Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 75

'Mana pulak benda alah tu?Dekat situ rasa nya.' monolog Ame 

Ame mencari sesuatu benda yang dia inginkan sehingga hampir tidak serupa langsung meja belajar nya.Beberapa minit mencari di setiap pelosok laci meja sehingga terasa botol kecil berada dalam gemgaman nya.

'Jumpa pun.Tak sangka pula sampai dalam laci bawah aku.Tapi janji jumpa juga,kan?' getus Ame

Ame membaling botol kecil yang berada dalam gemgaman nya dengan penuh bijak sehingga terkena tepat pada kepala Syah dan Yanna.Keysha terkejut namun tergelak kecil pada Syah dan Yanna sebelum berdehem sedikit.

"Taraguna punya kembar!Kau ingat kepala kitorang apa,hah?" tanya Syah dengan geram

"Entah nya.Kepala aku yang cun lagikan hebat ni kena ketuk sesedap kitkat raspberry." rungut Yanna sambil menggosok kepala nya

Bukan sakit mana pun kena baling dengan botol kecil walaupun kuat bagaimana sekalipun memang tidak berasa sakit langsung.Yanna sahaja yang mula munculkan drama queen nya dihadapan Ame sekarang ini kalau ikutkan sebenarnya.

"Eleh kecoh lah kau.Aku tak suruh pun kau cakap pun." kata Syah 

Syah terus mengambil botol kecil yang dibaling oleh Ame sebelum membaca maklumat yang berada di badan botol tersebut dengan penuh teliti.Yanna yang mendengar Syah berkata seperti itu, terus dia cuba membuka mulut.

Tetapi nasib baik apabila seseorang telah menyelamat telinga mereka daripada mendengar suara kambing mengembek dengan menggunakan segumpal tisu yang sudah dibentuk seperti sebuah bola tennis.

"Sama-sama.Dan pakai benda tu untuk hilang segala kuman virus covid-19 daripada si kambing tu." kata Ame tanpa riak

Siapa lagi yang menyumbat kalau bukan Ame kerana dia benci untuk mendengar drama yang dicipta oleh Yanna sendiri muncul semula.Yanna menjeling Ame dengan tajam namun dia yakin sangat Ame langsung tidak menoleh ke arah nya.

'Ceh.Ingat aku ni betul-betul kambing ke sampai sumbat dengan tisu bagai.' rungut Yanna dalam hati

"Jangan ngupat orang dalam hati.Nanti jadi busuk lepastu tak laku nak jadi bini orang pulak.Lari terus bakal mak mertua karang." tegur Keysha dengan lembut

Yanna terus membuat muka sambil menarik muncung angsa nya apabila Keysha menegur seperti itu.Bukan dia tidak tahu Keysha jenis menegur Ame,Syah dan diri nya sekiranya melakukan kesalahan tetapi macam tidak kena sahaja dengan diri nya.

"Simpang 44 malaikat lah jawab nya,Key.Sepatutnya ayat tu sesuai dengan pikachu dan monyet bukan nya Yanna.I'm to young for horrible married you know and like I have boyfriend for daddy and other huh?" tukas Yanna

Ame dan Syah merenung anak mata Yanna sebelum mereka menyumbat segala jenis kain buruk yang digunakan untuk mengelap air mata palsu kambing nya itu.Keysha menggeleng kepala nya sebelum mengumpul semua tisu-tisu yang telah digunakan untuk mengelap hingus Yanna.

"Padan dengan badan.Jangan nak perli orang sangat lah, kambing.Tahu lah aku dengan pikachu nak buat asalkan kitorang dah lepas." kata Syah dengan bangga

Yanna mengembang hidung mancung nya sebelum menjelir lidah nya dengan muka yang sudah kelihatan seperti seekor kambing jadian terlepas daripada hospital haiwan.Keysha sudah terbaring akibat ketawa terbahak-bahak melihat telatah Yanna sekarang ini.

Ame hanya mampu menggeleng kepala nya dengan senyuman kecil yang masih lagi tidak pudar daripada wajah beku nya.Walaupun cara mereka berdua bercakap seperti membuka gelangan silat tetapi Ame tahu itulah cara mereka bergurau senda.

"Sudah-sudah lah korang nak buat acara muka siapa yang paling buruk.Bila diorang nak sampai?" tanya Ame 

Dia mengemas bilik nya yang tidak serupa bilik selepas dikerjakan oleh mereka semua sendiri. Lagipun, Keysha seperti ingin membantu Ame untuk mengemas semula bilik nya namun Ame menahan daripada menolong.

"Petang nanti diorang sampai sebab daddy kata ada yang pergi shopping dekat mall." terang Yanna

Ame yang mendengar perkataan shopping mall, terus tangan nya berhenti melakukan kerja yang perlu dilakukan untuk seketika.Keysha yang perasan riak wajah Ame berubah selepas Yanna menjawab soalan Ame sebentar tadi.

'Dah agak.Dasar manusia bertopeng jin.' desis Ame dalam hati

Kalau dia berkata dihadapan Keysha,Syah dan Yanna, pasti diri nya bakal menjadi suspek yang dituduh melakukan kesalahan yang berat sekali.Lebih baik hanya dia sahaja yang tahu daripada menghebohkan segala nya pada mereka bertiga.

'Kenapa dengan Me sebenarnya?You hidden something infront of us again.' getus Keysha

Keysha merenung Ame begitu kusyuk sehingga Syah yang melihat sendiri pun mula berasa pelik dalam masa seram pula.Yanna yang perasan suasana menjadi hening dalam bilik, terus dia memandang ke arah Keysha,Ame dan Syah dengan pelik.

'Dah kenapa Key pandang Ame macam tu?' gumam Syah

'Apasal semua pakat diam je?Ke tengah layan perasaan sebelum jadi bini orang?' monolog Yanna 

Ame pada mula nya sibuk menyusun semula fail-fail yang berterabur diatas lantai, mula mengerut dahi nya apabila tiada suara riuh rendah dalam bilik nya seperti sebentar sahaja tadi. Terus, dia mengalih pandangan nya ke belakang sambil membuat riak wajah serius.

"Korang semua ni memang nak tenung muka aku ke macam mana?" tanya Ame dengan mendatar

Keysha,Syah dan Yanna tersentak sebelum mereka bertiga membuat riaksi malu seperti Keysha tersengih kecil,Syah mengosok leher nya disebalik tudung dan Yanna mengaru pipi nya yang lebih tembam daripada mereka semua.

"Hehhehhe... bilik dah kemaskan?" tanya Keysha

Ame mengangguk kepala nya sambil mengambil headphone nya lalu diletakkan pada leher kerana sakit dibahagian telinga nya untuk menyokong earphone.Keysha hanya mampu mengeleng melihat Ame dan musik langsung tiada perpisahan panjang.

"Jom kita masak untuk makan malam.Tapi kali ni, Key nak Ame dan Syah yang masak untuk malam ni sebab Key nak rest sikit." pinta Keysha

Ame dan Syah saling berpandangan sesama sendiri sebelum mata mereka bertembung dengan Yanna yang sedang seronok tersenyum jahat pada nya.Bukan mereka berdua tidak tahu apa yang berada dalam akal fikiran seorang kambing bernama Nur Aryyana Saffiya.

"Boleh ke tak ni?" tanya Keysha lagi

Ame melihat pandangan Syah seperti tidak mahu berperang di dapur untuk makan malam namun Ame tidak mempeduli pada rayuan Syah melalui isyarat mata.Lalu, dia memberi senyuman nipis pada Keysha dan mengecilkan mata.

"Boleh,Key.Lagipun, Key je asyik masak je.Mesti penat sangat dengan kerja lagi.Tapi Me perlukan kambing untuk something." kata Ame 

Yanna yang sedang elok mengunyah kitkat diambil atas meja Ame, terus tersedak sehingga tersembur coklat-coklat lebihan.Syah sempat mengelak daripada terkena semburan coklat lebihan sebelum menjeling tajam pada Yanna.

"Whut!?Never and ever aku nak jejak kaki dekat dapur tu.Silap haribulan rentung satu taman disebabkan idea tak betul kau tu." bantah Yanna

Keysha,Ame dan Syah mendengar bantahan Yanna terus memandang nya dengan penuh ralit sehingga lalat masuk dalam bilik langsung tidak diendahkan nya.Lantas,Ame bergerak ke arah Yanna yang sedang elok bersandar pada dinding bilik.

"Herh!Betul atau tak, kau wajib masuk dapur ye.Takkan nak harapkan aku atau kak Key yang masak untuk perut kambing kau?Kalau dah kawin ni, alamak mak mertua yang lari sekali dengan laki kau sebab tahu masak maggie je." kata Ame dengan selamba

"Macam lah aku nak kawin sangat?Aku tak kesah pun kalau mak mertua lari sebab dapat aku sebagai menantu tak pandai masak.Lagipun, aku nak single seumur hidup dengan shuben aiye itu." kata Yanna dengan sinis

Ame menayangkan senyuman kejam pada Yanna sebelum mengheret Yanna keluar daripada bilik nya.Lagipun, Keysha,Ame,Syah dan Yanna mempunyai kerja yang perlu dilakukan sebelum daddy,abang long dan Afdzim pulang ke rumah nanti.

"Aku tak nak lah!" jerit Yanna

Ame terasa kesabarannya sudah sampai ke tahap kemuncak apabila Yanna memeluk tiang tangga dengan erat.Bukan dia tidak tahu yang Yanna memang sengaja melihat dia mengamuk, baru dia ikut arahan.

"Lebih baik kau lepas sebelum aku suruh bakal abang ipar kau kerjakan kau pulak." ugut Ame

Namun, siapa yang tidak kenal akan Nur Aryyana Saffiya, seorang perempuan suka membuat kesabaran seseorang menjadi lebih tipis seperti bulu roma.Malah, sentiasa melawan kata-kata Ame sehingga kena belasah teruk baru berjalan.

"Alak takut un!Kau ugut aku macam mana pun, jangan harap lah!" kata Yanna dengan kuat

Ame tidak dapat membendung rasa bengang nya pada Yanna, terus diketuk dengan kuat sebelum mengheret tanpa sebarang belas kasihan.Yanna sudah berada dalam nyawa-nyawa kambing selepas beberapa benjol merah muncul atas kepala nya.

'Uish... teruk juga mama pikachu mengamuk.Tapi, sempat juga aku rekod cara Ame kerjakan dia.' bisik akal Syah

"Itu lah balasan untuk orang yang asyik bantah cakap orang lebih tua beberapa minit dari kau." rungut Ame 

Lantas, Ame mengheret Yanna yang sudah entah pengsan atau koma selepas dikerjakan oleh Ame sendiri.Keysha mengeleng kepala nya melihat Syah menjadi seekor jin terlepas untuk menghasut makhluk manusia.

'Macam-macam hal diorang ni.Kalau diorang dah kawin, memang Meme serah pada laki dia je lah senang.' monolog Keysha

"Kita turun guna lift je lah." putus Ame

Syah sangat seronok menonton video yang baharu sahaja direkod dalam phone nya sebentar tadi, terus memandang Ame dengan dahi berkerut.Sebenarnya dia tidak kesah untuk turun menggunakan tangga ataupun lift tetapi Ame tiba-tiba sahaja ingin menuruni dengan lift.

"Asal,dho?Bukan pernah rungut ke dekat aku yang badan asyik lemah sangat kalau nak lift.Ni tiba-tiba pulak?" soal Syah

Ame tersenyum nipis apabila Syah merupakan orang yang pertama dapat menangkap cara percakapan nya.Dia tahu yang Keysha dan Syah pasti berasa sangat pelik apabila Ame tiba-tiba pilih untuk turun menggunakan perkhidmatan lift.

"Bingo.Memang aku tak nak guna lift pun sebenarnya." kata Ame

"Habis tu?Why suddenly?" tanya Keysha pula

Ame tersenyum kecil apabila kedua-dua orang dihadapan mereka masih lagi tidak dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh nya sendiri.Walaupun lambat tangkap, tetapi mereka sentiasa memberi kata-kata positive kepada nya.

"Cuba korang tengok apa yang kurang?" tanya Ame semula

Terus, Keysha dan Syah melihat sekeliling mereka sebelum mengecilkan pandangan mereka pada Yanna yang entah tidur atau pengsan selepas diketuk teruk oleh Ame sendiri.Ame mengekalkan riak wajah tenang pada mereka sebelum mengheret Yanna.

'Ouh... Yanna rupanya yang hilang.' desis Keysha dan Syah

Mereka berdua mengikut Ame dari belakang sebelum berdiri dihadapan pintu lift lalu Keysha meletakkan kata laluan untuk membuka pintu masuk.Lagipun, Ame tengah menyeret Yanna menggunakan kedua-dua belah tangan nya maka Keysha perlu lakukan.

Sementara Keysha tengah memasukkan code kata laluan untuk pintu lift, Syah sibuk menonton video sambil tersenyum-senyum seperti dirasuk oleh jin liar.Ame membuat pker face sebelum membiarkan lagu diheadphone berbunyi.

'Dah kenapa monyet ni dari tadi senyum ke dia dah jadi monyet jadian?' getus Ame

Selepas beberapa minit untuk memasukkan code kata laluan disebabkan Keysha mudah terlupa akan perkara penting namun Ame membantu Keysha walaupun hanya mengeluarkan suara sahaja yang mampu.

'Finally!' jerit hati Keysha,Ame dan Syah

Terus, mereka semua masuk ke dalam perut lift sebelum pintu tersebut ditutup dengan sendiri.Keysha terus menekan nombor satu pada papan kekunci lift lalu membiarkan sahaja lift tersebut bergerak dengan sendiri.

Keysha,Ame,Syah dan Yanna turun ke bawah dengan menggunakan lif dalam rumah kerana sudah tidak larat untuk lari selepas digunakan untuk bermain kejar mengejar.Lagipun, sekali sekala menggunakan lift rumah untuk mengumpul tenaga semula.

Tiada siapa yang mengeluarkan sebarang suara apabila semua membuat hal sendiri untuk menunggu lift sampai ke ruang bawah iaitu ruang tamu utama.Keysha sibuk scrolll insta dan twitter,Ame mendengar lagu,Syah membaca novel online dan Yanna mengunyah kitkat ditangan nya.

Syah mula berasa kurang selesa apabila semua orang membuat kerja sendiri malah mulut Yanna yang sentiasa riuh rendah mengacau Ame,Keysha atau diri nya juga turut disita oleh Ame sendiri.

ERHEM!

Terus Syah berdehem untuk menarik perhatian semua orang yang berada dalam perut lift seperti mayat hidup.Keysha yang ralit menilik instagram terus menutup phone nya manakala Yanna memperlahankan kunyahan nya tetapi masih lagi mendengar.

"Kenapa,Syah?" tanya Keysha

Syah memandang Keysha sebelum menutup novel yang berada dalam tangan nya.Dia mengerling ke arah Yanna yang langsung tidak makan saman walaupun berada dalam lift sekalipun.

"Kambing lebih baik kau berhenti sebelum ada yang jadi mainan Snowbell karang." ugut Syah

Namun, bukan Yanna lah jawab nya kalau melihat riaksi yang diberi oleh Yanna sendiri.Dengan muka minta kaki Ame,langsung tidak peduli akan amaran sesiapa kecuali Ame kerana Ame akan tarik semula permintaan nya dengan sekelip mata.

'Buat-buat monyet ni dah kena makan dengan buaya jadian tu.' getus Yanna dalam hati

"Daripada Syah ugut Yanna yang tak makan sama kelas sepuluh, lebih baik Syah jawab soalan Key tadi." tegur Keysha

Lebih baik Keysha meleraikan sebelum meletus pergaduhan daripada Syah dan Yanna kerana takut kalau Ame berubah angin.Tiada siapa boleh tebak angin Ame sekarang ini walaupun kelihatan sangat tenang seperti air tasik yang jernih.

"Aku nak tahu, kita nak masak apa?" tanya Syah 

Keysha dan Yanna memandang Syah dengan mengangkat bahu mereka serentak sebelum menunding ke arah Ame yang masih lagi leka mendengar lagu.Mereka sendiri tidak faham kenapa Ame lebih selesa mendengar lagu daripada benda lain.

"Ame." panggil Syah

Namun Ame langsung tidak mengendah panggilan daripada sesiapa kerana terhanyut dalam lagu yang dipasang oleh nya sendiri.Syah mengerling ke arah Yanna sebelum Yanna mengangkat kedua-dua tangan nya ke atas untuk tidak terlibat.

Keysha mengoyangkan tangan nya pada Ame namun tiada sebarang respon daripada pihak sebelah sana malah seperti Ame merenung pintu lift sehingga mampu menembusi nya tanpa sedikit perasaan langsung.

Yanna mula berasa naik pelik apabila Ame tiba-tiba sahaja tidak mendengar panggilan daripada Syah dan lambaian Keysha.Apabila perasan headphone berada di kedua-dua belah telinga Ame, baru lah dia faham lalu tersenyum jahat.

Yanna terus mengalihkan sedikit headphone Ame yang berada di sebelah kanan lalu menarik nafas dan menjerit kuat sehingga Ame mengerdip kelopak mata nya berkali-kali bagi menghilangkan bunyi bingit yang berada dalam gedang telinga nya.

"Pikachu!!!" jerit Yanna

Keysha dan Syah terus menekup telinga mereka apabila suara nyaring Yanna sudah muncul atau lebih tepap pada telinga Ame.Ame menjeling tajam pada Yanna manakala Yanna tersengih nakal sambil membuat peace style.

"Kau pahal,kambing!" jerit Ame dengan kuat 

"Kau nak masak apa?Lagipun kau sorang je tahu nak masak apa." tanya Yanna

"Masak kambing bakar." jawab Ame 

Syah tergelak apabila Ame berkata seperti ingin mengerjakan Yanna selepas menyelesaikan acara memasak nanti.Yanna mendengus kasar sebelum mengflitkan tudung nya ke belakang manakala Keysha tidak dapat menahan diri nya daripada tersenyum.

'Orang tanya elok, dia boleh jawab macam tu pulak.Menci aku dibuat nya.' rungut Yanna dalam hati

'Padan lah dengan badan.Nak sangat kacau aku, itu jawabnya.' desis Ame

'Kalau macam ni lah perangai diorang, memang gila laki diorang karang.' getus Keysha

'Mantap sih.Aku penat sangat nak gelak tapi sekali kena dekat Yanna memang setepek lah.' gumam Syah

Sampai sahaja bawah sekali, Ame terus keluar daripada perut lift dengan ikuti Keysha,Syah dan akhir sekali Yanna.Ame bukan tidak perasan muka Yanna masih lagi masam seperti tertelan asam keping dalam minuman nya.

"Key, boleh tolong tengok dalam peti sejuk ada apa?Mana tahu boleh masak untuk tetamu." arah Ame

Keysha dengan berbesar hati akan arahan daripada Ame, terus membuka peti sejuk untuk melihat bahan yang masih ada untuk digunakan sebagai makan malam mereka nanti.Syah tengah cuba menarik Yanna yang memeluk tiang ruang tamu kerana tidak mahu masuk dapur.

"Kambing!Jangan nak mengada boleh tak!?" marah Syah

"Tak nak!Tak nak!Pikachu nak masak kambing kesayangan aku!!Tak nak!!" jerit Yanna dengan kuat

"Jangan nak mengarut boleh tak!?Bila masa pulak kita bela kambing dekat sini?" soal Syah

"Tak nak!!Jangan lah!!Nak terlondeh seluar aku, monyet!!" kata Yanna dengan geram

"Argh!Kau lepas benda tu, baru aku tak tarik seluar busuk kau ni!" ugut Syah

Namun Yanna mengeratkan pelukan nya pada tiang tersebut seperti anak koala yang seronok memeluk emak nya.Syah menjadi bengang akan sikap degil Yanna yang lebih teruk daripada diri nya lalu menarik Yanna kuat sekali.

Ame yang terdengar bunyi kecoh diruang tamu, terus keluar daripada ruang dapur sebelum menyandar badan nya pada dinding sambil memeluk tubuh.Nampak nya Syah dan Yanna sudah munculkan tanduk mereka semula selepas diberi amaran oleh abang long dan abang ngah.

"Nur Aisyah Sofea,Nur Aryyana Saffiya!" panggil Ame 

Syah dan Yanna terus berhenti bergaduh apabila nama penuh mereka diseru oleh seseorang yang sedang merenung tajam.Siapa lagi yang panggil nama penuh mereka berdua kalau bukan dan semestinya Ame.

"Lebih baik korang masuk dekat dapur sebelum korang aku buat lauk karang." arah Ame dengan tegas

Yanna melepaskan pelukan nya pada tiang manakala Syah berhenti menarik badan Yanna apabila si adik tidak memeluk tiang lagi.Mereka berdua menekur lantai apabila melihat muka dingin Ame menjadi santapan mata mereka.

"Now!" jerit Ame

Terus Syah dan Yanna berlari tidak cukup tanah sehingga bertolak antara satu sama lain.Ame mengeleng kepala nya sebelum mengeluh penat kerana mendapat adik yang mampu membuat diri nya senang sakit semula.

Tetapi kekadang mereka sentiasa membuat rumah agam riuh rendah akan suara mereka dan mempunyia kegunaan untuk melakukan sebarang kerja yang diberi oleh diri nya dan Keysha sendiri.

"Apa yang bising tadi tu,Me?" tanya Keysha 

Sepanjang dia memeriksa peti sejuk yang diarahkan oleh Ame sendiri,telinga nya menangkap suara yang teramat riuh sehingga satu taman mampu mendengar jeritan Syah,Yanna dan Ame tanpa memakai sebarang mikrofon.

Ame terus menjuih bibir nya pada Syah dan Yanna sebelum menjeling tajam kedua-dua adik nya yang sentiasa mencari nahas dengan nya sejak dari dulu lagi.Keysha hanya mampu tersenyum kerana masak sangat dengan sifat kedua-dua orang yang sedang elok menekur lantai.

"Seronok cari pasal dengan Me lagi?Lepas ni tolong jangan bergaduh pasal benda remeh lagi boleh tak?Kak Key tengok sendiri pun dah naik meluat tahu tak?" tegur Keysha dengan lembut terselit ketegasan

Syah mengangguk faham tanpa melihat wajah Keysha mahupun Ame walau sedikit langsung manakala Yanna mendiamkan diri nya dengan menarik lengan baju nya.Ame memejam mata nya dengan erat sekali sebelum melangkah ke arah Yanna.

"Sebagai maaf, baik kau ambik atau nak aku buat desert untuk kau?" tawar  Ame

Yanna yang melihat kitkat yang berada dalam pegangan Ame, terus tersenyum kecil sebelum menolak sedikit kitkat tersebut.Ame yang pada mula nya tidak faham Yanna menolak kitkat sebelum melihat senyuman kecil di wajah nya.

"Okey.So,Key.Ada apa dalam peti sejuk tu?" tanya Ame

"Semua ada." kata Keysha

Ame tersenyum sambil memandang Syah dan Yanna silih berganti untuk beberapa kali sebelum menyerahkan apron kepada mereka berdua.Syah dan Yanna pada mula terpinga-pinga apabila Ame tiba-tiba sahaja menyerahkan apron, terus mengambil tanpa banyak bunyi.

"Kau tak pakai ke?" tanya Yanna dengan bendul

Ame mengeleng kepala nya sebelum mengeluarkan udang,sotong,ikan,daging dan ayam dalam peti sejuk.Tidak terkecuali juga dengan sayur untuk menyeimbangkan permakanan berkhasiat untuk semua orang.

"Kita nak masak apa sebenarnya?" tanya Syah pula

Dia bukan apa tetapi melihat Ame mengeluarkan bahan-bahan daripada peti sejuk, pasti sesuatu yang kakak nya ingin menyediakan kepada semua orang.

"Udang masak sambal,gulai sotong,ikan bakar, ayam goreng dan masak lemak daging." terang Ame dengan mendatar

Keysha,Syah dan Yanna mengangguk kepala mereka apabila Ame ingin memasak lauk kegemaran mereka semua.

"Uish... kalau macam ni tajuk lauk kita semua, memang aku tak tolak dari mula tadi." jawab nya dengan teruja

Siapa yang tidak teruja apabila kakak sendiri ingin memasak lauk kesukaan mereka semua untuk makan malam ini.Jarang Ame hendak masak lauk biasa kalau mood kakak nya yang seorang ini baik.

Ame tersenyum dalam diam mendengar suara Yanna seperti sangat teruja untuk mendapat satu kontena kitkat untuk stok sebulan.Keysha mengambil sayur di atas meja lalu dibasuh dengan bersih sebelum memotong.

"Key tak payah lah.Lagipun kesian pulak Key kena juga buat sekali." pujuk Ame

"Alah sekatak cuci sayur semua ni tak ada hal." kata Keysha

Ame hanya mengeleng kepala nya kerana tahu sangat akan sikap terlebih rajin Keysha sedangkan dia sendiri ingin berehat untuk seketika.Syah dan Yanna masih lagi berdiri di hadapan Ame sebelum mereka menyenget kepala.

"Yanna kau potong sayur dengan daging semua kecuali udang.Dan kau Syah, meh sini dekat aku.Key tolong pantau Yanna kejap." arah Ame

Keysha terus menarik lengan Yanna untuk duduk lalu menyerahkan pisau kepada Yanna.Yanna hanya mengikut arahan yang diberitahu oleh Keysha agar tidak mengalami kecederaan walau sedikit.

"Sayur ni potong sedang-sedang je macam ayam semua tu.Tapi jangan lah sampai terkena dekat jari pulak, takut luka dalam karang." terang Keysha

Yanna tekun mendengar sebelum mengikut langkah yang diterangkan oleh Keysha sendiri.Walaupun dia seorang remaja perempuan yang paling nakal diantara mereka semua tetapi dia tetap mengikut arahan yang diberi sekiranya mendapat kitkat.

"Macam ni ke?" tanya Yanna

Keysha mengangguk kepala nya sebelum tersenyum pada Yanna.Yanna tersenyum gembira kerana hasil pertama nya menjadi, lalu dia terus memotong bahagian ayam dan daging pula kerana berasa geli melihat sotong dan ikan.

"Kalau nak buat gulai dengan sambal, kena letak minyak sikit sebab tak nak kolesterol tinggi pulak.Tapi untuk masak lemak, jangan letak langsung." terang Ame

"Asal tak boleh letak minyak masa nak buat  masak lemak?" tanya Syah dengan bingung

"Sebab masa kita letak santan nanti, minyak dari santan tu akan keluar tapi jangan henti kacau pulak sebab nanti berketul." ujar Ame

Walaupun mengajar Syah tidak sesukar mengajar Yanna kerana kedua-dua mereka mudah belajar, tetapi seronok juga melihat suasana yang riuh rendah di dapur.Kalau tidak, memang kedua-dua akan mengelak daripada memasak kerana tidak pandai.

"Macam mana nak tahu minyak tu dah masak ke belum?" tanya Syah lagi 

Ame menunjukkan Syah cara untuk mengetahui sama ada minyak sudah masak atau belum.Syah yang pada mula nya berasa sedikit takut kerana minyak mudah meletop tetapi apabila Ame memujuk Syah baru dia buat walaupun masih ada rasa sedikit takut.

"Letak je tangan kau dekat atas kuali tu.Jangan takut sangat sebab minyak tak kan meletup kalau tangan kau tak basah.Aku ada, jangan risau lah." pujuk Ame

Syah terus meletakkan tangan nya di atas kuali yang mempunyai sedikit minyak.Ame tersenyum nipis apabila mata Syah seperti bersinar untuk belajar memasak.

"Minyak dah masak,kan?" duga Syah

Ame mengangguk kepala nya sebelum menyerahkan bawang putih dan merah serta halia yang telah dikisar dalam sebuah bekas.Syah berasa ragu-ragu untuk membuat sendiri apabila sering mendengar bunyi percikan minyak apabila meletakkan bahan kisar.

"Letak dua sudu je.Kalau terpecik pun, sikit je.Alah macam kena cubit dengan budak enam tahun senang cerita." kata Ame

Syah mengangguk kepala nya sebelum meletakkan bahan kisar dalam minyak yang sudah cukup panas.Sempat dia mengelak diri nya daripada terkena percikan minyak secara tiba-tiba semasa meletakkan bahan kisar.

Ame hampir tergelak apabila melihat telatah Syah yang takut terkena percikan minyak.Namun dia perlu menahan diri kerana Syah sudah menyorok dibelakang badan nya.

"Sudah-sudah lah nak sorok belakang aku ni.Bawak sini udang dengan sotong tu dulu." arah Ame

Syah terus mengambil sotong yang sudah dipotong kecil oleh Keysha sendiri dan udang lalu menyerahkan kepada Ame.

"Minyak sebelah sana dah panas, kau masukkan ayam dulu." kata Ame

Syah meletakkan ayam yang telah diperap dengan rempah ratus, dengan perlahan-lahan sebelum berginjak jauh sedikit daripada kuali ayam tersebut.Ame mengeleng kecil sebelum meneruskan masaknya.

"Kalau warna ayam tu keperangan sikit, boleh terbalik dah." ujar Ame

Melihat Syah seperti takut-takut untuk mendekati ayam yang sudah masak digoreng, Ame terus mengambil pengepit di tangan Syah lalu menyerahkan sudip pada Syah.

"Kau tolong perhati sambal tu tapi jangan lah sampai hangus dibuatnya." arah Ame

Lalu Ame mengambil tempat Syah untuk mengoreng ayam dan daging manakala Syah mengacau sambal dan gulai yang hampir siap dimasak oleh Ame sendiri.Memang tidak dapat dinafikan yang Ame walaupun jarang masuk dapur tapi pandai masak.

Keysha dan Yanna terus menolong apa yang patut kerana tugas mereka untuk memotong bahan masakan sudah selesai tanpa sebarang halangan.Keysha memandang Syah yang tidak tahu sama ada sambal dan gulai sudah siap untuk dihidang ataupun tidak.

"Yanna, kau angkat ayam ni letak dekat meja dapur dulu." kata Ame

Yanna mengangkat ayam yang telah siap digoreng lalu diletakkan diatas meja dapur.Belum sempat Yanna ingin bergerak semula ke dapur, dia mendengar seseorang membunyikan loceng luar rumah.

"Assalamualaikum." seru daddy

Keysha,Ame dan Syah yang berada di dapur terdengar suara daddy memberi salam.Terus, Yanna membuka pintu utama mereka dan terperanjat apabila melihat saudara mara sebelah daddy sudah sampai bersama dengan daddy,abang long dan Afdzim.

"Waalaikumusalam.Daddy!" jerit Yanna tiba-tiba

Keysha terus keluar dari dapur apabila terdengar Yanna menjerit nama daddy dengan kuat sehingga Ame hampir terpelanting daging goreng kepada Oren dan Snowbell.

"Larh, daddy rupanya.Yang lain pun ada?Mari lah masuk dalam.Maaf lah rumah ni bersepah sikit." ajak Keysha dengan lembut

Keysha memberi isyarat kepada Yanna untuk masuk ke dalam dapur semula dengan mengambil air sejuk pada tetamu.Yanna mengikut sahaja arahan Keysha walaupun dia paling malas untuk menghidangkan minuman kepada tetamu penting mereka.

"Diorang sampai." kata Yanna tanpa disoal

Ame hanya mengangguk kepala nya sebelum meneruskan kerja nya yang tergendala akibat jeritan Yanna.Itu nasib baik suara Yanna sedap didengar, kalau tidak mahu pecah semua kaca dalam rumah dibuatnya.

Syah sudah menyiapkan sambal udang dan gulai sotong sebelum meletakkan ke atas meja dapur.Ame terus memulakan kerja nya dengan menyediakan masak lemak daging yang sering menjadi kegemaran nya.

Yanna terus menghantar air minuman kepada tetamu yang seronok berbual panjang kerana takut mereka haus.Yanna memaniskan wajah nya sedangkan dalam hati hampir sahaja meletup bila-bila sahaja.

"Rajin nya.Mana Aisyah?" tanya atuk

"Dekat dapur.Tengah masak,tuk.Jemput minum semua." pelewa Yanna

Semua terus mengambil air minuman sebelum meneguk untuk menghilangkan rasa haus nya.Tanpa menunggu masa, Yanna terus masuk semula ke dapur kerana tidak dapat menahan diri nya daripada mengerjakan orang.

"Pikachu.Kau dah siap masak ke?" tanya Yanna

"Lagi sikit je.Nak tunggu santan ni masak baru boleh hidang." kata Ame

Yanna mengangguk kepala nya sebelum memerhati cara Ame memasak dengan Keysha sebenarnya.Walaupun Ame jarang masuk dapur tetapi ingatan nya akan resepi masakan memang kuat sehingga tidak perlu dilihat melalui phone langsung.

"Syah, kau pergi salam dengan diorang tu.Karang mulut diorang mengata aku tak ajar adik aku pulak." arah Ame

Syah yang mendengar arahan daripada Ame hanya mengikut sahaja walaupun fikiran nya mahu tidak mahu sahaja bertemu dengan mereka semua.Dia bukan apa tetapi dia lebih seronok melihat Ame masuk dapur daripada berhadapan dengan saudara mara.

Apabila kaki nya sudah menjejak ke ruang tamu utama, dia menunduk sedikit kepala nya sedikit sebelum memandang semua orang dengan pandangan tenang.Melihat Keysha berada disebelah Afdzim merenung mata nya sebelum mengangguk kepala.

"Dah lama ke sampai?" tanya Syah berbasi-basi

"Tak ada lah lama sangat.Dari mana ni sebenarnya?Berpeluh-peluh je nenda tengok." tanya Nenda

"Dari dapur.Itu yang berpeluh sikit." jawab Syah dengan tenang

Walaupun cara layanan saudara mara daddy nya baik kepada semua kecuali Ame tetapi dia tetap rasa mahu tidak mahu sahaja melayan mereka semua.Namun, apabila takut akan amukan Ame yang sememang nya lebih teruk berbanding Keysha, dia terpaksa lakukan.

Nenda mengangguk kepala sambil mencicip minuman yang disediakan oleh Yanna sendiri. Walaupun Syah dan Yanna tidak beberapa mahir dalam masakan namun minuman masih boleh tahu bagaimana rasa nya.

"Syah, mana Me?" tanya Keysha dengan berbisik

Syah yang faham cara percakapan Keysha, terus dia mengerling ke kiri dan kanan sebelum mendekat wajah nya pada telinga Keysha disebalik tudung biasa nya.Abang long dan Afdzim memandang pelik pada dua orang adik mereka namun hanya mampu mendiamkan sahaja.

"Still dekat dapur.Dia macam mengelak daripada nak kedepan sekarang ni." kata Syah

Keysha membatu diri nya apabila mendengar jawapan daripada Syah sendiri.Dia tidak mahu memaksa Ame untuk bersemuka dengan semua yang berada di ruang tamu buat masa ini kerana takut benda lain bakal terjadi nanti.

Abang long dan Afdzim yang perasan riak wajah Keysha kelihatan keruh sedikit daripada biasa. Bukan mereka tidak faham yang Keysha merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan mereka kecuali Ame kerana Ame dapat menghidu penipuan oleh semua orang.

'Mesti pasal mon amour.' desis abang long

'Kenapa firasat aku kata yang ada benda akan jadi pada bulan?' gumam Afdzim

Daddy masih lagi melayan saudara mara dengan baik walaupun dia tahu segala nya daripada permulaan sehingga sekarang.Dia sebagai seorang ayah, tiada seorang yang mahu melihat anak nya terluka namun Ame seorang perahsia daripada abang long,Afdzim,Keysha,Syah dan Yanna.

"Keysha." panggil daddy

Keysha yang asyik menunduk kepala nya sejak berada diruang tamu, terus mengangkat kepala nya ke arah daddy.Sempat dia menghadiahkan senyuman kecil untuk menutup rasa kurang enak yang muncul secara tiba-tiba.

"Panggil Meme dengan adik datang sini.Rasa tak lengkap pula diorang berdua tak ada." pinta daddy 

Keysha mula berasa serba salah kerana takut melukakan hati Ame namun dalam masa yang sama juga dia tidak mahu menderhaka akan daddy nya.Dalam tidak kerelaan nya, Keysha mengangguk kepala sebelum menarik Syah untuk menemani nya.

Syah hanya membuntuti Keysha yang sedang menarik lengan baju nya tanpa memandang wajah sesiapa termasuk nenda dan atukenda.Lagipun dia takut kalau Ame jatuh sakit dalam diam walaupun tidak ditunjuk secara luaran.

"Ame!Ikan ni dah hangus ke macam mana?" tanya Yanna

Ame yang baru munculkan diri nya selepas mengelap pinggan mangkuk, hampir ternganga dibuatnya apabila melihat ikan yang dibakar oleh Yanna kelihatan sedikit rentung daripada kebiasaannya.

Belum sempat Ame ingin membuka mulutnya untuk bersuara, ada satu bunyi nyaring yang muncul dari ruang meja dapur.Ame terus mengalih pandangan nya ke arah suara tersebut sebelum mengalih ke hadapan semula.

"Kau buat ikan aku rentung,Yanna!?" jerit Keysha 

Siapa yang menjerit nyaring kalau bukan Keysha sendiri dan Syah menekup kedua-dua telinga nya daripada jeritan yang maha kuat itu.Sukar untuk mendengar seorang perempuan bernama Nur Akeysha Syahirah menjerit tanpa sebab.

'Matilah kau,Kambing.' desis Syah

'Semoga nyawa kau sampai ke alam barzakh wahai kambing paling sewel.' getus Ame

Yanna terus membaling pengepit yang dipegang ke arah Ame sebelum membuka langkah kanan nya.Keysha juga tidak ketinggalan, terus mengejar Yanna yang cuba melarikan diri daripada diri nya selepas mengetahui jeritan daripada siapa.

Syah terus berginjak ke arah Ame yang masih lagi kaku berdiri tegak sambil menguyah popcorn di atas meja dapur.Api dapur sudah ditutup oleh Syah sebentar tadi selepas kelibat Keysha dan Yanna tiada lagi pada pandangan mata nya.

"Wanna one?" tanya Ame

Ame menghulurkan popcorn yang muncul dari langit sambil menguyah-menguyah seperti gula-gula getah yang sering digunakan untuk latihan fizikal nya.Syah terus mengambil apabila Ame memberi lampu hijua kepada nya untuk menonton aksi daripada Keysha dan Yanna sendiri.

"Daddy nak kau pergi depan." kata Syah setelah berdiam diri

Ame hanya seronok menguyah terus berhenti sebelum mengangguk kepala nya.Melihat Keysha dan Yanna sudah berada diruang tamu utama sambil berpelukan manja sehingga abang long dan Afdzim terpaksa meleraikan walaupun tidak akan berhenti.

"Sabar,Love.Kenapa nak mengamuk ni?" tanya Afdzim sambil memujuk Keysha

Keysha terus merenung anak mata abang long dan Afdzim sebelum menarik muncung itik nya dengan begitu panjang sekali.

"Yanna buat ikan bakar kitorang sampai rentung dibuatnya." adu Keysha

Abang long dan Afdzim mengangguk kepala mereka tanda faham sebelum memandang Yanna yang seronok berada dibelakang abang long sendiri.Bukan mereka tidak kenal akan perangai Yanna yang pandai cabutkan diri daripada dipersalahkan oleh orang lain.

"Kenapa buat macam tu,baby?Tu kan rezeki kita." tanya abang long dengan lembut

Dengan adik perempuan, dia perlu berlembut hati sedikit untuk mengetahui sesuatu perkara namun hanya Ame sahaja yang tidak mahu berkongsi segala nya malah lebih rela membiarkan diri nya dipinggirkan buat seketika untuk memberi ruang kepada yang lain.

"Baby tak sengaja biarkan ikan tu jadi nak rentung sebenarnya.Lagipun, mama pikachu yang suruh baby tengok-tengok ikan tu kalau dah masak tapi cerita bila ikan tu masak, rupa dia macam mana?Jangan nak marah baby pulak." jujur Yanna

"Tapi asal kau biarkan ikan aku!?Sapa nak makan nanti?" tanya Keysha dengan geram

Siapa yang tidak geram kalau ikan kesayangan nya langsung tidak diperhati dengan betul malah sempat melayan instagram daripada melayan ikan yang sudah masak ataupun belum.Yanna menyorok dibelakang abang long sambil membuat muka minta penendang daripada Syah.

"Maaf Key.Yanna mana tahu ikan tu dah masak ke belum!" kata Yanna

"Argh tiada maaf daripada ku!" marah Keysha

Ame dan Syah saling berpandangan sebelum mengeluh pendek lalu melangkah ke arah Keysha dan Yanna.Ame menarik Afdzim ke belakang dengan selamba sebelum menepuk bahu Keysha dengan lembut manakala Syah berdiri sebelah Yanna.

"Sudah lah tu,Key.Bukan salah kambing lah tapi Me sendiri.Lagipun tadi Me yang mintak kambing tu tengok-tengok kejap ikan tu.Sorry tau tapi Me dah buat yang lain punya.And tak jadi pembaziran sebab Me bagi dekat Oren dan Snowbell sampai licin mangkuk makan diorang tahu tak." pujuk Ame

Keysha terus memeluk Ame dengan erat sebelum mencium pipi Ame bertalu-talu sehingga Ame sendiri naik rimas dibuatnya.Syah tersenyum disebalik niqab nya apabila melihat telatah Keysha dan Ame dihadapan nya sekarang ini.

"Kalau pasal Me, Key tak marah dekat Me sebab Me pun ada kerja yang kena buat juga selain tengok ikan tu.And, thanks sebab tolong buat yang lain untuk makan malam ni." kata Keysha dengan ceria

Ame mengangguk kepala nya beberapa kali sebelum merungkaikan pelukan nya semakin erat sehingga hampir sesak nafas dibuatnya.Yanna tercengang sebelum menyendu dibucu dinding sambil memeluk lutut nya.

"Dengan Yanna berkasar bagai kalau dengan mama pikachu boleh cakap lembut.Tahulah kita ni asyik buat huru hara dengan semua tapi kalau ikan tu bukan dalam rancangan Yanna pun." rajuk Yanna

Ame dan Syah sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi sekiranya Keysha sudah menjadi kepada yang asal.Terus Ame mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar nya lalu mematahkan sesuatu kepada dua bahagian.

Abang long terkebil-kebil melihat ayat Yanna sebelum memandang ke arah Ame namun mendapat jawapan pelik.Ame mengangkat bahu nya sebelum menanyangkan riak wajah bosan malah penat dengan membuat kerja berat.

"Jangan pernah tanya atau apa pun.Itu perangai dia bila merajuk.Sentap dua puluh ratus ribu tahun sekarang ni." potong Syah

Afdzim yang ingin bertanya terus terdiam apabila Syah memotong persoalan nya.Syah terus merenung Yanna sebelum memandang Keysha yang sedang elok berdiri di sebelah Ame dengan muka polos.

"Kau nak guna cara tu lagi ke?" tanya Syah 

Ame hanya mengangguk kepala nya sebelum menarik dan mengembus nafas beberapa kali lalu mengeluarkan sekeping kitkat yang disimpan dalam poket hoodie nya untuk masa kecemasan seperti sekarang.

KRAK~

'Macam bunyi shuben aku je panggil.' desis Yanna

Yanna terus menoleh ke arah bunyi yang sentiasa dia lakukan apabila menguyah kitkat lalu mengecilkan pandangan nya ke arah tangan Ame.Ame langsung tidak mempedulikan jelingan Yanna malah memberi separuh kitkat kepada Syah.

'Kita tengok kau nak merajuk atau tak?' getus Ame

Syah yang faham akan isyarat mata disampaikan oleh Ame sendiri, terus dia tersenyum jahat sehingga tanduk dan ekor mini sudah muncul.

"Tenkui, my mama." kata Syah dengan lembut

Ame menangguk kepalanya sebelum mengacah-acah Yanna dengan memasukkan separuh kitkat yang telah dibahagi kepada dua ke bibir pucatnya.Yanna yang melihat terus terbuntang mata lalu berlari anak ke arah Ame.

Belum sempat Yanna ingin menyerang Ame dengan mengambil kitkat dalam gengaman Ame, dia terbaring sehingga muka nya tercium free pada permaidani lembut tersebut.Ame mengalihkan sedikit badan nya secara mengiring sebelum tersenyum sinis pada Yanna.

BUK!

Yanna terus menyembam wajah nya pada permaidani lembut ruang tamu utama tanpa sebarang perlindungan langsung.Abang long dan Afdzim tergelak kecil apabila melihat cara Yanna terbaring amat mencuit hati mereka sekarang ini.

"Hahaha... kenapa lading macam tu?" tanya Afdzim sambil ketawa

"Hahahha... baby,baby.Lain kali nak kitkat pun jangan lah sampai buat gaya rama-rama sekarang ni." tegur abang long dengan sisa ketawa

Yanna terus mengangkat muka nya sebelum menunjukkan penumbuk kecil pada abang long dan Afdzim namun bukan boleh menghentikan ketawa mereka malah makin bertambah sehingga terkeluar air mata sebab terlampau banyak ketawa.

"Alololo... nak cendol ke kitkat ni?Sorry lah dik.Dah termasuk dalam perut lah kitkat awak, apa kata akak belanja cendol." usik Syah

Yanna terus menarik muncung angsa nya apabila Syah sengaja melihat seekor kambing jadian yang terlepas daripada kandang nya untuk menyerang dengan penuh kasih sayang sampai ingin berpelukan erat sangat.

"Sudah-sudah lah, baby.Tak malu ke ada nenda dengan atukenda depan ni?" tegur daddy

Yanna baru sahaja tersedar yang bukan sahaja mereka ada di ruang tamu malah saudara mara daddy juga menonton aksi kurang matang nya.Terus, dia bangun daripada baring sambil berdehem untuk menghilangkan rasa malu yang mula menyerbu.

Ame tersengih sinis sebelum menghulurkan kitkat kepada Yanna kerana kesian pula dia menyeksa perasaan seorang wifey pada shuben nya.Yanna terus mengambil dengan mata yang bersinar-sinar seperti sebentuk bintang berkilau.

"Lain kali tunjuk lah perangai tak semegah kau tu depan aku lagi.Dan kitkat kau akan aku lambung masuk dalam kandang singa untuk diberi makan." perli Ame




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro