham akan wajah kedua kembar bongsu nya yang sudah memasang tanduk syaiton sehingga mempunyai ekor kecil.Sudah pasti suasana dalam rumah esok tidak akan berasa tenang apabila mendengar suara Ame berangin dengan kedua-dua mereka itu.

"Kau sure ke?" tanya Naufal

Dia memang kurang yakin dengan Darwish disebabkan keadaan nya masih lagi belum sihat sepenuhnya demam walaupun sudah memakan beberapa botol ubat.Darwish memandang wajah Naufal sebelum menangguk kepalanya.

"Sure dan kau tahu aku sangat jadi, untuk apa kau takut?Trust me, dude." jawab Darwish dengan yakin

Naufal hanya mampu menghela nafas berat sahaja apabila mendengar jawapan sepupunya itu.Sekurang-kurang nya Darwish bukan seorang lelaki yang gemar mengambil kesempatan pada wanita walaupun benci bagaimana sekalipun.

"Okey then." kata Naufal

Lagipun, kalau diserahkan dalam jagaan Rayyan, memang ambil kesempatan buaya jadian tu pula. Iqram pula, pasti menolak mentah-mentah dengan memberikan pelbagai alasan sehingga yang tidak masuk akal muncul.

Tidak selepas itu, semua orang keluar daripada kamar beradu Ame kerana pasti angin si pikachu akan berubah secara mendadak tanpa dijangkan oleh sesiapa langsung.Maka hanya tinggal Darwish dan Ame sahaja dalam kamar tersebut dengan sekelip mata.

'Siapa kau sebenarnya, senget?Kenapa dengan angin aku malam ni?' gumam Darwish dengan penuh persoalan

Jikalau sesiapa yang berada ditempat nya, sudah pasti orang itu tidak dapat tidur lena dengan pelbagai persoalan tanpa jawapan sebenar.Lagi-lagi dirinya masih lagi keliru dengan jawapan daripada hati dan minda yang tidak pernah tetap pendirian tersendiri.

Sedang Darwish pening akan jawapan daripada hati dan minda nya, Ame mencelik mata nya sebelum merenung nya dengan pandangan kosong.Itu bernasib baik Ame tiada mood untuk menjadikan lelaki sebagai permainan nya walaupun sebenarnya dia hendak melakukan.

'Apa benda mamat kerek fikirkan tu?' getus Ame

Ame mengeleng kepalanya beberapa kali sebelum memejam matanya.Daripada dia merisaukan tentang Darwish, lebih baik Ame mencari maklumat yang perlu dilakukan nanti. Darwish tersengih sinis apabila melihat Ame masih lagi tidak sedar yang dirinya pula dipandang.

'Pelik betul minah ni tapi boleh tahan juga kalau tengok dari jarak dekat.Apa yang kau merepek ni, Izz?' desis Darwish

Memang tidak hairan kalau Darwish sendiri tidak sedar ada orang sedang memandang nya sebab dia adalah ejen paling utama dalam dunia kedua nya.Namun, kewujudan nya hanya orang tertentu sahaja tahu siapa dirinya.

"Aku tahu lah muka aku ni handsome tapi tolong jaga mata tu cik senget." tegur Darwish

Tersentak Ame apabila perbuatan nya tertangkap oleh tuan punya badan sebelum mengalihkan pandangan nya ke arah bertentangan.Nasib baik sahaja hanya dia dan Darwish sahaja ada dalam bilik, kalau tidak sudah pasti angin nya tidak pernah baik untuk jangka masa panjang.

'Macam mana boleh kantoi pulak?Aduhai, apa aku nak cakap nanti untuk backup?Kenapa lah kau sentiasa buat aku malu wahai mata durjana?' ngomel Ame dalam hati

Darwish berasa sangat tidak selesa apabila kebisuan mereka berdua membuatkan suasana malam ini sedikit janggal daripada biasa.Walaupun dia amat menyukai suasana senyap namun apabila dengan Ame sudah pasti dia ingin mendengar suara berani si gadis itu sahaja.

"Ehem!!Ehem!!" 

Ame memandang Darwish sebelum pandangan nya ke arah bertentangan.Dia tidak mahu memandang wajah Darwish seperti mana hatinya tidak mahu menerima kewujudan lelaki itu dalam hidup nya.

Darwish mengerut kening apabila tingkah Ame kelihatan berbeza berbanding sebelum ini. Kelihatan seperti menyorokkan sesuatu yang amat berharga daripada semua orang tetapi dia sendiri tidak dapat meneka.

'Apa yang kau sorokkan sebenarnya, senget?' desis Darwish

"Pandang aku." arah Darwish

Namun, Ame tidak mengendahkan langsung arahan daripada Darwish malah tidak pernah menganggap lelaki tersebut seolah-olah ada dalam kamar beradu nya.Darwish menahan diri daripada mengetuk Ame apabila melihat kedegilan Ame sudah muncul walaupun sudah biasa.

'Minah ni!?Memang sengaja uji kesabaran aku je kerja nya.' gumam Darwish dengan bengang

'Siapa suruh cakap dengan aku?Pandang lah dengan diri tu.Dasar kerek tidak limited edition!' bisik hati jahat Ame

Tiba-tiba, muncul sahaja mentol LED di atas kepala Darwish apabila melihat suasana dalam kamar beradu milik Ame sekarang ini.Dengan senyuman leret penuh makna yang tidak terungkap, Darwish menarik Ame untuk menghadap wajah nya secara paksa.

Ame terkejut apabila badan nya bergerak secara dastrik dan dark chocolate nya merenung penuh benci pada pemilik sepasang mata hazel karamel itu.

"Kau pahal, gorila!?" marah Ame

Darwish mengecilkan pandanganya apabila Ame menggelarkan panggilan selain daripada kerek. Hanya tunggu masa sahaja kesabaran nya hilang dengan manusia bernama Ame sekarang ini.

'Minah ni kan!?Sabar duhai hati, tunggu aku mulakan prank pertama nanti.' getus Darwish dalam hati

"Kau panggil aku apa tadi, senget?" tanya Darwish dengan senyuman meleret

Ame sudah kecut perut melihat senyuman panjang Darwish seumpama ingin meletup sahaja dalam bila-bila masa sekarang ini.Terus sahaja dia mengawal riak wajah nya daripada dikesan oleh Darwish.

"Tiada nama dalam senarai yang perlu diulang, harap maklum.Terima kasih." kata Ame dengan selamba

Darwish terkaget untuk seketika selepas mendengar jawapan daripada mulut musuh nya itu.Manakala,Ame tergelak dalam hati selepas melihat muka buruk Darwish muncul secara spontan tanpa dipinta.

'Padan muka kau, kerek.Jangan pernah panggil aku senget kalau nak tengok perangai buruk senget ini muncul.Puas betul hati ini.' bisik jahat hati Ame

'Dia ni!Geram benar aku.Mari kita tengok siapa yang memang nanti.' gumam Darwish dengan geram

Darwish terus merapatkan wajahnya dengan Ame sebelum sesi pergaduhan diantara pikachu jantan dan pikachu betina berlangsung.Ame terkejut apabila kedudukkan nya langsung tiada penjarakan sosial dengan Darwish sekarang ini.

'Kenapa aku rasa malu pula ni?Control riaksi kau, Ame.' gumam Ame dalam hati

"Hahahahahaha..." gelak Darwish

Ame terkedu apabila Darwish tiba-tiba sahaja gelak seperti hantu langsuir yang sudah tidak betul selepas mendapat makanan utamanya.

"A..Ap..Apa..Apah..Apaha..Apahal.. k..ka..kau.. g..ge..gel..gela..gelak..!?" tanya Ame dengan amarah

"Sebab kau sotong bakar sekarang ni." kata Darwish

"Nani!?" jerit Ame

"Hahahahahahaha... Kau patut tengok muka kau macam mana sekarang ni." sambung Darwish lagi

Maka, Ame terus membuka gelanggang apabila Darwish masih mengenakan nya lagi tanpa rasa gentar langsung.Keysha,Syah dan Yanna yang berada paling dekat dengan Ame, sudah menepuk muka dengan pasrah.

"Mari sini kau!" kata Ame dengan geram

"Ingat aku takut sangat ke?Masuk lah!" balas Darwish semula

'Kenapalah malam ni adalah nasib malang untuk Me ye?Kesian pulak Key tengok Me hari ni.' desis Keysha 

'Aku rasa memang dunia tak akan pernah aman kalau pikachu jantan jumpa pikachu betina bertemu.' getus Syah

'Boleh tak aku nak halau je pikachu jadian tu keluar dari rumah?Kalau halau, tak pasal-pasal aku kena halau negara pulak dengan mama pikachu.Sumpah, susah betul ada kakak yang paling complicated daripada orang lain macam mama pikachu tu.' bebel Yanna dalam hati

Manakala, penghuni yang lain termasuk Naufal,Rayyan dan Iqram pelik apabila memdengar suara-suara aneh sedang bergaduh ditingkat tiga.Daddy,abang long dan Afdzim mengerut kening mereka sebelum mengecam suara pemilik itu.

"Tu bukan ke suara bulan dengan Izz?" tanya Afdzim

Abang long hanya mampu mengangguk kepala sambil mencicip kopi panas sahaja.Memang susah untuk mendengar suara adik nya yang seorang itu bising sehingga ke ruang tamu utama kecuali diusik atau angin untuk menjerit sahaja boleh didengari.

"Bagus lah kalau Izz adalah lelaki yang pernah bergaduh dengan adik kamu tu." ujar daddy

Afdzim dan abang long tersenyum kecil sebelum mengangguk setuju akan kata-kata daddy itu. Saudara mara termasuk nenda dan atokanda mengerut kening mereka apabila mendengar ujaran spontan daripada daddy sendiri.

"Apa yang bagus, long?Lebih baik kamu hentikan juga.Bonda tak suka langsung." arah nenda

"Tak payah, nenda.Biar diorang sahaja yang uruskan masalah tu sendiri.Umur macam diorang perlu rasa seperti manusia juga bukannya jadi mayat yang boleh disakiti oleh orang lain, ye tak?" ujar abang long dengan tenang

Terus sahaja suasana menjadi sunyi sepi apabila mendengar ujaran daripada abang long walaupun menggunakan perkataan yang sopan untuk dibicara.Afdzim sudah menyimpul senyuman sinis pada semua orang.

"Kenapa senyap pulak?Tadi, bukan main suruh daddy diamkan adik kitorang tapi sekarang korang pula yang terdiam?Oh, lupa!Tersedak dosa sebab pernah buat jahat dekat Ameerah disebalik belakang kitorang, kan?" tebak Afdzim

Daddy mengeleng kepalanya sahaja apabila kedua-dua anak teruna itu sengaja mengenakan keluarganya.Namun dia sendiri tidak pernah kesah apabila anak teruna nya seakan-akan membenci saudara mara mereka sekarang ini.

Bagaiamana cara layanan mereka pada arwah isterinya pada masa itu, tetap sama sahaja terjadi terhadap salah seorang anak nya iaitu Ame sendiri.Memang tiada siapa tahu disudut hatinya, dia telah gagal untuk melindungi salah satu permata malam kesayangan arwah isterinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro